Sunday, July 12, 2009

Our Vacation! - Langkawi (Day 1)

ello.... minggu lepas, dari 30 Jun - 3 Julai, setelah mcm2 halangan, akhirnya kami sekeluarga (aku, en.hubby n Asyraf) berjaya jugak pegi percutian pertama kami sejak bertiga ni. hehe...
kami pegi x jauh pun.. dalam negara je.
LANGKAWI.

tp yang penting, naik flight! hehe..
aku dah x brape heran la naik flight ni..
tp untuk en.hubby, ni la 2nd time dia merasa naik flight.
1st time dulu, dia penah citer masa time dia kecik2 dulu (dlm umo 2 thn la gitu - ye ke? hehe..), time dia sekeluarga balik dr sarawak, since abahnya askar, kan..
and, 1st time plak utk anakku sorang tu, Asyraf.

flight kami, kul 10.20 pagi.
Asyraf, kt airport, eksaited kehulur ke hilir.
xleh duk diam. sukanya dia, mama n daddy dia bawak dia gi jalan. hehe..
tp bila masuk je kabin kapal terbang, dia ngamuk2 x benti2.
cuak gak kami kejap.
tp rerupanya dia nk tido. hehe..
dia sedar2, dah sampai!
sempat la kami amik gambar ngan kapal terbang jap.
lepas amik beg n keta sewa, kami terus pegi ke tempat penginapan kami utk 4 hari, 3 malam tu..
Hotel Helang.
betul2 sebelah airport. dr parking airport langkawi tu, dah nampak bumbung nya. hehe..
hotel ni, wpun bukan tepi pantai, tp kami suami isteri amat2 berpuas hati lah duduk sini!
  • proses check in pun senang.. (smpai je sana, bleh terus masuk bilik, xyah tunggu waktu check in sbnrnya - 3pm)
  • bilik luas giler n selesa (ada 2 katil queen - sesuai sgt la utk org2 cam kami yg bawak anak kecik.. toilet luas - ada bath tub n jugak shower.. bilik plak betul sblh lift! heven sungguh. hehe..)
  • lokasi hotel yg cantek (btul la sblh hotel ni xde kdai makan spt mana kawan2 kami duk ckp, tp pekan mat sirat, 5 minit driving je dr situ.. nk carik pape pun, senang.. n lokasi nya yg ala2 tengah2 utk ke tempat menarik kt langkawi - ikut kiri, dekat nk gi cable car, pantai cenang dbsnya, ikut kanan, dekat nk gi padang mat sirat, makam mahsuri, pekan kuah dsbnya)
lepas letak je beg, kami terus round langkawi. en. hubby kata sbb nk kenal jalan dulu. senang nanti nk ke mana2.

tp dengan muka comelnya, aku berjaya jugak ajak en. hubby singgah kt Galeria Perdana, yg kami terjumpa kt tengah2 perjalanan tu. hehe..
Galeria Perdana ni tempat simpanan koleksi peribadi bekas PM kita, Tun Mahathir n isteri.
macam2 kt sini! n tempatnya mmg cantik sgt2.
tiket masuk, RM5 je. tp klau nk bawak kamera or video cam, ada extra caj.
antara koleksi2nya..

lepas gi Galeria Perdana, kami singgah Makam Mahsuri lak.
ni lorong nk ke kandang koleksi burung2 kt Kota Mahsuri tu.
gambar aku xde sbb en. hubby amik gambar x cantik. x kuasa nk letak kt sini. hahaha..
ni antara rumah yg ada kt situ.
cantik x? cantik, kan? hehe.. (tetiba teringat kt eric leong dlm casa impian, suka sgt phrase ni. hehe..)
cantiknya view...
ni lak, perigi mahsuri.
suprise gak aku tgk air dia byk lagi.
en. hubby semangat betul nk amik air kt situ utk basuh muka dia n Asyraf. ekekek..
tengok la gaya bapa n anak ni tgh pakai kasut. ada gaya bapa mithali x? ekekek...
ok. tu je utk Day 1.
balik je dari Makam Mahsuri, dah petang bebeno. badan dah penat.
rehat jap, dah malam..
dinner utk malam pertama kami kt Langkawi, kt bilik hotel je..
sbb Asyraf tido awal, 7 ptg. nk kejut x smpai hati.
so, en. hubby la terpaksa tapau kan utk bini terchenta dia ni.. hihi..

1 comment:

mama tisya said...

wah cuti2 langkawi ye...sama otel yg kita stay aritu..mmg best..cpt update next entry

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails