Saturday, December 31, 2011

Ayra HILANG..!!

 
yup!
itu lah kisah yg susah giler utk aku lupa telah berlaku..
masa jejalan kt Aquaria, KLCC mgu lepas..
situasi yg menyebabkan hati ku terhenti seketika..
 
AYRA HILANG..!!
sekelip mata nampak dia sebelah daddy dia.
sekelip mata aku toleh nk tgk abangnya di mana,
pastu, sekelip mata lagi, tengok, Ayra dah HILANG..!!
aduh.. abis melilau aku carik, tak jumpa.
dgn keramaian manusia yg super duper penuh kt Aquaria tu,
maklum lah baru pas cuti Krismas..
mencari seorg budak yg tinggi nya x smpai pinggang kita adalah sstu yg sgt sukar.
carik kt setiap ceruk ruang.. tak jumpa.
panggil2 nama Ayra, tak kedengaran sahutan mulutnya yg celoteh tu.
time tu, mmg dah start bergenang air mata aku dah start pk macam2 dah.
tambahan pula, area tu adalah area terakhir sblm naik ekskalator keluar dr Aquaria.
huhu...

last2, slps 3, 4 minit, aku nampak en.hubby muncul dgn Ayra.
fuhh...!!! lega!

Allah je yg tau apa yg aku rasa time.
3, 4 minit time tu, terasa SANGAT LAH LAMA. rasa mcm 3, 4 jam.

en.hubby kata dia jumpa Ayra kt guard kt hujung terowong ikan.
ermm.. mau cecah 50 - 70 meter kot dr tempat last aku nampak dia.
agak jauh tu sbnrnya, dgn ruang yg berselekoh2 tu..
en.hubby kata, time dia sampai kt guard tu, 
kebetulan sampai jugak staf Aquaria lg sorg yg jaga kaunter reception kt situ.
klau lambat skit je, confirm la akan ada annoucemnet 
"sesapa ada kehilangan anak.. sila hadir ke kaunter..."
err... aku pun x tau nk gelak atau nangis klau terjadi situasi tu....

en.hubby kata lg, masa Ayra duk ngan guard tu, dia x nangis pun. diammmm je..
bila dah nampak kelibat en.hubby baru dia bunyi..


aduh, Ayra.. Ayra..
kamu ni mmg unik la..
even abang kamu tu dah nk masuk umo 4 thn ni pun x pernah lg ada kes cenggitu.
mmg status HANDLE WITH CARE..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails