i'm pretty sure yg u all ada dapat emel berkaitan dgn isu status halal White Coffee Oldtown Kopitiam (WCOK). antara petikan emel tu, adalah:
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam'WCOK'telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi. Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles)
-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles
-Minyakyang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun@ Ipoh Kuew Teaw Sup'.
-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalahkulit kura-kura.
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK@ 'JAIPK'pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. ......
Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halalyang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. .......... Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.
Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.
Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Peraipula Kopitiam WHITE HOUSE(juga 'TIDAK HALAL')selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.
Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit. ........
................
Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.
Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-
-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
-NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam adalah 'TIDAK HALAL'
actually, sesiapa yg ragu2 dengan status halal sstu produk/premis bleh refer kt portal JAKIM sbnrnya.. (http://www.islam.gov.my/portal/ - ada icon PORTAL HALAL kt frontpage dia..)
sebab setahu aku, JAKIM je yang ada kuasa keluarkan sijil halal ni, di seluruh Malaysia.. tak perasan lak aku Jabatan Agama Islam Negeri ada kuasa kuarkan sijil halal..
oleh kerana pagi smlm aku free skit, aku dah tolong cek kan psl isu nih.. puas aku carik kt portal tu, mmg aku tak jumpa pape pasal maklumat White House Oldtown Kopitiam ni. apatah lagi pasal restoran kopitiam yg lain. termasuklah SWENZ Kopitiam & KAPITAN Kopitiam yg emel tu kata HALAL.. so far, yg aku jumpa, hanya PAK HAILAM KOPITIAM SDN.BHD je..
and.. aku ada try gak gi website JAIPK ni.. and masuk portal e-halal negeri perak (http://jaipk.perak.gov.my/index.php/Kandungan/Kelulusan-Halal.html) tp aku tak dapat carik kan status halal bagi particular bahan makanan yg emel tu sebutkan tu sbb aku tak tau dorang guna produk jenama apa n guna daging sembelihan dr syarikat penyembelihan mana.
konklusinya, pada pandangan peribadi aku.. jangan lah pegi kt kedai2 makan kopitiam ni yg keHALALan nya diragui. setahu aku la.. logo halal JAKIM je diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
so, klau logo halal yg kita nampak kt depan kedai2 kopitiam ni lain skit dr logo halal JAKIM, toksah la pegi.. aku rasa kes ni sama lah dengan kes kedai mamak dulu. dorang duk pakai songkok, letak ayat "bismillah" kt depan kedai, kita dah yakin bebenor semuanya halal, kita telan je terus makanan dorang. huhu... walhal, ada di kalangan mereka mmg pure india (hindu/christian). sama la tu, kan?
No comments:
Post a Comment