Friday, January 9, 2009

kejamnya Israel..

kejamnya Israel..

akhirnya, selepas 13 hari, baru semalam aku ada kekuatan nk tgk berita berkenaan kekejaman Isreal ni kt tv.. sebelum ni, aku takut nk tengok. aku ni takut darah sbnrnya. huhu..

dan apa yg aku dapati, amat menyayati hati. dalam tempoh 13 hari sahaja, dah lebih 700 org penduduk gaza, palestin sana nun maut dan lebih 4000 orang cedera.. tanpa mengira wanita ataupun kanak2. bila tgk kanak2 dibunuh secara terang-terangan, tanpa segan silu, sedihnya hati ini, Allah saje yg tau. terus aku menoleh kepada anak ku yg seorang ini. bagaimana lah rakyat palestin di sana menghadapi semua ini, apabila anak2 yg dikandung, yg dicurahkan dengan sepenuh kasih sayang, dibunuh dengan kejamnya di hadapan mata?

semua tu gara2 si syaitan laknatullah yang gila tu. sedih lah... (tetiba rasa sebak. huhu..) apa sbnrnya kerajaan zionis tu nk buktikan? ntah lah.

apa yang kita boleh buat? BOIKOT! Boikot lah produk Israel.

memang betul kita tiada senjata, kita tiada kuasa politik, kita tiada kuasa veto dan kita tiada wang untuk diberi secara on the spot. tapi kita ada satu kuasa yang sungguh kuat. kita ada kuasa yang kita sendiri tidak sedar. dan yang pasti, mereka tidak boleh lawan kuasa kita ini. BOIKOT!

yup! itulah yang kita boleh lakukan. blog dan blogger amat berkuasa dalam penyaduran maklumat. boikot adalah salah satu cara yang terbaik yang boleh kita lakukan dalam memberi TEKANAN kepada mereka. kita tidak boleh menyelamatkan nyawa rakyat palestin secara serentak tetapi kita ada kuasa untuk membuat tentera Israel berundur. orang kata, kuasa membeli akan mengawal kuasa diplomatik. sehubungan itu, marilah kita sama2 boikot barangan israel.

kawan2 bleh rujuk di sini untuk senarai produk kebanggaan Isreal.


p/s : sori aa.. tetiba jadik emosi! :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails