Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, May 25, 2012

jawatan kosong pentadbiran (kontrak) USIM



sharing is caring, kan? :)

 
Dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-
 
JAWATAN
GRED
STATUS LANTIKAN
PENEMPATAN
Pegawai Perubatan       
UD43/ UD44/ UD47/ UD48/ UD51/ UD52/ UD53/ UD54 
Tetap/Kontrak
Kampus Nilai
Pegawai Tadbir N41 Kontrak Kampus Nilai
Jururawat Pergigian U32 Tetap/Kontrak Kampus Pandan Indah
Juruteknologi Pergigian U29 Tetap/Kontrak Kampus Pandan Indah
Pembantu Pembedahan Pergigian U17 Kontrak Kampus Pandan Indah

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web http://www.usim.edu.my dan klik ke e-iris mulai 27 Mei 2012 (Ahad). Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urusetia di talian 8113/8125.
 
Tarikh tutup permohonan: 
9 Jun 2012 (Sabtu)
 
Sekian.

Saturday, March 26, 2011

abahku & "Coronary Stenting"

alhamdulillah, berkat doa semua,
abah ku arini telah selamat pulang ke rumah selepas jalani prosedur stenting semalam..
so, lepas ni, just bagi masa & ruang je utk abah agar dpt rehat leklok supaya bleh kembali cergas spt sediakala.

abah, mak & my lil sis masa sesi perbincangan ahli keluarga dgn Dr. kt spital,
utk decide kaedah rawatan yg nk dibuat utk abah..

untuk kawan2 yg dah ada pengalaman ahli keluarga yg ada sakit jantung, maybe dah familiar dgn "coronary stenting" ni.. tp untuk x penah dgr, rasa2nya bleh la kot aku citer serba sedikit, pasal prosedur ni (well.. sbnrnya sblm ni, aku pun harem tau apakebenda nya tu. x penah terfikir nk amik tau pun. :P)

well.. stenting ni, actually, salah satu kaedah rawatan kpd sesiapa yg ada mslh jantung, selain rawatan scr ubat-ubatan & pembedahan pintasan jantung (bypass). (sbnrnya masa memula kami sekeluarga jumpa Dr., Dr mmg dah suggest wat bypass je.. tp bila dah bincang2 suma, akhirnya kami decide wat stenting. sbb risiko komplikasi bypass ni jauh lebih tinggi & scary)

berdasarkan Dr. kt HUKM (well.. skrg dah dipanggil PPUKM (Pusat Perubatan UKM)) STENT tu kiranya sejenis rerelung dawai logam. Saluran sempit atau tersumbat tu dirawat dengan belon khas dan diikuti dengan stent, untuk memastikan saluran darah itu terbuka luas untuk membawa nutrien dan oksigen ke bahagian jantung yang berkenaan. klau saluran pembuluh darah itu tidak sesuai dirawat dengan angioplasti, selalunya jika melibatkan banyak tempat ataupun saluran yang kritikal, pembedahan pintasan koronari akan disarankan. - alhamdulillah salur darah abah sesuai..

Stent dilekatkan pada kateter belon dan di bawa ke tempat yang dikehendaki oleh kateter tu.. sampai di lokasi, belon tu dikembangkan dan serentak mengembangkan juga stent tu skali. Belon & kaheter ditarik keluar, meninggalkan stent di tempat yang dikehendaki di arteri koronari dan akan membuat salur darah ini kembang secara mekanikal. Kaedah ini boleh mengurangkan insiden penyempitan semula (restenosis) dalam 15-30 peratus kes (BERNAMA)

di bawah, ada lah video animasi bgmn prosedur tu dilakukan..


harapnya info ni berguna lah kt u all.. byk untung nya klau ilmu byk di dada, kan?

ermm.. x sabar nk menunggu hari siang, nk gi jenguk abah kt rumah nya..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, March 3, 2011

Iklan Jap! 4 - 6 Mac : Open Day Opis ku!!

esok 4 Mac 2011, kan?
opis ku ada wat Open Day sampai ari Ahad.


ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR TAU!!
mcm yg korang bleh tengok kt poster kt atas tu, serius byk aktivit yg akan berlangsung selama 3 ari tu.


utk Jabatan yg aku organise (yakni 3 Jabatan) je..
di Bangunan Fakulti Kepimpinan & Pengurusan,
akan ada :
1. Program Go! Halal (4 Mac - 10 am)
2. Bengkel Pengupayaan Komuniti dalam Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (5 Mac - 8.30 am)
3. Pameran Kesedaran dalam Penyalahgunaan Dadah (4 & 5 Mac 2011 - yg ni, akan ada pelbagai kuiz & permainan yg best2 utk orang ramai)
4. Pameran & Promosi Ujian Permata Insan (4 & 5 Mac - detail pasal Permata Insan ni.. bleh refer SINI)
5. Ujian Saringan Ibu Bapa (5 Mac 2011 - ni pun berkaitan Permata Insan..)


di Bangunan Fakulti Ekonomi dan Muamalat pula,
di bawah Jabatan lain yg aku jaga jugak (sesungguhnya aku ni mmg byk pegang Jabatan yg pelbagai.. ) akan ada ini!



welll... lain2 aktiviti yg bukan aku organise pun banyak..
antaranya,



mesti korang terpaksa kecikkan mata utk tgk tulisan2 kecik kt poster kt atas tu kan? hehe..
dasar pemalas rajin yg amat sangat, aku ni ye! hihi..
so, klau korang rajin, bleh la surf sekitar website opis aku kt SINI
atau
website Karnival ni sendiri di  SINI, ye!!

so, kengkawan.. 
terutama warga area Nilai, Negeri Sembilan dan sekitar, 
meh la datang memeriahkan suasana, ye!!




Sunday, January 9, 2011

Facebook Close - btul ke?


betul ke??
macam tak caya je..

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. 

sumber : weeklyworldnews 

nota hati : nasib baik la aku ni bukan jenis hardcore FB. hihi..

Thursday, December 9, 2010

merancang keluarga - info baek malam Jumaat


malam ni malam Jumaat, kan??
hehe..
mari kita kongsi citer pasal merancang keluarga ni sket..



Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?


Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.

Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
  • Berumur diantara 20 dan 35 tahun
  • Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
  • Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
  • Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
  • Pasangan ingin mempunyai anak
Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi.
Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?

 

  • Kaedah semulajadi
    • Kaedah masa subur
    • Suhu badan asas
    • Kaedah cairan dan lendiran faraj
    • Kaedah gabungan
    • Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan



  • Kaedah halangan
    • Kondom
    • Topi servik
    • Diafram


  • Hormon
    • Pil
    • Implan
    • Suntikan 
  • Alat dalam rahim 



  • Kaedah kekal
    • Ikatan tiub fallopian/peranakan
    • Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

Apakah faedah merancang keluarga?


Faedah-faedahnya termasuklah:
  • Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
  • Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
  • Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
  • Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
  • Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga

Apakah kaedah yang sesuai untuk saya?


Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:
  • Umur wanita tersebut
  • Taraf kesihatan
  • Keberkesanan kaedah
  • Kaedah yang disukai individu
  • Kaedah yang terdapat di klinik

Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?


Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil.

Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai criteria seperti di bawah:
  • Dalam masa 7 hari selepas haid normal
  • Dalam masa 7 hari selepas keguguran
  • Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
  • Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir
Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :
  • melakukan ujian kehamilan air kencing atau
  • tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)

Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?


  1. Hormon (pil)
    • Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
    • Selepas keguguran- mulakan serta merta
    • Selepas kelahiran :-
      • Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
      • Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula
  2. Suntikan hormon
    • Mulakan dalam masa 7 hari haid
    • Mulakan serta merta selepas keguguran
    • Selepas kelahiran
      • Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
      • Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak
  3. Alat dalam rahim
    • Semasa haid
    • Serta merta selepas keguguran
    • 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
  4. Kaedah kekal
    • Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
      • serta-merta selepas melahirkan atau
      • 6 minggu selepas melahirkan atau
      • Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
      • Bila-bila masa
    • Lelaki (Vasektomi)
      • Bila-bila masa

Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan


Keberkesanan Pil perancang yang di gunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi hormone paket 21 (seperti Marvelon, Nordette)


  • Lambat memulakan
    • Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan pemusnah sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.
  • Terlupa 1 pil
    • Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.
  • Terlupa 2 atau lebih pil
    • Gunakan kondom untuk selama 7 hari
    • Ambil pil hormon
    • Kira berapa bilangan pil hormone yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormone yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan paket baru pada hari esoknya.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal pil hormone progestin ? (cth, Noriday)


Ambil pil terakhir yang tertinggal serta-merta. Elakkan seks. Sambung mengambil pil berikutnya seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang yang lain selama 48 jam.

Sekiranya tiub fallopian/ peranakan saya telah diikat?


Kaedah pembedahan adalah kaedah kekal dan pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.

Di manakah saya boleh mendapat khidmat bantuan untuk perancang keluarga?


Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga. --> sesungguhnya servis utk perancang keluarga ni, adalah PERCUMA.. (baru je dpt kondom free dari Klinik Kesihatan Nilai tadi. hihi..)

sumber : InfoSihat

Friday, November 12, 2010

biar anak menangis, byk kesan negetif, tau..


wah.. baru tau weii..

bahawasanya :

"membiarkan baby menangis akan tinggalkan kesan negetif 
pade baby utk jangka masa pendek dan panjang"


bila baca entri ni kt blog akish.
(mintak izin ye..!!)

korang baca la ni.. 



Pakar sains pakar sains menjumpai kandungan hormon cortisol atau lebih dikenali sebagai hormon stress yang tinggi di dalam kandungan air liur bayi yang sering dibiarkan menangis. Pelbagai kesan telah dikenal pasti sekiranya perkara ini berlaku iaitu :

1. Sering lupa dan boleh menjadi gila sekiranya semakin parah.

2.  hormon ini merosakkan sambungan saraf yang berfungsi membentuk otak bayi.

3. apabila otak bayi menerima stimulasi berlebihan terhadap stress dan apabila otak yang menerima input fizikal dan emosi diabaikan (iaitu dengan membiarkan bayi menangis sendirian berulang kali), bayi berpotensi menghadapi Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD) 10 kali ganda berbanding bayi biasa.

4. Kajian juga mendapati kesihatan intelektual dan sosial bayi tidak berkembang dengan sihat.

5. Ahli neurobiology pula mendapati hormon ini dapat mempengaruhi perkembangan IQ dan EQ bayi.

6. Dr. Rao dan rakan-rakannya di National Institutes of Health membuktikan bayi yang menangis berpanjangan bukan disebabkan kolik di dalam 3 bulan pertama, mempunyai tahap IQ 9 mata kurang berbanding kanak-kanak lain pada usia 5 tahun. Mereka juga mempunyai tahap perkembangan sistem motor yang lemah.

7. Para pengkaji di Pennsylvania State dan Arizona State Universities mendapati bayi seperti ini sukar mengawal emosi dan semakin sukar untuk dipujuk semasa berusia 10 bulan.

8. Bayi yang dibiarkan menangis dan tidak diberi perhatian juga akan mengalami panik dan berasa tidak selamat menyebabkan mereka tidak boleh dibiarkan sendirian dan lambat untuk berdikari.

9.  bayi yang menangis berterusan meningkatkan tekanan darah dalam otak, menghalang aliran darah dari otak dan mengurangkan kandungan oksigen ke otak.

10. Bayi yang dibiarkan menangis akan berhenti menangis dan akan menjadi semakin kurang menangis bukan kerana dilatih tetapi kerana mula berputus asa dengan ibu bapa sendiri.

11. Kajian juga menunjukkan tekanan darah dan degupan jantung bayi mungkin ke tahap maksima dan menyebabkan sawan/sawan tangis atau kolik yang turut dikenali sebagai kembung perut

12. Sikap bayi akan turut terpengaruh dengan :
a. Sukar mendengar kata
b. Terasa diabaikan
c. Menjadi pemarah
d. Menjadi stress dan trauma
e. Tidak tahu menunjukkan atau memberitahu emosi sebenar
f. Rasa tidak selamat dan mudah resah walaupun dengan kehadiran ibu bapa.

seriously..
sapa tak sayang anak, kan?
sapa sanggup/sampai hati tengok/dengar anak nangis lama2...?

tapi klau anak tu mmg MANJA KEDEDEH..
skit2 nangis.. skit2 nangis..
tinggal kejap, even sbb mama nk pegi buang air skali pun, dia duk nangis..
tegur skit plak, meraung macam kena dera?
nk wat camner tu?
hmm..

p/s : mulut Ayra & mulut Asyraf, klau nangis, sama, kan?? 
hihi..

Wednesday, October 27, 2010

dah kawen? meh tengok fadhilat BERCIUM

jumpa artikel ni kt internet.. tapi dah lupa plak dari sumber mana..
(en.hubby ku sayang, sila ambil perhatian, ye..! 
terutama part yg di highlight itew. hehe..) :


Fadhilat Bercium???
Ahli perubatan mendapati bahwa bercium itu baik untuk kesihatan.....Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok, tenang dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan untuk melawan pelbagai penyakit.
Keistimewaan dan kelebihan bercium :
* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 degupan jantung seminit.

* Setelah berciuman, paru-paru akan bekerja lebih keras. Tarikan nafas selepas bercium adalah kira-kira 60 seminit (nafas normal hanya 20 kali seminit.)  Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.

* Sesetengah doktor gigi percaya, bahawa bercium dapat mencegah  gigi daripada mudah berlubang.  Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mananya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.

* Proses ciuman yang berlaku melebihi 3 minit membantu seseorang menghadapi tekanan hidup atau melawan stress. Bercium dalam waktu yang lama boleh menghindari hormon penyebab tekanan atau stress.

lagi... kelebihan berciuman .....

1. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi bekerja setiap pagi contohnya,  dikatakan mampu memberikan lebih masa hidup  5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium ini. <-- see! see! see! tak salah, kan?? bukannya kita comolot pun... ciuman kasih sayang ckit2 je.. just peck on the cheek or forehead ke... hehe..
2. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai.  Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada kedua-dua pihak..

3. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2-3 kalori seminit dan meningkatkan kadar  metabolisma seseorang. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium) boleh membantu mengurangkan berat badan.

4. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, mengurangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon penyebab tekanan.
5. Aktiviti bercium menggunakan sekurang-kurangnya 30 otot wajah dan ini boleh mencegah pipi dari menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah yang dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan kadar tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah perut.

8. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan rasa sakit.


perhatian plak untuk yang blum berkahwin :
sila SIMPAN DAHULU ilmu ini ye..
tunggu kawen, baru bleh amalkan, tau.
(takmo den tanggung dosa korang tu. erk!)

Wednesday, August 25, 2010

staf kerajaan!! BONUS RAYA wei...!!


PETALING JAYA: The Government will pay RM500 as special financial assistance to civil servants from Grade 1 to 54 and retirees.

The payment will be made before Hari Raya.
          sumber : The Star

(kenapa tetiba aku baca suratkhabar omputih?? sbb newspaper bhs melayu skrg tengah server bz. hehe..)


berita terkini!!


staf kerajaan & pesara dapat bonus raya RM500 wei...!!!
hepinya aku!!!
(nampak tak aku tengah melompat2 smbil berjoget ni? hehe...)

Thursday, July 1, 2010

jom belajar Bahasa Istana jom!


semalam, selama 2 hari sbnrnya, aku kena pegi 
Kursus Protokol & Etiket.
aku rasa, termasuk yg kali ni, dah 3 kali dah sbnrnya aku pegi kursus ini spjg2 aku keja kt sini..
tp sbb dlm surat jemputan tu ditulis "DIWAJIBKAN HADIR",
makanya, terpacak jugak la aku ke bilik latihan opis aku tu.. (dasar penjimatan kerajaan. sila jgn berangan nk kursus kt hotel2 ye tahun ni, tuan2 dan puan2 sekalian. hehe..)

nasib baik kali ni punya penceramah suka kongsi pengalaman & citer2 best. 
ringan skit pala otak ni nk input fakta. hehe..

antara byk2 menda yg kami blajar spjg 2 hari kusus tu la kan.. adalah BAHASA ISTANA. aku rasa mesti korang x tau bahasa istana ni, kan?? yakni bahasa yg kita guna klau bercakap dgn sultan, terutama dalam majlis istiadat cam konvokesyen.

ha.. jom kita test skill skit2 jom! hihi..

patik - saya
pacal pondok - isteri
pacal didik - anak
hamba tua - orang tua / parents
hamba tua suami patik - suami
ke sungai - buang air
kurang periksa - tak tahu
junjung kasih - terima kasih
ayap - makan
tuanku (sambil tunduk skit) - tunjuk tanda setuju
pondok/teratak - rumah
mengadap - berjumpa
berisi (contoh : patik berisi sedikit) - gemuk

ha.. antara bahasa2 nya la. ada lg. tp cam penat lak jari nk menaip. hehe.. 
ada sesapa lg yg nk tambah ke? hehe..

Thursday, June 3, 2010

Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak-kanak

petang tadi time balik keja, terdengar la topik sembang petang kt hot.fm tu..
pasal topik ni..


then malam ni, tgh2 blogwalking, jumpa jugak artikel ni kt blog IBU AYRA. seram aku tiba2..

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka. Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.

Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama

Sumber dari Berita Harian

sesungguhnya en.hubby seorang perokok yg tegar. wpun dia sangat2 jarang merokok depan anak2 (slalunya port dia kt luar rumah), tapi sesungguhnya depan aku, klau xde anak2, dia selamba je bleh abis 3, 4 batang dlm tempoh sejam.. tambahan lg klau dia tgh berfikir. lagi la bertambah2 asap yg kuar dari mulut naganya itu.
selama ni, aku dah x kuasa nk larang.. semacam masuk telinga kiri, kuar telinga kanan. lgpun dia dah besar panjang.. dah bleh pk apa baik, apa buruk.. tapi, bila dah timbul isu ni, aduyai....

abang sayang.. kurang2 kan la merokok tu ye.. PLEASE..

Thursday, May 27, 2010

Beryl's Free Choc's Buffet

anda gila coklat macam aku???
jika ya, 
jom makan coklat free jom!!
ada promosi makan coklat FREE kt BANGI..!!!
sgt sgt sgt dekat ngan rumah parents aku tu.


3 hari.. start esok (28 Mei 2010)

ACU..!!! jom kita terjah jom!!

Thursday, April 22, 2010

Sila Makan Tauge, ye..

Kengkawan suka TAUGE??

aku suka! 
tp dah dipaksa pantang dek bidan yg urut aku time bersalin aritu, 
klau planning nk jarak kan anak.. 
atas alasan ini. hihi.. :
"Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan."
lain2 khasiat tauge (berdasarkan emel dr seorg kawan ni..) :
  • bleh melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar & pankreas.
  • bleh meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta cegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
  • utk wanita : hindar dari kanser payudara, PMS, simptom menopaus & gangguan akibat menopaus.
  • bleh menghalau "lemak jahat" LDL.. elok utk mereka yg berisiko penyakit strok & serangan jantung.
  • antioksida kuat yg menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA (leh wat awet muda, you! hihi..)
  • bantu buang kotoran dlm usus besar.

sehubungan itu, apa lagi??
SILA MAKAN TAUGE, YE..
hehe...

Thursday, April 1, 2010

Jawatan Kosong..!!

weh! ada jawatan kosong la..
sapa nak??
meh! meh! mohon online kt sistem e-IRIS  meh!!

jawatan2 kt bawah ni tgh ada kekosongan (tetap/kontrak).. so sesapa yg nk meramaikan umat kt sini, bleh la try mohon :

  • Pembantu Keselamatan (KP17)
  • Pegawai Tadbir (N41)
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)
  • Penolong Akauntan (W27)
  • Penolong Pegawai Sains (C27)
  • Atendan Kesihatan (U3)
  • Juruteknik Landskap (J17)
  • Pembantu Akauntan (W17)
  • Pegawai Perubatan (UD43)
  • Pegawai Pergigian (U41)
  • Juruteknologi Pergigian (U29)
  • Penolong Jurutera (Mekanikal/Awam/Elektrik & Elektronik) (J29)
  • Jurutera (Mekanikal/Awam/Elektrik & Elektronik) (J41)
  • Penolong Arkitek Landskap (J29)
  • Pembantu Setiausaha / Setiausaha Pejabat (N17/27)
  • Juruteknik (Mekanikal/Awam/Elektrik & Elektronik/Senibina) (J17)
  • Tukang K3 (Elektrik/Elektronik) (R9)
  • Jururawat Pergigian (U29)
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) (N17)

details, leh refer SINI.

TARIKH TUTUP : 11 APRIL 2010.

Wednesday, March 31, 2010

Alert! Bahaya Baby Sling

jumpa artikel ni kt SINI..
maybe bleh wat panduan kpd kengkawan suma...


Due to at least 14 deaths—three in 2009—the CPSC has issued warnings to parents on using baby slings and carriers for babies under 4 months of age. Do you know the risks of baby slings and how to use them properly?


The Scoop

Baby slings may be cute and cozy carriers for Baby, but the US Consumer Product Safety Commission (CPSC) is now advising parents and caregivers to be cautious when using baby slings for babies younger than 4 months of age. The March 12, 2010, consumer alert was issued by the agency after an investigation showed at least 14 deaths associated with sling-style infant carriers over the past 20 years, including three in 2009. Twelve of the deaths involved babies younger than 4 months of age.

Why say no to slinging your newborn? "In the first few months of life, babies cannot control their heads because of weak neck muscles. The sling's fabric can press against an infant's nose and mouth, blocking the baby's breathing and rapidly suffocating a baby within a minute or two," the CPSC warning reads. "Additionally, where a sling keeps the infant in a curled position bending the chin toward the chest, the airways can be restricted, limiting the oxygen supply. The baby will not be able to cry for help and can slowly suffocate."

Because many of the babies who died in slings were either a low birth weight twin, were born prematurely, or had breathing issues such as a cold, the CPSC warning also urges parents of preemies, twins, babies in fragile health, and those with low weight to use extra care and consult their pediatricians about using slings.

For Baby

The CPSC did not issue any recalls in its current warning, but did indicate the agency is continuing to investigate "to determine what additional action may be appropriate."

Despite the new warning, lots of moms and dads swear by baby slings as an easy way to carry—and bond—with Baby. For those who still plan to "wear" Baby, the CPSC urges parents to "make sure the infant's face is not covered and is visible at all times to the sling's wearer ... Parents and caregivers should be vigilant about frequently checking their baby in a sling." For nursing moms, guidelines advise changing Baby's position after feeding so his head is face up (not still turned or pressed against the breast or your body) and clear of the sling fabric.

When Buying a Sling

Given the latest safety warnings, it's probably best to avoid buying a used sling, even if it seems only "gently" worn. When buying a new sling, check it over for frayed seams, loose threads, and missing or broken sling rings. And then practice, practice, practice with the sling (with a doll or infant-sized teddy bear) before using it with Baby in tow. Most manufacturers are great about providing detailed, step-by-step directions for safe sling use.

Keep in mind that not all slings are the same! Always read manufacturer's directions carefully and practice each step until you are completely comfortable with how the sling works. Some companies make it super-easy to practice putting Baby in the correct position by including even include an instructional DVD with the sling or offer by offering baby-wearing technique videos on their websites.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails