Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

cubaan utk jogging...

hmm.. 
korang rasa kukuh tak, alasan klau aku ckp..
aku x dpt eksersais sbb ada anak kecik?
musykil jugak, kan?
walhal org lain, ok je. hehe..

nasib baik atas kegigihan kawan baek aku nan sorang ni, di mana, tiap2 ujung mgu je, confirm ajak aku jogging sama, akhirnya sampai jugak aku kt padang tempat keja aku tu pagi ujung minggu lepas di mana niat asalnya adalah utk berjogging.
PLUS, with the kids, of course. 
(tak sampai hati nk susahkan en.hubby yg menjelang subuh baru tdo..)

hasilnya,
berjaya jugak la aku BERJALAN mengelilingi trek tu TIGA kali
and ofcourse ditemani dgn askar2..

 (gambar, kidnap dari blog kawan baek nan sorang.. hehe..)

bagus jugak! 
kawan baek aku nan sorang ni bleh bakar lemak lebih skit dgn jogging pelan2 separuh trek smbil dukung si Ayra tu! hihi..

dah penat, lepak2 jap kt tepi smbil wat gaya suka hati depan fotografer cilikku, Asyraf..

terima kasih, Ameer.. sbb tolong jaga Asyraf.. ;)

konklusi, 

ini bukan jogging nama nya..
ini makan angin. hihi..




Monday, March 2, 2009

Sukan Staf - Part 3

Last week, selepas kekalahan yg menyedihkan buat team bola jaring, kumpulan "perkhidmatan", en. hubby dgn geng2nya cuba menebus kembali takhta sukan staf bagi team "perkhidmatan" melalui game catur and kayak plak..

Keputusan:

Catur Lelaki - Pingat EMAS. (yeaa..!!!)
Kayak Berkumpulan Lelaki - Pingat PERAK (yea lagi..!!)

Aku - bagi sokongan moral je kpd hubby tersayang. hehe..

** Info tambahan : dilaporkan, team wanita "perkhidmatan" juga x mengecewakan dlm acara kayak nih - Single, dpt 1 emas, 1 gangsa. double lak, dpt 1 gangsa. ok la tu. hehe..

Tuesday, February 24, 2009

Sukan Staf - Part 2

petang tadi, tiba la giliran game BOLA JARING plak untuk berentap untuk sukan staf kami pada tahun ni..

1st game - PENTADBIRAN vs PERKHIDMATAN
keputusan : team perkhidmatan (team kami!) kena belasah teruk dgn team pentadbiran.
markah, xmo cakap sbb byk bebenor. hehe..

actually, team kami hampir2 disqualified bila x cukup pemain.
sbb kebetulan time tu ada clashing dgn game ping pong la plak..
and org yg main ping pong tu, org yg sama main bola jaring ni!
aduh! mmg cuak jugak la kami sekejap.
tp, akhirnya.. cukup jugak.. hehe..
tp cukup2 je la.. xde pemain simpanan langsung!
agak semput jugak la bila dah masuk 2nd half tu. hehe..

position aku - GD (goal defend)
alasan aku pilih position nih, konon2nya x byk sgt gerak kot!
tetiba, bila aku toleh tgk GA (goal attack) team pentadbiran tu, terus aku lemah jantung!
sbb kt position tu, cc ina. pemain wakil universiti kt sukan staf IPTA.
bila kira terer gak la dia main. actually.. mmg terer lah! penat aku nk kejar.
pastu, bila dpt je bola kt tgn dia, manjang je masuk terus lak tu ke dlm jaring!
xde nk agak2 lak tu! tension betul aku! huhu..

2nd game - PERKHIDMATAN vs FAKULTI 1
keputusan : team perkhidmatan menang tanpa bertanding sbb team fakulti x cukup orang. hehe.. gumbiranya hati! hehe...

** info terkini: team perkhidmatan akhirnya tersungkur kalah (dpt no.4) dlm bola jaring.. huhu.. aku agak frust gak la sbb x dpt membantu sbb hari ke2 & ke3 game tu, aku kena gi kursus kt putrajaya. huhu..

Monday, February 23, 2009

Sukan Staf - Part 1

buat pengetahuan semua, skrg, tempat aku keja tgh sibuk anjurkan Sukan Antara Jabatan bagi menggalakkan staf2 nya bersukan. almaklum lah dah setahun staf2 kt sini keras punggung duk ngadap komputer tiap2 hari. sekali sekala, turun lah kita ke padang.. :)

so, aku n en. hubby pun dengan semangatnya menyibukkan diri ngan sukan2 ni.
lebih2 lagi tahun ni, kebetulan kami "ter"sama team, iaitu team "perkhidmatan".
team perkhidmatan ni terdiri daripada staf library, staf IT & staf pembangunan.
terasa tercabar jugak la, sbb kt sini, antara team yg agak kuat, adalah team "pentadbiran", sbb dorang ada staf2 keselamatan yg mmg kuat sukan. siap ada wakil ke peringkat sukan staf universiti2 lagi gitu! huhu..

well.. antara aku n en.hubby,
en. hubby la paling semangat main sukan
- bola tampar, catur, kayak dsbnya..
aku, main bola jaring je. hehe..

dulu, time skolah, aku byk gak involve main olahraga (200m, 4 x 100m, 4 x 400m, merentas desa dsbnya)
tp since keja, mmg tinggal langsung sukan2 ni.. dah kawen, lagi aa.
huhu.. mmg x dpt terima kenyataan la..
aku dah takde stamina cam time skolah2 dulu.. waa...!!!
bayangkan la.. dah lama giler x jogging, aritu aku jog keliling court pun dah mengah tahap melampau.
dah berat gamaknya badan aku ni. waaa..!!!

oh! btw, this is en. hubby menunjukkan skil nya dlm bola tampar ptg rabu lepas.
aku, aritu, kebetulan blum ada game.
so, jadik la pompom girl en.hubby. hehe..
KEPUTUSAN: team kami dpt no.2 (kalah ngan team pentadbiran! huhu.)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails