Showing posts with label suara hati. Show all posts
Showing posts with label suara hati. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Selamat Pagi Jumaat..!!



senyuman manis utk semua rakan2 ku di alam maya..
(^_^)

(sesi memperasankan diri sendiri. hihi...)

Saturday, October 20, 2012

In love with..

THIS TUDUNG..!!

(Ini lah gaya org yg x brape comel, tetiba prasan comel hanya kerana tudung ni. So.. sila jgn muntah ye! Hihi...)


Wednesday, September 5, 2012

aku sgt JELES dgn org kelantan

ya..!!
sesungguhnya aku sgt2 JELES dgn warga KELANTAN yg bermastautin kt kelantan.
terutama penjawat awam.

why???
aritu masa balik Kelantan (kg. en.hubby),
aku tgk, rata2 rumah kt sana banyak giler yg BESAR2 & CANTIK2.

sampai aku rasa pelik yg amat sangat..
ye la.. area kampung2.. tp rumah, punya la BANYAK yg besar2 & cantik2 gitu.
tak caya?

meh cuci mata dgn bbrp rumah yg aku amik gambar nya..
(nak simpan... bleh wat rujukan utk dreamhouse aku nanti. hehe..)









en.hubby tanya aku.. agak2nya kos rumah2 ni dlm brape ribu..
aku agak mesti mahal gilos.
tp en.hubby ckp, kebanyakan rumah2 besar area negeri kesayangnya ni adalah milik kpd penjawat2 awam mcm aku ni.. (btul ke tak, wallahualam..)
hmm?? hebatnya dorg..

en.hubby kata lg.. (ye ke x, mohon diperbetulkan),
nape dorg bleh dpt rumah besar2 gitu sbb kt Kelantan,
kos tanah, kos bahan & kos labour still murah..
huwaaa...!! ye ke??

klau kami kt Nilai ni, dgn kelayakan loan kerajaan lebih kurang RM250K, 
bleh dpt rumah teres 2 tkt je.. rumah tengah lagi!
tapi kt Kelantan, bleh dpt Banglo besar dgn design sendiri lagi..!

*mode : jeles TAK HABIS. hihi.. * 




Tuesday, May 8, 2012

Allah sayang kat aku..



“Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya”. (QS. Qaff (50): 16) 

this picture was taken by ME.
tak pernah ku sangka Allah sentiasa melihat ku 
& menyayangku sedalam ini 
sehingga diperlihatkan bukti kekuasaanNya kpd diriku yg sgt kerdil ini...
jantung ni.. serius berdegup kencang. huhu..

TQ, Allah!!

Monday, April 9, 2012

Tips Pagi Isnin

Tips Mengelak Dari Mengantuk Di Pejabat. ;)


good luck!

Friday, April 6, 2012

My Eppy!


introducing, Mr.Eppy..!!



bos ku yg baru blk dr expo bagi..
suka sgt2!!!
trus bagi nama Eppy sbb :
1. duta sykt Eppendorf
2. it always make me HAPPY..!!

bila stress2 je..
masuk je bilik, nampak dia.. usap2 bulu dia..
trus buat hati & pala hotak yg slalu serabut ni, ceria kembali..
hehe..

yes, i'm oredi 30 series..
tp x tau la pesal dgn Mr. Eppy ku ni, 
tengok je dia, hati aku terus cair..

SEHUBUNGAN ITU, JANGAN SESAPA BERANI ROMPAK MR.EPPY KU 
DARI MEJA KOMPUTER OPIS KU INI TAU..!!!
klau amik jugak, aku cucuk tangan tu. :P

 


Thursday, February 2, 2012

bergambar dgn YM Tengku Abdullah..

tadaa...!!!


cantik tak gambar aku ngan Tengku??
cantik, kan? cantik, kan?
siap sembang2 lagi dgn Tengku.
Tengku sgt best.. suka sesgt!

alkisahnya kelmarin, YM Tengku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang
sudi mencemarduli turun ke opisku
sempena merasmikan Majlis anjuran opisku..

fuh... aku punyalah eksaited!!
Tengku Abdullah datang! Tengku Abdullah datang!!
so, wpun urusetia tak jemput aku pun scr rasminya, 
aku selamba je wat muka tak malu datang & masuk dewan Majlis tu. 
biar lah. aku ada kaitan juga sbnrnya Majlis tu wpun dr kejauhan tau! hihi..
(hanya org opis aku je faham kaitannya. ahaks!)

time majlis, aku cuba amik gambar Tengku dari kejauhan...
tp mcm tak best. tak cantik. tak puas hati.


abis majlis, Tengku duk lepak kt bilik menunggu (holding room) 
sementara tunggu dewan makan VIP siap.

Ya Allah.. tak tau la apa yg berlegar dlm pala hotak aku ni,
sanggup tau tunggu Tengku dpt holding room tu tau..
hanya utk capai 1 matlamat, iaitu : nak amik gambar ngan Tengku.

sambil menunggu, sambil amik2 gambar. ekekek..
seriously????
huhu.. time tu tak pk apa dah.
just terfikir nk amik gambar dgn Tengku... nk amik gambar dgn Tengku...
tp.. ya rabbi..
Tengku bukan nya sesorg..
dalam bilik tu, Tengku ngan Dato' Naib Canselor & Tan Sri Pengerusi LPU & Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Syukor..
depan holding room tu, ntah brape org bodyguard Tengku kt situ.
dgn team keselamatan opis aku lg..
dgn team Floor Manager Majlis lg..
suma nya MUKA SERIUS gaya nk makan budak! :P
org lain, xde. suma dah lari ke dewan makan.

sementara tunggu tu, aku cer risik2 ngan bodyguard2 & ACP Tengku...
boleh ke nk bergambar dgn Tengku ni?
kot2 la langgar prosedur keselamatan ke apa kan..
or Tengku ni jenis tak kisah ke klau org awam wat muka tak malu nk amik gambar dgn dia??
tp suma bodyguard & ACP tu bagi greenlite
trus aku pas kamera aku kt opismate minta tlg amikkan gambar aku nanti.
cuma.. aku kena cakap sendiri dgn Tengku. adeh!
part tu, abis pala lutut aku suma dah start gigil2.
lagi2 bila pintu bilik tu bukak & Tengku & Dato' NC berjalan kuar...

dupdapdupdap..
kuat kan hati.. kuat kan hati...

bila Tengku lalu je dpn aku,
terus aku sembah & cakap :
"assalamualaikum Tengku.. maaf kan saya.. boleh tak klau saya nk minta izin nk bergambar dgn Tengku?"
jawapan Tengku :
"ooohhh.. boleh! nk amik gambar kt mana?"
(yeay! terus aku tunjuk banting yg aku dah letak awal2 blkg aku. hahaha..!!)
sambil2 tu, aku jeling2 gak kt Dato NC yg kt sblh Tengku, kot2 dia masam muka marah ke..
tapi, alhamdulillah, Dato NC & Tan Sri2 semuanya SENYUMMMM... je!

sambil amik2 gambar, 
bukak la citer bahawasanya aku ni sbnrnya
bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Rabu, Pahang, (SEMESTA)
5 tahun tau bljr kt situ.. SPM tahun 1996.
nama sekolah aku adalah sempena nama Tengku.
(tu la sebab nape keterujaan aku nk bergambar dgn Tengku ni lain macam)
and.. sembang2 lah 3, 4 perkara lain
sementara Dato' NC & Tan Sri2 sekelian memandang sambil senyum2
MALU nye..!!!!

above all,
aku bangga menjadi bekas pelajar SEMESTA!

-------------------

lagu SEKOLAH ku :


Inilah sekolah yang tercinta,
SEMESTA itulah namanya,
Mendidik dan membina,
Anak-anak negara,
mencapai segala cita-cita,

Kepada para guru semua,
Jasamu tiada tandingnya,
Bekerja dan berusaha,
Tidak mengenal masa,
Demi masa depan kita,

Berilmu, Beramal, Berbudi setiap masa,
Pada rukun negara,
Kami akan setia,
Oh Tuhan yang Maha Kuasa,
Jayakanlah kami semua,
Selamat dan sentosa,
Sihat setiap masa,
Berjaya SEMESTA Berjaya!!!

Saturday, December 31, 2011

Ayra HILANG..!!

 
yup!
itu lah kisah yg susah giler utk aku lupa telah berlaku..
masa jejalan kt Aquaria, KLCC mgu lepas..
situasi yg menyebabkan hati ku terhenti seketika..
 
AYRA HILANG..!!
sekelip mata nampak dia sebelah daddy dia.
sekelip mata aku toleh nk tgk abangnya di mana,
pastu, sekelip mata lagi, tengok, Ayra dah HILANG..!!
aduh.. abis melilau aku carik, tak jumpa.
dgn keramaian manusia yg super duper penuh kt Aquaria tu,
maklum lah baru pas cuti Krismas..
mencari seorg budak yg tinggi nya x smpai pinggang kita adalah sstu yg sgt sukar.
carik kt setiap ceruk ruang.. tak jumpa.
panggil2 nama Ayra, tak kedengaran sahutan mulutnya yg celoteh tu.
time tu, mmg dah start bergenang air mata aku dah start pk macam2 dah.
tambahan pula, area tu adalah area terakhir sblm naik ekskalator keluar dr Aquaria.
huhu...

last2, slps 3, 4 minit, aku nampak en.hubby muncul dgn Ayra.
fuhh...!!! lega!

Allah je yg tau apa yg aku rasa time.
3, 4 minit time tu, terasa SANGAT LAH LAMA. rasa mcm 3, 4 jam.

en.hubby kata dia jumpa Ayra kt guard kt hujung terowong ikan.
ermm.. mau cecah 50 - 70 meter kot dr tempat last aku nampak dia.
agak jauh tu sbnrnya, dgn ruang yg berselekoh2 tu..
en.hubby kata, time dia sampai kt guard tu, 
kebetulan sampai jugak staf Aquaria lg sorg yg jaga kaunter reception kt situ.
klau lambat skit je, confirm la akan ada annoucemnet 
"sesapa ada kehilangan anak.. sila hadir ke kaunter..."
err... aku pun x tau nk gelak atau nangis klau terjadi situasi tu....

en.hubby kata lg, masa Ayra duk ngan guard tu, dia x nangis pun. diammmm je..
bila dah nampak kelibat en.hubby baru dia bunyi..


aduh, Ayra.. Ayra..
kamu ni mmg unik la..
even abang kamu tu dah nk masuk umo 4 thn ni pun x pernah lg ada kes cenggitu.
mmg status HANDLE WITH CARE..

Friday, December 30, 2011

jumpa lagi tahun hadapan..!!


assalamualaikum..!!


selamat bekerja pada hari terakhir tahun ni..
jumpa lg pada tahun depan..

semoga azam & cita2 kita semua utk tahun ini sudah tercapai..
klau blum, jom sama2 bawa ke tahun hadapan.. hehe...

Monday, September 26, 2011

adakah anda suka kerja anda?

Fakta :
sesorg perlu passionate dgn tugas yg dilakukan agar hasil nya cemerlang n mengagumkan.

Contoh:
1. pelukis mesti suka ngan kerja nya.. Sbb lukisannya adalah hasil ekspresi dr hati n jiwanya..
2. Penceramah mesti suka ngan kerjanya.. Sbb biasa lah penceramah ni jenis suka bercakap..
3. CSI pun mesti suka ngan kerjanya.. Sbb mesti dorg ni jenis suka menyelesaikan puzzle @ misteri.
4. Financial planner @ akauntan pun mesti suka ngan kerjanya sekiranya dia jenis suka main dgn nombor..

So, soalan di sini..
ADAKAH ANDA SUKA DENGAN KERJA ANDA SKRG?

dan cuba teka kenapa aku tanya soalan ini di pagi isnin ni..
Hmmmmm..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 10, 2011

cmner tu?

Nk cakap.. Nk marah.. Tp kesian..
Abis tu, cmner?
Hmmm..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 5, 2011

menjadik jugak Projek 3 Sept. kami..


alhamdulillah..
dalam suasana suma org masih bz berhari raya,
menjadik jugak projek 3 September kami..


zillions of thanks 
to my hubby, kak lin & King Kong for the effort. 


hasil nya, kita tunggu minggu depan ye..!!
hiiieee...!! 
*hati sangat berbunga2*

Thursday, July 28, 2011

kami sgt memerlukan nya..


ada org penah tanya aku..
couple2 yg dah ada anak2,
mcm mana bleh kuar dating berdua ni lg?
tak teringat ke.. kt anak2 time berdating tu?
senang hati ke tinggalkan anak2?


hmm..
mula2, kami kuar dating time hari biasa tau.
hari bekerja di mana bleh tinggalkan the kids spt biasa kt taska..
kami la amik cuti..
so, tak jejas kan pun quality time mereka dgn kami
di waktu malam & hujung minggu..

and, kembali kpd persoalan kt atas tu,
org lain, aku tak pasti la..
tp pada kami.. pada aku & en.hubby..
kami sgt2 memerlukannya..
memerlukan masa kualiti berdua itu..
terutama di kala masing2 semakin bizi dgn kerja masing-masing...
dan di kala masing2 merasakan tumpuan kpd salah satu sama lain semcm makin menjauh...
just the two of us.
untuk menyemarakkan kembali API CINTA (chewah!! ahaks!) kami, seperti dulu..


nk gi honeymoon, kami tak brape nak kaya.. wpun utk dlm negara..
lgpun, x sanggup la tinggalkan trus the kids lebih dr sehari..
so, kuar dating biasa2 je la kami.. hehe..


 yea.. anak2 mmg penaik semangat kami..
anak2 mmg benih cinta & bukti kasih sayang kami..
anak2 mmg sbb untuk kami tersenyum sorg2 setiap kali berjauhan..
tetapi, siapa tak suka perhatian, kan? ;)
mcm zaman2 bercinta dulu.. 

tak salah, kan?


Thursday, July 7, 2011

nyawa ku..


ini..

ini..

ini..

ini..

ini..

ini..

ini..

ini..

ini..

ini..

ini..

dan ini lah..

NYAWA KU..


Ya Allah Ya Tuhan ku,
hanya kepada Engkau aku memohon sesungguh hatiku..
lindungi lah mereka ini dari gangguan2 syaitan durjana..
aku amat menyayangi mereka, Ya Allah...


......
.......
........

amin..

Thursday, June 30, 2011

aktiviti cuti Israk Mikraj

hehe..
takde ke mana pun..
duduk rumah je ngan the kids sbb en.hubby kena keja..
di mana :

PAGI :
makan nasi lemak

pastu 
makan roti canai telur

TENGAHARI :
makan bubur nasi

pastu
makan nasi + lauk

PETANG :
makan biskut + keropok

MALAM :
makan pizza 

pastu
makan epal


KONKLUSI NYA :

perut padat!

hahahaha...!!!!

Sunday, June 12, 2011

gambar Asyraf yang ensem!


antara gambar Asyraf hensem
yg berjaya diambil oleh my big bro 
masa kenduri my baby sister yg lepas..

sgt susah nk suruh dia posing skrg.
sangat jual mahal!

my mom ckp maybe sbb dia dah puas bergambar masa kecik2 dulu..
waaa..!! mmg la gambar Asyraf baby super byk. 
tp sedey la cenggini klau skrg ni asyik nampak kamera je,
trus nyorok @ tutup muka @ wat muka serius!
huhuhu..


harap2 ada la gambar yg decent skit drpd koleksi photographer profesional yg dilantik tu nanti..

Friday, June 3, 2011

aktiviti malam jumaat


opss..!!
pikir apa tu?
sesungguhnya takde unsur 18sx dalam entri kali ini. 
hehehe..

nway, nk citer..
sesungguhnya aku ni isteri mithali tau..
tak penah nk kuar hang out dgn kengkawan & 
meninggalkan the kids dgn en.hubby di waktu malam.

tapi ntah camner, 
malam td tiba2 rasa nak sgt makan pastri/donut/cupcake 
kt One Apple kt Tesco Nilai ni.

so, after maghrib, lepas masak dinner utk en.hubby & the kids,
pelan2 aku wat muka 'chumil' kt depan en.hubby & 
pelan2 aku mintak izin nk kuar ngan Aida.
en.hubby punya la pelik.
agak2nya dia ingat aku buang tebiat kot! hehe..
nasib baik dpt greenlite! 
yahoo..!!

lorr... 
bukan kuar gi karaoke @ tgk wayang @ apa2 pun..
saje je nk makan pastri smbil sembang2.

lepas tdo kan Ayra,
cergas trus aku siap dgn segeranya!

tp yg kelakarnya, bila aku siap je pakai tudung,
Asyraf tetiba nk ngekor aku ke hulu ke hilir.

aku gi blik blkg, dia ikut...
aku gi dapur, dia ikut...
even aku lepak kt sofa smtara tu Aida jemput pun, 
dia tetap berkepit ngan aku.

hahaha..!!
dia TAHU DAH aku nk kuar la tu! :P

tp bila dia dgr je ayat 
"Asyraf duduk rumah, ye!"..
trus dia meraung!

aku nk ngelak dr Ayra terbangun balik, terpaksa la aku setuju bawak Asyraf skali.
(cis..! saje xmo kasi chan kt mama, ye. hahaha..!!)

ok.
meh layan gambar hasil santaian kami.









tengok!
Asyraf makan krim je byk..
lebih dr kek.
camner la tak bertambah chubby Asyraf ku ini?
bukti : cer perati jari jemari Asyraf yg bulat2 tu.
hahaha..!!

lepas makan gula yg byk,
Asyraf dah jadi hyperaktif!
hahaha..!!


anyway, konklusinya..
Asyraf happy
& kami pun happy.

agak2nya bleh tak hangout cenggini lagi pd masa hadapan?
hehehe..

Friday, May 27, 2011

it's our 5th anniversary..!



Happy 5th Anniversary, dear hubby..!!

this is us (sewaktu ketika dahulu) :

* slim, kan, en.hubby ku time tu. hihi...

and this is us (now) :

still happily married..
and with 2 wonderful kids.
syukur kpd Allah..

moga kebahagiaan ini kekal utk kita hingga ke akhirnya..
amin..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails