Monday, September 6, 2010

checklist raya 2010 ku..


 esok malam dah nak gerak balik kampung en.hubby dah..
jom kita tengok checklist raya kami utk tahun ni, dah setel ke blum.

1. baju melayu Asyraf = DONE
2. baju raya Asyraf = DONE
3. baju kurung Ayra = DONE
3. dress & baju raya Ayra = HAMPEH (nape susah benor nk jumpa dress warna biru ha?? abis pusing.. tp x jumpa pun yg berkenan & affordable)
4. baju melayu En.Hubby =  DONE (pakai tahun lepas punya je.. dia pun baru pakai baju tu 3, 4 kali. elok lagi)
5. baju & seluar raya En.Hubby = DONE
6. baju kurung aku = ermm... nk tulis DONE @ HAMPEH ye? baju kurung utk raya mmg dah ada.. tp baju utk pagi 1st raya tu xde.. tema tahun ni, biru. tp baju raya yg ada, warna lain belaka. hmm.. nampaknya kena pakai baju sedia ada je la.. maybe diserikan dgn tudung baru je. (tudung raya, pun x beli lagi ni. hehe..)
7. kasut raya Asyraf = DONE
8. kasut raya Ayra = DONE
9. kasut raya En.Hubby = dia beli kasut bola. tu kira kasut raya gak ke? hmm...
10. kasut raya aku = TAKDE BAJET!!! waaaa...!!!
11. henbeg raya aku = DONE
12. kuih raya = baru ada sejenis. ada lagi 3 jenis en.hubby kata dia order ngan kawan. tp ntah bila nya dapat. hmmm...
13. bekas kuih raya = ermm... pinjam ngan sesapa dulu, bleh tak? hehe...
14. rumah = waa...!!! tak setel lagi!! camner nk terima tetamu nk beraya ni?? hish! adakah aku harus amik cuti extra lepas raya utk hias2 ni? hmm...
15. duit raya = DONE
16. sampul duit raya = DONE
17. servis keta Altis = DONE
18. baju raya anak2 buah En.Hubby = beli kt KB lah nanti.. sempat lg ni. hehe..


persoalan utk hati : berapa kali kuar gi kedai suma, pesal x setelkan semua?
jawapan kpd hati : ingat senang ke nk pk & pilih2?? even gi shopping sendiri pun belek2 sampai 2 jam pun kekadang tak jumpa menda yg dihajati, ini plak ngan bebudak yg comel2 tu. huhu.. sabo je la. :P

kenapa sstgh orang ada 2 keta?

(pics : credit to google)


1. kegunaan yg berlainan
- biasanya klau ada 2 keta, dua2 keta lain2 saiz (1 kecik skit, spt kelisa... 1 besar skit cam toyota altis)
- klau pegi tempat2 yg sesak spt pasar @ hotspot area KL.. better bawak keta kecik sbb senang nyelit & senang parking.
- klau travel jauh @ tempat2 yg santai @ nk sumbat brg yg byk.. prefer bawak keta besar skit.. biar selesa.

2. 1 keta sebagai standby, utk kes2 emergency
- spt keta masuk workshop ke apa ke.. kan?
- atau pun klau2 anything happen kpd hubby @ wife, spt eksiden ke.. apa ke.. (mohon dijauhkan Allah..)
- atau pun bila2 sorg tu jauh dr umah tp tetiba ada emergency yg memerlukan sorg lagi keluar dr rumah dgn segera..

3. 1 keta, wife bawak.. 1 keta, hubby bawak..
- masing2 ada urusan masing2, kan..?
- so, takde la menyusahkan mana2 pihak, kan??


maka, fikir2kan lah & selamat beramal! 
hik!hik!hik!

Friday, September 3, 2010

award dari Syunur


pagi2 bukak blog, tetiba ada mesej kt shoutbox..
dapat award lagi!
yeay!

BLOGWALKING AWARD 2010


award ni dari syunur
kawan blog baru ni..
tq, dear!!

oh.
zaman ni, award2 dah x dapat dah dgn free..
kena jawab soklan..

so, here it goes :

Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
next week besday mymom & en.hubby.. nk kasi adiah apa, eh?

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?

ANN
(dengan sebutan "AN" tau.. bukan "N")

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

1. of course la en.hubby
2. my kids
3. my family

Soalan 4
Panggilan untuk si dia?

Abang
Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?

klau ikut percakapan mulut, of course "cukuplah apa yang termampu diberikan".. tapi sbnrnya dlm hati ni TERINGIN SANGAT nk pegi bercuti.. x kisah la dekat ke.. jauh ke.. janji bercuti..


Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?


kawan2 punya blog.. kawan2 blogger punya blog.. & kawan2 baru yg rajin menjengah blogku ini. hehe..


Soalan 7
Tag 15 orang blogger
hmm.. part ni slalu wat aku termenung. 
hmm.. sapa eh?

ok. dah la tu ye!
11 je dulu.. ;) 
kengkawan, amik lah awardku ini ye..
jgn segan2.. ;)

Thursday, September 2, 2010

huh?? kes buang bayi lagi??



hihi..
mana ada..
bayi ini sangat disayangi dan dijaga dengan baik oleh semua insan di sekelilingnya..

namanya Alya Batrisyia binti Akmal Adlin.
anak adik laki aku.
ini adalah sesi pembulian beramai-ramai oleh kami (aku, lil' sis & mak aku) hehe..
saje nk meringan2 kan pala otak lepas penat ngemas rumah yg baru kami ni.

bukti?
sila tengok tangan yg sibuk amik gambar guna tepon tu. hehe..


tetiba tengok cam Yaya selesa plak duk dalam kotak tu. hahaha..!!

lil' bro!! anak dara mu dah smpai dah rumah angah.
bila lak mama & ayahnya nk datang plak?
hehe..

kuih raya dh dapat, baru la feel nk raya, kan?


kuih raya pertama ku utk tahun ni, dah dapat dah semalam..
kakak staf aku yg buatkan.
almond london gitu..


dah ada kuih raya ni, baru la terasa nya bahang nk berhari raya, kan?
lalalala...

Ayra @ 9 bulan

semalam Ayra masuk 9 bulan!!
hepi 9 months' birthday, dear! hihi...

memula mama nk minta maap sbb ntah camner, bleh terskip plak nk wat entry pasal Ayra @ 8 bulan. ish! adakah mama mu ini terlalu bz? atau saje buat2 bz? hehe..

oleh kerana dah terskip sebulan, maka nya entry kali ni akan merangkumi development Ayra dah tempoh 2 bulan ni.
hmm.. apa yg Ayra dah pandai ye skrg?

1. gigi Ayra dah tumbuh dah sebatang!
- kt bawah, kanan.
- 3 lagi, on d way.. dah nampak la bentuk gigi tu kt gusi Ayra.. cuma lum memuncul kan diri secara fizikal. hehe..
- abis suma menda nak digigit nya.. termasuk la aku! erk!
nampak tak, giginya tu??
nampak tak? nampak tak??
mesti korang x nampak, kan? hehe...

2. masa cek up umo 8 bulan aritu, beratnya dah 8.1kg
- bulan ni, ntah! sbb xde cek up. hihi..

3. Ayra dah bleh tateh2 & melangkah dgn jayanya bila kita pimpin tangan dia dua2 belah.
- tp bila pimpin tangan dia guna sebelah tangan je, sebelah lagi lepas, Ayra still bleh melangkah tp perlahan skit.

4. hobi terbaru Ayra : panjat tangga
- pantang leka, harus ke tangga lah dia akan tuju. adeh!

5. suka MENARI..!!
- suka benor buat gerak gaya yg pelbagai tiap kali sesapa nyanyikan lagu pape skali pun. ahaks!

6. pandai geleng kepala klau tak suka sesuatu tu.
- contoh : "Ayra, jom tdo jom!" --> geleng kepala.. "Ayra, minum susu, nak?" --> geleng kepala. hihi.. chumel je. :P

 7. suka ikut nyanyi (bebel2) klau dia dengar lagu @ wirid yg dia suka.

8. sgt suka lanyak si abang Asyraf. 

9. dah pandai jeles klau org keliling dia (aku @ daddy dia @ acu dia @ opah dia @ atuk dia) layan org lain lebih.
- contoh : masa Acu dia dukung sepupu dia, Yaya, Ayra sibuk mintak Acu dukung dia. tp x lama lepas tu, dia nampak opah dukung Yaya plak, sibuk mintak opah plak dukung dia.
- pandai tarik perhatian org, dia ni. hehe..

10. sangat2 murah dengan senyuman.
- kengkawan rata2 ckp dia ni HAPPY BABY.. (and muka mcm anak cina. hihi..)


11. pandai main tepuk amai2
- actually, that is since 8 month. tp sbb lambat lapor kan... so, here it is. hihi..
- pantang dengan sesapa ngan puk amai2, harus ditepuk nya tangan chumel nya itu smbil sengih2.
- kekadang xde sesapa nyanyi pun, dia suka tepuk2 sendiri. hehe..

12. sgt2 obses dgn henpon.
- x kisah la henpon sapa pun.. klau didapatnya, harus jadi mangsa air liur la henpon itew.. (which explain why i got a new hp now.. ermm.. well.. or course that is after kena bebel ngan en.hubby sbb bagi Ayra mencemar-duli kan hp kesayangan itew)

13. sgt kuat berpeluh.
- ke.. rumah aku ni yg terlebih panas? hehe...

14. obses dgn plastik 
- anything that sounds like plastik, harus jadi mangsa dia smpai lunyai.
- so far, selalunya dgn pemantauan kami suma la..

15. dah bleh kutip brg (yg kecik2 la..) dgn jari telunjuk & ibu jari je.

16. suka teman kan mamanya ini tiap kali masak kt dapur.
- good girl. nanti dah besar, Ayra masak, mama rehat plak ye! hehe...


17. suka main @ raba2 rantai leher mamanya ini tiap kali nenen. 
- hiii... nasib baik x raba kt tempat lain. ekekek..!!

18. waktu tdo Ayra skrg : sekitar pukul 11 - 1 pagi. 
- salah satu sebab nape mata mamanya ini cam burung hantu bila time siang dlm bulan poser ni. adeh!

19. suka benor tarik rambut aku yg lembut, panjang mengurai ni.
- jeles kot rambut dia tu kesat, jarang & pendek. hik!hik!hik!

20. sgt suka exploring merata tempat, as long as dia nampak mamanya ni atau sesapa org dewasa ada di dalam bilik yg sama dengan dia.
- klau x nampak kami, harus menjerit dia, ok! huhu..
- security purposes, maybe?? hmm..


hmmm... apa lg ye?
tetiba bleh blank.
nanti2 bila aku teringat pape lg, aku apdet, wokeh! ;)

papehal pun, Ayra tetap anak dara kesayangan mama.
asyik cium2 dia pun x boring2.
smpaikan bau masyam dia pun aku rasa wangi.
adakah aku waras?? hmm...

Wednesday, September 1, 2010

duduk rumah baru sudah.. ;)


pagi ni special buat diri ku.

sebab..
1st day bangun tdo kt rumah sendiri
1st day bergerak gi keja dari rumah sendiri.
hehe...

rasa lain skit. eksaited weh..!! 
(wpun umah baru ku & opis ku itew, 5 minit je. hihi..)

kondisi rumah :
masih blum sedia utk terima tetamu.
masih blum sedia utk ditayangkan gambarnya di blog ini.
tp dah cukup selesa utk kami anak beranak hidup gumbira bersama. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails