Tuesday, January 7, 2014

Adik Ayra is on the way..!!


I'm pregnant!
yeay!!


Ayra bakal jadi kak ngah... ^_^


sian dia..
dah takleh jadi baby mama lg dah..
dah kena blajar jadi assistant mama pula pasni..

 
EDD.. td tengok kt babycenter je..
belum wat buku merah lagi..


so, lebih kurang baru 5 minggu preggy
due : 5 Sept 2013 (Jumaat)

fakta :
i love the number 5 !!

p/s : perasaan yg sgt takut!!
sbb sgt tak ready...
ya Allah, kiranya ini kandungan ini adalah terbaik untuk ku & suamiku & anak2ku, 
kekalkan lah ia, lindungi lah ia..
hanya Engkau yg Maha Mengetahui & Maha Mengasihani..

Sunday, January 5, 2014

lepak2 duk tunggu Sogo bukak :)


sejak duduk N9 ni, dan rumah jauh sejengkal je dr tempat keja, 
jalan raya yg aman.. tak penah jem..
dah jadi teramat malas nak KL..
tapi ntah camner,
semlm TER rajin plak nk jejak kaki kt sinun,
lepas rasanya ada la 2 @ 3 thn tak jejak kaki kt sinun.
hihi..

muka eksaited, hokey!! ^_^



tp sbb mmg TAK SUKA jem & org yg ramai,
tapi NAK JUGAK shopping,
semangat teramat sgt lah sampai kt pintu Sogo sblm Sogo bukak.. 
hihi...

oh, btw, utk sesapa yg tak tau, 
Sogo bukak kul 10 pagi - 9.30 mlm tau.
(penah dulu beria nk gi Sogo memalam.. time tu, tak tau Sogo tutup kul 9.30.. 
last2 sampai Sogo kul 9, shopping stgh jam je. 
hahaha...!)

ok. aku dah melalut jauh.
sbnrnya nk tunjuk gambar kami duk lepak depan Sogo tu je.
hehe..




hahhhh????
intro panjang2, last2 3 gambar je kt dpn sogo???
hahahha...
adalah dgn rasminya dimaklumkan bhw 
kamera hp ku dah kabur thp kabus & beyond repair dah.
gmbr jd cantik sikit hanyalah dgn bantuan aplikasi2 canggih masa kini. ahaks!
nak beli hp baru.. errr.. nak tunggu rezeki turun dr langit bleh? hehe..

oh.. citer pasal rezeki,
lepas abis penat shopping & duit pun dah x brape nk ada,
tetiba dpt offer / hadiah best dr hubby :

HENBEG BARU!!


agaknya dia kesian tgk bini dia ni gi keja ngan hbeg koyak2..
tq, darling!!
love u so much.. <3 br="">

Monday, August 26, 2013

Kalam Jama'ie PASTI Asyraf, MENANG!!


uiks!
apa tu Kalam Jama'ie???
dalam bahasa inggeris nya.. Arabic Choral Speaking..
dalam bahasa melayu nya... errr.. tak tau! ngeeee... :P

semalam, Ahad, 25 Ogos 2013,
Asyraf ada masuk pertandingan Kalam Jamaie Sempena Alam Ria PASTI peringkat daerah Seremban..
kt Majlis Kuaters KLIA..
dia wakil PASTI Isbat Al Imtiyaz, Nilai..
 
actuallly, Kalam Jama'ie ni pd tahun ni..
utk pelajar2 6 tahun je..
pelajar 5 tahun x masuk bertanding...
tp ntah camner, Asyrafku yg berumur 5 tahun ni
terpilih bersama2 beberapa geng 5 thn nya utk join team 6 tahun.
ahaks!

sempat tu, posing2 sementara tunggu org lain sampai.. hihi...



lepas serah Asyraf kt muadhibah dia (panggilan utk cikgu2 kt Pasti Asyraf),
lepas sembang2 ngan kawan2 yg juga duk menghantar anak masing2 ke situ,
kami pun masuk dewan..

sementara tunggu majlis bermula,
spt biasa, hp ku menjadi mangsa mainan Ayra sbg 1 gimik utk dia duduk diam jap.
hahaha....
hasilnya, pose2 gedek ini yg sempat di snap oleh jurugambar amatur, Ayra Safiyyah.. 
sila jgn muntah ye! hihi..


haa..!! group Asyraf group 1st wat persembahan!!.

see! see!
suka sesangat tgk Asyraf melentik2 kt depan tu 
sbb bila kt rumah, time aku @ daddynya minta perform dpn kami, 
asyik malu2 kucing je.. 
paling kuat pun, kuar suara je.. gaya2 takmo tunjuk pun tau....

akhirnya kt sini, nampak juga kami full performancenya.. 
walaupun kami tak faham bahasa arab. yeay!



sila maafkan kualiti video yg tak brape clear tu..
tapi comel, kan? kan? kan?
hihi...
 
masa Program Alam Ria tu, selain Kalam Jamaie, 
ada juga pertandingan nasyid, pidato, sajak, khutbah, azan dsbnya... 
tp tak dpt nk snap gambar bebanyak 
sbb Ayra sgt byk akal, ligat.. penat ngejar. huhu... 
last2 daddynya bersuara, terus dia majuks, nangis & akhirnya tertidur dlm pangkuanku.. 
cian dia.. 
tp klau tak ditegur, acaner?? huhu...


lps semua perform, baru la VIP sampai utk majlis perasmian & penyampaian hadiah..
yg lawaks nya, team Asyraf diminta perform skali lagi depan VIP.. jadinya, sblm diumumkan siapa pemenang, masing2 dah dpt agak siapa yg dapat.. hihii...

nampak x, kt gambar atas tu, Asyraf satu2 nya murid yg tak pakai kopiah time naik pentas... haiya..!! hahaha.. :P
and.. nampak x, kt gambar atas tu juga, budak pakai baju PINK di kalangan murid yg dpt hadiah tu? Ayra eksaited sungguh mendapatkan abang nya kt sblh pentas.. sukeee sgt la tu..!! ^_^


nway, mama & daddy sgt bangga dgn Asyraf...
berjaya perform dgn penuh yakin skali!!

and paling best, akibat MENANG, segala program hari raya mama & daddy pada Sabtu depan (31 ogos 2013) terpaksa ditangguhkan sbb Asyraf akan bertanding PERINGKAT NEGERI SEMBILAN pula!! yeay!!

Tuesday, April 2, 2013

Solat Berbahaya untuk Wanita Haid



SOLAT BERBAHAYA untuk WANITA HAID 

TAPI

SOLAT BAGUS untuk WANITA HAMIL.


Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi. Rehat ternikmat dalam hidup.

gambar gugel ^_^

Kewajipan yang wujud ini sangat penting bagi manusia. Kerana dengannya kita sentiasa mengingati Nya dan berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah dan manfaat yang banyak sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa? Ini dia jawapan menurut perubatan.


Sejumlah kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan seperti solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Namun begitu gerakan seperti ini berbahaya bagi wanita haid. Mengapa? 
Ketika wanita bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah. 
Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapatkan gizi dan untuk membersihkan pencemaran. Jika seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan membantunya membawa darah yang cukup ke janin. 
Sementara wanita yang haid, jika menunaikan solat, akan menyebabkan banyak darah mengalir ke rahimnya. Akibatnya akan berlaku kehilangan darah bersih / baik kerana keluar bersama darah haid. 
Semasa haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34 mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain. Jika wanita haid menunaikan solat, zat imuniti (ketahanan tubuh) di tubuhnya akan hancur. Sebab sel darah putih memainkan peranan sebagai imun akan hilang dibawa bersama darah haid. 


Mengalirnya darah akan meningkatkan kemungkinan menularnya penyakit. Namun Allah menjaga wanita haid dari penularan penyakit dengan menumpukan sel darah putih di rahim semasa haid agar dapat menjaga tubuh dan melawan pelbagai penyakit. 
Jika seorang wanita solat ketika haid, maka dia akan kehilangan darah dalam jumlah banyak. Ini bererti akan kehilangan sel darah putih. Jika ini berlaku maka seluruh organ tubuhnya seperti limpa dan otak akan diserang penyakit.


Mungkin inilah hikmah besar disebalik larangan syariat agar wanita haid tidak melaksanakan solat hingga dia dalam keadaan suci. Al-Quran dengan sangat cermat menyebutkan,

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci."  
(Al-Baqarah: 222).

Di samping itu, gerak fizikal ketika sujud dan rukuk semakin menambah aliran darah ke rahim dan akan hilang. Lebih dari itu, jika wanita haid bersolat maka akan menyebabkan kekurangan zat besi dari tubuh.

Begitu juga dengan larangan berpuasa ketika haid. Para perubatan menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan mengambil makanan yang berkhasiat. Ini selaras dengan larangan untuk berpuasa, kerana menurut perubatan darah, magnesium dan zat besi dalam tubuh yang berharga tidak terbuang begitu sahaja.

Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW bersabda: "... Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak puasa?" (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, "Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat."

Betapa banyak tanda-tanda yang Allah SWT berikan kepada umat manusia supaya berfikir. Allah SWT yang begitu penyayang terhadap manusia, sehingga segala hal yang Dia perintahkan dan larangan Nya pasti ada hikmah disebalik itu. Maka apa yang kita tunggu lagi dan pertimbangkan lah untuk segera mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahu a'lam.

FULL CREDIT to fanpage Oh My Islam. Pegi like page ni, banyak ilmu ^_^

Friday, November 16, 2012

Selamat Pagi Jumaat..!!



senyuman manis utk semua rakan2 ku di alam maya..
(^_^)

(sesi memperasankan diri sendiri. hihi...)

Friday, November 9, 2012

My pride n joy

Love them so much!!


Thursday, October 25, 2012

GULA!

pagi2 masuk dapur tgk gula dah jd mangsa kerajaan semut..
walhal xde lak guna gula ni smlm..

oooo... ni mesti keja Asyraf yg duk godek diam2 ngan si adik kt dapur smlm ni..
aktiviti feveret dia skrg : RATAH GULA! huhu.. pastu x tutup tapawer gula tu rerapat..

adakah petanda mama n daddynya mmg tak suka belikan gula2 utknya?
gamaknya kena letak tempat lg tinggi gula ku ini supaya x diratah lg dek my kids ni.
bahaya.. bahaya... :P


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails