Thursday, July 30, 2009

House Warming My Lil' Bro

Akhirnya, setelah menunggu setahun, isteri lil'bro aku, Kamalah, berjaya jugak mendapat kunci umah kuatersnya kt Kajang..
alkisahnya kuaters ni baru lagi.. yg jadi lmbat dpt masuk tu, sbb lambat dpt CF. tp alhamdulillah, suma dah ok.. dorang pun dah selamat pindah ujung bulan lepas.

House Warming nya belah petang...
oleh kerana kami ni ada hal b4 that, kami smpai dah lewat ke majlis tu.
kebanyakan jemputan dah balik.
yg tinggal, familiku n bbrp org dr famili wife lil'bro..
meh aku perkenalkan famili aku. hihi..atas tu (dr kanan ) : my dad, my mom, maid along aku & budak yg terselih tu, fiqah (anak bongsu along aku)
atas ni plak (dari kiri ) : en. hubby, my lil' bro yg dah kepenatan, my big bro & pakcik yg jauh skit tu, ayah adik ipar aku.

umah kuaters tu, wpun apartment, tp bleh tahan besar nya :
ruang tamu yg 2 kali ganda besar dr ruang tamu aku..
4 bilik tido.. 3 toilet.. 1 bilik stor..
1 bilik dapur yg luas, siap ngan kabinet dapur nya.. n 1 ruang sidai kain.
wah.. selesa sungguh la utk duduk berdua je (my lil' bro n wife)

n satu lagi:
aku ni, slalu tertinggal keretapi...
baru tau lil' bro aku tu dah ada tv lcd 42' !!wah..!! dengki nih! :P
xpe.. xpe.. nanti kami masuk umah baru, nak ada jugak tv lcd baru! hihi..

dan.. di mana kah anak aku?
tu dia!!
duk intai apa ntah kt tingkap ngan irfan (anak sulung along aku) n my lil' sis.

** gambar aku takde.. huhu.. tu la nasib tukang amik gambar. huhu..

Entry Peram --> Birthday Party Iman

hihi...
rupa2nya dah hampir jadik pekasam citer Birthday Party Iman ni.
ari sabtu lepas, salah sorang kenalan kami wat besday party utk anak bongsu nya.
Muhammad Iman Syakir : Happy 1st Birthday,!!

ni la besday boy n ibunya. comel, kan? hihi..
tp budak yg sorang ni pun, apa kurang comelnya jugak kan?
ekekek... (saje je nk puji anak sendiri. :P)
Asyraf seronok betul kt party tu.
dapat topi.. dapat belon.. dah mcm2 jenis jajan..
(jajan Asyraf, daddy amik.. dia kurang gemar anak dia makan jajan sbnrnya.. tp kek n coklat, ok. hehe..)
mama Asyraf pun sibuk nk inteprem. hihi..

Wednesday, July 29, 2009

Asyraf ada Kasut Baru :)

Asyraf ada kasut baru..
2 lagi tau!
hihi...
comel, kan?
makin aktif la si Asyraf exploring the world.. :)

Tuesday, July 28, 2009

zzzzz....

cannot think cleary...
very the ngantuk one rite now...

**zzzzzzzzzzz.......**

**zzzzzzz...**

Monday, July 20, 2009

Masak Spagetti? --> Lulus!

Percaya atau x,
ni la pertama kali aku try masak spagetti.
Resepi --> agak2, ikut sedap mulut! hahaha..

Keputusannya : LULUS!
macam mana aku tau aku lulus?
sebab en. hubby makan siap bertambah!
hahaha...!
(dia tu part puji2 ni, mmg berat skit.. kenal sgt dah. hehe..)

Sunday, July 19, 2009

Progressnya Rumah Kami

semalam, En.Hubby berkesempatan mengintai progress umah kami
yg masih dlm pembinaan tu di Acacia Park, Nilai.
and, nampak gaya, byk juga yg dah siap!

ni la unit kami nanti... : END LOT.
dinding luar dah start dicat..

n jubin/marble/apekebendanya dlm umah tu pun sedang dipasang.

wah...!!
this is what I like! hihi..

Gaya Asyraf Makan Coklat

ini la gaya Asyraf makan coklat.
abis satu muka selepat2.. sampai ke dahi2!

x kisah la ye, Asyraf..
janji bahagia, kan?
ekekekek...

Seluar Peknen Baru!

hihi..
aku ada suar peknen baru!
beli kt Sogo semalam.
(akhirnya, x susah hati dah tiap kali nk kuar jejalan @ gi keja..
dah ada suar nk pakai. hehe..)


2 helai - 1 hitam, 1 putih

gumbiranya dlm hati.. :)
lalalala...

Akhirnya Tercapai Jua..

Cita2 ku untuk minum Chocolate Milkshake,
akhirnya tercapai jua last week
setelah terpendam untuk 2 bulan
- with extra delites!! hehe...

En. Hubby akhirnya bawa aku n Asyraf gi minum kt
San Francisco Pizza di Bdr Baru Bangi. :)

My Chocolate Milkshake with Mushroom Soup n Garlic Bread

En. Hubby's Chocolate Milkshake with Chicken Chop.

yum! yum!
tq very much, my dear..!!
kerana x menghampakan isterimu ini. hihi....

Wednesday, July 15, 2009

I'm 20 weeks pregnant!

this week, pregnancy ku dah masuk minggu ke 20!
(20 more weeks to go!)

aku dah start rasa adik Asyraf gerak2 dgn lincahnya dah dlm belly ku yg makin membulat ni. hihi..
b4 this, time pregnancy ku masuk 3 bln stgh,
ada gak rasa skit2 skali skala dia gerak malu2..
tp since balik dr langkawi, iaitu since 2 minggu lepas,
dia dah makin aktif gerak2nya. hehe..
bestnya rasa ada insan bernyawa duduk dlm perut kita ni..
tingat time peknenkan si Asyraf dulu. hihi..
best! best!


...


last week, gi check up maternity utk bulan Julai..
alhamdulillah, sumanya ok.
cuma level HB aku atas pagar : 11.3
klau cecah 11/10.9, confirm misi tu tulis buku aku ngan
warna merah!
kuang, kuang, kuang...
nasib baik minggu ni mabuk aku dah start berkurangan..
bleh la pilih mknn yg tinggi zat besi, pasni! (ye ke? hihi..)
scan, baby sihat..
dia tunjuk pala baby, jantung baby, kaki baby.. dsbnya.
cuma dr. tu ckp kecik lg nk nampak jantina dia.
xpe lah, janji sihat, kan?

...


last 2 days, masa aku baring terlentang dpn tv,
tetiba Asyraf selak tshirt aku. terdedah la perutku yg bulat itu.
dia tepuk2 smbil sengih2 tgk perut aku tu.
pastu tetiba dia tekap mulut dia kt perut aku n hembus smpai bunyi.
(u all dpt gambar kan, x?)
bila bunyi je, terus dia gelak2 suka.
then tekap n hembus n gelak lg smpai penat.
hahahaha..!!!
agak2nya sbb dia rasa kelakar perut aku pelik,
or sbb dia tau ada adik kt dalam tu? hmmm...

Tuesday, July 14, 2009

Our Vacation! - Langkawi (Day 4)

LAST DAY --> DAY 4

arini ari last kami kt sini.. flight kul 1 pm.
so, pagi ni, lepas bekfes, kami lepak je kt bilik smbil kemas2 beg skit.
dkt2 kul 12, kami pun check in kt airport..

and, Asyraf.. here he is -->

CAK..!!

*
*
*
*
*
hehe...

*
*
*
*
a very happy boy. hihi..
*
*
*
ok! dah naik flight dah!!
BYE BYE LANGKAWI..!!
nanti ada rezeki, kami datang lagi..!!

Our Vacation! - Langkawi (Day 3)

DAY 3
hihi.. u all dah boring ke baca bebelan n tgk gambar cuti2 langkawi kami?
sori ye.. ada citer 2 days to go. hihi..

ari ketiga ni, kami gi Underwater World plak!
tiket, RM28 utk warga Malaysia.. tp kena tunjuk mykad la cam kt cable car tu..
Asyraf beria tengok fish! ni kt area byk2 pingu tu. port cantik nk amik gambar. hehe..
ini la ikan pari, Asyraf... tgk ekor dia panjang, kan?
my most favorite thing all : seashell. tingat dedulu pantang singgah pantai, mesti duk carik ngan adik2. hehe..
aiyark! tersepit la plak anak aku ni. hihi..
kami lepak kt underwater world tu smpai tghari. lepas tu, gi shopping lagi! hihi.. kali ni patah balik kt area Beras Terbakar tu sbb situ byk gerai2 jualan souvenir/baju/kain dsbnya.
hasilnya, smpai beg baju kami terpaksa beranak la! hahaha.. datang bawak 1 beg baju. balik, tetiba ada 2! haiya! niat asal nk gi jejalan je kt langkawi ni, xmo shopping lelebih terpaksa dilupakan begitu saje. huhu...

petang tu, lepas rehat n dekat2 nk matahari terbenam, kami singgah kt sini :
port mmg cantik! kt tepi airport, kt tepi jalan menghala ke Pantai Cenang. semalam lalu, tgk cam ramai je lepak kt sini, since port dia betul2 ngadap sunset. memang cantik lah!
so, arini, kami pun singgah kt sini. tp niat kt hati nk try pekena cendol smtara tgk matahari terbenam x kesampaian sbb kebetulan kami smpai je, cendol pun abis. yg tinggal hanya laksa n pesembur. aku oder laksa. slurp! sedapnya..!! niat hati nk kongsi ngan en.hubby terpaksa dikenselkan sbb aku membaham laksa tu sesorang. hahaha.. itu la penangan ibu mengandung. hahahha... (sori xde gambar laksa tu. x smpat nk snap, dah licin! hihi..)

tgk la view ni.. cantik, kan?
view ni betul2 sblh tempat lori laksa/cendol tadi.
sempat la aku bawak Asyraf turun pantai tu jap, nk bagi Asyraf rasa pasir pantai.
tengok! leka sungguh dia dgn pasir2 tu smpai xmo tgk kamera langsung. hehe..
syok kan, klau dpt tgk view camni tiap2 hari?
lepas dinner lak, kami saje buang masa jejalan pusing Pantai Cenang. tgk gelagat pelancong n org langkawi. singgah kt kedai kamera ni sat. kekononnya nk survey lense nk adiah kt lil' sis aku. tp x beli pun! hahaha..
papehalpun, Asyraf tetap happy sepanjang kami kt langkawi ni. belajar menda2 yg baru n dpt berkepit ngan kami 24 jam. hehe..

Monday, July 13, 2009

Our Vacation! - Langkawi (Day 2)

DAY 2
arini kami start trip kami lepas bekfes dgn singgah kt Tapak Beras Terbakar sbb dkt je ngan hotel kami, dlm 10 minit je..
nk gi tapak beras terbakar ni, kena jalan ikut lorong yg kiri kanannya penuh ngan gerai2 jualan.
tp since awal pagi lagi, x kuasa la nk shopping dulu. hehe..

smpai kt situ, tengok umah kt tapak tu cantik sesangat. teringat dulu masa kecik2, masa skolah rendah, penah gak smpai kt sini.. tp umah kt tapak ni umah kayu buruk je.. n tapak beras tu, dipagar dgn pagar kayu biasa je... tp skrg, suma dah cantik! dah jadik umah orang..
kt situ ada penerangan sikit pasal sejarah beras terbakar ni.
and sampel beras yg dah terbakar tu.
gamaknya klau kuis2 kt tanah kt tapak beras dicampak tu dulu, dah x jumpa dah kot berasnya..
maklum la.. dah berapa keturunan dah ni kan? hehe..
nampak x tapak beras tu kt blkg tu? :)
after that, kami trus kt Cable Car.
smpai sama, dlm kul 11, sbb kami ingat cable car tu bukak kul 10. rerupanya memang la bukak kul 10, tp sbb hari yg kami gi tu, ari Rabu, tetiba lak bukak lewat skit.. kul 12. frust gak la kami!
intai2, kt sblh kaunter tiket Cable Car tu ada Animal Farm. apa lagi! terjah ke sana dulu aa.. hehe..
kt situ ada banyak rusa n arnab. jinak giler plak rusa2 tu.
dorang jual makanan rusa n arnab tu rm1 sebungkus. gamaknya rusa2 tu mmg dibiar kelaparan, laju je rusa2 sondol2 baju aku nk carik makanan. x sempat nk buka bungkusan, dah kena terjah. hahaha..!!
Asyraf, jakun kejap jumpa binatang. sbb dia ni mmg takut skit ngan menda2 berbulu. even dengan kucing pun dia lari! hahaha.. tp this time, dia nampak cam nk ngan rusa2 n arnab2 tu. x nangis langsung. siap tepuk2 lagi binatang2 tu. hahaha...bagus! bagus!
tengah sibuk2 bagi arnab tu makan, nampak gajah melintas. wah..!! bleh naik gajah tu! beria la kitorang tanya org yg jaga tu.
ALAMAK!
RM80 sekali naik da... 5 minit round je lak tu! trus kensel!
cantik kan, view kt sini?
Asyraf.. suka sangat dpt lepas nk lari2 merata. oleh kerana aku special case sbb bawak perut, en. hubby la jadik mangsa mengejar si Asyraf tu. aku, tukang snap gambar. hihi..
akhirnya, tepat kul 12, kaunter Cable Car tu pun bukak.
tiket utk rakyat Malaysia (kena tunjuk myKad), RM15 (ye ke? lupa dah!)
masa naik, kami kongsi ngan pelancong dr Washinton D.C, USA.
bes gak borak ngan dorang.
Asyraf pun, apa lagi? bila ada org lain, mula la tunjuk muka berani dia tu, kekononnya x takut langsung! smpai org putih tu kata bleh jadik Pilot anak kami tu bila besar nanti nih! hahaha..
(sbnrnya Asyraf ni cuak gak bila turun dari puncak. xmo renggang langsung ngan daddynya! hihi..)

cantiknya, view kt atas ni?
air terjun tu, klau x silap, Air Terjun Telaga Tujuh.

smpai kt puncak, malangnya hari nk ujan.. langit mula ditutupi awan..
so agak sayang la x dpt tgk n snap gambar view yg cantik dr sana. huhu...

u all nampak jmbatan bawah ni?
en.hubby nk pegi sbnrnya. tp sbb agak jauh nk kena jalan kaki naik turun tangga, n bawak plak ibu mengandung ni n anak yg umo setahun 2 bulan ni, dia simpan je la hasrat tu. katanya, maybe next time dtg skali lg, insya Allah smpai lah ke sana.. (sian laki aku..)
turun dr Cable Car, kami singgah shopping kt Hj.Ismail Group n Idaman Suri kt pekan Kuah. beli apa? hehe.. dlm beg ijau (Hj.Ismail Group) tu, SEMUAnya coklat. itu lah penangan hantu coklat bila shopping coklat! hahaha...!!!
dlm beg biru (Idaman Suri) lak, skit souvenir utk diri sendiri n famili kt Bangi.

setel shopping, kami singgah kt Dataran Helang kt area jeti nun. SUPER PANAS cuaca time tu. tp sbb nk bergambar punya pasal, aku paksa gak anak n laki aku redah kepanasan tu. hahaha.. kejam sungguh!!after that, kami singgah kt Billion sbb katanya situ duty free. baru jalan 5, 10 minit, tgk2 anak aku yg sorang tu dah terlentok kt bahu daddynya.. sian Asyraf.. penat berjalan seharian..
oleh kerana Asyraf dah lentok, and hari pun dah lewat petang, kami pun balik la terus ke bilik hotel.. kasi chan kt dia rehat betul2 dlm bilik aircond. hehe..

after that, dlm dekat kul 7 ptg, kami pun kuar nk carik makan malam.
kt sini, kul 7, terang benderang lg cam baru kul 6 ptg!
matahari lambat terbenam. kul 8, gitu, baru nk gelap. pesal ntah. huhu...

Kami dinner kt sini : Restoran Hj. Jelani, kt pantai cenang. restoran ni, mamat yg uruskan keta sewa kami yg rekomen kan. ikan bakarnya sedap, katanya. :)

dr jalan, x nampak pantai/laut langsung. masuk ke belakang restoran ni, baru nampak hidupnya area pantai dia. kami oder ikan siakap bakar, tomyam n telur dadar. (sori xde gambar. lapar bebeno smpai lupa nk amik gambar. hehe..)
ikan bakar dia sedap giler. tomyam dia pun sedap smpai menjilat jari. Asyraf, dia xmo makan nasik. dia melantak telur dadar sesorang. hahaha..!!
harga pun, not bad la. so, u all kalau gi langkawi, jgn lupa try ikan bakar kt sini ye!
gerenti x nyesal lah! (oppss..!! ada org nk bagi komisyen ke ni..? duk rekomen kedai ni? hehe..)
selesai makan, dah maghrib. trus la kami balik utk golek2 atas katil kt bilik hotel.. hehe..

harap2nya, u all x bosan la baca bebelan2 aku n gambar2 yg super banyak ni ye!
abis ringkas dah aku rasa ni. hehe..
sori! :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails