memang dah rutin si Asyraf akan amik darah & jumpa Dr. kt spital tu setiap 3 bulan sejak dia lahir lg.. tp kan.. tiap kali klau kami sebut kt kengkawan yg Asyraf ada appointment kt spital, mesti kengkawan duk tanya : KENAPA? ASYRAF SAKIT KE?
heh! agak penat jugak ler nk menjawab nya.. almaklum la.. ramai yg prihatin -> syukur alhamdulillah..
alkisahnya.. si Asyraf ni sbnrnya, Dr. kata ada Hipotiroidisme Kongenital (ketiadaan @ kekurangan hormon tiroxin dlm badan - yg bleh mengganggu tumbesaran otak dan fizikal ssorg). nk tau detail, bleh refer kt SINI.
keadaan dia ni kami kesan masa dia kecik2 lg, sbb dia demam kunin utk j/masa yg lama (prolong jaundice).. sebulan lebih, kunin still ada wpun x byk. tp sbb lama sgt (budak2 normal, 2 mgu dah ilang dah..), tu yg doktor suh refer spital utk cek darah dia. hasilnya dia time tu la baru tau kadar hormon tiroxin dia ni di bawah paras normal.. so, utk membantu Asyraf agar membesar cam budak lain, dia kena amik sejenis ubat nih setiap hari sampai la umo dia 3 tahun. and setiap 3 bulan, Dr. akan cek progress dia.. membesar cam bebudak lain ke x.
Dr. Janet yg sangat baik hati & byk membantu...
so far, alhamdulillah, tiap kali cek up, suma ok, malahan ada kalanya dia lebih advance berbanding bebudak sebaya dia. yeay! petanda baik tu!
lepas umo Asyraf 3 thn, Dr. akan stop kan pengambilan ubat tu utk test sama ada dia bleh hasilkan hormon tiroxin sendiri. klau lulus, bleh la stop terus ubat tu. klau gagal, maka Asyraf kena la bergantung kpd ubat tu smpai la bila2.. cian kat dia. huhu.. (itu la antara salah satu sebab kenapa kami antar dia ke taska supaya byk kan aktiviti dan pergaulan bg menggalakkan perkembangan dia, insya Allah..)
2 comments:
oklah tue asyraf py perkambangan normal ..alhamdulillah ;-)
tu la nyer.. alhamdulillah..
Post a Comment