Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

lepak2 duk tunggu Sogo bukak :)


sejak duduk N9 ni, dan rumah jauh sejengkal je dr tempat keja, 
jalan raya yg aman.. tak penah jem..
dah jadi teramat malas nak KL..
tapi ntah camner,
semlm TER rajin plak nk jejak kaki kt sinun,
lepas rasanya ada la 2 @ 3 thn tak jejak kaki kt sinun.
hihi..

muka eksaited, hokey!! ^_^



tp sbb mmg TAK SUKA jem & org yg ramai,
tapi NAK JUGAK shopping,
semangat teramat sgt lah sampai kt pintu Sogo sblm Sogo bukak.. 
hihi...

oh, btw, utk sesapa yg tak tau, 
Sogo bukak kul 10 pagi - 9.30 mlm tau.
(penah dulu beria nk gi Sogo memalam.. time tu, tak tau Sogo tutup kul 9.30.. 
last2 sampai Sogo kul 9, shopping stgh jam je. 
hahaha...!)

ok. aku dah melalut jauh.
sbnrnya nk tunjuk gambar kami duk lepak depan Sogo tu je.
hehe..




hahhhh????
intro panjang2, last2 3 gambar je kt dpn sogo???
hahahha...
adalah dgn rasminya dimaklumkan bhw 
kamera hp ku dah kabur thp kabus & beyond repair dah.
gmbr jd cantik sikit hanyalah dgn bantuan aplikasi2 canggih masa kini. ahaks!
nak beli hp baru.. errr.. nak tunggu rezeki turun dr langit bleh? hehe..

oh.. citer pasal rezeki,
lepas abis penat shopping & duit pun dah x brape nk ada,
tetiba dpt offer / hadiah best dr hubby :

HENBEG BARU!!


agaknya dia kesian tgk bini dia ni gi keja ngan hbeg koyak2..
tq, darling!!
love u so much.. <3 br="">

Monday, August 13, 2012

Sandle Raya?

Ok.ok. 
aku rasa aku ada masalah saikologi la..
Org lain sibuk2 beli kasut comel2 utk raya dgn duit bonus,
 aku g pilih sandle gini.
Hahaha...!!




Wednesday, August 25, 2010

nak lapor jugak, wpun dah lemau


ingat tak last week Metrojaya ada wat sale kt PICC??

dah alang2 kami sampai kt PICC utk gathering geng bas batch skolah aku ahad lepas,
aku n en.hubby sgt2 suka amik kesempatan tu utk terjah jugak tempat sale ni.
by the time kami smpai, masa tu dah 20 minit lg nk tutup utk hari last sale.
separuh drpd barang2 yg dijual kt sana dah start dibungkus2 dek pekerja2.
punya la terer kami ni, sempat jugak rembat benda2 kt ni. hehe.. :

1. cadar fitted King utk katil baru kami
murah je.. tgk rege nya ni :

2. handbeg

harganya pun sgt2 berbaloi-baloi!
(tag kuning tu harga after less)

3. baju Ayra

4. jam aku & en.hubby
(yg ni, aku lupa lak harganya.. tp 50% off la..)
cantik tak? cantik, kan? cantik, kan?

la ni.. staf & pesara gomen dpt bonus raya RM500, bleh shopping 2nd round la kami nanti! yeay!

Wednesday, May 26, 2010

Apa yg aku dpt dgn RM126 di SOGO?

ha... skrg kan tgh sale giler2 baju budak kt SOGO, KL.. hehe..
(smpai 30 mei ni..)
so, di kala aku & en.hubby cuti arini, ditemani dek the kids yg agak behave..
dalam masa setengah jam aje.. 
di mana kami terjah 2 booth aje (ye ke org panggil booth? ke.. "rak" ke eh? ntah la. hahaha..!!),
maka.. ini la yg aku berjaya rompak dari en.hubby utk the kids dgn rege RM126.00 sahaja!
10 item tu!!
(byk nya la perkataan "aje" dlm ayat aku kt atas tu. hahaha..!!)


kenapa aku bunyi cam jakun je bila dpt shopping kt sogo??
sebab sejak dua menjak dah jadik org Nilai ni.. 
nk merasa turun KL dlm setahun tu, sgt bleh la dikira dgn sblh jari je.. huhu...
sgt kesian kan?
papehal pun, aku masih jadik peminat setia segala jenis promotion kt sogo tu. hehe..
GO!! SOGO SALE, GO!!
hahaha..!!

Monday, April 12, 2010

Scholl Dah Sampai Nilai!

wahai peminat2 kasut jenama Scholl..
(aku ler tu.. hihi..)
mohon perhatian bahawa Scholl dah smpai Nilai dah!!

smlm masa saje nk buang masa round2 area parking kt Giant Nilai,
(mmg sah org ni weng gi buang masa cenggitu. ahaks!)
sesungguh nya aku terperasan BUTIK BARU SCHOLL ini!!
lokasinya kt ujung row kedai baru bukak kt parking Giant tu. 

eksaitednya aku bila nampak butik ni, en.hubby je yg tau. sanggup pusing balik tu nk amik gambar nk wat laporan kt blog punya pasal tu. hahaha..!!
aku ni mmg peminat tegar kasut2 Scholl dari zaman dulu kala lagi.
(sesungguhnya kasut Scholl la yg setia ngadap kaki2 gemoks aku masa aku preggy 2 kali. hihi..)
tp skrg ni susah nk jumpa kedai2 yg jual design2 baru Scholl nih, kan?
nak sgt singgah smlm tu.. 
tp sbb keadaan tu x brape mengizinkan.. (mcm2 hal!)
n butik Scholl ni pun, esok masih ada kt situ lg..
terpaksa la aku hold tu hasrat murni aku tu.

xpe.. xpe.. tunggu la.. 
harus aku terjah engkau x lama lg. ;)

Monday, March 9, 2009

Sogo! Here I come..!!

Di kala pagi yg hening..
Bersuara lah si suami dgn lembutnya kepada isterinya..
"Ayang.. pegi lah siap, kita gi kl arini."
wah..!! si isteri, apa lagi.. menjerit lah dia kegembiraan.
hehe..

sejak duk nilai nih, mmg jarang giler kami ke KL.
jauh tu..!! 45 minit.
tu blum campur jem. huhu...

sampai KL, kami terus gi parking kt basement sogo.
dasyat ye org KL..
baru kul 11.30 pagi, tp parking B1 & B2 dah penuh.
so, terpaksa la kami turun smpai B3..

asyraf pagi tu ceria sungguh!
eksaitet gi jejalan ngan mama & daddy.
(sbnrnya dlm keta dia dah puas tdo dah! hehe..)


skrg ni, kt sogo ada promotion pakaian branded kt lobi dia.
tp kami malas menyemak kt situ.


aku dgn segera tarik en.hubby gi area brooch kt belakang.
rambang mata woo..!!


hasilnya, aku berjaya rompak en.hubby 3 set brooch. (thank you, my love!!) hehe..


then, turn en.hubby lak nk tgk seluar.
tgh duk tunggu en.hubby pilih seluar, asyraf mula meragam.
resah x keruan.

rupa2nya dia lapar. hehe..


terpaksa la aku bawak dia lari jap ketepi smntara tunggu en. hubby bayar seluar dia.
sempat asyraf ngorat anak dara orang! ekekek...


en.hubby bawak kami makan kt
MANHATTAN FISH MARKET kt lowerground Sogo.
agak blur la nk order memandangkan ni 1st time aku makan kt situ.
agak macam org jakun pun ada aku nih. huhu...


memula sampai soup & ais lemon tea kami.
sedap woo..!!!


sup dia sup cream ikan + jagung.
aku suka giler!
asyraf pun duk bunyik2 hirup sup tu. sedap sgt . hehe..

then smpai en.hubby punya.
FLAMING PLATER...
ada ikan (disalut dgn sos spesel).. udang besar (dgn cheese bakar atasnya).. fries.. nasi..


then, akunyer..
GRILLED NORWEGIAN KING SALMON FILLET (with fried rice)
plater yg ni bleh pilih sbnrnya..
nk with fried rice, chips or salad.
aku pilih nasik. (tekak org melayu. hehe..)


asyraf - kongsi ngan mamanya. :D

konklusinya, aku puas hati sgt aa makan kt situ.
sedap & stafnya amat helpful.
(abang.. kita makan kt sini lg ye nanti! :))

Monday, January 19, 2009

aktiviti hujung minggu


terasa malas diri ini nk bekerja di pagi isnin ini.. ekekek..

aktiviti hujung minggu kami kali ni:

SABTU
lepak umah mak sbb hubby kena keja. huhu..
en.hubby : esok (sabtu la tu..) saya ada appt. ngan kontraktor. keja arini tadi tak sempat siap. tp pagi esok nk gi bangi jap. ada hal. awak nk ikut balik bangi tak? (umah mak abah aku kt bangi)..
aku : nak! nak!
en.hubby : tp bermalam la. sbb keja saya ngan kontraktor tu tak sure abis kul bape. takut lama. karang awak boring lak duk umah.
aku : hehe.. nak! nak! (sbnrnya aku gatal sgt nk surf internet!- umah aku lum masuk internet. hihi..)


so, aktiviti kt umah mak :
- surf internet (bukak emel, chatting, ajar mak aku ber ym (hahaha), download citer "while you were sleeping" dsbnya..)
- ngejar asyraf yg dah pandai panjat tangga! (suka beno dia ngan tangga tu. pesal ntah! :P)
- gelak tgk perangai asyraf yg pandai nk ngajuk skit ckp orang.
(org nyanyi lagu injit2 semut, sapa sakit naik atas... (dia pun nyampuk "ek tash" (naik atas) hihi..)
- ajak adik n mak gi shopping baju harian asyraf kt warta --> baju asyraf dah singkat/ketat2 belaka. hasil shopping :

(abang.. sori ye tak bagitau.. ayang beli baju asyraf lagi!! (aku giler beli baju asyraf je skrg ni. huhu..))


AHAD
pagi ahad, aku memalas2kan diri atas katil. nasib baik asyraf tido lama skit pagi ni. hehe..
tghari, gi kenduri kawen reen (staf abah aku, merangkap anak kpd babysitter aku). laki dia lak, opismate hubby aku. sesuai sgt lah tu!
SELAMAT PENGANTIN BARU, REEN & SAIFUL..!!

(gambar pengantin lelaki takde.. sbb dia lum smpai (ter awal lak kami sampai kt kenduri tu! huhu.. nk tunggu, puas la plak!))

then, petang lak, jejalan kt alamanda.

gelagat Muhammad Asyraf Muhaimin masa tengah tunggu daddy pilih stokin kt parkson. lamanya daddy ni..


lepas bayar, tetiba asyraf termuak la plak... abis baju superman dia kena muntah dia. so, terpaksa la gi tukar (masyamm...!!) so, kami singgah la nappy changing room kt parkson tu. so cute, changing room nyer! siap ada kusi tomei utk ibu2 menyusukan baby lagi! hmm... diri ini tak tahan diri. nk jugak amik gambar bilik tu. hihi.. (dah masuk umah sendiri, leh aa tiru utk bilik asyraf nanti! ahaks..!)

see..!!

dah tukar baju asyraf, baru dpt gi c4, menunaikan hajat utama kami aritu - carik menan asyraf.

ni la menan baru asyraf! hihi..

Thursday, January 8, 2009

gelagat anakku shopping

semalam aku ada bengkel kt bdr baru bangi.. balik lambat skit. smpai kt depan pintu umah babysitter Asyraf dalam kul 7 pm. Makcik ckp Asyraf dah merajuk marah2 sbb mama n daddy dia lambat. huhu.. sori, sayang! mama kena keja jauh arini..

so, konon2nya nak pujuk Asyraf, kami pun bawak dia gi jalan2 kt Giant, Nilai. saje je. hehe...

tgk la gaya Asyraf dalam troli! penuh gaya tu. :D (mama tak larat nk dukung lama2, sayang! huhu..)


hasil shopping, Asyraf dapat baju SUPERMAN..!! n free gift puzzle sbb beli solivite. sukanya dia, duk belek2 je baju dia tu kt umah. hihi..


ini lah gaya budak kecik yg kepenatan jalan. pusing2 sampai terkeluar dr tilam. ekekek..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails