Wednesday, September 30, 2009

Checkup @ 31 Weeks

semalam gi maternity check up lagi...
suma ok.
cuma berat badan ku naik dgn terlebih jaya nya
dlm tempoh 2 minggu ni, iaitu : 2 KG!!
klau ikut yg sepatutnya, dlm 2 minggu tu, naik sekilo je..
tp aku terlebih lagi sekilo. hmm..
aku try bg alasan raya.. tp misi tu xmo terima.
akibatnya,
setiap ari Isnin & Khamis, aku kena amik BP & urine test..
aiyark! malasnya.. ingat aku xde keja lain selain ngadap misi2 kt klinik ni? haiya..

nk tgk badanku yg telah membesar dgn jayanya lepas raya ni?
TADAA..!!

Monday, September 28, 2009

Selamat Kembali Bekerja!

1st day bekerja selepas bercuti raya aidilfitri selama seminggu. ;)
SELAMAT KEMBALI BEKERJA,
SEMUA!

Saturday, September 26, 2009

1st Time Asyraf Main Bunga Api

ha.. ni 1st time Asyraf main bunga api, tau!
tu pun hasil sumbangan sepupuku.
hehe...

Asyraf ni, klau menda baru, dia mmg suka terkedu lama2 skit,
dengan muka blur2 nya yg comel..
pastu baru mau main.
hehe..
opss..!! sila maafkan daku terpaksa sensorkan diri sendiri. ;)

Friday, September 25, 2009

Pagi Syawal 1430H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H!
tahun ni, kami beraya di kampung mama ku di Tanjung Malim, Perak.
best! best!
(hehe.. mesti la best berraya kt kampung sendiri, kan? hihi..)

and of course, acara wajib di pagi hari raya, selepas solat raya adalah :
BERGAMBAR!!
hihi...

tp sayangnya time bergambar ni, mood si Asyraf x berapa baik sbb dah tiba time tido pagi dia (10 - 11 pagi). so, muka Asyraf mmg sangat2 stress la dlm gambar bertiga kami, walau apa jua taktik kami praktikkan utk dia senyum. waaaa...!!

xpe lah Asyraf x mau bergambar.
daddy n mama Asyraf mau je posing sakan. hehe..
(akhirnya ada jugak gambar perut ku yg makin kembang semangkuk itu! hihi..)

gambar dgn famili besar belah mama ku.
well.. xde la besar sgt..
adik beradik mama ku 4 org je. tolak ngan famili yg kena beraya belah pasangan masing2 lagi..
so, ini je la yg tinggal. :P
dan.. ini la famili kecil ku :
my lil bro n wife (baju merah), me n en.hubby (baju biru), my lil sis (baju ijau),
my opah (tudung putih), my mom (baju pepel), my dad (baju biru muda),
and lastly Haziq (anak sepupu aku - suka sgt bergambar, x kira la dgn siapa pun. hehe..)
--> my big bro's famili je xde in this picture. they all beraya di Kelantan tahun ni.. belah wife nya.
lepas bergambar,
acara salam2 mintak ampun dan maaf.. PLUS menerima n memberi duit raya. hehe..
lepas acara2 wajib ni, baru la acara berjalan raya keliling kampung.
bila balik umah opahku semula, dah lewat petang.
n malam tu jugak, aku, en.hubby n Asyraf kena balik Nilai sbb en.hubby kena keja..
badan dah penat giler n pinggang rasa cam nk patah!
nasib baik x terberanak aku aritu!
wakakakah!!

anyway, we really had a great Hari Raya this year.
tahun depan nk berraya kt mana pulak eh?? hmm...

Tradisi Familiku Sebelum Raya

ini lah tradisi familiku di belah mama ku yg x pernah kami tinggalkan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, iaitu :
menganyam n masak ketupat!
tp sayangnya gambar aktiviti menganyam ketupat beramai2 xde la plak.
lupa nk amik!
huhu...hopefully, tradisi ni xkan dilupakan dan ditinggalkan serta hilang ditelan zaman..
chaiyuk! chaiyuk!

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri Untuk Semua

Salam Aidilfitri buat semua kawan2 blogger.
Semoga Aidilfitri kali ni lebih seronok dan gembira lah hendaknya..


as for me :
tahun ni en.hubby x dapat cuti...
since nature kejanya yg lebih memerlukannya..
xpe lah. nk wat camner kan??

so, malam ni en.hubby akan hantar aku n Asyraf blk umah parents ku terlebih dahulu.
so, kami bleh bergerak balik ke kampung (umah opahku) pada pagi esok.
en.hubby pula akan menyusul pada awal pagi raya tu.
nasib baik kg ku x jauh : tg. malim - perjalanan 2 jam je..
after berraya dsbnya, insya Allah aku, Asyraf n en.hubby akan bergerak balik ke Nilai pada petang raya pertama itu juga..
so, basically, aku akan ada la kebanyakan masa time raya ni.
so, apa lagi, u all?

meh la datang umah!! hihi..

2009 Cute Baby In Stroller/Pram Contest

tgh blog hopping kt blog2 kawan2..
and then terseradung contest ni.
anjuran : MUMMYAMEER
since beliau ni ada passion yg tinggi dlm hal ehwal stroller ni.
hehe...

Asyraf, since dia dpt berjalan pd usia genap 1 thn (12 bulan),
dia ni sbnrnya dah xmo duk dlm stroller dia tu dah.
mula la menggeliat2 & jerit2 mcm kena dera.
so, sayang je stroller tu jadik barang hiasan kt umah dah skrg
xpe.. xpe..
kita simpan jadik stroller adik Asyraf plak ye!

ok. back to the contest..
gambar yg aku nk pertaruhkan kali ni adalah...
INI..!!


gambar ni diambil time shopping kt Sogo, KL time Asyraf berusia 10 bulan.
mood tengah baik ni. hehe..

syarat2 contest, simple sangat2.
and rasanya suma dah dipenuhi.
MUMMYAMEER.. sudi lah terima entryku ini & salam perkenalan!

contest ni patutnya bermula dr 8 September 09 smpai 15 September 09.
tp since mummyameer nk berraya sakan,
contest ni dah dilanjutkan smpai 23 Sept.2009.
so, apa lagi kawan2?
meh la kita join beramai2! hihi..

oh, btw,
gambar bawah ini adalah untuk hiasan blogku semata2.
bukan utk dipertandingkan, ok?
sbb terasa Asyraf comel sgt time ni.
(opss..!! terpuji anak sendiri plak. ekekek..)

Aduhai Anakku!

menjadi seorang ibu/mama/bonda/ummi kepada anak2,
betul2 memerlukan kesabaran yang MAHA TINGGI.

as for me :
dalam kes menghadapi anak ku yg makin kreatif/bijak/lasak itu.
bila kuar berjalan cam shopping ke..
lebih byk penat berlari mengejar dia daripada penat bershopping. klau gi shopping kain@baju kan.. suka bebeno dia lari2 n main nyorok2 kt celah2 kain2 tu suma. suh kita carik dia. adeh! sape tukang kejar dia? daddy lah! hihi.. mamanya dah xleh lari2 n tunduk2 sgt dah. dah ada "halangan di tgh jalan". perut dah besar weh! pastu dia bila penat, gi golek2 atas lantai tu mcm lantai tu bersih bebeno. huhu..
bila kt rumah plak,
abis segala brg kt rumah tu di eksplore nya. jadik tongkang pecah umahku itu setiap hari. hahahaha..!! semangat inquiry & kreativiti nya tinggi sungguh!

x caya?

tengok lah apa Asyraf tgh buat kt dapur tu!
hish! nk marah, dia kecik lagi.. baru 1 thn 4 bln. paham ke dia klau kena marah pun?
nk biarkan, karang abis bertabur beras satu dapur, sapa nk kutip?
bila x bagi, pandai plak ngamuk tunjuk perasaan! huhu..
tong beras tu pun, bukannya aku letak kt luar.. aku letak dlm kabinet!
dia dah pandai bukak kabinet dapur tu.. n dia dah pandai jugak bukak tutup tong beras tu.
adeh! lemah jantungku sekejap!

daddy..!!

tolong mama..!!

My Obsession : DONUTS!

yup! aku ni sangat obses dgn donut.
ofer je donut kt aku, pantang la aku menolaknya. hehe..
n luckly 4 me, skrg ni dah makin byk kedai donut & jenis yg amatlah pelbagai.

best! best! best!

Thursday, September 17, 2009

ME : Today

lama sangat dah rupa2nya aku x letak gambar terkini diri sendiri kt blog ni kan?
asyik2, gambar lama or gambar orang lain or gambar barang. hehe..

ok la.. this is me today :
sila maafkan bilik opisku yg bersepah itu. hihi...
xde rupa org peknen kan? slim.. je. hehe..
tu sbb lum tgk perut lagik! kembang... semangkuk! :P

uiks! aah la.. aku lum ada gambar perut lagi la pregnancy kali ni.
hiii.. xpe.. kita tunggu raya, k!
confirm akan ada gambar perut nanti. :)

Wednesday, September 16, 2009

Checkup @ 29 weeks

since masuk 7 bulan ni, check up, dari bulanan, dah jadik 2 minggu skali dah. hmm..

and last 2 days, gi checkup utk 29 weeks..
tp yg x bestnya, kali ni kena amik test MGTT
(test air gula : nk tgk kiter ada kencing manis ke x)
hish! aku ni.. byk2 perkara time peknen ni, part test ni la aku paling x bleh blah!

lepas test tu, kena tunggu, xleh balik sbb misi nk tgk perut, katanya.
* time misi cek perut, dia ckp jantung baby aku laju semacam.
memang la! aku lapar giler siot!
sbb kena poser dari kul 12 tgh malam.. plus kena minum air gula.. plus x minum or makan smpai la misi tu panggil aku dlm kul 11.45 pagi gitu.
(kes terlupa nk capai air mineral kt umah pagi tadi, gara2 nk cepat sgt. klau x, lepas amik darah 2nd time tu, leh gak lah minum, hilangkan rasa kembang tekak tu. huhu...)

* HB aku, dah x merah dah! dah naik ke 11.3 --> yea..!!!
ubat iron klinik gomen, klau aku makan, wajib lah muntah. pesal ntah.
so, terpaksa la mintak kt klinik panel. so far, ubat kinik panel ni, badan aku leh terima, ok la tu. hehe..
* tp part urine test : gagal skit sbb ada trace gula dlm urine aku (tp +1 je..)
hopefully sbb air gula yg aku minum utk mgtt test tadi la...
xmo la sbb diabetes!

--------------------------------------------------
more news for me :

misi kt Klinik Kesihatan Nilai tu cakap,
dah kuar pekeliling baru2 ni --> sesapa duk Nilai or Negeri Sembilan, dah xleh bersalin ke Hospital Putrajaya @ Hospital Serdang dah!!!
wargh...!!! betul ke?? anyone can verify???
wah... xmo la cenggitu..
baru je planning nk bersalin kt Hospital Putrajaya tu sbb dulu time Asyraf dah bersalin kt sana..
abis tu nak aku bersalin kt mana???
alternatif nya, misi tu cakap : Hospital Seremban.
waa... x nak la..!!
spital seremban x cantik. huhu..
plus : jem teruk time peak hour.
(kukuh x alasan tu? :P)

waa..!!
ABANG.. tolong la ayang mu ini..!!
kita cukup kaya x utk bersalin kt private? hehe..

--------------------------------------------------
tadi gi scan kt klinik panel.. saje gatai. hehe..
adik Asyraf sihat & SANGAT aktif
time doc nk freeze kan gambar dia, x berjaya sbb kaki nya xmo benti menendang2. hehe...
so, hasilnya, xde la gambar scan yg bleh aku tayang. huhu..
nway, result scan :
  • pala adik Asyraf dah kt bawah dah. alhamdulillah..
  • saiz adik Asyraf ni, doc cakap kecik lah.. td ukur kakinya, baru saiz 27 minggu. palanya plak, saiz 25 minggu. wah.. teciknya anak mama kali ni.. pesal ye? salah kira ke? or sbb kurang makan? hmm...
  • jantung : sihat, nampak la 4 chambernya tu dgn jelas skali. :)
  • tulang belakang nya pun cantik je..
  • air ketuban, ok.. cukup.
  • uri.. aiyark! lupa plak nk tanya tadi. huhu..
  • JANTINA : yea..!! dah tau dah!! dgn jelas sekali. hihi.. so, apa lagi? SHOPPING BARANG BABY LA. yea..!

Monday, September 14, 2009

Serabut.. Serabut..

menjelang bbrp hari nk raya ni, tetiba aku dapat berita sedey dari pengasuh Asyraf :
mulai ujung bulan depan gitu,
pengasuh Asyraf x dpt nk mengasuh Asyraf lagi dah!

sebab :

1. nk pindah ke rumah yg anak dia kt Pajam yg dah siap
- so dorg nk pindah la ke sana.. jauh nya la klau still ngan ngantar Asyraf ngan dia..
- actually, umah tu dah lama gak la siap.. tp dorg x pindah lg sbb nk tunggu kenduri kawen anaknya tu dlm ujung bulan Oktober ni..

2. anak dia yg sorang lg lak, insya Allah due bulan Nov ni (cucu sulung nih!)
- so dia insya Allah la akan jaga anak nya berpantang + ngasuh cucu sulungnya itu.
- mana larat dia nk jaga 2 org tu, + Asyraf n insya Allah, adik Asyraf lagi..

wah..!!
mana nk carik pengasuh baru ni???
ke.. kena jugak carik taska, eh???
mana yg elok, ye??

sbb kena kira 2 org dah ni : Asyraf + adik Asyraf

nk antar kt opah nya yg dah pencen tu, jauh plak kt Bangi nun nk berulang antar tiap2 hari...
nk antar kt taska opis yg dekat ngan umah tu, dah penuh la plak..

serabut.. serabut..
HELP...!!

Saturday, September 12, 2009

Happy Birthday, My Dear Hubby!

Happy Birthday, dear!

love u so much..
semoga tahun ini akan lebih elok dari tahun2 sebelumnya.
dan semoga kasih sayang kita akan berkekalan dan semakin mekar sepanjang tahun.
AMIN..

fuh! ayat formal sungguh! hehe..
ayat2 jiwang karats kami xleh publish kt sini..

takut karang ada yg muntah plak.
wakakah...!)

Asyraf Di Kedai Makan Kak Yah

petang tadi kami lepak kt kedai makan Kak Yah sementara tunggu time berbuka puasa..
Kak Yah ni, dikira mcm famili friend la kt kami.
and this is gelagat Asyraf di kedai tu...
dah buat cam kedai sendiri la plak!
hehe...


sibuk je Asyraf ngan keropok nya kehulu kehilir. hehe..

Friday, September 11, 2009

Terserlah Skill Menganyamku!

wakakakah..!!
ada gaya berlagak x tajuk kt atas tu?
hehe..

semalam genap dah masuk 20 hari kita berpuasa.
meaning : lagi 10 hari la kita nk beraya.
so, opis aku dgn semangat la nk menghias opis kami,
biar ada feel nk raya skit. hehe..

tp malangnya bila aku hulur je reben suh staf aku anyamkan jadi ketupat, masing2 surender, x reti!
aiyark!

so, terpaksa la aku menunjukkan skill menganyam ketupat aku
wakakah..!!
well.. aku ni xde terer sgt..
tp nasib baik la tiap2 tahun famili aku wajib ada aktiviti masak ketupat utk raya.
so, alhamdulillah, aku scara x langsung diperturunkan la skill warisan melayu terakhir ni. ekekek.. syukur!

ni dia la hasil sentuhan tangan aku..org panggil ketupat bawang.
maybe sbb kt area bawahnya besar skit dr atas.
aku suka ketupat jenis ni klau nk wat hiasan.

nk belajar menganyam ketupat?
meh dtg sini, meh!
hehe....

Thursday, September 10, 2009

Parcel Dah Sampai!

hihi..
parcel dah smpai! best! best!
last week aku ada order brg kt Suzanna (http://www.leanalittleshop.com)
this week, dah smpai dah. bagus la.. senang berurusan ngan si Suzanna ni..
emel n sms cepat reply.. barang pun smpai dlm keadaan elok..

TQ Suzanna!!

pasni bleh la oder lagi ye. hehe..
TADA!!
puzzle kayu ABC utk Asyraf.
comel kan??

Wednesday, September 9, 2009

Istimewanya 09.09.09 Kpd Mamaku

cantikkan tarikh arini?

9 September 2009
atau..
09.09.09

tarikh ni sbnrnya AMAT ISTIMEWA buat mamaku..
kerana pada tarikh ini adalah
ulangtahun kelahirannya yang ke-56
DAN JUGA
tarikh dia akhirnya BERSARA..

my mom ni sbnrnya seorang cikgu
di SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BANGI
yakni, sekolah rendah pertama yg wujud di B.B.Bangi nun..
dia telah berkhidmat di sekolah tu since tahun 1981 (klau x silap)
so, dia ni dah dikira SUPER SENIOR la di kalangan cikgu2 kt situ.
even ngan guru besar tu pun kalah ngan dia. hehehe...

my mom slalu citer yg dia dah ngajar dah berape generasi dah kt situ.
selalu la dia jumpa bekas2 anak murid dia yg menghantar anak2 masing2 plak ke situ.
so, basically, sapa penah bljr kt SKBBB tu, confirm lah kenal
CIKGU SALMAH BT. MAT

so, oleh kerana tu juga, baru2 ni pihak skolah buat Majlis Perpisahan Besar-besaran utk mamaku.
mari kita lihat antar gambar2 spjg majlis tu berlangsung.
(sila jangan muak dgn gambar yg byk ini, ye! :P)
my mom smpai skolah awal pagi, dijemput ngan keta dr umah kami.
ada gaya cam sambut pengantin @ MB, kan? meriah bebenor!then terus la dorang bawak ke Dewan Besar..
dasyat x dasyat,
dorang siap wat ala2 pelamin kecik atas pentas tu utk my mom duduk. hehe..

lepas berucap2 sumer,
ada persembahan dr anak2 murid mamaku dan jugak bekas anak murid mamaku..
ini, hadiah istimewa dari pihak sekolah :
seutas rantai tangan emas +
2 bentuk cincin emas =
disarung oleh guru besar sendiri..
(jeles sungguh!)
lepas sesi bagi adiah oleh cikgu2, sampai la turn murid2 lak bagi adiah.
punya la ramai beratur nk bagi adiah kt cikgu Salmah ni!
macam2 adiah my mom dpt.

paling touching, mamaku citer :
ada sorang murid ni dtg, dlm genggaman dia ada duit lima puluh sen. terus hulur kt mamaku..
"cikgu.. saya xde menda nk kasi cikgu.. ada 50 sen ni je... ambik lah!"
wargh..! punya la sayang murid tu kt mamaku..
ada duit 50 sen pun, sanggup bagi kt cikgu kesayangan dia.. huhu!!
abis majlis, kuar je dewan,
mamaku kena serbu dgn murid2, suma sibuk nk salam, cium tangan dia!
smpai cikgu2 lain terpaksa jerit : BERI LALUAN!! BERI LALUAN!!
ini lak masa salam2 ngan murid darjah 6 kt luar dewan..
sblm bergerak pulang, mamaku bagi 1 flying kiss utk anak2 murid mamaku yg comel2 itu!
mesti pas ni berindu-rinduan. huhu....
my mom ni, klau part anak murid dia, kekadang lebih lg dr anak sendiri tau.
tu la pasal kot anak2 murid suma sayang bebeno kt dia. huhu...
saat meninggalkan skolah..
BYE-BYE...!!
ada gaya YB-YB x? ekekek...
oh! ni antara sepanduk yg anak2 murid mamaku buat utk cikgu mereka.
cantik, kan?
xde ke org nk wat sepanduk camni utk aku, ye?
ekekek..
lepas balik umah kejap,
mamaku dtg semula skolah ngan abahku utk majlis makan2 ngan cikgu2 plak.
hehe.. jgn risau..
dorang wat majlis ni b4 bulan poser..
so, confirm x kena saman. ekekek..
antara cikgu cikgi SKBBB. =)

Tuesday, September 8, 2009

Cuci Mata Di Showhouse..

tgh2 susun2 semula fail kt dlm pc ni,
then tetiba stumble upon folder gambar
showhouse Nilai Spring Heights
ni.
tingat aku bbrp minggu lepas,
aku n pn.bonda yg menghabiskan masa rehat tghari jumaat dgn hobi kegemaran kami, iaitu :
CUCI MATA DI SHOWHOUSE-SHOWHOUSE
hahaha..

suka la tgk idea2 ID yg pelbagai n cantik2 ni..
then mula la berangan2 nk wat umah kami camni lah.. camtu lah..
hmm.. agak2nya kesampaian ke hajat ku itu? hmm..

nway, meh kita cuci mata sesama meh!
mana tau kot2 kawan yg nk masuk umah baru tu leh dpt idea ID yg bernas, kan? hehe..
masuk2 je pintu depan, terus nampak ruang makan ni.
klau prasan, kabinet putih kt belah kanan tu, tu kabinet dapur umah tu!
mmg pesen baru kot, dapur kt area depan umah.
ruang dapurnya..
nmpak anak panah tu? tu laluan ke ruang laundry.
tp x dan lak nk amik gambar kt situ. huhu...

oh, btw, pintu putih kt sblh tangga tu,
pintu stor, sbnrnya..
ini, ruang tamu nya..
ini lak, ruang rehat kt tingkat atasnya plak.
x brape besar, tp ok la nk jadi family hall.
nampak sipi2 je sbb silau la nk amik gambar direct sbb time tu tgh panas terik!
master bedroom.
aku suka sgt sbnrnya design bilik tidur utama yg camni.
ada laluan ke bilik air, so, bila kuar bilik air,
bleh terus siap kt lorong tu since almari pun kt situ, kan?

bilik ke-2
bilik ke-3

patutnya umah ni ada 4 bilik.
tp aku cek2, dlm folder gambar ni xde lak gambar bilik ke-4.
aku pun dah lupa bilik ke-4 tu dorang ubah jadik apa.. :P
laman blkg rumah ni. cantik kan?
and satu tu, laman tepi rumah. hmm..
sayang.. umah aku yg tgh naik tu nanti xde tanah nk wat garden cenggini. huhu..

ada org tanya,
nape x beli je umah ni klau dah berkenan sgt?
jawapannya senang je : MAHAL!
x termasuk dlm lingkungan mampu milik. huhu..
brape RM?
aiyark! x ingat.
Pn.Bonda!! brape regenya? ingat x?

ok, tu je laporan dari saya, Pn. Ann. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails