Saturday, January 24, 2009

CLK kesayangan..

I'm happy! happy! happy! happy!
(sambil lompat2 kegirangan. hihi..)


sebab..

CLK kesayangan ku,
my Cute Little Kelisa
,

akhirnya selamat kembali ke pangkuan ku
slps dekat 3 minggu masuk wad.
huhu..


lama dah dia sakit...
tp skrg baru tuan dia, atau lebih tepat lagi, hubby tuan dia ni
sempat nk antar dia masuk wad.
wat oberhol.. tukar suspension... tukar absorber... tukar ekzos..
baiki tingkap belah pemandu yg dah lama takleh bukak.. dsbnya.
mmg byk jugak la abis. ribu riban jugak aa..
(langsung tak jadik balik kampung minggu ni sbb lari bajet! :P)

tp takpe. demi CLK kesayangan ku ini! hihi..
byk sejarah CLK ni dgn kami...
dr aku mula jumpa ngan laki aku kt johor time bujang2 dulu..
sampai la skrg, kami dah ada anak sorang dah.

sayang kt CLK ni...
dia tak penah memalukan tuan dia, tau..
- tak penah la kami merasa terkandas tepi jalan sbb rosak or pancit tayar dsbnya!
selalu nya klau rosak, sama ada kt umah or kt stesen minyak or bila dah smpai destinasi.
byk jasanya CLK ni..

sesungguhnya, aku amat sayang kpdnya!
mmmmuuuuaaahhhh!!!

Wednesday, January 21, 2009

dekorasi vantage

tengahari tadi, aku n opismate lari jap ke nilai 3, nk carik adiah kawen kawan..
tetiba kami bertembung ngan satu kedai ni.
kedai barangan utk hiasan dalaman.
tp yg menyebabkan aku TERPAKSA JUGAK amik gambar kedai ni
adalah kerana
barangan yg dijual
AMATLAH SWEET..!!!
terus jatuh cintan aku ngan barang2 dekorasinya.
kawan aku ckp, stail ala2 vantage. betul ke namanya ni?
tp yg pastinya, designnya suma ala2 inggeris, gitu!
suka giler!!!


sampai skrg aku teringat2 kedai tu. cantik bangat!
mula la aku berangan nk hias umah sendiri ngan dekorasi cenggini!
ekekekek..!!!

Tuesday, January 20, 2009

dinner western la plak!

hehe..

diri ni terasa gatai nk makan western la plak smlm..
so, balik dr opis, lepas amik asyraf kt bbsitter,
singgah la kami kt kedai makan D'peppers kt Nilai nih..


sedap, kan.. rupa chicken chop nih?
slurp..!! sedap woo...
(sampai arini masih terasa kesedapannya! haha..)


................................................

see..!!!
hobi baru asyraf - jerit kuat2 n panjang2. :P

lepas perasaan ke, sayang?

AJL23

gara-gara seronok sgt jalan2 kt Alamanda pada ahad lepas, tercicir kami nk menonton AJL pada malam tu.. bila sampai umah, dah separuh jalan. huhu... dah ler aku die-hard-fan Faizal Tahir (ye ke? huhu..). rasa nk nangis bila dpt tau dua2 lagu dia dah terlepas. waaaaa...!!!! (ada sesi ulangan tak, pas ni? hmm..)

but, by the end, even though Faizal Tahir tak menang keseluruhannya, dia tetap bawa juga pulang hadiah wang berjumlah rm32 ribu bersama trofi - persembahan terbaik, vokal terbaik & juara kategori balada dgn lagunya Sampai Syurga.

Congratulation to you, dear Faizal! ekekek..



Juara Keseluruhan AJL ke-23, merangkap juga Juara Kategori Pop Rock adalah kumpulan Meet Uncle Hussain, dgn lagu yg mereka gubah sendiri - Lagu Untukmu. wpun aku ni bukan peminat kumpulan M.U.H tu, aku tetap akui lagu yg dorang bawa tu memang mantap. "pitching" nya, bak kata cheryl samad, KALAH PEREMPUAN! hahaha.. Tahniah kepada M.U.H.. :)

Monday, January 19, 2009

aktiviti hujung minggu


terasa malas diri ini nk bekerja di pagi isnin ini.. ekekek..

aktiviti hujung minggu kami kali ni:

SABTU
lepak umah mak sbb hubby kena keja. huhu..
en.hubby : esok (sabtu la tu..) saya ada appt. ngan kontraktor. keja arini tadi tak sempat siap. tp pagi esok nk gi bangi jap. ada hal. awak nk ikut balik bangi tak? (umah mak abah aku kt bangi)..
aku : nak! nak!
en.hubby : tp bermalam la. sbb keja saya ngan kontraktor tu tak sure abis kul bape. takut lama. karang awak boring lak duk umah.
aku : hehe.. nak! nak! (sbnrnya aku gatal sgt nk surf internet!- umah aku lum masuk internet. hihi..)


so, aktiviti kt umah mak :
- surf internet (bukak emel, chatting, ajar mak aku ber ym (hahaha), download citer "while you were sleeping" dsbnya..)
- ngejar asyraf yg dah pandai panjat tangga! (suka beno dia ngan tangga tu. pesal ntah! :P)
- gelak tgk perangai asyraf yg pandai nk ngajuk skit ckp orang.
(org nyanyi lagu injit2 semut, sapa sakit naik atas... (dia pun nyampuk "ek tash" (naik atas) hihi..)
- ajak adik n mak gi shopping baju harian asyraf kt warta --> baju asyraf dah singkat/ketat2 belaka. hasil shopping :

(abang.. sori ye tak bagitau.. ayang beli baju asyraf lagi!! (aku giler beli baju asyraf je skrg ni. huhu..))


AHAD
pagi ahad, aku memalas2kan diri atas katil. nasib baik asyraf tido lama skit pagi ni. hehe..
tghari, gi kenduri kawen reen (staf abah aku, merangkap anak kpd babysitter aku). laki dia lak, opismate hubby aku. sesuai sgt lah tu!
SELAMAT PENGANTIN BARU, REEN & SAIFUL..!!

(gambar pengantin lelaki takde.. sbb dia lum smpai (ter awal lak kami sampai kt kenduri tu! huhu.. nk tunggu, puas la plak!))

then, petang lak, jejalan kt alamanda.

gelagat Muhammad Asyraf Muhaimin masa tengah tunggu daddy pilih stokin kt parkson. lamanya daddy ni..


lepas bayar, tetiba asyraf termuak la plak... abis baju superman dia kena muntah dia. so, terpaksa la gi tukar (masyamm...!!) so, kami singgah la nappy changing room kt parkson tu. so cute, changing room nyer! siap ada kusi tomei utk ibu2 menyusukan baby lagi! hmm... diri ini tak tahan diri. nk jugak amik gambar bilik tu. hihi.. (dah masuk umah sendiri, leh aa tiru utk bilik asyraf nanti! ahaks..!)

see..!!

dah tukar baju asyraf, baru dpt gi c4, menunaikan hajat utama kami aritu - carik menan asyraf.

ni la menan baru asyraf! hihi..

Friday, January 16, 2009

Isu Status Halal Oldtown Kopitiam

hi guys..
i'm pretty sure yg u all ada dapat emel berkaitan dgn isu status halal White Coffee Oldtown Kopitiam (WCOK). antara petikan emel tu, adalah:


WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam'WCOK'telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi. Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles)
-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles
-
Minyakyang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun@ Ipoh Kuew Teaw Sup'.
-
Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalahkulit kura-kura.

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK@ 'JAIPK'pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. ......

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halalyang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. .......... Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di
TESCO Seberang Jaya, Peraipula Kopitiam WHITE HOUSE(juga 'TIDAK HALAL')selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.
........

................


Hanya beberapa Kopitiam
sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `
PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
-NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam
adalah 'TIDAK HALAL'



actually, sesiapa yg ragu2 dengan status halal sstu produk/premis bleh refer kt portal JAKIM sbnrnya.. (http://www.islam.gov.my/portal/ - ada icon PORTAL HALAL kt frontpage dia..)
sebab setahu aku, JAKIM je yang ada kuasa keluarkan sijil halal ni, di seluruh Malaysia.. tak perasan lak aku Jabatan Agama Islam Negeri ada kuasa kuarkan sijil halal..


oleh kerana pagi smlm aku free skit, aku dah tolong cek kan psl isu nih.. puas aku carik kt portal tu, mmg aku
tak jumpa pape pasal maklumat White House Oldtown Kopitiam ni. apatah lagi pasal restoran kopitiam yg lain. termasuklah SWENZ Kopitiam & KAPITAN Kopitiam yg emel tu kata HALAL.. so far, yg aku jumpa, hanya PAK HAILAM KOPITIAM SDN.BHD je..

and.. aku ada try gak gi website JAIPK ni.. and masuk portal e-halal negeri perak (
http://jaipk.perak.gov.my/index.php/Kandungan/Kelulusan-Halal.html) tp aku tak dapat carik kan status halal bagi particular bahan makanan yg emel tu sebutkan tu sbb aku tak tau dorang guna produk jenama apa n guna daging sembelihan dr syarikat penyembelihan mana.

konklusinya, pada pandangan peribadi aku.. jangan lah pegi kt kedai2 makan kopitiam ni yg keHALALan nya diragui. setahu aku la.. logo halal JAKIM je diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
so, klau logo halal yg kita nampak kt depan kedai2 kopitiam ni lain skit dr logo halal JAKIM, toksah la pegi.. aku rasa kes ni sama lah dengan kes kedai mamak dulu. dorang duk pakai songkok, letak ayat "bismillah" kt depan kedai, kita dah yakin bebenor semuanya halal, kita telan je terus makanan dorang. huhu... walhal, ada di kalangan mereka mmg pure india (hindu/christian). sama la tu, kan?

Thursday, January 15, 2009

adik Bonda a.k.a Aida tenat!


pagi tadi aku dapat call dari salah seorang blogger a.k.a kawan opis aku - Puan Bonda a.k.a Pn. Aida..

adiknya, Mohd. Syafiq b. Ab Rahman, sedang tenat di hospital.. badannya semalam dah menolak air masuk..

sekarang ni, Pn.Bonda dan adik-adiknya yang lain sedang dalam perja
lanan pulang ke Kelantan bagi menjengah adiknya itu.. Shafiq berumur 19 thn pada thn ni tapi dia ni sbnrnya anak istimewa @ OKU. (aritu, pn.bonda kita ni ada membuat entri khas di blognya, berkenaan adiknya itu (click here for more info).)

nway, kawan2, marilah bersama-sama membacakan al-fatihah dan jika berkesempatan, bacakan juga surah yassin untuk Shafiq. diharap, Shafiq kembali sihat dan segar... bleh jumpa kakak2 dan abangnya yang dirindui selalu. be strong, ok!


* info terkini (16 jan) - pn.bonda mms gambar adiknya di spital.. sian sgt2. kurus je dia. pn.bonda kata adiknya takmo makan.. huhu.. hopefully, dengan adanya kakaknya itu di sisi, selera makannya akan kembali normal. shafiq nk sihat, kan? makan ye... :)




Monday, January 12, 2009

Asyraf dah pandai ngemas!


guess what? Asyraf dah pandai ngemas umah!

See..!!!


(Sakit jantung mama kejap! huhu...)

Friday, January 9, 2009

kejamnya Israel..

kejamnya Israel..

akhirnya, selepas 13 hari, baru semalam aku ada kekuatan nk tgk berita berkenaan kekejaman Isreal ni kt tv.. sebelum ni, aku takut nk tengok. aku ni takut darah sbnrnya. huhu..

dan apa yg aku dapati, amat menyayati hati. dalam tempoh 13 hari sahaja, dah lebih 700 org penduduk gaza, palestin sana nun maut dan lebih 4000 orang cedera.. tanpa mengira wanita ataupun kanak2. bila tgk kanak2 dibunuh secara terang-terangan, tanpa segan silu, sedihnya hati ini, Allah saje yg tau. terus aku menoleh kepada anak ku yg seorang ini. bagaimana lah rakyat palestin di sana menghadapi semua ini, apabila anak2 yg dikandung, yg dicurahkan dengan sepenuh kasih sayang, dibunuh dengan kejamnya di hadapan mata?

semua tu gara2 si syaitan laknatullah yang gila tu. sedih lah... (tetiba rasa sebak. huhu..) apa sbnrnya kerajaan zionis tu nk buktikan? ntah lah.

apa yang kita boleh buat? BOIKOT! Boikot lah produk Israel.

memang betul kita tiada senjata, kita tiada kuasa politik, kita tiada kuasa veto dan kita tiada wang untuk diberi secara on the spot. tapi kita ada satu kuasa yang sungguh kuat. kita ada kuasa yang kita sendiri tidak sedar. dan yang pasti, mereka tidak boleh lawan kuasa kita ini. BOIKOT!

yup! itulah yang kita boleh lakukan. blog dan blogger amat berkuasa dalam penyaduran maklumat. boikot adalah salah satu cara yang terbaik yang boleh kita lakukan dalam memberi TEKANAN kepada mereka. kita tidak boleh menyelamatkan nyawa rakyat palestin secara serentak tetapi kita ada kuasa untuk membuat tentera Israel berundur. orang kata, kuasa membeli akan mengawal kuasa diplomatik. sehubungan itu, marilah kita sama2 boikot barangan israel.

kawan2 bleh rujuk di sini untuk senarai produk kebanggaan Isreal.


p/s : sori aa.. tetiba jadik emosi! :P

Thursday, January 8, 2009

gelagat anakku shopping

semalam aku ada bengkel kt bdr baru bangi.. balik lambat skit. smpai kt depan pintu umah babysitter Asyraf dalam kul 7 pm. Makcik ckp Asyraf dah merajuk marah2 sbb mama n daddy dia lambat. huhu.. sori, sayang! mama kena keja jauh arini..

so, konon2nya nak pujuk Asyraf, kami pun bawak dia gi jalan2 kt Giant, Nilai. saje je. hehe...

tgk la gaya Asyraf dalam troli! penuh gaya tu. :D (mama tak larat nk dukung lama2, sayang! huhu..)


hasil shopping, Asyraf dapat baju SUPERMAN..!! n free gift puzzle sbb beli solivite. sukanya dia, duk belek2 je baju dia tu kt umah. hihi..


ini lah gaya budak kecik yg kepenatan jalan. pusing2 sampai terkeluar dr tilam. ekekek..!!

Wednesday, January 7, 2009

Asyraf demam..

Aritu, Asyraf demam.. cian dia.. huhu...


tp skrg dah baik dah!

dah makin nakal n pandai nangis bila kena tinggal kt umah babysitter. hihi..

Friday, January 2, 2009

tolong doakan ayah kawan ku ini..

kelmarin, aku baru dapat emel dr salah seorang kawan baikku.. erisna..

kabarnya ayahnya skrg terlantar di hospital KT. sakit buah pinggang. dah lama sakit sbnrnya... tp la ni, dah start buat cuci darah pulak dah sbb buah pinggang dah tak berfungsi . dari gaya tulisan emelnya, aku dapat gambar kan betapa sedih dan susah hatinya dia skrg.
"aku pun dok la tgk abah aku..tetiba dia buka mata..aku tak penah tgk abah aku nangis..tu la,dia nangis..mengalir airmata dia..tercungap2 nk ckp sesuatu...pelan2 je aku dgr dia cakap 'abah sakit'..aduhai..aku pun sama2 nangis...aku pujuk abah aku 'abah jgn nangis2,sedih2..nanti mama susah hati'..dia reda sikit..dan2 tu mak aku tetiba ada kat belakang aku,dia pun mcm panik semacam...nangis la kitorg 3 beranak.....aku sedih sebenarnya..sbb aku rs cam tak berguna je tak dpt bg komitmen sepenuhnye ms abah aku tgh sakit2 ni.... "
masa baca emel dia ni, tergenang air mata aku kejap. maklum lah.. siapa tak sayang ayah, kan? wpun garang atau bengkeng skali pun ayah kita, dia tetap ayah. manusia yg membesarkan kita dari hari pertama kita melihat dunia.

teringat masa abah aku sakit dulu. kelam kabut kami balik dr semua urusan. tak kira masa tu time keja ke. tgh tgk wayang ke.. tetiba dpt call dr mak, berhenti jap jantung. time tu, abah aku tinggal berdua ngan mak je.. dah la mak takde lesen keta. aku terus bergegas balik.. bila sampai umah, rasa nk nangis tgk abah terbaring kesakitan. aku ni, yg selama ni takut nk bawak keta besar (keta aku kecik je.. kelisa. hehe..) , terus capai kunci keta waja n bawak abah gi spital dgn yakinnya. (mana ntah tetiba datang kekuatan tu ntah.)

nway, eris.. sabar ye.. semoga ayah ko cepat sembuh.
bleh try ikut syor rahman n ainizam tu, try homeopati lak klau ubatan moden tak dpt menolong..
yg penting, kita usaha, k.. insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails