DAY 2
arini kami start trip kami lepas bekfes dgn singgah kt Tapak Beras Terbakar sbb dkt je ngan hotel kami, dlm 10 minit je..
nk gi tapak beras terbakar ni, kena jalan ikut lorong yg kiri kanannya penuh ngan gerai2 jualan.
tp since awal pagi lagi, x kuasa la nk shopping dulu. hehe..
smpai kt situ, tengok umah kt tapak tu cantik sesangat. teringat dulu masa kecik2, masa skolah rendah, penah gak smpai kt sini.. tp umah kt tapak ni umah kayu buruk je.. n tapak beras tu, dipagar dgn pagar kayu biasa je... tp skrg, suma dah cantik! dah jadik umah orang..
kt situ ada penerangan sikit pasal sejarah beras terbakar ni.
and sampel beras yg dah terbakar tu.
gamaknya klau kuis2 kt tanah kt tapak beras dicampak tu dulu, dah x jumpa dah kot berasnya..
maklum la.. dah berapa keturunan dah ni kan? hehe..
nampak x tapak beras tu kt blkg tu? :)
after that, kami trus kt Cable Car.
smpai sama, dlm kul 11, sbb kami ingat cable car tu bukak kul 10. rerupanya memang la bukak kul 10, tp sbb hari yg kami gi tu, ari Rabu, tetiba lak bukak lewat skit.. kul 12. frust gak la kami!
intai2, kt sblh kaunter tiket Cable Car tu ada Animal Farm. apa lagi! terjah ke sana dulu aa.. hehe..
kt situ ada banyak rusa n arnab. jinak giler plak rusa2 tu.
dorang jual makanan rusa n arnab tu rm1 sebungkus. gamaknya rusa2 tu mmg dibiar kelaparan, laju je rusa2 sondol2 baju aku nk carik makanan. x sempat nk buka bungkusan, dah kena terjah. hahaha..!!
Asyraf, jakun kejap jumpa binatang. sbb dia ni mmg takut skit ngan menda2 berbulu. even dengan kucing pun dia lari! hahaha.. tp this time, dia nampak cam nk ngan rusa2 n arnab2 tu. x nangis langsung. siap tepuk2 lagi binatang2 tu. hahaha...bagus! bagus!
tengah sibuk2 bagi arnab tu makan, nampak gajah melintas. wah..!! bleh naik gajah tu! beria la kitorang tanya org yg jaga tu.
ALAMAK!
RM80 sekali naik da... 5 minit round je lak tu! trus kensel!
cantik kan, view kt sini?
Asyraf.. suka sangat dpt lepas nk lari2 merata. oleh kerana aku special case sbb bawak perut, en. hubby la jadik mangsa mengejar si Asyraf tu. aku, tukang snap gambar. hihi..
akhirnya, tepat kul 12, kaunter Cable Car tu pun bukak.
tiket utk rakyat Malaysia (kena tunjuk myKad), RM15 (ye ke? lupa dah!)
masa naik, kami kongsi ngan pelancong dr Washinton D.C, USA.
bes gak borak ngan dorang.
Asyraf pun, apa lagi? bila ada org lain, mula la tunjuk muka berani dia tu, kekononnya x takut langsung! smpai org putih tu kata bleh jadik Pilot anak kami tu bila besar nanti nih! hahaha..
(sbnrnya Asyraf ni cuak gak bila turun dari puncak. xmo renggang langsung ngan daddynya! hihi..)
cantiknya, view kt atas ni?
air terjun tu, klau x silap, Air Terjun Telaga Tujuh.
smpai kt puncak, malangnya hari nk ujan.. langit mula ditutupi awan..
so agak sayang la x dpt tgk n snap gambar view yg cantik dr sana. huhu...
u all nampak jmbatan bawah ni?
en.hubby nk pegi sbnrnya. tp sbb agak jauh nk kena jalan kaki naik turun tangga, n bawak plak ibu mengandung ni n anak yg umo setahun 2 bulan ni, dia simpan je la hasrat tu. katanya, maybe next time dtg skali lg, insya Allah smpai lah ke sana.. (sian laki aku..)
turun dr Cable Car, kami singgah shopping kt Hj.Ismail Group n Idaman Suri kt pekan Kuah. beli apa? hehe.. dlm beg ijau (Hj.Ismail Group) tu, SEMUAnya coklat. itu lah penangan hantu coklat bila shopping coklat! hahaha...!!!
dlm beg biru (Idaman Suri) lak, skit souvenir utk diri sendiri n famili kt Bangi.
setel shopping, kami singgah kt Dataran Helang kt area jeti nun. SUPER PANAS cuaca time tu. tp sbb nk bergambar punya pasal, aku paksa gak anak n laki aku redah kepanasan tu. hahaha.. kejam sungguh!!after that, kami singgah kt Billion sbb katanya situ duty free. baru jalan 5, 10 minit, tgk2 anak aku yg sorang tu dah terlentok kt bahu daddynya.. sian Asyraf.. penat berjalan seharian..
oleh kerana Asyraf dah lentok, and hari pun dah lewat petang, kami pun balik la terus ke bilik hotel.. kasi chan kt dia rehat betul2 dlm bilik aircond. hehe..
after that, dlm dekat kul 7 ptg, kami pun kuar nk carik makan malam.
kt sini, kul 7, terang benderang lg cam baru kul 6 ptg!
matahari lambat terbenam. kul 8, gitu, baru nk gelap. pesal ntah. huhu...
Kami dinner kt sini : Restoran Hj. Jelani, kt pantai cenang. restoran ni, mamat yg uruskan keta sewa kami yg rekomen kan. ikan bakarnya sedap, katanya. :)
dr jalan, x nampak pantai/laut langsung. masuk ke belakang restoran ni, baru nampak hidupnya area pantai dia. kami oder ikan siakap bakar, tomyam n telur dadar. (sori xde gambar. lapar bebeno smpai lupa nk amik gambar. hehe..)
ikan bakar dia sedap giler. tomyam dia pun sedap smpai menjilat jari. Asyraf, dia xmo makan nasik. dia melantak telur dadar sesorang. hahaha..!!
harga pun, not bad la. so, u all kalau gi langkawi, jgn lupa try ikan bakar kt sini ye!
gerenti x nyesal lah! (oppss..!! ada org nk bagi komisyen ke ni..? duk rekomen kedai ni? hehe..)
selesai makan, dah maghrib. trus la kami balik utk golek2 atas katil kt bilik hotel.. hehe..
harap2nya, u all x bosan la baca bebelan2 aku n gambar2 yg super banyak ni ye!
abis ringkas dah aku rasa ni. hehe..
sori! :P
2020 , COVID19 WFH
4 years ago
1 comment:
holiday sakan kt langkawi..borong ape tu
Post a Comment