Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Makan2 @ A&W, Alamanda


hihi..
xleh nk kata Iftar wpun time bulan poser..
sbb masa mkn ni, dah kul 8 pm ++. ahaks!

sbb pe kul 8 mlm baru makan?
sbb en.hubby & the kids tersayang duk temankan daku carik kasut raya!!
hahaha.. ala.. sepasang je.. kejap je pun..
tp serius syok shopping time org lain sibuk buka poser.
mcm Alamanda tu, daku yg punya! hihi..

x lapar ke berbuka lambat?
xde pun.. ntah la ye? 
xde pun pelik rasanya.. mcm makan malam je..
well.. mmg sbnrnya spjg bulan poser ni kami x heran sgt dgn mknn.. hihi...

by the time kami sampai A&W tu, org pun dah ansur2 blah..
so mmg sgt2 selesa.

jom layan gmbr!
zaaasss..!!
abis hensem la wat gaya gitu tu? hihi...

fuh.. sementara tgu air sbnr smpai, bleh lak terliur tgk gambar air ni. ahaks!

Ayra!

Ayra ni mmg pantang disuruh posing. hehe..

mana daddy?? tu! tu! kt blkg tu tgh mengoder mknn. ;)

hish! tuan tanah berusaha nk interprem tp berjaya sipi2 je. hahaha..!!

mknn sampai!! yum!yum! nikmatnya... :P

Wednesday, April 25, 2012

Mee Udang Kuala Kangsar


yummy!
balik keja td, bersungguh en.hubby x bagi masak dinner. pelik wehh...

rupa2nya dia oder INI dr kawannya yg baru blk dr Kuala Kangsar


MEE UDANG KUALA KANGSAR!!
mmg sedap!!

cuba kira brape ekor udang ada kt dalam tu. hehe...

bekfes kt McD


TQ, dear hubby, banje isteri kesayangan mu ini bekfes kt McD..


alhamdulillah sehari dua ni, rezeki kami murah..

terima kasih semua rakan2 & keluarga yg telah menyokong kami..
terima kasih Allah!!

Thursday, March 8, 2012

Air Kelapa Gula Merah @ Tasik Biru


last week, pulang dr kenduri sepupu en.hubby kt Kundang... 
dekat2 area Rawang / Sg.Buloh nun.., 
abang en.hubby ajak singgah Tasik Biru..
gerai hujung skali kt situ, ada jual air kepala gula merah ni..


fuhhh... mmg marveles!
gelas besar tau tu! bukan gelas saiz biasa2 je.
kt gerai tu, mmg offer mcm2 jenis air kelapa.. :

* klik utk tumbesaran gambar *

air kelapa2 ni.. agaknya mmg speciality dorg kot.

en.hubby  citer, sejarah nya Tasik Biru ni asalnya bekas lombong.
dpt nama Tasik Biru sbb warna airnya biru (masa tu - skrg air dia dah hijau2 skit)
sekarang dah jadi tempat aktiviti jetski / mancing/ gerai2 mkn.
view dia.. mmg indah!
korg2 klau lalu kawasan Tasik Biru tu, cer la singgah. 

gambar sekitar tasik?
hehe... time kami smpai tu, hujan renyai2..
so, dapat amik gambar berdua ni je. hihi..


the kids?
dalam keta. 
renyai2 kan time tu.. karang demam lak. (^_^)

Sunday, March 4, 2012

butter prawn terbaek!


yum! yum!

so far, ini lah butter prawn yg terbaeeekkk, yg aku jumpa.

udang nya, besar 2 jari aku. mmg best lah!

so, sila lah berkunjung ke ANA IKAN BAKAR PETAI
di Bandar Baru Bangi.
kedainya btul2 sblh Balai Bomba BBB.

(sesungguh aku x dpt sebarang komisyen atas usah promosi ku ini. hihi..)


Thursday, February 2, 2012

Domino's Time!!


kekadang, kita perlu juga aktiviti di luar rumah utk perkembangan minda yg sihat. 
hehe...

dan dgn kengkangan masa en.hubby yg tgh bizi keja, 
di mana projek kerjanya byk buat lepas org lain dah abis keja
(almaklum la.. org letrik.. karang padam aircond/lampu time org lain tgh keja, ada lak yg melompat lak nanti. hehe..)
aktiviti luar rumah yg sempat kami buat kelmarin adalah,
DOMINO'S TIME ini..!

lalalalala..





ok.. Domino's Time tanpa Domino's nyer,
mana sah, kan?
so.. TADAAA..!!


yum! yum!
esok2, kita wat aktiviti cenggini lagi, ye, en.hubby ku sayang??? ;)

Sunday, January 1, 2012

tau tak apa ni?




ok.ok.ok.
aku ngaku aku ni mmg sangat la jarang keluar rumah.
sampaikan menda alah ni pun baru la ni 1st time aku jumpa. 
akibatnya sangat lah jakun aku ni. hehe..

tp utk sesapa yg sekategori ngan aku, iaitu jenis yg tak tau.
menda alah ni sbnrnya adalah tempat jual AISKRIM.
klau ikut tulis kt signagenya, AISKRIM MAJIK. hahaha..!!


macam perisa ada.
aiskrim soda, buah2an, strawberi, dsbnya..
best! best! best!

Sunday, August 14, 2011

berbuka puasa di Hotel Empress, Sepang


org lain dah sibuk citer pasal Ramadhan ke 13...
aku, baru la ni berkesempatan nk citer pasal Ramadhan ke 3 yg lepas.
hehe...
biar lantak la. 
nk citer jugak. :P

aritu, rezeki kami dpt berbuka puasa di Hotel Empress, Sepang, 
courtesy oleh my brother in law.
tetiba je baik hati nk sponsor..
tq, abg nuar!
lenkali bleh sponsor lg. ekekek..

punya la kami bersemangat,
maklum la.. 1st time berbuka kt luar utk tahun ni...
kul 6.40 pm dah smpai sana.
merangkap org pertama sampai. hahaha..!

not bad.. siap ada sijil halal Jakim gitu. :)

buffet tu dorg wat kt tingkat 12.
kt Grand Ballroom..
meja, dah reserve awal2 dekat ngan kaunter air. ekekek..

memula sampai, 
since org xde, semangat je en.hubby amik gambar makanan byk2
sbb katanya nk recommend kt kawan dia.
tp bila aku go thru gambar2 yg dia amik ni, 
aci tak klau aku nk komen yg dia x pandai amik gambar?
x nampak langsung gambar makanan nya.
nampak gambar2 meja, pinggan & mangkuk je..
hehe..


so, 2nd round, aku lak amik gambar.
baru la nampak skit meriahnya makanan2 yg ada kt situ.
serius banyak.
memang berbaloi2 dgn harga RM45 per head tu.

sebahagian mknn yg ada kt situ.. ada lg, tp x muat nk letak kt sini. hehe..

hero mama :)

my other half & our lil princess. hihi..

aku suka sgt tgk gelagat 3 beranak ni. terasa untungnya diri dgn adanya mereka..

our food! yum... yum...

konklusinya sedap wei...
mmg bleh rekemen kt kawan2..
alhamdulillah...

Thursday, June 30, 2011

aktiviti cuti Israk Mikraj

hehe..
takde ke mana pun..
duduk rumah je ngan the kids sbb en.hubby kena keja..
di mana :

PAGI :
makan nasi lemak

pastu 
makan roti canai telur

TENGAHARI :
makan bubur nasi

pastu
makan nasi + lauk

PETANG :
makan biskut + keropok

MALAM :
makan pizza 

pastu
makan epal


KONKLUSI NYA :

perut padat!

hahahaha...!!!!

Sunday, February 13, 2011

Restoran Ayam Penyet - SEDAP la wei..!!


 sejak wujudnya restoran Ayam Penyet ni kt Nilai ni tahun lepas, 
ni la kali pertama aku jejak kaki kt situ & cuba masakan dia..
pesal? sbb gara2 duk dgr sangat org cakap restoren ni tak sedaplah!

hish!!
MANA ADA TAK SEDAP!!
SEDAP LA, WEI..!!

hmm...maybe sbb org kata lain tekak, lain selera nya...
well.. mmg la masakannya tak sama cam  masakan biasa kita..
nama pun restoren ni asalnya dari seberang...
bukan dari kampung kita..
so, of course la lain skit, kan?

1st impresion aku bila mula2 makanan smpai is :
"mana kuahnya?"
sbb lauk nya totally bergoreng + ulam2 + sambal + sekeping tempe di mana semuanya kering2 belaka.
aku tanya kawan aku, dia ckp mmg cenggini lauknya.. hehe..

tapi bila rasa je.. (aku oder Udang Penyet..),
fuh..!!
syok giler rasa rempah ratus dia.
sampai licin aku telan.

meh aku zoom skit gambar lauk aku tu :


apa kuah aku sudahnya?
(takde la aku tuang air masak atas nasik aku tu.. hihi..)
tapi sesungguhnya sambal dia lah hendaknya..
and tekak aku mengatakan : sedap.

insya Allah akan ku pegi lagi..
tunggu..!!



Thursday, February 10, 2011

aku dpt angpau CNY!!


syok oo...
dapat angpau.. ;)




hehe..
sesapa suka pegi McD, & suka makan Prosperity Meal cam aku,
confirm dpt free angpau gini.

well.. patutnya dpt 1 for every prosperity meal tu..
tp sbb kawan aku tu siap kenyit mata kt en.abang kaunter tu, bleh TER dpt 2 la plak.
hihi..

isinya, INI!!

yak! yak! yeay!!
tq very much la McD..
aku mmg suka makan Apple Pie kt situ.
(ofcourse 1 lagi voucher tu aku pas la kt kawan aku yg suka kenyit mata tu... ;))


tp voucher tu valid till 31 Mac 2011 sajork.



Friday, February 4, 2011

jom masak Gulai Kuning Ikan versi Ann ;)

time cuti2 panjang camni,
satu menda yg membahagiakan adalah :
bleh masak ikut masa kita sendiri..
tak perlu nk rushing2..

so, terhasilkan sesi memasak bergambar ku ini. hehe..

Gulai Kuning Ikan versi Ann

well.. actually, aku dah lama giler tak masa gulai kuning ni
sbb en.hubby tak brape gemar..
akibatnya, aku pun dah ingat2 lupa resepi. hihi..
nway, meh kita start ngan bahan2nya..


Bahan A
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi (tp sbb aku ni tak brape gemar pedas2 sgt.. klau korg suka pedas, bleh je tambah)
1/2 inci kunyit hidup
Bahan B
3 ekor ikan kembung yg dipotong 2

1 batang serai (yg diketuk/dipecahkan)

Bahan C
1 kotak kecil santan segera (hehe.. dasar malas btul. hihi..)
2 biji tomato yg dikerat 4 (actually, biasanya aku letak asam keping. tp arini, asam keping takde lah. so, kira bleh la tomato pun. janji fungsinya sama, nk bagi masam skit..)
sedikit air
sedikit garam

ok.. bahan2 dah siap?
jom kita masak!!

memula, tumbuk semua Bahan A tadi smpai lah lumat.


pastu ketuk/pecahkan serai tadi (aku tumbuk je.. - tp jgn la plak smpai hancur.. skit je)
pastu masukkan Bahan A & Bahan B tu dalam periuk.


then, masukkan 1/2 kotak santan tadi + air
then, jerang la atas api yg kecil.

peringatan!
1. guna api yg kecik tau. then kena slalu kacau. klau tak, santan senang pecah minyak. bila pecah minyak, gulai pun jadi tak sedap.
2. then klau kacau tu, jgn la beria benor. smpai tunggang terbalik ikan tu. karang tak pasal2 je ikan2 tu hancur. just kuis2 dgn lemah lembut santan/kuah tu ye... hehe..

bila ikan2 tu dah masak skit, masukkan la tomato2 tu.


org lain, maybe ada yg masukkan tomata tu awal2.. tp aku masukkan kemudian skit sbb takmo tomato2 tu hancur sgt..


lepas dah dekat2 nk masak, masukkan separuh lagi santan pekat tadi & garam secukup rasa.
tinggalkan bbrp minit, pastu, SIAP!!


alhamdulillah.. jadik jugak gulai ikan aku... yeay!!

oh!
the kids di kala mamanya wat sesi masak bergambar ni?

di sini..!!
hehe..
mereka sentiasa di sisi mamanya. ;)




Wednesday, January 5, 2011

nyampah betul la..


ada ke patut?
aktiviti memasak dinner utk keluarga kecilku ini, ptg tadi, tak pasal2 je jadi aktiviti mencabar..
bukan sebab the kids (dorg tu, mmg suka nyibuk tiap kali aku kt dapur..)
tapi sebab AIR TAKDE.
well.. air tangki, ada la..
tp air terus, yakni air kat dapur takde langsung, wpun setitik.
maka nya, nak tanak, terpaksa la berulang alik guna air kt bilik air utk segala urusan kt dapur tu.
sangat lah leceh!
tapi demi mengisi perut suami tercinta & anak2 tersayang..
ku gagahkan jua..

tapi.. yang membuatkan aku NYAMPAH YA AMAT..
boleh pulak elok2 je aku abis senduk lauk 2nd dari kuali.. (kiranya selesai la keja masak aku..),
tetiba je air berpusu-pusu keluar dengan lebat nya dari paip dapur tu!!!!
(aku mmg biar paip tu terbuka so senang aku tau bila air dah ada..)

hangin betul badan ni.
hmm...

ok lah.
korang layan je la gambar lauk2 ekspress aku ni. 
geram tak abis lagi ni.
:P

Tuesday, December 28, 2010

food heaven!


kt opis aku ni, ada 1 kafe baru nk buka..
utk kemudahan student2 kt kolej kediaman dorg yg baru..
maka nya, 
utk pilih pembekal makanan,
of course la kena ada sesi test2 makanan ni kan! (food testing)
semalam la al-kisahnya..
ketua-ketua jabatan, diberi mandat utk jadik penilai.
aku ni.. biasa la..
harus menjadi wakil kpd bos bila bos bz. hehe..
tambahan lg bila part makan free ni : WAJIB PEGI ooo! :P
(tak baik ooo.. tolak rezeki.. hahaha..!!)

time food testing ni, 
ada 28 pembekal yg datang.
yg masing2 bawak 3 @ 4 jenis makanan.
so, korang bayangkan la..
harus lah ia menjadi HEAVEN utk kami mamam. :P


aku ni.. bukan ler diet, ok!
cuma terpaksa amik portion kecik tu sbb :
1. aku bekfes berat giler pagi tu. (till kul 12 pm tu, perut still kenyang)
2. giler apa nk makan 1 pinggan besar dari 28 kaunter? (ingat perut aku ni tong drum? ekekek..)

antara makanan yg ada time food testing tu :
nasi beriayani, nasi ayam, nasi tomato, nasi lemak, nasi arab, nasi campur (+ macam2 lauk yg.. fuh..!!), mee goreng, mehun goreng, soto, mehun sup, kuihmuih, kebab, roti bun, laksa johor, laksa penang, nasi pataya.. err.. apa lg? hehe..

apa yg dinilai?
HARGA
RASA
KEBERSIHAN
PRESENTATION

komen aku :
HARGA, harap dpt nego balik aa.. since target groupnya student, kan.. sian dorg nanti..
 RASA, semua nya best2 belaka! maklum la.. dah namanya food testing kan.. mesti la diberi yg terbaik.
KEBERSIHAN, so far aku tgk, bersih. siap pakai sarung tangan gitu. harap2 kekal la bila dah terpilih nanti..
PRESENTATION, err.. pada padangan aku, utk jual kt student, portionnya takyah la BESAR sangat atau CANGGIH sangat macam nk bagi isteri PM makan.. ataupun ciput kedekut bak siput sedut.. ikut yg logik akal, cukup la..


sapa terpilih?
wallahualam.
organizer cakap, insya Allah arini..
papehal pun, 
tahniah & good luck kpd yg berjaya.
mohon halal la ye semua yg dah masuk dlm perut kami ni. ;)

Sunday, December 19, 2010

nape aku suka wat program kt hotel best2..


ini lah salah satu sebab nape aku suka sangat
wat program (bengkel @ mesyuarat @ seminar) 
kat hotel yang best2 (meaning, hotel yg ada bintang)..

MAKANAN NYA YANG SUPERB!

1. sushi 
- makanan yg wajib aku amik, sekiranya ternampak.


2. makanan yang sangat2 jarang aku jumpa kt luar.
(klau setakat nasi putih & lauk2 biasa tu, malas aku nk layan. hahaha...!!)



3.dessert yg sedap & cantik
(macam2 warna ada! hihi...)


actually, ada lg dessert lain selain kek kt situ.. 
cam barli panas, aiskrim, ABC, buah & kuih. 
tp tak dan nak menghayati semuanya time tu.
perut dah keras! ahaks!

(sumber makanan : KLANA RESORT, SEREMBAN)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails