Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

jom cuci mata sekitar Majlis Penganugerahan!


sori.. bukan berniat nk berlagak atau pape yg x elok..
tp sekadar nk berkongsi kegembiraan dan kesyukuran

meh la cuci2 mata sekitar Majlis Penganugerahan kami yg serba hitam merah ni!


jom! jom!

klik SINI ye..
(^_^)

opsss..!! jgn lupa follow blogku itew skali tau!
mmuuaahhh...!!

Thursday, December 9, 2010

dpt award khas dari kak eb.. TQ..!!


dapat award ni..

khas dicipta oleh kak eb sendiri..


tq, laling. i like!

Thursday, December 2, 2010

award Mickey dari ekinAshikin


dapat award lagi..!!
kali ni award Mickey dari ekinAshikin.


tetiba teringat Asyraf dulu sgt obses dgn Mickey ni..
before dia di brainwash dek kawan2 kt taska, citer Ultraman plak.
hehe..

nway, tq, ekin!!

oh.. tetiba teringat..
lama dah tak bagi award kt sesapa..
maka nya, kawan2 ku di bawah ini..
sila la amik, ye!

Monday, November 22, 2010

award yg membuat ku senyum kembali.. :)


lepas pening2 pala pasal tadi tu..
tetiba perasan kt shoutbox ku,
ada insan yg baik hati lg sweet bagi award.


tetiba hatiku tersenyum dan berbunga kembali.. :)
TQ, maa..!!

tapi kena jawab soklan la.. :P

1 syazmaa.blogspot.com di mata kalian.
suka sgt baca pasal Amca.. dia baya Ayra. beza dlm 2 minggu je. ingat lg masa aku sama2 preggy kan Ayra. slalu jumpa Maa kt klinik kesihatan, sesama cek up. hihi..

2 name blog anda dan kenape anda letak name itu..V
Voices of My Heart - suara dari hati ku... tempatku bercerita.. kisah ku.. kisah anak2 ku.. agar mereka boleh baca kembali perjalanan dan pengalaman ku dalam membesarkan mereka.

3 name URL blog anda dan dari mane datangnya idea tu...
http://hatiberbunga.blogspot.com -  sbb hatiku sentiasa berbunga-bunga indah sejak adanya en.hubby & the kids dalam hidupku.. lalala...

4. apekah kaedah dalam penulisan blog anda
isinya adalah sama spt di soalan no.2 ;) 
kaedah penulisan.. ikut suka! hihi.. just cuba utk tidak sakitkan hati sesapa..


5 apa perasaan anda bila tengok blog org chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kdang blog sendiri menarik tapi merendah diri )
tiru! hahaha..!!

6 bilakah blog anda diwujudkan
november 2008. sempena besday ku tahun tu sbb time tu, Pak Lah datang opis, semata nk wish besday kt aku! wakakah..!! tipu je..!! (1st entry, sila intai SINI) tapi.. agak lama lepas tu, baru timbul rajin utk apdet blog. hehe..

7 siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda
org pertama tau, opismate aku la.. AIDA @ BONDA. dia ni la pengaruh besar aku dlm dunia blog ni asalnya. 
tp 1st follower aku, kawan lama aku..

8 sila tag 5 org lain untk menerima anugerah dan pas kan syarat syarat ini...
nk tag sapa eh? hmm.. biar dulu, bleh? nanti aku pk jap. ;)

Thursday, November 18, 2010

TQ emma, for the award. ;)

arini dapat award!!!
yeay!!

1 . Nickname untuk tuan empunya blog
ANN @ HATIBERBUNGA

2. uCapan utk yang memberi award
thanks, EMMA!
terima kasih daun keladi.
awardmu ini amat ku hargai, ;)
 
3. 6 fav artist/ singer/ group
 - Faizal Tahir
- Mariah Carey
- M. Nasir 
- Maher Zain
(err.. sbnrnya aku ni bukan jenis taksub dgn certain2 artis. 
janji lagu best, aku ok je. hihi...)

-4. Tag award pada 10 rakan blogger
emm... nk bagi kt sapa eh? 
nanti2 aku pikir kejap, bleh? :)

Friday, September 3, 2010

award dari Syunur


pagi2 bukak blog, tetiba ada mesej kt shoutbox..
dapat award lagi!
yeay!

BLOGWALKING AWARD 2010


award ni dari syunur
kawan blog baru ni..
tq, dear!!

oh.
zaman ni, award2 dah x dapat dah dgn free..
kena jawab soklan..

so, here it goes :

Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
next week besday mymom & en.hubby.. nk kasi adiah apa, eh?

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?

ANN
(dengan sebutan "AN" tau.. bukan "N")

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

1. of course la en.hubby
2. my kids
3. my family

Soalan 4
Panggilan untuk si dia?

Abang
Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?

klau ikut percakapan mulut, of course "cukuplah apa yang termampu diberikan".. tapi sbnrnya dlm hati ni TERINGIN SANGAT nk pegi bercuti.. x kisah la dekat ke.. jauh ke.. janji bercuti..


Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?


kawan2 punya blog.. kawan2 blogger punya blog.. & kawan2 baru yg rajin menjengah blogku ini. hehe..


Soalan 7
Tag 15 orang blogger
hmm.. part ni slalu wat aku termenung. 
hmm.. sapa eh?

ok. dah la tu ye!
11 je dulu.. ;) 
kengkawan, amik lah awardku ini ye..
jgn segan2.. ;)

Tuesday, August 17, 2010

Friendly Blogger Award


dapat award lagi..!!! yea..!!!
FRIENDLY BLOGGER AWARD gitu.


lalalalala... lalalala...
hatiku berbunga2 sambil menyanyi riang . hihi..

tima kasih, eija!!

tapi..
bukan award free.. harus jawab soalan ala2 ptk lagi. so here it goes.. hihi.. :


(1) Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka puasa atau bersahur :

aku senaraikan makanan berbuka la ye.. 
makanan sahur slalunya makan nasik berlauk  je. =) 
(kecuali di waktu2 terlajak tdo & x sempat nk masak apa. hehe..)

1) bubur jagung
2) ayam golek
3) yong tau fu
4) ayam bakar Kak Yah (desa jati, nilai)
5) tepung pelita
6) mee goreng basah masakan abah aku
7) air laichikang


(2) berikan kepada 5 orang (atau lebih) rakan blogger anda:

x tau u all dah dpt ke tak award ni.. tp still nk bagi jugak, bleh? =)
bonda (lagi.. hehe..)


Monday, July 12, 2010

Bestest Blog Award dr Kak Ayu


ha..award lagi, you!
yang ni plak dari Kak Ayu (HadifHadifah)
tetiba terasa best yang amat sangat sbb ada je kengkawan yg sudi bagi award kt kiter.. hehe..



ANDA MESTI BERI PUJIAN KEPADA PEMBERI AWARD NI
tima kasih bebanyak, kak ayu...
you've been a very good blogger friend to me.

masuk award yg ni, dah 2 dah award khas dr kak ayu yg saya dapat. 
sgt2 terharu, ok!! 


SILA BERI AWARD KEPADA 10 BLOGER YANG LAIN
err.. award yg ini nk kasi kt BONDA je.. aci x? hehe..


ANDA MESTI MEMBERITAHU 10 BLOGGER NI
akan ku beritahu...


BAGAIMANA ANDA BOLEH DIGELAR YANG BEST N GREAT
err... tak penah ngaku diri yang best & great..
sbb agak susah jugak la nk menilai diri kita spt mana orang luar nilai kita..
maknanya, klau ada pihak yg rasa aku best & great, maka ia benar2 lah belaka. hehe..
blog aku ni, biasa2 je.. 
 
xde pun aku ni blogger tegar. blogging, sekadar suka2..
supaya friends n famili tetap dpt ikuti perkembangan aku & famili kecilku, wpun dari kejauhan.. n jadi silent reader je.

utk kawan2 baru, aku sgt2 hargai penyinggahan korang itu, terima kasih ye!
rajin2, singgah2 la lagi. hik!hik!hik!




Cute Blogger Award dr Mummy KD


yeay!
dapat award..!! warna pink gitu. hehe..
kali ni dari Mummy KD


tp sebab award bersyarat kan.. so, here it goes..

1.Apa nama blog dan knape letak name tu?
Voice of My Heart. - hmm.. dulu masa muda2 dulu, sebenar-benarnya aku seorg manusia yg sgt aktif & takleh duduk diam. ada je aktivitinya & citer yg harus diceritakan. tapi sejak dua menjak dah keja kt sini & anak pun dah ada ni kan.. pergerakan agak terhad & dah makin jarang jumpa kengkawan utk sesi luahan hati & perasaan. maka, blog ini lah dijadikan alternatif nya... lgpun, simpan sstu dlm hati lama2 sgt x elok utk kesihatan tau... harus diluahkan. hehe..

2. Jelaskan knape bagaimana anda boleh dapat idea nk letak nama URL blog anda?
http://hatiberbunga.blogspot.com
- dulu.. masa blajar dulu, kami suka benor guna ayat "hati berbunga-bunga", tiap kali diri sendiri @ kawan2 rasa diawang-awangan a.k.a tgh jiwang karat gitew. hehe..

3. Bila blog anda mula beroperasi?
hujung bulan November 2008..

4. Siapa follower pertama anda?
Hmmm...rsanya bonda. since dia la yg berjaya mempengaruhi aku menjerumuskan diri dlm dunia blogging ni.. hehe..


5. Ucapan kpd si pemberi award
tQ, tQ, tQ
jgn lupa tag ann lg ek...hehe....

6. Tag 9 org yg anda rsa patut terima award ni. :)
 err.. 4 org je dulu, bleh tak? hehe..
- diana
- fieza79
- oya 
- soclose

Monday, May 10, 2010

wasiat SUE untuk aku

terkejut makcik tetiba baca kt shoutmix ku itew, bahawasa nya ada wasiat utk aku. huh! sungguh saspen! tengok2...

LEMBU HITAM INI..

1. Thank & link the person that gave you the cow

time kasih bebanyak ler sue sebab bagi aku lembu nie... walaupun warnanya hitam, badannya tetap montel, menandakan betapa banyaknya isi yang bleh di ngap! bleh gak wat korban utk Ayra tahun nie...ekekeke

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...
  • amik lah wasiat ku ini.. sgt ikhlas, suci murni dari hati tau.. hehe

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
  • makan
  • bagi nenen kt my kids (hihi..)
  • tdo (sgt la selalu tv itu yg tengok aku. hahaha..!)

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
  • mknn pelik?? hmm.. ada ke penah aku makan menda pelik yerk? hmmm.. x ingat. klau mknn tu dah super pelik, confirm aku dah publish kt blog ni. hahaha..!!

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
  • hmm.. sgt jarang bukak FB skrg ni. tp rasanya kengkawan baru 100 lebih kot...

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
huh??? apa kaitan ngan lembu hitam ni ha??? hahaha..!!
aku ingat, aku kenal en.hubby dari kawan.. tp en.hubby citer, dia ckp 1st time dia tgk aku, masa kt kedai roti kt area tempat aku bljr dulu. terpandang aku yg tetiba sengih x tentu pasal kt dia.. terus dia jatuh cintan! hahahaha..!! sgt lawak situasi itew sbb aku TAK INGAT LANGSUNG.  (sesungguhnya aku ni mmg suka senyum kt jejaka2 ensem time tu. hahaha...!! - sila gelak guling2 ye! hihi..)

Wednesday, April 28, 2010

Hari Award Sedunia

hahaha..! memang xleh blah punya tajuk.
masuk yg ini, maka jumlah kseluruhan award blog utk hari ini sahaja dah 3 bijik. 
gila award! (sila baca dgn nada iklan 'gila kentang' itu ye. hahaha..!)
kali ni, dpt award Mommies Blogger Award plak.. 
dari UNAI.
TQ, DEAR..!!

award khas utk semua kaum hawa yg dah bertitle ibu@mama@bonda@ummi dan seangkatan dengannya yg suka berblog cam aku ni. hihi..

tp award bersyarat ni, kena letak gambar mommies tu dgn the kids.
hmmm... aku try bongkar2 kamera n pc aku ni..
carik punya carik, x jumpa gambar aku bertiga dgn the kids (me + the 2 angels)
byk gambar daddy & the kids je. 
(ni mesti gara2 aku la yg tukang amik gambar ni)  
akibatnya, hampeh xde gambar ber3. klau ada pun, buruk. huhu..
xpun, gambar ber2 dgn salah sorg anak2 aku.
xpe la ye.. aku combine kan jadik 1 gambar camni ye.. bleh la ye..
(maka.. ada alasan utk wat photoshoot lagi..!! 
acu, sila standby dgn kamera mahal mu itu, k! hehehe..)

dah tempek..
maka.. wajib lah dikongsi bersama.
meh la.. kawan2 yg bertitle mak2 nih.. yg blum dpt award ni.. 
meh la amik.. kita kongsi ramai2, k! 
*wink!* *wink!*

Award Warna Pink!

award lg..!!
sejak dua menjak blog aku dah jadik warna PINK, byk beno menda2 pink yg aku jumpa. hehehe..
antaranya award ni.. 1 lagi award dari AYU

i like! sweet gitu..

kali ni award tanpa pengeras.
so. aku dgn berbesar hati nk bagi kt SEMUA FOLLOWER aku yg sudi jengah blog aku ni..
tanda ingatan dan terima kasih SEBAB tanpa you all, siapa lah aku ini. chewah! 
*wink!* *wink!*

Tuesday, April 27, 2010

Award dari Kawan Baru - AYU

sukanya hati..!!
arini, dlm keadaan kelam kabut keja kt opis, sempat gak intai blog. hihi..
and guess what? 
aku dapat AWARD seh..!!

dari kawan blogger aku yg baru : AYU (hadifhadifah)
AWARD BEAUTIFUL BLOGGER tu..!
(cantikkah aku? ekekek..)
nway, tqvm, dear!
i love u too. hihi..

tp biasa la.. mana ada menda free dlm dunia ni, kan?
wajib ada pengeras skit :

1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda) - DONE!
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut - DONE!
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award -

hmm.. siapa ye?

9. unai
12. ida

ok, dah!
ha.. apa lg girls?? sila.. sila..
ambil lah.. jgn segan2.. ;)

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu!!

Hmm...
Tiap2 tahun, ahad ke2 dalam bulan May, rakyat Malaysia menyambut Hari Ibu..
dan tahun ini, ia jatuh pada 10 May, iaitu esok!

Aku start jadik ibu since May 2008 - Asyraf lahir ke dunia.
Tp aku rasa dah jadik ibu scr x rasmi, since Ogos 2007 - aku mengandungkan Asyraf..
dan insya Allah, Disember tahun ni, adik Asyraf pula akan menyusul.
bersediakah aku??
boleh kah aku menjadi ibu yg baik utk anak2 aku?
wallahualam.. hentam saja la, labu.... hehe..

dan betul la org kata, bukan mudah nk jadik seorang ibu ni..
kena kuat & sabar yg banyak!
dan kena kreatif (part ni aku kureng skit. hehe..)

buat emak.. terima kasih atas segala. i love u so much!!!
buat arwah MIL.. alfatihah buatmu. semoga emak senang di sana.. walaupun kita berjumpa hanya sementara, tetapi emak tetap memberikan impak yg besar kepada diri ku ini dan aku amat menghargainya. terima kasih, mak!

oh! x lupa kepada semua ibu2 di luar sana,
SELAMAT HARI IBU!!!

special thing about this year Mother's Day is :
aku dapat 1st award aku!!!
dari ERYNN..

tqvm!!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails