Thursday, January 28, 2010

Checkup Ayra @ 2 Bulan


esok Ayra genap 2 bulan dah!



and arini gi check up Ayra..
si abang Asyraf terpaksa antar ke taska sbb daddynya xleh nk lari dari opis lelama arini, utk tengok2kan dia masa mama dia sibuk kt kinik. malas nk amik awal, petang karang lepas opis hour baru amik. hihi..  (and that's explain camner la aku terlebih masa n terlebih rajin meng apdet blog arini. hihi...) 

BERAT Ayra dah 5.65kg (bulan lepas, baru 4.5kg)
TINGGI/PJG Ayra lak dah 59cm (naik 2cm je dari bulan lepas)
and kena la cucuk utk 2 bulan...
tp Ayra gud girl.. nangis jap je time cucuk tu sbb terkejut. pastu sambung blk tdo. hehe..
overall, OK.

dah pandai senyum sorang2..
dah pandai sengih n gelak besar bila diagah org..
dah pandai nangis dengan pelbagai jenis lagu..
dah pandai toleh kepala ke kiri ke kanan..

more interesting facts pasal Ayra :
- amatnya la kuat berpeluh. tido memalam, wajib la pasal 2 bijik kipas (kipas siling & kipas berdiri)
- x kuat sgt menyusu cam abangnya dulu (maybe sbb dia girl kot..)
- suka sgt teleng pala ke kanan (kena sendal bantal ni.. karang anakku bersanding pala teleng plak! uhuk..uhuk..)
- sangat suka la mandi. senyum2 je manjang bila kami bukak baju dia nk mandikan. hahaha..

En.Polis, Sila Saman Ini Budak

berdasarkan bukti kukuh, dengan kesan cap tapak tangan di atas kapet ini,
(ala2 CSI la plak aku ni. huhu..)


dengan mudah lah dikenalpasti sapa punya angkara perkara ini boleh berlaku :



TAPI kan...
encik polis smpai hati ke nk saman budak dgn muka inesen ni??

(sila abaikan kesepahan rumah di blkg itu, ye!)

Hadiah Tahun Baru 2010

hatiku sangat lah berbunga-bunga ketika ini
sbb dapat adiah special dari en.hubby -
Digital Kamera Canon IXUS
hihi..

 
walaupun bukan warna idaman (aku suka sgt lah warna biru!),
hatiku tetap gembira yg amat sgt.
12.1 Mega Pixels tu!!
lalalala...

dan gambar pertama yg aku snap, adalah :
ORANG BARU BAGI TAHUN 2010


Wednesday, January 27, 2010

Home Sweet Home..

dah balik rumah sendiri dah...
selepas sekian lama bermastautin kt rumah parents ku kt Bangi sbb berpantang...



hehe..
so, dah bleh agak la ye nape lama beno aku x apdet blog.
masih dok belajar camner nk bersilat sesorang ngan 2 anak + 1 hubby. hihi...

Friday, January 15, 2010

44 Hari Kemudian..


this is me :
selepas 44 hari tempoh berpantang wajib

adeh! posing standard tu.. :P
(sungguh x bleh blah bila posing depan mama sendiri! huhu..)
berat badan dah kembali kpd asal : 55 kg

tp alignment masih BANYAK GILER yg lari.
so, body ini wajib la ia dibuat makeover tambahan.. chaiyok! chaiyok!

yea! dah bleh kuar rumah!! hihi..

anak bujang ku ini pun dah makin ensem, kan?

Thursday, January 14, 2010

Ini BUBUT

ini, BUBUT
- kucing jantan kesayang my lil' sis (Acu)
umo, baru masuk 1 thn, bulan ni..
nama dia BUBUT sbb bulunya panjang n lemBUT. hihi..

dia nih best pren Asyraf.
Asyraf suka beno main ngan dia.
pantang x kelihatan si BUBUT, wajib lah dia tanya
"BUBUT nane (mana)?"

main kt bola kt laman ngan BUBUT..

tgk tv ngan BUBUT

n aktiviti paling favorite dia : tonggang BUBUT cam kuda n tarik lah ekor si BUBUT nih. huhu..

pulak tu, BUBUT x penah ler plak marah Asyraf wat pape kt dia..
gamaknya sbb BUBUT tau kot Asyraf ni baby lagi. huhu..

hmm.. camner la nanti klau kami dah balik umah sendiri?
mesti Asyraf mencarik-carik BUBUT kesayangan dia ni.. hmm...

Wednesday, January 13, 2010

Lihat Lah Perbezaannya!

adakah u all perasan perbezaan Ayra dlm tempoh sebulan usianya ini?
(Ayra pakai 'baju katak' (romper) yg sama tau ni! hihi..)
hmmm...


YAA..!!
lihat lah betapa membesar bagai johan badannya itu,
terutama PAHA nya yg embam teramat sangat.
gamaknya itu lah salah satu ciri yg diwarisi dr mamanya ini.
ekekek...

Friday, January 8, 2010

Asyraf Cedera Lagi..


yup!
hasil terjun tiruk Asyraf dr kerusi meja makan opahnya.
lebam siot, kelopak mata dia! nasib baik mata xde pape.
(apa da, Asyraf ni.. belah lain yg cedera, belah lain plak yg dituamnya. hehe...)

Wednesday, January 6, 2010

5 hari lagi..!



byk btul citer2 n kejadian2 yg berlaku di sekeliling aku yg x sempat nk dimasukkan kt blog aku nih since aku bersalin 1 Dis lalu.. (tengok! gadget "H.A.T.I.B.E.R.B.U.N.G.A" aku kt belah kanan blog ni pun tetiba hilang pun aku baru prasan tadi. teruk btul! huhu..) pala otak x daya nk pk utk 'dokumentasi kan' suma2 tu wat masa ni.. masih dlm tempoh adjustment, nk sesuaikan diri ngan kehadiran tuan puteri, buah hati pengarang jantung kami yg sorang tu...

arini.. Ayra dah berusia 36 hari.
meaning : dah 36 hari dah aku berpantang..
meaning : tempoh berpantang wajib aku tinggal lg 4 ari je lagi (yea..!!)
meaning : 5 hari lg kami akan kembali ke umah sendiri blk kt Nilai, N.9
meaning : lg 5 hari aku akan mula bersilat sbg seorg isteri kpd 1 org suami & seorg ibu kpd 2 org anak sesorang time en.hubby kena keja. tu blum start keja lg tu! huhu.. (selama ni ringan ler skit since parents aku n si Acu ada bleh tlg tengok2 kan..)

ishhh... bleh ke aku survive nih? macam x yakin je... erk!
skrg ni pun aku masuk tdo kul 9 mlm, letih layan anak punya pasal.. gamaknya camner la nanti bila dah balik umah sendiri, ye?
kengkawan yg ada anak yg jarak dekat cam aku ni, camner ye, u all handle suma tu? hmm...

Opah Mana??


our conversation 1 evening...


Asyraf : Opah Nane (Mana)?
Me : Opah pegi pasar ngan Acu..
...Asyraf nodded...

A few seconds after that..
Asyraf : Opah Nane (Mana)?
Me : Opah pegi pasar ngan Acu..
...Asyraf nodded...

Another few seconds after that..
Asyraf : Opah Nane (Mana)?
Me : Opah pegi pasar...
...Asyraf nodded again...

ANOTHER few seconds after that..
Asyraf : Opah Nane (Mana)?
Me : Pasar...
...Asyraf nodded AGAIN...

ANOTHER few seconds after that (adeh!)..
Asyraf : Opah Nane (Mana)?
Me : Pasar...
...Asyraf nodded AGAIN...


Yup! Another few seconds after that..
Asyraf : Opah Nane (Mana)?
Me : ..... (hadoi!)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails