Wednesday, September 9, 2009

Istimewanya 09.09.09 Kpd Mamaku

cantikkan tarikh arini?

9 September 2009
atau..
09.09.09

tarikh ni sbnrnya AMAT ISTIMEWA buat mamaku..
kerana pada tarikh ini adalah
ulangtahun kelahirannya yang ke-56
DAN JUGA
tarikh dia akhirnya BERSARA..

my mom ni sbnrnya seorang cikgu
di SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BANGI
yakni, sekolah rendah pertama yg wujud di B.B.Bangi nun..
dia telah berkhidmat di sekolah tu since tahun 1981 (klau x silap)
so, dia ni dah dikira SUPER SENIOR la di kalangan cikgu2 kt situ.
even ngan guru besar tu pun kalah ngan dia. hehehe...

my mom slalu citer yg dia dah ngajar dah berape generasi dah kt situ.
selalu la dia jumpa bekas2 anak murid dia yg menghantar anak2 masing2 plak ke situ.
so, basically, sapa penah bljr kt SKBBB tu, confirm lah kenal
CIKGU SALMAH BT. MAT

so, oleh kerana tu juga, baru2 ni pihak skolah buat Majlis Perpisahan Besar-besaran utk mamaku.
mari kita lihat antar gambar2 spjg majlis tu berlangsung.
(sila jangan muak dgn gambar yg byk ini, ye! :P)
my mom smpai skolah awal pagi, dijemput ngan keta dr umah kami.
ada gaya cam sambut pengantin @ MB, kan? meriah bebenor!then terus la dorang bawak ke Dewan Besar..
dasyat x dasyat,
dorang siap wat ala2 pelamin kecik atas pentas tu utk my mom duduk. hehe..

lepas berucap2 sumer,
ada persembahan dr anak2 murid mamaku dan jugak bekas anak murid mamaku..
ini, hadiah istimewa dari pihak sekolah :
seutas rantai tangan emas +
2 bentuk cincin emas =
disarung oleh guru besar sendiri..
(jeles sungguh!)
lepas sesi bagi adiah oleh cikgu2, sampai la turn murid2 lak bagi adiah.
punya la ramai beratur nk bagi adiah kt cikgu Salmah ni!
macam2 adiah my mom dpt.

paling touching, mamaku citer :
ada sorang murid ni dtg, dlm genggaman dia ada duit lima puluh sen. terus hulur kt mamaku..
"cikgu.. saya xde menda nk kasi cikgu.. ada 50 sen ni je... ambik lah!"
wargh..! punya la sayang murid tu kt mamaku..
ada duit 50 sen pun, sanggup bagi kt cikgu kesayangan dia.. huhu!!
abis majlis, kuar je dewan,
mamaku kena serbu dgn murid2, suma sibuk nk salam, cium tangan dia!
smpai cikgu2 lain terpaksa jerit : BERI LALUAN!! BERI LALUAN!!
ini lak masa salam2 ngan murid darjah 6 kt luar dewan..
sblm bergerak pulang, mamaku bagi 1 flying kiss utk anak2 murid mamaku yg comel2 itu!
mesti pas ni berindu-rinduan. huhu....
my mom ni, klau part anak murid dia, kekadang lebih lg dr anak sendiri tau.
tu la pasal kot anak2 murid suma sayang bebeno kt dia. huhu...
saat meninggalkan skolah..
BYE-BYE...!!
ada gaya YB-YB x? ekekek...
oh! ni antara sepanduk yg anak2 murid mamaku buat utk cikgu mereka.
cantik, kan?
xde ke org nk wat sepanduk camni utk aku, ye?
ekekek..
lepas balik umah kejap,
mamaku dtg semula skolah ngan abahku utk majlis makan2 ngan cikgu2 plak.
hehe.. jgn risau..
dorang wat majlis ni b4 bulan poser..
so, confirm x kena saman. ekekek..
antara cikgu cikgi SKBBB. =)

8 comments:

Hot Mummy said...

ni skolah kat seksyen 2 kan? lame betul skolah tu.

ann @ hatiberbunga said...

aah! skolah lama ku dulu. hehe..

O said...

isk, sO tOuching la ngan budak tu yang nak bagi 50sen..huk huk huk
(tetibe terngiang2 lagu 50sen 50sen azean irdawati lak..hik hik hik)

cintaKusayangMu said...

kak...serius...qis nangis bab bg duit 50 sen tu..
sedeynye...nk smbung nangis ni...p

ann @ hatiberbunga said...

bonda, qis..
tu la.. masa my mom citer, tergenang jap air mata ni. huhu..

zieha said...

wah,,ann anak cikgu grupenya,,
grandlah majlis perpisahan mama ann.
Tentu lepas nie mama ann winduu kat sekolah..
Banyak jasa teww..semoga jasa mama ann dikenang oleh anak2 muridnya:)

ida said...

huhu..aku pun tergenang air mata gak bila baca 50sen tu.(jeles gak rasanya dgn layanan serupa YB..)

Lisa Suraya said...

Cikgu salmah ni yg mengajar saya sampai pandai mbaca masa saya darjah 1 tahun 1982 di SRKBBB. Lama dah saya nk cari cikgu salmah baru sekarang dpt mjejaki cikgu. Tkasih Cikgu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails