Friday, July 23, 2010

pneumococcal vaccine?? is it the best choice?

pala otak tgh sgt2 ceranai...

anak2 ku ni sejak dua menjak duduk taska ni, sgt2 kerap demam @ selsema @ batuk dan sakit2 yg seangkatan dgnnya..
kekadang semacam bergilir plak.
bila Ayra baru baik demam selsemanya..
Asyraf akan menyusul plak demam selsemanya..
dan juga sebaliknya.
rotate gitu je lah.
bleh kira ngan jari brape hari dlm sebulan tu my kids ni sihat betul2.
sgt sedey, ok.. Allah je tau hatiku ini di kala melihat anak2 sakit camtu.
dan juga penat.

then bila wujud sesi luahan perasaan kt kengkawan opis,
lecturer2 kt sini rata2 syorkan, selain drpd amik suppliment vitamin, dorg amik pneumococcal vaccine ni.. since dorg pun amik vaksin ni utk anak2 dorang.

selidik punya selidik, antara artikel yg aku jumpa adalah ni :



PnD mudah berjangkit
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

Kanak-kanak boleh menjadi ejen pembawa serta penyebar bakteria yang berkesan

EMPAT penyakit berbeza — bakteremia (jangkitan bakteria dalam darah), sepsis (keracunan darah), meningitis (jangkitan selaput saraf tunjang atau otak) dan pneumonia (jangkitan paru-paru) — mempunyai satu persamaan, iaitu semuanya disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae.

Penyakit disenaraikan di atas adalah pecahan penyakit pneumokokal (PnD) yang membimbangkan pakar perubatan kerana ia dikelaskan sebagai pembunuh nombor satu kanak-kanak, terutama pesakit kecil di bawah umur lima tahun.

Walaupun bakteria pneumokokus turut menjangkiti orang dewasa, kesannya lebih ketara dan teruk pada kanak-kanak kecil. Sehingga kini, dianggarkan 1.6 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat jangkitan pneumokokus dan daripada jumlah ini, antara 700 hingga satu juta adalah kanak-kanak berumur kurang lima tahun.

PnD disahkan antara penyakit pembawa maut paling mudah berjangkit. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006, lebih separuh kes PnD berlaku di negara rantau Asia Pasifik, terutama di Bangladesh, China, India, Indonesia dan Pakistan.

Pada 2005, WHO melaporkan, daripada 133 juta kes pneumonia di seluruh dunia, 44 juta kes berlaku di India dan 18 juta kes di China. Setiap jam dianggarkan antara 80 hingga 112 kanak-kanak meninggal dunia akibat PnD dan secara purata seramai 1,900 hingga 2,700 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari.

Antara punca utama kematian kanak-kanak di seluruh dunia ialah pneumonia (19 peratus), cirit-birit (17 peratus), lahir tidak cukup bulan (10 peratus), jangkitan ketika dilahirkan (sembilan peratus), mati lemas ketika dilahirkan (asfiksia, lapan peratus), malaria (tujuh peratus), HIV/Aids (tiga peratus) dan tidak cukup zat (50 peratus).

Menurut Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit Paediatrik Dunia, Profesor Ron Dagan, hampir semua kanak-kanak berisiko mendapat jangkitan bakteria pneumokokus. Kanak-kanak di bawah umur dua tahun mempunyai risiko paling tinggi mendapat jangkitan kerana ketika ini sistem pertahanan sangat lemah.

Kanak-kanak, terutama yang dihantar ke pusat jagaan harian, terdedah kepada jangkitan pneumokokus dan boleh menjadi ejen pembawa serta penyebar bakteria yang berkesan. Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak prasekolah menjadi pembawa bakteria pneumokokus dan berpotensi tinggi menyebarkannya kepada rakan sebaya tanpa disedari.

“Sehingga kini kajian mendapati ada lebih 90 jenis bakteria pneumokokus, tetapi jumlah yang boleh menyebabkan penyakit pneumokokal serius adalah kecil. Bakteria pneumokokus biasanya ditemui dalam hidung dan tekak kanak-kanak serta orang dewasa yang sihat.

“Dari hidung, bakteria berpindah ke bahagian badan lain melalui aliran darah dan mula menyebabkan masalah kesihatan. Jangkitan bakteria pneumokokus boleh berlaku pada darah dan menyebabkan keracunan darah (sepsis atau bakteremia), keradangan selaput saraf tunjang atau otak (meningitis), keradangan paru-paru (pneumonia) atau jangkitan telinga tengah (otitis media). Namun penyakit paling banyak direkodkan penyebab kematian kanak-kanak ialah pneumonia.

“Catatan kes PnD di Asia jauh lebih tinggi daripada Eropah dan Amerika Latin. Lebih membimbangkan, kebanyakan kes jangkitan berlaku di negara sedang membangun yang kurang kemudahan perubatan, khususnya program perlindungan melalui imunisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Simposium Pertama Vaksinasi Pneumokokal di Rantau Asia Pasifik di Seoul, Korea anjuran bersama Institut Vaksin Antarabangsa (IVI), Persekutuan Vaksinasi dan Imunisasi Global (GAVI) dan Institut Vaksin Sabin.

Tujuh negara yang mencatat kes pneumonia paling tinggi di dunia ialah India (44 juta), China (18 juta), Nigeria (tujuh juta), Pakistan (tujuh juta), Bangladesh (enam juta), Indonesia (enam juta) dan Brazil (empat juta).

Bagaimanapun, sehingga kini masih ramai pengamal perubatan dan ibu bapa di seluruh dunia tidak sedar mengenai penyakit pneumokokal kerana gejala penyakit ditunjukkan berbeza-beza mengikut jenis dan bahagian badan dijangkiti.

Jangkitan dan faktor risiko

Bakteria pneumokokus boleh berjangkit melalui sentuhan, batuk dan bersin. Bukan semua individu yang ada bakteria ini mengalami gejala penyakit kerana pneumokokus didapati ada pada individu sihat. Kumpulan ini dipanggil pembawa dan mereka mungkin membawa empat jenis (serotip) bakteria berbeza pada satu masa.

Apabila bersin atau batuk, bakteria ini dilepaskan ke udara bersama titisan air liur dan menjangkiti orang lain. Kebanyakan kanak-kanak kecil didapati ada bakteria ini dalam hidung mereka dan ia dianggap biasa.

Yang dibimbangkan ialah apabila bakteria ini menyerang dan menyebabkan masalah kesihatan, terutama kepada kanak-kanak di bawah umur dua tahun, kerana badan mereka belum ada antibodi untuk melawan jangkitan pneumokokus.

Dalam pembentangan kertas kerjanya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kesihatan Global Croatia, Profesor Igor Rudan, berkata insiden pneumonia lebih tinggi di negara membangun (satu kes bagi setiap tiga hingga empat kanak-kanak) berbanding negara maju (satu kes bagi 20 kanak-kanak).

Ini bermakna ada kira-kira 155 juta kes baru setiap tahun dan 150 juta kes berlaku di negara membangun. Daripada jumlah ini 15 juta kes dikategorikan sebagai kes serius yang memaksa kanak-kanak ditahan di hospital dan sedihnya lebih dua juta kes berakhir dengan kematian.

Pengarah Eksekutif GAVI, Dr Orin Levine, berkata kurang pengetahuan mengenai bahaya jangkitan pneumokokus menyebabkan kebanyakan ibu bapa hanya membawa anak mendapatkan rawatan apabila penyakit makin teruk dan sedihnya, ada yang tidak dapat diselamatkan. Ini kerana kematian boleh berlaku dalam masa lima hari jika pesakit kanak-kanak tidak mendapat rawatan sewajarnya.

“Masih ramai tidak tahu mengenai pneumokokal kerana ia tiada tanda khusus yang jelas, walaupun ada banyak gejala. Bagaimanapun, ada cara untuk melindungi kanak-kanak, iaitu melalui pemberian vaksin. Namun kebanyakan negara belum memasukkannya dalam program imunisasi kebangsaan, meskipun mendapat saranan WHO,” katanya.

Kajian di Afrika Selatan mendapati, kanak-kanak HIV/Aids mempunyai kebarangkalian 40 kali lebih tinggi mendapat jangkitan pneumokokus berbanding yang sihat. Golongan ini mempunyai manfaat 15 kali lebih tinggi jika diberi vaksin pneumokokal konjugat (yang memberi perlindungan kepada beberapa jenis bakteria pneumokokus) berbanding kanak-kanak tanpa HIV/Aids.

Jangkitan pneumokokal semakin sukar dirawat kerana bakteria berupaya menentang antibiotik yang biasa digunakan. Penggunaan antibiotik yang berlebihan meningkatkan daya penentangan bakteria terhadap rawatan.

Namun berita baiknya, kini ada vaksin pneumokokal konjugat salarida (PCV-7) untuk memberi perlindungan kepada tujuh jenis bakteria pneumokokus (4, 6B, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F) yang didapati bertanggungjawab terhadap lebih 80 peratus penyakit pneumokokal serius pada kanak-kanak di bawah enam tahun di Amerika Syarikat dan Eropah.

Malah, PCV-7 bukan saja mampu memberi perlindungan kepada bayi berusia kurang 24 bulan, tetapi turut melindungi kanak-kanak sehingga sembilan tahun. Pemberian vaksin pneumokokal terbukti mengurangkan jumlah kes dan kematian akibat penyakit pneumokokal yang secara tidak langsung merendahkan beban rawatan.

Di Amerika Syarikat contohnya yang memasukkan vaksin ini dalam program imunisasi kebangsaan, berlaku penurunan 30,000 kes jangkitan pneumokokus yang teruk dan keputusan positif juga ditunjukkan di Australia.Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi vaksin penuh mempunyai minda lebih cerdas dan pencapaian pelajaran yang baik kerana jarang ponteng sekolah akibat sakit. Namun cabaran utama dihadapi sekarang ialah memastikan semua kanak-kanak mendapat vaksin ini dan kesinambungan program imunisasi, terutama di negara miskin, kerana kosnya mahal.

Menurut Ketua Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Hussain Imam Muhammad Ismail, ketika membentangkan kertas kerjanya, penyakit pneumokokal menyebabkan 20 peratus kematian di kalangan kanak-kanak di negara ini dengan 40 peratus mengalami pelbagai masalah seperti terencat akal, perkembangan kemahiran terbantut, sawan dan kehilangan pendengaran.

Pun begitu, catatan kes di negara ini tidak banyak iaitu hanya 258 kes meningitis (16 kematian) pada 2000 dan 340 kes dengan 21 kematian pada 2005; manakala 8,573 kes pneumoia dengan 104 kematian pada 2000 dan 8,207 kes dengan 128 kematian pada 2005. Bagaimanapun, sukar menentukan sama ada semua masalah ini disebabkan bakteria pneumokokus kerana kurang ujian pengesahan dijalankan.

Masalah utama untuk memasukkan vaksin pneumokokal konjugat ke dalam program imunisasi kebangsaan ialah kos kerana kini kerajaan memperuntukkan RM35 juta untuk memberi perlindungan kepada 450,000 kanak-kanak setiap tahun yang akan bertambah 10 kali ganda (RM405 juta setahun) jika dilaksanakan.

Pun begitu, ibu bapa tidak harus bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada anak masing-masing. Justeru, setiap pasangan perlu memasukkan pelan ekonomi, khususnya untuk rawatan dan perubatan dalam perancangan keluarga.

Vaksin konjugat ini ada di Malaysia sejak 2006 dan boleh didapati di hospital swasta pada harga RM225 satu suntikan. Setiap kanak-kanak memerlukan tiga hingga empat suntikan untuk mendapat perlindungan terbaik daripada jangkitan pneumokokal. Vaksin ini boleh diberi serentak bersama program imunisasi kebangsaan sedia ada ketika anak berusia dua, empat dan enam bulan.

Gejala
  • Bakteremia — Demam panas dan beberapa tanda penyakit lain yang tidak khusus.
  • Meningitis — Demam, sakit kepala yang teruk, loya, muntah, tegang urat leher, mata menjadi sangat sensitif pada cahaya (fotofobia).
  • Pneumonia — Menggigil dengan tiba-tiba, sejuk, batuk, demam dan sesak dada.
  • Otitis media akut — Sakit telinga, demam, pendengaran terjejas (tidak jelas).
  • Sinusitis — Demam sedikit, hidung berair dan batuk.

Risiko pneumonia
  • Masalah kekurangan zat.
  • Kurang berat badan ketika dilahirkan (kurang daripada 2.5 kilogram).
  • Kekurangan imunisasi demam campak.
  • Kurang penyusuan susu badan.
  • Isi rumah terlalu padat (lebih lima orang).

sumber : susuibu.com


tapi 1 downside vaksin ni adalah sebab : ia agak mahal.. aritu aku try tanya kt klinik area sini, RM250 skali cucuk. pulak tu, kena cucuk bbrp kali plak tu.  maybe sbb tu kot ia x termasuk dlm program imunisasi kebangsaan yg wajib tu..

tapi aku fikir, aku nk pujuk jugak lah en.hubby utk amik vaksin ni utk the kids..
mmg mahal sket.. harus kami kumpul skit2 @ korek kt mana2 duit kami yg cukup2 makan ni klau plan nk amik vaksin ni..
tp sapa sanggup tgk anak2 sentiasa sakit camni, kan?
tambahan lg, aku yg jaga dorg tiap kali sakit...
smpai muntah2 bagai. ngalir air mata aku...

or.. is it the best choice?? hmm..

3 comments:

Imaan09 said...

saya rasa ada baiknya amek.. Klu bab duit, amik insuran laa supaya bila2 sakit leh cover.. tp bab kesian, pneumonia ni kena sedut2 kahak, tu je rawatan akhir dia..klu bleh MINTAK DIJAUHKAN..berair mata ibu tgk anak meronta2..so, pendapat saya, sblm kena baik amek.. :)

eija_sweetmama said...

ann..mmg mahal pun..eija pun x amik utk zaquan..tp my opismate ade amik w/pun dh amik dr awal.anak dia kerap jgk sakit..tp ialah vaksin ni satu usaha kita nak mencegah..lebih2 lg pd baby yg mmg dh tunjukkan tanda2 dan risiko penyakit yg disebutkan dr awal kelahiran lg..x salah kalo ann nak amik..mane tau berkesan n sesuai for ayra n asraf.

Ciannye Ayra n Asraf asik sakit jerk..moga cepat sembuh ek..

Alhamdullillah..setakat ni zaquan antibodi dia okey..maybe sbb susu ibu kot..smpai skrg pun susah nak berhenti menyusu badan lgk..huhu..

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

ann > ann bg details full name, ic, address, email address & hp nama ke email idola008@gmail.com .. kita cek dulu ... no problem ;-) oh yer if htr anak ke taska mg digalakkan amik vaksin nieh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails