tadaa...!!!
cantik tak gambar aku ngan Tengku??
cantik, kan? cantik, kan?
siap sembang2 lagi dgn Tengku.
Tengku sgt best.. suka sesgt!
alkisahnya kelmarin, YM Tengku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang
sudi mencemarduli turun ke opisku
sempena merasmikan Majlis anjuran opisku..
fuh... aku punyalah eksaited!!
Tengku Abdullah datang! Tengku Abdullah datang!!
so, wpun urusetia tak jemput aku pun scr rasminya,
aku selamba je wat muka tak malu datang & masuk dewan Majlis tu.
biar lah. aku ada kaitan juga sbnrnya Majlis tu wpun dr kejauhan tau! hihi..
(hanya org opis aku je faham kaitannya. ahaks!)
time majlis, aku cuba amik gambar Tengku dari kejauhan...
tp mcm tak best. tak cantik. tak puas hati.
abis majlis, Tengku duk lepak kt bilik menunggu (holding room)
sementara tunggu dewan makan VIP siap.
Ya Allah.. tak tau la apa yg berlegar dlm pala hotak aku ni,
sanggup tau tunggu Tengku dpt holding room tu tau..
hanya utk capai 1 matlamat, iaitu : nak amik gambar ngan Tengku.
sambil menunggu, sambil amik2 gambar. ekekek.. |
seriously????
huhu.. time tu tak pk apa dah.
just terfikir nk amik gambar dgn Tengku... nk amik gambar dgn Tengku...
tp.. ya rabbi..
Tengku bukan nya sesorg..
dalam bilik tu, Tengku ngan Dato' Naib Canselor & Tan Sri Pengerusi LPU & Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Syukor..
depan holding room tu, ntah brape org bodyguard Tengku kt situ.
dgn team keselamatan opis aku lg..
dgn team Floor Manager Majlis lg..
suma nya MUKA SERIUS gaya nk makan budak! :P
org lain, xde. suma dah lari ke dewan makan.
sementara tunggu tu, aku cer risik2 ngan bodyguard2 & ACP Tengku...
boleh ke nk bergambar dgn Tengku ni?
kot2 la langgar prosedur keselamatan ke apa kan..
or Tengku ni jenis tak kisah ke klau org awam wat muka tak malu nk amik gambar dgn dia??
tp suma bodyguard & ACP tu bagi greenlite
trus aku pas kamera aku kt opismate minta tlg amikkan gambar aku nanti.
cuma.. aku kena cakap sendiri dgn Tengku. adeh!
part tu, abis pala lutut aku suma dah start gigil2.
lagi2 bila pintu bilik tu bukak & Tengku & Dato' NC berjalan kuar...
dupdapdupdap..
kuat kan hati.. kuat kan hati...
bila Tengku lalu je dpn aku,
terus aku sembah & cakap :
"assalamualaikum Tengku.. maaf kan saya.. boleh tak klau saya nk minta izin nk bergambar dgn Tengku?"
jawapan Tengku :
"ooohhh.. boleh! nk amik gambar kt mana?"
(yeay! terus aku tunjuk banting yg aku dah letak awal2 blkg aku. hahaha..!!)
sambil2 tu, aku jeling2 gak kt Dato NC yg kt sblh Tengku, kot2 dia masam muka marah ke..
tapi, alhamdulillah, Dato NC & Tan Sri2 semuanya SENYUMMMM... je!
sambil amik2 gambar,
bukak la citer bahawasanya aku ni sbnrnya
bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Rabu, Pahang, (SEMESTA)
5 tahun tau bljr kt situ.. SPM tahun 1996.
5 tahun tau bljr kt situ.. SPM tahun 1996.
nama sekolah aku adalah sempena nama Tengku.
(tu la sebab nape keterujaan aku nk bergambar dgn Tengku ni lain macam)
and.. sembang2 lah 3, 4 perkara lain
sementara Dato' NC & Tan Sri2 sekelian memandang sambil senyum2
MALU nye..!!!!
above all,
aku bangga menjadi bekas pelajar SEMESTA!
above all,
aku bangga menjadi bekas pelajar SEMESTA!
-------------------
lagu SEKOLAH ku :
Inilah sekolah yang tercinta,
SEMESTA itulah namanya,
Mendidik dan membina,
Anak-anak negara,
mencapai segala cita-cita,
Kepada para guru semua,
Jasamu tiada tandingnya,
Bekerja dan berusaha,
Tidak mengenal masa,
Demi masa depan kita,
Berilmu, Beramal, Berbudi setiap masa,
Pada rukun negara,
Kami akan setia,
Oh Tuhan yang Maha Kuasa,
Jayakanlah kami semua,
Selamat dan sentosa,
Sihat setiap masa,
Berjaya SEMESTA Berjaya!!!SEMESTA itulah namanya,
Mendidik dan membina,
Anak-anak negara,
mencapai segala cita-cita,
Kepada para guru semua,
Jasamu tiada tandingnya,
Bekerja dan berusaha,
Tidak mengenal masa,
Demi masa depan kita,
Berilmu, Beramal, Berbudi setiap masa,
Pada rukun negara,
Kami akan setia,
Oh Tuhan yang Maha Kuasa,
Jayakanlah kami semua,
Selamat dan sentosa,
Sihat setiap masa,
4 comments:
terbaik lah .. tabik aku ;-)
nak seribu daya.... ;) hehehe.... bgsla cik ann..
wah mestila excited kan nak jumpe Tengku Mahkota Pahang,
heheh berani la jugak ann cakap direct dgn YM sndiri..
ok, fine..
ada yg kata aku terlebih gedik masa nk bergambar dgn Tengku tu.
hmm.. biar lah. bukan tiap2 ari pun aku gediks. LAMA GILER aku kontrol diri aku, dah amik masa BERTAHUN2 lamanya, menjadi org yg bukan aku semata2 nk jaga standards. hmmm... klau mcm tu, aku kembali lah ke dunia pendiam aku yg membosankan...
Post a Comment