Thursday, February 16, 2012

ke arah gaya 'K-Pop'


sesungguhnya rambut Ayra sudah la panjang...
perlu sentiasa diikat. klau tak, mengerbang macam anak pelarian mana je.
dulu pernah nk potong, tp daddy nya suka anak dara dia rambut pjg..
sbb rambut Ayra lurus & sgt lembut bak sutera mcm mama dia.
tp sejak keblkgn ni, Ayra suka bebenar la bukak ikatan rambut dia tu.
slalu wat aku sakit jantung. huhu..

so, petang kelmarin, berjaya juga singgah kt salon rambut dekat area perumahan aku ni.
wpun ni 1st time Ayra potong rambut kt salon, Ayra sgt berani.
duduk sendiri kt kerusi salon tu xyah kena2 pegang pun ngan kami tau..!

so, ini lah rambut Ayra yg panjang..
 

pesan en.hubby kt Ah Ling (cina potong rambut tu), 

"you potong pendek gaya k-pop ye! ala2 macam wondergirls tu"
"klau tak cantik atau tak jadi, i tanak bayar!"

amboi! hahaha..!!!

see..! Ayra releks je sesorg kt kerusi salon tu. ;)

opss..!! ternampak kamera. terus sengih. hihi..
 

haaa...! punya la releks, siap bleh baca buku "My Little Mermaid" lagi gitu.

hasil???
hehe.. bersungguh aku cuba amik gambar Ayra lepas berjaya di K-POP kan.
tp Ayra berlari2.. langsung gambar blur suma.
so, gambar ni je yg ada wat masa ni.. 
jadi lah eh! ;)
so, apa pendapat?
menjadik tak, gaya rambut k-pop Ayra ni? hehe..

Wednesday, February 15, 2012

Mendidik Anak..

Pernahkah kita mengambil kaedah bagaimana Jibrail mengajar Rasullulah membaca? Sebenarnya inilah contoh terbaik untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiyyah anak-anaknya.

Cuba kita baca dulu terjemahan surah Al-Alaq ini.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3)
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4)
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6)
Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7)
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8)
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); (9)
Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10)
Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? (11)
Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12)
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar? (13)
Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (14)
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); (15)
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (16)
Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya); (17)
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). (18)
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh) (19)

http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx


Jika diselidik intipati daripada hadis yang menjelaskan nabi SAW disuruh membaca sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga baginda menjawab dengan jujur bahawa baginda tidak pandai membaca dan menulis. Tiga kali pula Jibril memeluknya dengan sekuat hati bagi meyakinkannya bahawa pada saat itu kesanggupan membaca sudah ada padanya, apatah lagi baginda adalah al-insan al-kamil (manusia yang sempurna).

Apa intipati yang anda lihat di dalam kaedah pengajaran guru kepada seorang murid? Tetapi kaedah ini lebih baik dilakukan oleh seorang ayah atau ibu kepada anaknya. Bila kita mengajar anak,anak agak susah untuk dapat,sebaiknya gunakan kaedah ini.

Bila anak kata tidak pandai, tidak tahu,jangan terus dimarah. Lihat adakah bila Rasullulah diajar oleh Jibrail, baginda tidak tahu,Jibrail merasa marah? Tidakkan...

Sebaliknya baginda dipeluk oleh Jibrail dengan sekuat hati untuk menyakinkan. Begitu juga jika kita mendidik anak-anak kita. Tak dapat , jangan marah atau tengking,sebaliknya peluk anak tu untuk yakinkan dia, bahawa dia boleh. Kalau kita tengking,pasti anak itu akan menangis dan esok-esok tak mahu belajar lagi.

Bila anak rasa serik, tu yang mereka susah nak dapat dan jadi tidak berminat. Kaedah pendidikan oleh Jibrail ini sangat baik dipraktikkan oleh ibu bapa ketika mendidik anak-anak sendiri tidak kira ilmu apa pun.

Begitulah sewajarnya seorang ibu mendidik anaknya belajar dengan sabar. Bukan mudah untuk mentarbiyyah seorang anak. Dari mendidik mereka mengenal benda dan warna sebelum mengenalkan huruf, angka dan membunyikan huruf-huruf dan angka tersebut. Asas untuk seseorang itu belajar mengeja sebelum mereka membaca. Setelah anak boleh membaca,maka baru kita perkenalkan dengan bahan bacaan yang baik dan Allah redha.

Bacalah sesuatu yang diredai dan disukai oleh Allah SWT dan jangan membaca sesuatu yang dimurkai-Nya. Membaca mestilah didasari oleh niat kerana Allah untuk memberi kebaikan kepada alam dan seluruh penghuninya.

Ayat ini dimulakan dengan "bacalah" yang merupakan fi'il amar yang memberi maksud: "ia merupakan arahan dan perintah supaya umat Islam sentiasa dituntut membaca, sama ada melalui ayat-ayat yang maqru'ah (yang dibaca seperti al-Quran dan al-hadis) atau ayat-ayat manzurah (yang boleh dilihat dengan pengamatan, kajian dan penyelidikan)".

Ayat ini didahulukan dengan perintah membaca, bukan dengan sujud, solat, puasa, zakat, haji, jihad dan lain-lain, seolah-olah memberi kefahaman kepada kita bahawa membaca sebagai satu keistimewaan manusia yang dapat mengumpulkan khazanah ilmiah berbanding makhluk yang lain.

Ini kerana membaca sebagai kunci ilmu dan mukadimah dapatan pengetahuan, yang mana Allah mengilmukan manusia tetapi bersyaratkan sebab-sebab, antaranya melalui pembacaan.

Ayat ini juga mengajar kepada kita supaya bacaan yang pertama dengan kalimah Allah. Dalam erti kata yang lain, seolah-olah bacaan yang terpimpin dan baik yang boleh membawa kepada makrifatullah dan mengenali dalil-dalil yang akhirnya menatijahkan khasyatullah.


Kesimpulannya, Tuhan yang mencipta dan mengadakan alam ini adalah berkuasa menjadikan kamu tahu membaca, walaupun kamu tidak pernah mempelajarinya.

Kemudian, Allah SWT menjelaskan peringkat penciptaan manusia melalui firman-Nya yang bermaksud: Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku.

Al-Qurtubi berkata: Manusia disebut dalam ayat ini secara khusus dan istimewa dengan tujuan memberi penghormatan kepada jenis manusia ini.

Sheikh Muhammad Abduh di dalam Tafsir Juzuk Amma yang dikarangnya menerangkan: Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa menjadikan manusia daripada air mani dan membentuk segumpal darah. Kemudian menjadi manusia yang cukup sempurna, nescaya kuasa pula menimbulkan kesanggupan membaca pada seseorang yang selama ini dikenal butahuruf, tidak pandai membaca dan menulis.

Apa yang penting adalah harus mengetahuinya bahawa dasar segala yang akan dibacanya kelak tidak lain dan tidak bukan adalah dengan nama Allah SWT jua.

Semoga mendapat menafaat di dalam mentarbiyah anak-anak di rumah. Jika kita bercita-cita mahu anak soleh, ia bukan bergantung semata-mata kepada doa saja,tetapi dimulai dengan usaha sejak bayi di dalam kandungan dan sejak bayi mula membesar. (sumber : Hati Seorang Ummi)
 

Thursday, February 2, 2012

Domino's Time!!


kekadang, kita perlu juga aktiviti di luar rumah utk perkembangan minda yg sihat. 
hehe...

dan dgn kengkangan masa en.hubby yg tgh bizi keja, 
di mana projek kerjanya byk buat lepas org lain dah abis keja
(almaklum la.. org letrik.. karang padam aircond/lampu time org lain tgh keja, ada lak yg melompat lak nanti. hehe..)
aktiviti luar rumah yg sempat kami buat kelmarin adalah,
DOMINO'S TIME ini..!

lalalalala..





ok.. Domino's Time tanpa Domino's nyer,
mana sah, kan?
so.. TADAAA..!!


yum! yum!
esok2, kita wat aktiviti cenggini lagi, ye, en.hubby ku sayang??? ;)

bergambar dgn YM Tengku Abdullah..

tadaa...!!!


cantik tak gambar aku ngan Tengku??
cantik, kan? cantik, kan?
siap sembang2 lagi dgn Tengku.
Tengku sgt best.. suka sesgt!

alkisahnya kelmarin, YM Tengku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang
sudi mencemarduli turun ke opisku
sempena merasmikan Majlis anjuran opisku..

fuh... aku punyalah eksaited!!
Tengku Abdullah datang! Tengku Abdullah datang!!
so, wpun urusetia tak jemput aku pun scr rasminya, 
aku selamba je wat muka tak malu datang & masuk dewan Majlis tu. 
biar lah. aku ada kaitan juga sbnrnya Majlis tu wpun dr kejauhan tau! hihi..
(hanya org opis aku je faham kaitannya. ahaks!)

time majlis, aku cuba amik gambar Tengku dari kejauhan...
tp mcm tak best. tak cantik. tak puas hati.


abis majlis, Tengku duk lepak kt bilik menunggu (holding room) 
sementara tunggu dewan makan VIP siap.

Ya Allah.. tak tau la apa yg berlegar dlm pala hotak aku ni,
sanggup tau tunggu Tengku dpt holding room tu tau..
hanya utk capai 1 matlamat, iaitu : nak amik gambar ngan Tengku.

sambil menunggu, sambil amik2 gambar. ekekek..
seriously????
huhu.. time tu tak pk apa dah.
just terfikir nk amik gambar dgn Tengku... nk amik gambar dgn Tengku...
tp.. ya rabbi..
Tengku bukan nya sesorg..
dalam bilik tu, Tengku ngan Dato' Naib Canselor & Tan Sri Pengerusi LPU & Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Syukor..
depan holding room tu, ntah brape org bodyguard Tengku kt situ.
dgn team keselamatan opis aku lg..
dgn team Floor Manager Majlis lg..
suma nya MUKA SERIUS gaya nk makan budak! :P
org lain, xde. suma dah lari ke dewan makan.

sementara tunggu tu, aku cer risik2 ngan bodyguard2 & ACP Tengku...
boleh ke nk bergambar dgn Tengku ni?
kot2 la langgar prosedur keselamatan ke apa kan..
or Tengku ni jenis tak kisah ke klau org awam wat muka tak malu nk amik gambar dgn dia??
tp suma bodyguard & ACP tu bagi greenlite
trus aku pas kamera aku kt opismate minta tlg amikkan gambar aku nanti.
cuma.. aku kena cakap sendiri dgn Tengku. adeh!
part tu, abis pala lutut aku suma dah start gigil2.
lagi2 bila pintu bilik tu bukak & Tengku & Dato' NC berjalan kuar...

dupdapdupdap..
kuat kan hati.. kuat kan hati...

bila Tengku lalu je dpn aku,
terus aku sembah & cakap :
"assalamualaikum Tengku.. maaf kan saya.. boleh tak klau saya nk minta izin nk bergambar dgn Tengku?"
jawapan Tengku :
"ooohhh.. boleh! nk amik gambar kt mana?"
(yeay! terus aku tunjuk banting yg aku dah letak awal2 blkg aku. hahaha..!!)
sambil2 tu, aku jeling2 gak kt Dato NC yg kt sblh Tengku, kot2 dia masam muka marah ke..
tapi, alhamdulillah, Dato NC & Tan Sri2 semuanya SENYUMMMM... je!

sambil amik2 gambar, 
bukak la citer bahawasanya aku ni sbnrnya
bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Rabu, Pahang, (SEMESTA)
5 tahun tau bljr kt situ.. SPM tahun 1996.
nama sekolah aku adalah sempena nama Tengku.
(tu la sebab nape keterujaan aku nk bergambar dgn Tengku ni lain macam)
and.. sembang2 lah 3, 4 perkara lain
sementara Dato' NC & Tan Sri2 sekelian memandang sambil senyum2
MALU nye..!!!!

above all,
aku bangga menjadi bekas pelajar SEMESTA!

-------------------

lagu SEKOLAH ku :


Inilah sekolah yang tercinta,
SEMESTA itulah namanya,
Mendidik dan membina,
Anak-anak negara,
mencapai segala cita-cita,

Kepada para guru semua,
Jasamu tiada tandingnya,
Bekerja dan berusaha,
Tidak mengenal masa,
Demi masa depan kita,

Berilmu, Beramal, Berbudi setiap masa,
Pada rukun negara,
Kami akan setia,
Oh Tuhan yang Maha Kuasa,
Jayakanlah kami semua,
Selamat dan sentosa,
Sihat setiap masa,
Berjaya SEMESTA Berjaya!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails