Dua perkataan yang betul-betul pun jadi, main-main pun jadi. Iaitu perkataan ‘nikah’ dan seerti dengannya dan ‘talak’ dan perkataan yang seumpamanya. Kalau belajar kitab fikah bab ini, tuan guru akan beria-ia memesan agar dua perkataan ini (jika) perlu dilafazkan dengan penuh hati-hati. Katanya inilah dua perkataan yang diucapkan secara sungguh-sungguh pun jadi, main-main punjadi. Maksudnya, ia akan terjadi sepertimana yang dilafazkan.
Dua perkataan itu adalah berkaitan ikatan mutlak antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Sama ada termeterai atau tercerai. Ia termasuk dalam hukum Allah yang bukannya diletakkan untuk main-main. Perkara ini melambangkan bahawa hukum Allah itu suatu yang serius, penting, bermatlamat dan sesekali tidak berhak untuk dimain-mainkan oleh mereka yang waras akal fikirannya. Sebenarnya bukan dua perkataan itu sahaja hukum Allah yang tidak boleh dimain-main, tidak boleh dibuat selamba dan sambil lewa tetapi baki keseluruhan ketetapan Allah. Cuma “kuasa” dua perkataan ini terletak dihujung bibir ramai orang (iaitu wali dan suami).
Maksud
Cerai taklik bermaksud perceraian yang berlaku kerana suami telah bertaklik. Taklik ialah perkataan Arab yang memberi maksud (dalam bahasa Melayu) bergantung, tergantung atau bergantungan. Biasanya diterjemahkan sebagai cerai bersyarat. Manakala daripada segi Istilahnya, ialah perceraian yang berlaku kerana suami telah melafazkan talak atau cerai ke atas isteri dengan syarat-syarat atau peristiwa yang tertentu. Seperti kata suami “apabila saya meninggalkan isteri selama empat bulan tanpa nafkah, dan isteri telah mengadu kepada hakim syarie serta telah membuat bayaran RM1 bagi pihak diri saya, maka jika sabit kesalahan, pada masa itu jatuhlah satu talak khalie”.
Sori sgt2.. tp aku betul2 x paham camner ada sesetengah manusia yang bergelar lelaki zaman skrg ni yg suka sangat guna taklik ni semacam salah satu cara untuk "mengajar" si isteri or "menegaskan sesuatu" kpd si isteri. byk lagi cara la nk "mengajar si isteri".. hmm...
contoh 1 : "aku x suka ko pakai baju ni. baju ni jarang. so, klau ko pakai jugak, berpisah lah kita"
makanya klau si isteri pakai jugak, wpun dlm rumah or utk si suami jua lah kan.. maka jatuh ke talak? hmm..
contoh 2 : "x payah la ko pegi sana. aku x percaya ko pegi sebab keja. klau ko pegi jugak, kita berpisah"
makanya, si isteri klau pegi jugak wpun semata2 mmg atas sebab keja (bos yg suruh uruskan pape ke..) maka jatuh ke talak itu? hmm.. lagi.
sangat lah penat si isteri itu klau sepjg waktu berkahwin itew, si isteri hidup dlm taklik, kan?? aduyai..
* ingatan kpd diriku sendiri, betapa patut bersyukurnya aku, rumahtangga aku x sampai tahap mcm tu skali..
1 comment:
doa byk2 agar rumahtangga sentiasa dilindungi .. aminnnnnnnnnnnn
Post a Comment