Saturday, December 31, 2011

hikhikhik..!


lalalala.....

sukaneka taska Asyraf


semalam Hari Sukaneka & Penyampaian Hadiah taska Asyraf..
meh tgk gambar!



cuba carik mana Asyraf! ;)

budak2 dah ready nk start game.
tp aku x nampak lak kelibat Asyraf..

jumpa dah.. kt sini ha...
tengah tunggu turn. hihi..
senyuman Asyraf yg malu2 kucin..

standard la.. cik puan punya blog harus interprem. hihi..

go Asyraf go!

steady je Asyraf bawak bola dlm sudu. x jatuh pun tau..

Apple of The Eye..

kt mana Ayra?
di sini..!!


bebudak umo 4 thn bergraduasi arini..
siap pakai jubah & ada skroll tu. hehe..
ye lah.. tahun depan nk masuk tadika, kan..?
 Asyraf ada kt blkg nun.
dorg nyanyi lagu 'sayonara'. cute!
pastu, ada makan2..
sblm balik, bergambar dgn kakak2 pengasuh lah..



terima kasih kerana jaga Asyraf & Ayra.. ;)

Ayra HILANG..!!

 
yup!
itu lah kisah yg susah giler utk aku lupa telah berlaku..
masa jejalan kt Aquaria, KLCC mgu lepas..
situasi yg menyebabkan hati ku terhenti seketika..
 
AYRA HILANG..!!
sekelip mata nampak dia sebelah daddy dia.
sekelip mata aku toleh nk tgk abangnya di mana,
pastu, sekelip mata lagi, tengok, Ayra dah HILANG..!!
aduh.. abis melilau aku carik, tak jumpa.
dgn keramaian manusia yg super duper penuh kt Aquaria tu,
maklum lah baru pas cuti Krismas..
mencari seorg budak yg tinggi nya x smpai pinggang kita adalah sstu yg sgt sukar.
carik kt setiap ceruk ruang.. tak jumpa.
panggil2 nama Ayra, tak kedengaran sahutan mulutnya yg celoteh tu.
time tu, mmg dah start bergenang air mata aku dah start pk macam2 dah.
tambahan pula, area tu adalah area terakhir sblm naik ekskalator keluar dr Aquaria.
huhu...

last2, slps 3, 4 minit, aku nampak en.hubby muncul dgn Ayra.
fuhh...!!! lega!

Allah je yg tau apa yg aku rasa time.
3, 4 minit time tu, terasa SANGAT LAH LAMA. rasa mcm 3, 4 jam.

en.hubby kata dia jumpa Ayra kt guard kt hujung terowong ikan.
ermm.. mau cecah 50 - 70 meter kot dr tempat last aku nampak dia.
agak jauh tu sbnrnya, dgn ruang yg berselekoh2 tu..
en.hubby kata, time dia sampai kt guard tu, 
kebetulan sampai jugak staf Aquaria lg sorg yg jaga kaunter reception kt situ.
klau lambat skit je, confirm la akan ada annoucemnet 
"sesapa ada kehilangan anak.. sila hadir ke kaunter..."
err... aku pun x tau nk gelak atau nangis klau terjadi situasi tu....

en.hubby kata lg, masa Ayra duk ngan guard tu, dia x nangis pun. diammmm je..
bila dah nampak kelibat en.hubby baru dia bunyi..


aduh, Ayra.. Ayra..
kamu ni mmg unik la..
even abang kamu tu dah nk masuk umo 4 thn ni pun x pernah lg ada kes cenggitu.
mmg status HANDLE WITH CARE..

jalan2 @ Aquaria KLCC

cuti krimas last week,
tetiba terasa mcm nak sgt bawak the kids gi jejalan..
pulak tu tgk iklan PetroSains kt majalah.. mcm menarik je utk the kids blajar sstu yg baru.
semangat je the kids bangun awal pagi nak gi jejalan.

kami gi ari Isnin.. malangnya Petrosains tutup..
waaa...!! 
actually, masa survey kt internet, dah tau dia tutup ari Isnin. tp ingatkan bukak sbb Isnin kan Public Holiday sbb smlm nya, iaitu ari Ahad adalah Hari Krismas. rupa2nya dorg anggap Public Holiday tu ari Krismas. ari Isnin yg ganti cuti Ahad tu x dikira..

klik gambar utk tumbesaran, ye...
 punya la frust..
so nak jugak amik gambar kt sini. hihi..


tp dah alang2 kami niat nk bawak the kids, jejalan, maka nya bila Petrosains dah tutup, terus la kami menyimpang ke Aquaria, KLCC..
Ayra, xde hal punya.. Petrosains ke.. Aquaria ke.. janji, jalan..
Ayra tetap lah happy. hehe..


 sampai2 kt sana, dlm kul 10.50 am (Aquaria buka pukul 11 am)
 serius ramai org & panjang barisan!

sementara tgu en.hubby beratur beli tiket,
oh.. rege tiket kt sini bleh tahan tau...
org dewasa RM35 (dgn MyKad) &
kanak2 (umo 3 - 12 thn) RM25 (dgn MyKid).
konklusinya kami bayar RM95 (2 dewasa, 1 kanak2.. Ayra, free! hihi...)

kembali semula ke citer.. sementara tgu en.hubby beratur beli tiket,
aku disapa dgn petugas kt situ offer amik gambar welcoming picture kt depan pintu masuk tu. siap dioffer ada org jagakan tempat barisan en.hubby sementara tgu kami bergambar dgn jurugambar dorg. amik gambar, free.. cuma klau decide nk gambar tu, baru la beli masa keluar dr Aquaria tu nanti.
hasilnya, tada..!!


i like!
utk keselesaan pengunjung, pihak Aquaria siap sediakan ruang menunggu sementara tgu ahli keluarga yg lain beratur beli tiket.. siap ada wayang gambar ikan2 gitu..

dah tunggu bbrp lama, akhirnya kami masuk lah ke Aquaria..
jom layan gambar kt dlm tu jom!

masuk2 je disambut oleh ikan Phirahna. Asyraf takut btul nk dekat. huhu..


Asyraf jumpa cicak!

mama nk jugak interprem. hehe..

entrance nk masuk ke terowong ikan. tak bleh tahan btul dgn muka staf kt blkg tu. huhu..
lighting dlm terowong tu kurang.. so gambar sumanya tak cantik bila diambil dgn kamera cikaiku ini. STRESS.

Asyraf sgt prihatin "mama.. ikan ni sakit.. berdarah.."

still dlm terowong..


Ayra yg eksaited!

kuar terowong tu, kt belah kiri, ada akaurium besar. 
punya lah ramai orang.. tertarik nk singgah.
rupanya dorg tunggu feeding time ikan2 tu (kul 12 pm)
ada 2 diver masuk bagi makan kt ikan2 tu.
termasuk lah Santa Claus. hehe..

mmg menarik la show diver tu..
punya lah byk ikan kerumun diver tu, termasuk lah penyu2, ikan2 yu, belut besar & mcm2 lg menatang air.
aku ada amik video show ni.. tp tak tau pesal xleh nk apload. hang je manjang. so, give up. :P
agak lama jugak la show tu.
anak2 dah penat... termasuk la mama nya.
lepak jap kt lantai ni. hehe..

klau ada ada kamera DSLR, mesti cantik amik gambar jaws ni, kan?

lepas lalu lorong jaws ni, 
sblm smpai kt tempat amik gambar kt bawah ni, 
kisah yg susah giler utk aku lupa telah berlaku.
situasi yg menyebabkan hati ku terhenti seketika..
nanti aku citer kt next entry ye..


perasan tak minah tecik tu duk pegang pinggang dia? sakit macam org tua. ekekek..
kuar je Aquaria, kami tak pusing2 dah KLCC.
anak2 dah start kuar bunyi yg macam2..
so trus tuju ke keta.


masuk je keta, dua2 terus zzzzzzzzzzzzzzzz........... penatnya ye?

Friday, December 30, 2011

layan anak seperti haiwan.. SAMPAI HATINYA...


ternampak berita ni mukasurat depan skhabar Berita Harian..
terus carik kt BH Online..

DUA beradik dirantai dan dikurung dalam tandas oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth sebelum diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semalam. Gambar kecil kaki kanak-kanak yang dirantai oleh bapanya.

BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang mengikat kaki mereka dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga selain dikurung dalam tandas kotor selama lebih lima jam dalam kelaparan.

Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, kelmarin, lelaki berusia 40-an itu mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang. 

LELAKI yang disyaki mengurung dan merantai dua anaknya yang berusia enam dan dua tahun di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth.

Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran mendakwa bertindak demikian kerana anaknya nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia keluar bekerja. Lelaki itu dikatakan sudah berpisah dengan isterinya dipercayai warga Thailand yang meninggalkan rumah sebulan lalu.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Bapa mereka yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian menimpa dua beradik itu disedari jirannya apabila terdengar jeritan mereka meminta tolong.

Jiran mereka menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan polis ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu.

Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), manakala bapa mereka ditahan reman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2011.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali, berkata dua kanak-kanak itu kelihatan kelaparan ketika ditemui dan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

“Apabila kami berikan roti, mereka memakannya dengan lahap, keadaan mereka amat menyedihkan kerana ditempatkan dalam tandas yang kotor,” katanya sambil menambah kanak-kanak lelaki itu tidak memakai seluar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata JKM sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

"Sementara menunggu siasatan selesai, mereka akan ditempatkan di pusat jagaan JKM mengikut Seksyen 15 Akta Perlindungan Kanak-Kanak. Kami akan mencadangkan supaya ibu bapa kanak-kanak itu mengikuti sesi kaunseling bagi mengelakkan insiden sama berulang," katanya.


sampai hatinya bapa itu buat begitu kt anak2nya..

*nangis*

jumpa lagi tahun hadapan..!!


assalamualaikum..!!


selamat bekerja pada hari terakhir tahun ni..
jumpa lg pada tahun depan..

semoga azam & cita2 kita semua utk tahun ini sudah tercapai..
klau blum, jom sama2 bawa ke tahun hadapan.. hehe...

Sunday, December 25, 2011

biar lambat, asal dapat. ;)


dapat apa?
adiah besday!!!! hehe...
actually, besday ku 25 Nov yg lepas..
di kala diri ku berjauhan dari famili krn ikut kursus 3 hari kt Perak time tu.. 
sedih wooo...
(tp suka jugak sbb my bff, cik puan Aida kita yg ikut skali berkursus, bagi adiah kek scr mengejut dlm dewan seminar dpn kengkawan sekursus. suka! suka! suka! siap tempah khas dgn org FnB tempat kursus tu. tp biasa la.. kawan & hubby sendiri, mesti lain, kan?)
tp dari en.hubby sendiri, time tu sekadar sms wish hepi besday di tgh malam...
hmm.. ok lah... janji dia ingat..

actually 2 hari sblm gi kursus, en.hubby ada tanya.. "ayang nk apa besday kali ni?" lepas 10 minit, baru aku jawab. tp dukacita, respon dr en.hubby time tu seolah2 request ku itu ditolak mentah2. hmm.. tak marah.. tp agak terkilan. sbb klau takmo bagi, watpe tanya, kan? bukan mintak menda yg pelik2 pun.. bukan mintak menda yg super duper mahal yg x masuk logik akal pun.. aku mintak menda yg aku tau dia mampu utk bagi
(aku ni pun bukannya kejam sangat..) tp dia tetap tolak mentah2. bila jadi camtu, aku malas la nk harap apa2.aku diam je.. dlm seminggu pastu baru tau, rupa2nya dia salah faham apa yg aku mintak.. dah explain, baru dia angguk tanpa suara. after tu, still x dapat pape... aku pun malas nk ungkit2. sbb aku pun sedar, aku pun bukan bagus sgt pun dlm konsep jadi isteri & mama ni. so aku pun diam & buat2 lupa..

sehingga last week. bila our kids elok je dari sakit, dia minta aku amik cuti & pegi sini :
http://spa.lavender2u.com.
spa ni, dulu milik kenalan seforum Perkahwinan.com.my (PCM) ku , Yanie..
tp skrg katanya dah jual kt org Batu Kikir.. pesal, tak pasti la aku..)

aku yg menurut perintah, pegi ler.. ingat kan nk berurut sbb mmg, seriously, aku dah start lenguh2 seluruh badan, setelah menjaga my 2 kids yg sakit dah seminggu tu.. 
yg sblmnya BIZI sesgt dgn keja opis dsbnya..

tapi sbnrnya adalah 1 pakej spa "VIP Anggun".
(urut badan, herbal sauna, body scrub, facial treatment, breast treatment & foot spa).
fuh..!! mmg syok lah.
tambahan plak time tu mmg aku sorg je plak customer.. terasa diri dilayan cam princess. hehe..


dan sesungguhnya inilah hadiah besday ku yg aku minta dr en.hubby:
"pakej spa"
dan aku sgt menyukainya.
walaupun lambat sebulan dr besdayku yg sbnrnya, tapi mcm sesuai sgt masa dapatnya..

tq, dear..
i love u even more.. ;)

(gambar kt spa, xde ye.. tgh seksi & tgh feel syoknya dilayan cam princess. hehe..)

Friday, December 23, 2011

kutu la plak...


blk dari taska ptg td,
tetiba pengasuh kata Asyraf kena jangkitan kutu dr kawan setaska plak..
tanya camner leh tetiba leh terjangkit,
katanya dah bgtau parent budak penyebab kutu tu..
tp parent dak tu wat keras je..
dan skrg, geng2 budak lelaki dah kena belaka.
hmm.. 
macam2 la kamu ni Asyraf.. 
sabar je la..
lagi seminggu je.. 
pasni masuk tadika, k!

mood : stress
kena kuarentin sehari & cuci rumah. huhu..

kemalangan yg tak diduga..


Asyraf ku sayang ini sbnrnya baru nk baik dr sakit 
(muntah, demam & ceri beri yg teruk) 
yg dah berlarut selama 3 hari..

hari ke3, aku punya la suka bila Asyraf..
dah mula mahu senyum semula..
dah mula mahu bercerita potpetpotpet semula..
dah mula mahu main mainan2 dia..
and dah mula mahu lari & manjat ke sana ke sini semula..

tp malang tak berbau,
lewat ptg kelmarin, (hari ke3 tu),
tak semene mene pala Asyraf boleh tetiba berbalut gini gaya sekali.



hmm.. kecederaan nya takde la seserius balutan yg besar tu.. kecik je.. 
xde pun smpai membuak2 darah kuar..
(sempat tu amik gambar smtara tunggu daddynya siap2 nk bawak gi klinik. hihi..)

tp cuak sbb ni 1st time Asyraf luka kt kepala, kami decide bawak la gi cek dgn doktor kt klinik..
doktor cek, dia kata luka tak dalam & tak besar.. tak perlu jahit. lega..!!
tp just sekadar nk bagi tekanan kt tempat luka tu, nk biar darah cepat benti, tu yg doktor balut besar2 tu..

camner leh jadi gitu, 
ermmm... camner nk start citer ye?
well... time tu dah nk maghrib.. 
aku suh Asyraf gi mandi kt blk air sementara aku duk angkat kain kt ampaian (skit je kain nya..)
then masa aku nk tutup pintu depan,
tetiba aku nampak Asyraf lari keluar bilik air dgn lajunya.
trus jatuh terlentang & pala terhantuk kt lantai pembahagi dapur & ruang tamu ni :

lantai tu tinggi skit dr yg sblhnya..
aku apa lg? laju giler jugak la lari ke Asyraf!!
and, sebab apa tetiba Asyraf lari laju kuar bilik air?
sbb dia nk kejar citer Mickey Mouse faveret dia kt TV..!!!
huhu..
tp mmg pengalaman la..

aduh.. 
Asyraf.. Asyraf..
mama dah pesan jgn lari2 kt bilik air..
hmmm..
tp menda dah nk jadi, sekurang2nya syukur x smpai tahap serius.. :|

Tuesday, December 20, 2011

so sweet, i cried..!!


my friends & families posted this clip in Facebook.


curious. so i watched.

SO SWEET...!!!
i even cried to the end!!

(semoga perkahwinan mereka kekal comel & bahagia hingga ke akhirat, insya Allah..)

Monday, December 19, 2011

amoi..!

tetiba jumpa baju cheongsam ni kt Tesco Nilai dgn rege RM13..
terus mama rembat.

hasilnya, comel tak dak amoi ni? 
hehe..

Friday, December 16, 2011

"Acap nak pegi skool..!!!"


hari Khamis lepas,
td tetiba dpt special request dr Asyraf ..
NAK PEGI SKOOL..!!
siap pesan kt adik
"Adik gi taska ye.. Acap nk gi skool..!!"

ingatkan sekali tu je sebut.. sambil main2..
tp rupa2nya berkali2 disebutnya..
selang 15 minit gitu, harus itu juga yg disebut..
nak pegi skool..

then pagi esoknya masa antar Asyraf gi taska,
bersungguh2 Asyraf nangis kt depan taska sbb takmo gi taska, tp nk gi skool..
haish..!! pelik aku..
ada pape ke yg kakak2 yg taska tu @ kawan2 dia sebut pasal gi skool ni??
tanya kakak pengasuh tu, dorg ckp takde pun..
maybe sebab budak2 dah ramai yg dah start cuti ngikut abg/kakak memasing yg cuti skolah...
and bebudak yg baya Asyraf yg tinggal, ada la dlm 3, 4 org je..
and maybe juga budak2 tu sembang sesama sendiri.
wallahualam..

tapi sungguh2 aku kesian tgk Asyraf begitu..
terpaksa pujuk dia "nanti mama cakap ngan daddy ye.."

and sbb atas dasar kasih & kasihan,
aku cuba slowtalk dgn en.hubby..
tp keputusannya agak mengecewakan..
nk salahkan dia pun x bleh..
dia cuma risau Asyraf belum bersedia.
maklum la.. baru umo 3 tahun lebih.. bulan Mei 2012 nanti baru masuk 4 thn.
dah la dia tu super manja.. kalah adik dia tu. ahaks!

tp masa santai2 pd malam tu kt umah,
Asyraf dengan muka & gaya super comelnya itu,
bersungguh pujuk daddy dia..
"acap nk gi skool, daddy.. acap nk gi skool.."
maybe sbb aura anak ni lg kuat, kan..
terus en.hubby cair & trus ckp
"takpe.. nanti esok mama pegi cari kan Asyraf skool, ye..!!"
waahh..!! (mcm tak caya je! hihi..)

TAPI en.hubby benarkan Asyraf gi skool DENGAN SYARAT :
"Asyraf klau nk pegi skool, Asyraf dah tak bleh pakai depes.. kena blajar kench kt bilik air.."
(YA..!! Asyraf masih pakai diaper ye, tuan2 & puan2.. huhu...)
tp majik sungguh, mcm tak percaya je aku bahawasanya tanpa susah payah, terus Asyraf setuju!
and tanpa susah payah, terus dia pandai!
nk pegi skool punya pasal. hahaha..!!
(well, perjalanan potty training dia, aku citer kt entry lain lah. tak pasal je pjg benor karangan aku kali ni plak. hihi..)

dah bbrp hari punya survey tempat tadika & tanya2 kt kawan2 area Nilai ni,
akhirnya aku & en.hubby sepakat utk pilih Pasti Isbat Al-Imtiyaz sbg tadika permulaan Asyraf..
(seriously, time survey2 tu baru aku tau kos nk masukkan anak utk tadika plus transit bleh mencecah RM1000 ke atas..!!! kalah rasanya dak skolah rendah. huhu..)
semalam en.hubby dah bayar deposit.
and tadi , lepas keja, 1st time aku bawa Asyraf gi  tunjuk skool baru dia
di samping cuba2 saiz baju uniform & baju sukan Pasti tu.



fuh.. dia punya la eksaited, sampai lompat2!
hehehe..

dah besar rupanya anak mama ni...
(*nangis*)

Asyraf belajar rajin2 ye..
jgn minat separuh jalan je..
i know u can do it! ;)

sedihnya mama...


mama sayang sangat2 kedua2 anak mama..
kamu lah jiwa.. kamu lah nyawa..
tetapi bila salah seorang daripada kamu sanggup buat seperti ini kepada yang seorang lagi,


sedihnya hati mama, susah nk mama gambar kan...
:"(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails