Friday, January 9, 2009

kejamnya Israel..

kejamnya Israel..

akhirnya, selepas 13 hari, baru semalam aku ada kekuatan nk tgk berita berkenaan kekejaman Isreal ni kt tv.. sebelum ni, aku takut nk tengok. aku ni takut darah sbnrnya. huhu..

dan apa yg aku dapati, amat menyayati hati. dalam tempoh 13 hari sahaja, dah lebih 700 org penduduk gaza, palestin sana nun maut dan lebih 4000 orang cedera.. tanpa mengira wanita ataupun kanak2. bila tgk kanak2 dibunuh secara terang-terangan, tanpa segan silu, sedihnya hati ini, Allah saje yg tau. terus aku menoleh kepada anak ku yg seorang ini. bagaimana lah rakyat palestin di sana menghadapi semua ini, apabila anak2 yg dikandung, yg dicurahkan dengan sepenuh kasih sayang, dibunuh dengan kejamnya di hadapan mata?

semua tu gara2 si syaitan laknatullah yang gila tu. sedih lah... (tetiba rasa sebak. huhu..) apa sbnrnya kerajaan zionis tu nk buktikan? ntah lah.

apa yang kita boleh buat? BOIKOT! Boikot lah produk Israel.

memang betul kita tiada senjata, kita tiada kuasa politik, kita tiada kuasa veto dan kita tiada wang untuk diberi secara on the spot. tapi kita ada satu kuasa yang sungguh kuat. kita ada kuasa yang kita sendiri tidak sedar. dan yang pasti, mereka tidak boleh lawan kuasa kita ini. BOIKOT!

yup! itulah yang kita boleh lakukan. blog dan blogger amat berkuasa dalam penyaduran maklumat. boikot adalah salah satu cara yang terbaik yang boleh kita lakukan dalam memberi TEKANAN kepada mereka. kita tidak boleh menyelamatkan nyawa rakyat palestin secara serentak tetapi kita ada kuasa untuk membuat tentera Israel berundur. orang kata, kuasa membeli akan mengawal kuasa diplomatik. sehubungan itu, marilah kita sama2 boikot barangan israel.

kawan2 bleh rujuk di sini untuk senarai produk kebanggaan Isreal.


p/s : sori aa.. tetiba jadik emosi! :P

Thursday, January 8, 2009

gelagat anakku shopping

semalam aku ada bengkel kt bdr baru bangi.. balik lambat skit. smpai kt depan pintu umah babysitter Asyraf dalam kul 7 pm. Makcik ckp Asyraf dah merajuk marah2 sbb mama n daddy dia lambat. huhu.. sori, sayang! mama kena keja jauh arini..

so, konon2nya nak pujuk Asyraf, kami pun bawak dia gi jalan2 kt Giant, Nilai. saje je. hehe...

tgk la gaya Asyraf dalam troli! penuh gaya tu. :D (mama tak larat nk dukung lama2, sayang! huhu..)


hasil shopping, Asyraf dapat baju SUPERMAN..!! n free gift puzzle sbb beli solivite. sukanya dia, duk belek2 je baju dia tu kt umah. hihi..


ini lah gaya budak kecik yg kepenatan jalan. pusing2 sampai terkeluar dr tilam. ekekek..!!

Wednesday, January 7, 2009

Asyraf demam..

Aritu, Asyraf demam.. cian dia.. huhu...


tp skrg dah baik dah!

dah makin nakal n pandai nangis bila kena tinggal kt umah babysitter. hihi..

Friday, January 2, 2009

tolong doakan ayah kawan ku ini..

kelmarin, aku baru dapat emel dr salah seorang kawan baikku.. erisna..

kabarnya ayahnya skrg terlantar di hospital KT. sakit buah pinggang. dah lama sakit sbnrnya... tp la ni, dah start buat cuci darah pulak dah sbb buah pinggang dah tak berfungsi . dari gaya tulisan emelnya, aku dapat gambar kan betapa sedih dan susah hatinya dia skrg.
"aku pun dok la tgk abah aku..tetiba dia buka mata..aku tak penah tgk abah aku nangis..tu la,dia nangis..mengalir airmata dia..tercungap2 nk ckp sesuatu...pelan2 je aku dgr dia cakap 'abah sakit'..aduhai..aku pun sama2 nangis...aku pujuk abah aku 'abah jgn nangis2,sedih2..nanti mama susah hati'..dia reda sikit..dan2 tu mak aku tetiba ada kat belakang aku,dia pun mcm panik semacam...nangis la kitorg 3 beranak.....aku sedih sebenarnya..sbb aku rs cam tak berguna je tak dpt bg komitmen sepenuhnye ms abah aku tgh sakit2 ni.... "
masa baca emel dia ni, tergenang air mata aku kejap. maklum lah.. siapa tak sayang ayah, kan? wpun garang atau bengkeng skali pun ayah kita, dia tetap ayah. manusia yg membesarkan kita dari hari pertama kita melihat dunia.

teringat masa abah aku sakit dulu. kelam kabut kami balik dr semua urusan. tak kira masa tu time keja ke. tgh tgk wayang ke.. tetiba dpt call dr mak, berhenti jap jantung. time tu, abah aku tinggal berdua ngan mak je.. dah la mak takde lesen keta. aku terus bergegas balik.. bila sampai umah, rasa nk nangis tgk abah terbaring kesakitan. aku ni, yg selama ni takut nk bawak keta besar (keta aku kecik je.. kelisa. hehe..) , terus capai kunci keta waja n bawak abah gi spital dgn yakinnya. (mana ntah tetiba datang kekuatan tu ntah.)

nway, eris.. sabar ye.. semoga ayah ko cepat sembuh.
bleh try ikut syor rahman n ainizam tu, try homeopati lak klau ubatan moden tak dpt menolong..
yg penting, kita usaha, k.. insya Allah.

Wednesday, December 31, 2008

cek up Asyraf

pagi tadi kami gi cek up bulanan asyraf utk 8 bln..

timbang, asyraf naik 400 gram. so, skrg dah 8.9kg. bagi aku, ok la tu. janji, naik. hehe.. tp nurse sound, dia kata make sure bagi makan banyak2 skit. terutama yg berlemak cam butter atau minyak masak dlm bubur nasik dia. atas alasan, baby, bila start aktif, dia akan byk membakar lemak. bila lemak dlm badan dah abis, badan akan start membakar protein lak. tu yg menyebabkan baby akan susut berat badannya. ayark!

tp aku rasa la.. anak aku dah 8.9kg pada usia 8 bln. kira ok la tu. ingat ringan ke nk dukung ke hulu, ke hilir sepanjang masa? klau dia dah pandai jalan, lain la citer, kan.. hehe..

tp takpe lah! kita dengar lah nasihat nurse tu. dia nasihat pun, utk kesihatan n kebaikan anak kita jugak, kan..

Tuesday, December 30, 2008

nasib seorang kuli..

tersebut lah kisah..

seorang pegawai tadbir kt sebuah universiti kt mesia ni..
tengah sedey sbnrnya..
sebab last week dapat "pertukaran jabatan" dari naib canselor..

masa nampak surat tu atas meja, mmg terkedu yg amat sgt..
"tukar lagi..???!!!!!"
huhu... apa salahku, sampaikan kena tukar jabatan, walhal duk kt fakulti ni baru 6 bln? baru nk buat perubahan kt fakulti ni, dah kena campak jauh2.. huhu...

ikut sejarah aku bekerja kt sini aa... agaknya dah nk masuk 7 thn, dah 6 jabatan dah aku pegi tau..
~ mula2 bhgn akademik (1 thn),
~ then fakulti ekonomi dan muamalat (3 thn),
~ then pusat pengurusan penyelidikan dan persidangan (1 thn),
~ then pusat pengajian umum (1 thn),
~ then, fakulti kepimpinan dan pengurusan (6 bln, slps tolak 2 bln aku bercuti bersalin)
~ dan akhir skali, mulai 2 januari ni, pusat pengurusan ilmu dan teknologi maklumat (ppitm)



takpe lah.. nk wat camner, kan..
takkan la nk cakap kt VC tu "saya tak setuju!!!"
nk mati ke cakap camtu?

well.. itu la nasib seorang kuli....
bila bos kata "bertukar lah!" .. lantas bertukar la ia...huhu..




cuti-cuti PD!!

salam..

lama giler tak apdet blog... sori.. have been very bz lately.. nasib baik tak semput. huhu..

so, kami pun mengambil kesempatan cuti panjang krismas n awal muharram lepas utk gi bercuti. last minit punya planning.. ngan adik beradik + parents terchenta.


kami gi ke Port Dickson je.. 2 ari, 1 malam (sabtu - ahad). wpun air laut n pantainya tak brape nak bersih, we still had a good time. tambahan lagi kali ni, percutian pertama ngan anakku, Muhammad Asyraf Muhaimin. seronoknya bercuti ngan anak, lain rasanya rupanya! hehe..

kami tdo kt apartment kazen kt situ. tempat dia ni ala2 cam service apartment. takde la canggih sgt, tp yg penting, selesa! hihi..


malas nk citer panjang. just enjoy the pictures! :)

1st day - pagi, golek2 kt bilik je.. petang, baru jalan2 kt pantai teluk kemang. tetiba jumpa kuda. nk posing kt kuda, mamanya yg cuak2! hahaha...

2nd day - temankan hubby ngan my lil' bro main layang2 kt tepi pantai. layang2 lil'bro terbang tinggi.. tp layang2 asyraf takmo naik. rosak kot. huhu.. boring, mamanya pun posing sakan ngan asyraf kt tepi pantai tu. hihi..

panas sgt duk tepi pantai, tghari tu ajak hubby n lil' sister mandi pool ngan asyraf. sukanya dia..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails