Thursday, June 3, 2010

Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak-kanak

petang tadi time balik keja, terdengar la topik sembang petang kt hot.fm tu..
pasal topik ni..


then malam ni, tgh2 blogwalking, jumpa jugak artikel ni kt blog IBU AYRA. seram aku tiba2..

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka. Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.

Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama

Sumber dari Berita Harian

sesungguhnya en.hubby seorang perokok yg tegar. wpun dia sangat2 jarang merokok depan anak2 (slalunya port dia kt luar rumah), tapi sesungguhnya depan aku, klau xde anak2, dia selamba je bleh abis 3, 4 batang dlm tempoh sejam.. tambahan lg klau dia tgh berfikir. lagi la bertambah2 asap yg kuar dari mulut naganya itu.
selama ni, aku dah x kuasa nk larang.. semacam masuk telinga kiri, kuar telinga kanan. lgpun dia dah besar panjang.. dah bleh pk apa baik, apa buruk.. tapi, bila dah timbul isu ni, aduyai....

abang sayang.. kurang2 kan la merokok tu ye.. PLEASE..

3 comments:

eija_sweetmama said...

sama la ngan cik abg sy..perokok tegar..selagi x sakit..selagi tu dia x rasa nak berhenti kot..huhu.

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

dha bgtau hubby tp tah bila lah nak insaf boleh takkk gerammmmmmmmm hakuuu

Syafrizal said...

kepada semua perokok..
berhentilah hisap
haram tetap haram
dalam rokok memang ada najis..
amalkan kopi radix untuk menghilangkan ketagih rokok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails