Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

entry basi : Sambutan Maulidur Rasul Opis ku

last week.. ari Jumaat, bersamaan 25 Feb 2011,
ada sambutan Maulidur Rasul kt opis ku..
(serius dah basi citer ni. tp tak kira, nk citer gak kt sini. hehe..)

preparation, super last minute.
sambutannya ari Jumaat.. tp idea nk pakai baju apa & set tema Banner apa & sebagainya, 
adalah 3 hari sblm tu, yakni, ari Selasa! adeh la..
tp tetap gumbira yg amat sangat sbb dgn preparation yg sgt ala kadar,
kontigen aku (kontigen gabungan 8 PTJ (pusat tanggungjawab)..
bleh menang kategori Pakaian Beragam! 
(err.. nama penuh Title Kategori tu, serius tak ingat. ahaks!)
tq semua team kontigen yg beri kerjasama.

tp mesti korang tertanya2 kami pakai baju apa, 
yg bleh dapat dlm masa 3 ari,
tapi tetap bleh buat kami menang tu kan?
hehe..

BAJU KURUNG & BAJU MELAYU PLAIN je..
ngan TUDUNG PUTIH.
plus selendang (utk girls) & korsaj (utk guys)
di mana selendang & korsaj tu beli pada petang ari Khamis.
wakakah..!!
mmg dlm sejarah lah. ngeeee...

siapa penyelaras kontigen?
cik puan Aida kita la.. sapa lagi..
plus yg sokongan padu sidekick nya nan sorang ni. (aku ler tu. ngeeeee..)

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

ok. dah penat menaip.
meh layan gambar plak.

memula kami berkumpul kt Pavillion..


cantik tak baju kontigen kami?
 ceria, kan? ahaks! 

tak tau la gaya posing jenis apa ni. :P

dah puas lepak2 sambil berselawat kt pavillion tu,
kami pun start berarak..
(aku malas nk amik gambar time ni)
sampai la ke Stadium Tertutup Nilai di mana majlis sambutan ni bersambung.. 
(pun malas nk amik gambar. hehe..)

bila dah abis majlis, baru teringat nk posing ngan banner  kontigen.
(tahun lepas, kami menang Slogan Banner Terbaik.. tahun ni, banner takde rezeki nk menang la plak.. takpe.. dah menang 1, dah cukup gumbira dah!)

tidak dilupakan, bunga manggar kami plak!

ha...
gambar bawah ni, sesi perasan kan diri lah ye!
klau tak suka tengok, sila pejam kan mata anda! hihi..

pesal aku rasa kebelakangan ni gambar aku suma nya tak cantik?
ada kah salah gambar itew yg tak cantik..
atau salah orang dlm gambar itew yg mmg dah makin tak cantik?
hahahha..!!






Thursday, February 10, 2011

aku dpt angpau CNY!!


syok oo...
dapat angpau.. ;)




hehe..
sesapa suka pegi McD, & suka makan Prosperity Meal cam aku,
confirm dpt free angpau gini.

well.. patutnya dpt 1 for every prosperity meal tu..
tp sbb kawan aku tu siap kenyit mata kt en.abang kaunter tu, bleh TER dpt 2 la plak.
hihi..

isinya, INI!!

yak! yak! yeay!!
tq very much la McD..
aku mmg suka makan Apple Pie kt situ.
(ofcourse 1 lagi voucher tu aku pas la kt kawan aku yg suka kenyit mata tu... ;))


tp voucher tu valid till 31 Mac 2011 sajork.



Sunday, October 10, 2010

jemput lah datang rumah ari Ahad ni!


>>>entry ni akan melekat kt sini utk bbrp hari.
nk citer2 baru, bleh tgk kt bawah, yerk!<<<

jemput lah datang ke rumah kami kt Nilai, N.9 ari Ahad ni (10.10.2010) untuk 
Majlis Doa Selamat dan Housewarming kami..!!


sori terpaksa blurkan alamat.. atas faktor2 keselamatan.
kawan2 blogger yg confirm nk datang, bleh la emel aku kt hatiberbunga@yahoo.com, 
untuk alamat penuh aku tu yerk!

ok. see you!!

Tuesday, August 24, 2010

korang dah kibarkan ke, blum??


perasan entry ini kt blog Syuhada..

tetiba diri terasa insaf.
sgt2 insaf.

semarak kemerdekaan bagi diriku tahun ni, 
semacam tenggelam dek macam2 hal. 

antara alasan yg aku terfikir skrg adalah :
  • poser
  • bz
  • sibuk nk pindah rumah 
  • lupa! hihi

nway, wpun dah penghujung bulan Ogos, rasanya x terlambat lagi klau nk letak jalur gemilang kt blog kesayanganku ini. 
(aku letak badge jalur gemilang je, aci x? bendera, aku x jumpa la yg comel2.. huhu..)


utk kengkawan blogger yg lain, jom! jom!
sama2 kibarkan jalur gemilang kt blog masing2..
harus bangga jadi anak Malaysia ni! ;)

Tuesday, March 9, 2010

Perarakan Maulidur Rasul 1431H

baju kurung + kasut sarung tumit tinggi + berarak bawah mentari yg panas = pengsan!

 

  
posing jap ngan si Aida (BONDA)

xpe.. janji ikhlas
dan menang NAIB JOHAN SEPANDUK TERBAIK. (ye ke nama penuhnya tu? ekekek..)

--------------------
ini lah keja org yg mengada xmo dgr ceramah maulidur rasul, wpun dah dipaksa..
sian kt ustaz tu duk bebel2 sesorang kt depan.. hihi..



--------------------
apdet gambar lagi! hihi...



Tuesday, February 2, 2010

Apa Tandanya Bila...

apa tandanya bila 
opis2 penuh dgn limau berkotak2 yg di sponsor?

 
hehehe..

itu tandanya Tahun Baru Cina dah dekat la..
hahaha..!!

Wednesday, September 9, 2009

Istimewanya 09.09.09 Kpd Mamaku

cantikkan tarikh arini?

9 September 2009
atau..
09.09.09

tarikh ni sbnrnya AMAT ISTIMEWA buat mamaku..
kerana pada tarikh ini adalah
ulangtahun kelahirannya yang ke-56
DAN JUGA
tarikh dia akhirnya BERSARA..

my mom ni sbnrnya seorang cikgu
di SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BANGI
yakni, sekolah rendah pertama yg wujud di B.B.Bangi nun..
dia telah berkhidmat di sekolah tu since tahun 1981 (klau x silap)
so, dia ni dah dikira SUPER SENIOR la di kalangan cikgu2 kt situ.
even ngan guru besar tu pun kalah ngan dia. hehehe...

my mom slalu citer yg dia dah ngajar dah berape generasi dah kt situ.
selalu la dia jumpa bekas2 anak murid dia yg menghantar anak2 masing2 plak ke situ.
so, basically, sapa penah bljr kt SKBBB tu, confirm lah kenal
CIKGU SALMAH BT. MAT

so, oleh kerana tu juga, baru2 ni pihak skolah buat Majlis Perpisahan Besar-besaran utk mamaku.
mari kita lihat antar gambar2 spjg majlis tu berlangsung.
(sila jangan muak dgn gambar yg byk ini, ye! :P)
my mom smpai skolah awal pagi, dijemput ngan keta dr umah kami.
ada gaya cam sambut pengantin @ MB, kan? meriah bebenor!then terus la dorang bawak ke Dewan Besar..
dasyat x dasyat,
dorang siap wat ala2 pelamin kecik atas pentas tu utk my mom duduk. hehe..

lepas berucap2 sumer,
ada persembahan dr anak2 murid mamaku dan jugak bekas anak murid mamaku..
ini, hadiah istimewa dari pihak sekolah :
seutas rantai tangan emas +
2 bentuk cincin emas =
disarung oleh guru besar sendiri..
(jeles sungguh!)
lepas sesi bagi adiah oleh cikgu2, sampai la turn murid2 lak bagi adiah.
punya la ramai beratur nk bagi adiah kt cikgu Salmah ni!
macam2 adiah my mom dpt.

paling touching, mamaku citer :
ada sorang murid ni dtg, dlm genggaman dia ada duit lima puluh sen. terus hulur kt mamaku..
"cikgu.. saya xde menda nk kasi cikgu.. ada 50 sen ni je... ambik lah!"
wargh..! punya la sayang murid tu kt mamaku..
ada duit 50 sen pun, sanggup bagi kt cikgu kesayangan dia.. huhu!!
abis majlis, kuar je dewan,
mamaku kena serbu dgn murid2, suma sibuk nk salam, cium tangan dia!
smpai cikgu2 lain terpaksa jerit : BERI LALUAN!! BERI LALUAN!!
ini lak masa salam2 ngan murid darjah 6 kt luar dewan..
sblm bergerak pulang, mamaku bagi 1 flying kiss utk anak2 murid mamaku yg comel2 itu!
mesti pas ni berindu-rinduan. huhu....
my mom ni, klau part anak murid dia, kekadang lebih lg dr anak sendiri tau.
tu la pasal kot anak2 murid suma sayang bebeno kt dia. huhu...
saat meninggalkan skolah..
BYE-BYE...!!
ada gaya YB-YB x? ekekek...
oh! ni antara sepanduk yg anak2 murid mamaku buat utk cikgu mereka.
cantik, kan?
xde ke org nk wat sepanduk camni utk aku, ye?
ekekek..
lepas balik umah kejap,
mamaku dtg semula skolah ngan abahku utk majlis makan2 ngan cikgu2 plak.
hehe.. jgn risau..
dorang wat majlis ni b4 bulan poser..
so, confirm x kena saman. ekekek..
antara cikgu cikgi SKBBB. =)

Saturday, August 29, 2009

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

hihi..
aku dpt Jalur Gemilang free!

hasil jasa baik tempat keja ku
yg rajin duk mengedar bendera ni ari Jumaat lepas.
sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negaraku yang ke-52..sehubungan itu,
mari lah bersama-sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang kita. hihi..

opss..!
di mana aku tempekkan menda alah tu??
hehe...
dengan bangganya depan pintu umah ku lah!

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails