buat pengetahuan semua, skrg, tempat aku keja tgh sibuk anjurkan Sukan Antara Jabatan bagi menggalakkan staf2 nya bersukan. almaklum lah dah setahun staf2 kt sini keras punggung duk ngadap komputer tiap2 hari. sekali sekala, turun lah kita ke padang.. :)
so, aku n en. hubby pun dengan semangatnya menyibukkan diri ngan sukan2 ni.
lebih2 lagi tahun ni, kebetulan kami "ter"sama team, iaitu team "perkhidmatan".
team perkhidmatan ni terdiri daripada staf library, staf IT & staf pembangunan.
terasa tercabar jugak la, sbb kt sini, antara team yg agak kuat, adalah team "pentadbiran", sbb dorang ada staf2 keselamatan yg mmg kuat sukan. siap ada wakil ke peringkat sukan staf universiti2 lagi gitu! huhu..
well.. antara aku n en.hubby,
en. hubby la paling semangat main sukan
- bola tampar, catur, kayak dsbnya..
aku, main bola jaring je. hehe..
dulu, time skolah, aku byk gak involve main olahraga (200m, 4 x 100m, 4 x 400m, merentas desa dsbnya)
tp since keja, mmg tinggal langsung sukan2 ni.. dah kawen, lagi aa.
huhu.. mmg x dpt terima kenyataan la..
aku dah takde stamina cam time skolah2 dulu.. waa...!!!
bayangkan la.. dah lama giler x jogging, aritu aku jog keliling court pun dah mengah tahap melampau.
dah berat gamaknya badan aku ni. waaa..!!!
oh! btw, this is en. hubby menunjukkan skil nya dlm bola tampar ptg rabu lepas.
aku, aritu, kebetulan blum ada game.
so, jadik la pompom girl en.hubby. hehe..
KEPUTUSAN: team kami dpt no.2 (kalah ngan team pentadbiran! huhu.)
2020 , COVID19 WFH
4 years ago
No comments:
Post a Comment