Monday, February 22, 2010

Buah Tangan dari Tuan Pendaftar

mangga kunin yg sangat manis.
sila la terliur ye, kengkawan...
hehe..

Sunday, February 21, 2010

Guardian Angel Ayra

ini la guardian angel Ayra..
pantang la kami sebut "Bubut, tolong jaga Ayra ye.."
maka dengan segera la dia pegi dekat Ayra.. duduk sblh Ayra smpai dia pasti suma selamat.
hehe..


Belon Panas Putrajaya

tima kasih kt Mrs.K dgn info nya yang membina,
akhirnya berjaya aku pujuk En.Hubby pegi tengok belon panas kt Putrajaya nun..
hik!hik!hik!

belon tu ada 2 je kali ni.
En.Hubby bersungguh nk beli tiket nk naik (aku? hehe.. duk bawah je la.. x brani la i!), tp malangnya tiket dah abis. org kaunter tu cakap 18 MAC 2010 nanti, akan ada lg festival belon panas nih. masa tu, akan ada 6 bijik lg. byk skit. En.Hubby? dia dah booking aku awal2. (pastikan tulis dlm diari!) hehe..

kami smpai sana dlm kul 10 pagi. mentari dah terik ya amat. plan nk g awal lg, tp biasa la kan.. bila bersilat ngan bebudak ni. hehe.. impian aku agar arini mendung skit x kesampaian plak. dah xleh handle panas. adeh! bebudak pun dah start stess. hasilnya, pusing2 n lepaking kt situ sejam je. kul 11 pg, kami dah blah balik. uhuk! uhuk! planning nk wat photoshoot sekeluarga kt putrajaya tu pun KENSEL. ceh!

gambar.. kt kamera aku skit je.. selebihnya kt kamera my lil' sis. x sempat plak nk amik. nanti dah dpt, aku apdet entry ni yer..
nway, enjoy ngan gambar2 ni dulu yerk!

muka besar semut la plak..
zoom skit!
daddy n the kids
my lil sis dgn kamera mahal dia. ekekek..
Ayra dah start nangis kepanasan..
cuba pujuk ngan Buyung Tatak Uwa..
Asyraf ngan belon Spiderman Kepala Besarnya. hehe..
--------------

pics dr kamera my lil' sis @ ACU

me & my hero

belon panas..

kami berempat.
aiyark! terbalik la plak stroller Ayra. dah x nampak gambar tuan puteri kami tu..

si Abang yang sangat sayangkan si Adik

Buyung Tatak Uwa

Ayra lak sibuk main air liur! hehe..

Saturday, February 20, 2010

Hers and Mine

Ours..

 

  
sangat kecil, kan?
*love..*

Ayra Dah Boleh Mengiring!

arini dalam sejarah :
1st time Ayra dpt ngiring dengan sendiri nya, tanpa bantuan. yeay!

Rajin Asyraf Ngaji..

rajin anak mama ni ngaji..
sejuk hati mama nengoknya..
psstt...!! paham ke tu, yang? hehe...

Friday, February 19, 2010

Tazkirah : Law of Attraction

penah baca buku The Secret (karya Ronda Byrne) dan Law of Attraction (karya Michael J. Losier)??
buku self motivation yg SANGAT LA FEMES TU..
basically, dlm buku2 tu byk mengisahkan pasal Hukum Tarikan (Law of Attraction).

aritu tgh jalan2, tetiba terjumpa buku ni :
percaya x klau aku ckp, berdasarkan Quran dan sunnah Nabi, sbnrnya ajaran di dalam kedua2 buku yg ditulis oleh penulis omputih tu sbnrnya dah diajar Allah dan Nabi Muhammad dah berabad lamanya?

Apa tu Hukum Tarikan?
"Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada perkara positif ataupun negatif, akan datang dalam kehidupan kita.- Michael J.Losier"
dengan perkataan lain, 'klau kita duk pk kan sstu', hukum itu mengatakan 'kita sedang menarik sstu itu ke arah diri kita.
ala2 cam kita kena berhati2 la dlm memikirkan pasal kehidupan. klau kita pk kita x mungkin dpt kebahagiaan dlm kehidupan hanya kerana kita dilahirkan dlm keluarga miskin, persekitaran kita bertindakbalas pada ucapan kita tu (ala2 cam niat & doa la..) so, tanpa kita realise, kita duk undang tenaga negatif utk masuk ke alam ketidaksedaran kita. akibatnya, kehidupan kita x alami apa2 perubahan dan kita terus hidup dlm kemiskinan. sapa yg nk terus menerus miskin, right?


hadis Nabi yg sahih ada mengatakan keimanan itu diyakini dengan kuat dalam hati, diucapkan dengan kata2 scr sedar dan diwujudkan dgn tindakan :
  • yakin dgn kuat dlm hati! tanamkan kuat2 kebenaran dlm hati sbb hati ataupun perasaan adalah salah satu hujung tombak getaran positif ataupun negatif. klau hati kita bersih (taz-kiyyatun-nafs), semakin byk getaran positif kita pancarkan di sekeliling kita. getaran tu then dikembalikan ke dalam diri kita sendiri. - jaga lah hati kita..
  • diucapkan dgn kata2 scr sedar dan diwujudkan dgn tindakan.  kata2 mempengaruhi diri dan juga perbuatan kita. org yg selalu kata dirinya x mampu, tentu x nk mencuba. dia takut berhadapan dgn kegagalan. sblm mencapai keinginannya, dia dah pun pancarkan perasaan negatif tu.. dan sebaliknya lah utk org yg mengatakan "saya boleh!".
"Saudara harus percaya, apa sahaja yang saudara minta sudah menjadi milik saudara. Milikilah apa yang saya sebut sbg iman yg teguh. Percayalah pd sstu yg jelas. - Lisa Nichols dlm buku The Secret"

** hehe... tu je dulu sbg intro ye.. nk citer panjang, buku tu sendiri ada 140 m/surat. haru klau aku tulis suma tu kt blog ni. so, kengkawan yg nk lebih tau psl menda2 ni, bleh la try carik buku ni. 
- apakah yg dimaksudkan dgn Quranic Law of Attraction?
- bgmn doa dpt menyerlahkan kuasa tarikan luar biasa dlm mencapai kecemerlangan dlm kerjaya?
- benarkah rasa syukur dapat melahirkan kuasa tarikan dalam menjemput kebahagiaan dlm hidup?
- bukti solat adalah puncak dlm melahirkan kuasa tarikan scr optimum?

penerbit buku ni, PTS MELLINNIA SDN. BHD. (buku terjemahan dari Bahasa Indonesia)

Adiella Collection Giveaway

alkisahnya..
aku terjumpa blog ni... 
and giveaway ni..
dan sangat lah interested ngan adiahnya ini.. hehe..
Cabutan Pertama 
Lace Jewelery Box Heart Shape
 Cabutan Kedua
Fleece Blanket(Jean Perry)
Size: 120cm *170cm

sangat cantik kan, adiah2nya??
jom join! 
tarikh tutupnya ESOK (20 Feb 2010) 
 sempat lg ni. hihi..

Thursday, February 18, 2010

Asyraf @ 1 Thn 9 Bulan++

ada kawan duk tanya aku perkhabaran Asyraf. katanya lama x nampak..
Asyraf? budak ni ke??


hehe.. Asyraf ok..
cuma selsema yg sememangnya x dpt dipisahkan dgnnya since dia duk taska.

and then, baru aku perasan. lama jugak aku x citer pasal perkembangan Asyraf kan?

hmm.... Asyraf di usia 1 thn 9 bulan++ ni...
apa ye yg dia dah pandai? hmm... terlalu byk yg dia terlebih pandai skrg. hehe..


1. mulutnya yg sentiasa pot pet..pot pet..
  • mulut xleh duk diam. sentiasa nk bercakap (wpun kami kekadang x brape paham). klau x bercakap, membebel ntahapahapa..
  • suka nyanyi lagu "Buyung Tatak Tua", "Winkel Winkel Itel Ar", "Baa Baa (black sheep)", "Agu Ge Upang" - siap ngan gaya2 skali. hehe..
  • pandai dan suka kira dari 1 smpai 10 (B.M n English)
  • dah bleh wat ayat 3, 4 perkataan
  • suka bahasakan dirinya, ATHAP. hihi...
  • perkataan faveret : TAK NAK..!! aduyai...
  • sangat susah nk sebut perkataan yg ada "NG". slalu jadik huruf M - contoh : abam (abang), ayam (sembayang)..
2. sangat lah manja ngan aku.
  • nk tdo ngan aku.. nk mandi ngan aku.. ngan jalan pun ngan aku..
  • adakah sbb aku masih bf kan nya hingga lah saat ini? (kekadang terasa bf twins plak sbb kena kongsi ngan si adik. hehe...)
  • penah skali aku terpaksa dukung dia spjg masa time shopping kt sogo. xmo langsung letak & xmo langsung ngan daddy dia. aduyai! patah pinggang makcik! erk! hasilnya, sempat rompak En.Hubby 3 helai tshirt n 1 purse jer. huhu..

3. dah kenal 90% anggota badan
  • sebab tiap kali mandi, masa basuh badan dia, wajib la aku sebut anggota2 badan yg aku basuh tu - contoh : "nyangkung, mama nk basuh punggung.." "angkat ketiak.." "dongak, mama nk basuh leher.." "meh basah rambut meh!" mata.. pipi.. telinga.. suma2 lah! 
  • anggota badan faveret dia : HIDUNG!! - sangat lah suka usik hidung adiknya smbil cakap "idung adik..".. pastu tunjuk idung dia plak "idung athap..." .. pastu tunjuk idung mama @ daddy dia plak "idung mama @ daddy.." (sangat lah comel bila dia wat gitu. hihi..) 
  • paling aku xleh tahan, aritu time belek kaki aku, tetiba dia sebut "mama.. kuku mama anjang.." erk! malu aku kt anak sendiri. huhu..
 4. channel faveret dia : PlayHouse Disney Channel (PHDC) - channel 613 kt Astro
  • antara citer faveret dia kt PHDC - Chugginton, Dibo The Gift Dragon, Pocoyo, Little Einstein  (smpai aku sendiri pun dah hafal suma2 karektor katun2 tu. hahaha..)
  • jugak suka citer "JimJam & Sunny" kt channel 611
5. dah bleh kawteam ngan dia
  • contoh : "Asyraf klau nk mama bobok (tepuk), Asyraf abiskan dulu susu ni ye.." hasilnya - SUSU LICIN! hihi.. 
  • tapi haruslah dilaksanakan apa yg dijanji tu.. klau x, wajib lah dia meraung tuntut janji kita tu. hihi...
6. baru kenal warna BIRU
  • klau ditanya "ni warna apa?" x kisah la kita tunjuk warna apa skali pun, wajib la dijawab "BIYU!!" huhu..

7. dah pandai bukak n pakai seluar sendiri (wpun dgn susah payah! hehe..)
  • baju, masih perlukan bantuan carik lubang (lubang byk bebeno! hehe.. - lubang badan, lubang leher, lubang lengan kanan, lubang lengan kiri..)
  • pempes pun dah terlebih pandai bukak sendiri. - helah dia tiap kali nk main air kt bilik air.. smpai pegang pempes, wajib la dia sebut "enoh.. empes enoh.." hahaha!! walhal kekadang tu, baru stgh jam pakai. ada ka gitu??
8. sangat suka menolong 
  •  setakat tolong sapu umah, kutip mainan dia, dia dah bleh diharap (klau mood baik aa.. hehe..)
  • kekadang bila tgh sibuk tukar pempes si adik, dia yg sibuk nk amik pempes adik yg dah pakai tu, nk pegi buangkan kt bakul sampah. (TQ, ASYRAF..!! I LOVE U..!! hihi..)

9. naik turun tangga? hehe.. lajuuu.. je!
  • almaklum la.. umah atuknya kan ada tangga.
  • skrg suka berlagak xmo pegang dah klau naik turun tangga tu. huhu.. risau sungguh takut terjatuh nanti.
  • penah bbrp kali naik smpai ke tkt atas & turun smpai tkt bawah rumah, sesorang! diam je.. tau2 dah smpai! (wargh!! teruk betul mama dia ni x alert hal ehwal anak nya ke mana. huhu.. )
10. sangat kenal familinya (mama, daddy, adik, atuk, opah, acu, alang, maklang, along, maklong..)
  • wpun di dalam gambar. penah skali dia ternampak gambar atuknya dlm diari aku. terus dengan yakin dia tunjuk gambar yg sebesar semut tu : ATUK..!! dasyat.. dasyat..
  • klau dia x kenal ssorg, or lama x jumpa, boleh jadik agak sombong smpai xmo salam. amik masa agak lama utk warming up, baru panas enjin utk mesra ngan org baru tu.
11. sangat pandai buat pelbagai memek muka yg wat mama & daddy selalu rindu.

12. sangat suka main tepon @ hp. 
  • letak tepon kt telinga, then berlagak cam bercakap ngan sesapa ntah. tp bila betul2 ada orang nk cakap ngan dia kt tepon, xde plak nk respon balik. paling2 kuat tu, sengih2. haiya..!! 
  • tp bila org ckp babai, dilambai2nya tangan dia yg comel tu kt tepon. gaya cam org kt tepon tu bleh nampak lambaian dia tu. hehe..
13. sangat suka kuar jejalan naik keta ngan atuk @ daddy dia
  • paling xleh tahan, klau dia nampak atuk @ daddy dia x pakai seatbelt, wajib la dia tunjuk2 kt buckle seatbelt tu smbil ckap "akai! akai!" hehe.. (gasak korang! bikin malu je ngan Asyraf xmo pakai seatbelt. hihi..)
14. oh! satu lagi : Asyraf SANGAT sayangkan adik Ayra nya.
  • suka sgt cium2 & amin (salam) adiknya itu. siap dua2 belah pipi, dua2 belah tangan & dua2 belah kaki adik Ayranya itu dicium2nya. hehe..
  • sgt prihatin kt adiknya. klau Ayra nangis, cepat2 dia carik kami n ngadu "adik nangis..". diulang2nya ayat tu smpai la kami angkat adiknya itu, baru la dia diam.
ok. tu yg terlintas pasal perkembangan Asyraf wat masa ni. hehe..


Asyraf, camner pun skali kamu, kami tetap sayangkan kamu dunia akhirat.
do remember that, ok dear? MMMUUUUAAAHHHH...!!!!

Wednesday, February 17, 2010

Sapa Ada Tips Kempiskan Perut??

TOLONG..!! TOLONG..!!
dengar lah jeritan batin ku ini...



SAPA ADA TIPS KEMPISKAN PERUT??
hahaha.. uhuk.. uhuk..uhuk.. (nk gelak or nk nangis tu?? aku dah x tau. erk!)

tips kempiskan perut + buang lemak kt kwsn2 tertentu shj ye... xmo tips nk kurus, sbb aku ni dah kurus dah.. alhmdulillah.. berkat BF. berat pun, 54kg je. tp yg x tahannya, kurus bebeno smpai kering tahap bleh rasa tulang dah sbnrnya. huhu.. cuma part pinggang ke bawah tu masih xleh handle. masih jelas nampaknya secara fizikal ke'muncet'an itu. sangat lah x cantik. since bersalin 2 bulan stgh yg lepas, tempat2 lain je yg susut. tp kt perut kekal dgn ukur lilit yg sama. (padan muka aku malas nk bengkung time berpantang) rasa sgt nk nangis tengok body sendiri kt cermin.

Flu : Me, Asyraf & Ayra

salah satu perkara yg paling aku x suka bila antar anak2 ke taska adalah :
SENTIASA LAH SELSEMA!
meleleh je hingus + taik idung bersepah!
waaa...!!! mmg xbleh blah.
tp tu la hakikatnya yg rata2 kengkawan duk pesan. baru baik 2, 3 ari, selsema balik.. baru baik 2, 3 ari lagi, selsema balik..
aduyai.. nk wat camner? dah xde pilihan.. redha je la..

dan menambahkan ke'best'an nya tu,
dengan aku2 skali dah terjangkit. erk!

aku ni dah ler pantang selsema..
klau dpt selsema tu, wajib la ia dtg dgn pakej2 nya skali, iaitu
selsema + sakit pala + sakit tekak + batuk smpai muntah  + LELAH.

tu la nape aku ni xleh selsema. huhu..
arini, dah masuk ari ke-4 dah...
nway, tetap syukur xde anak2 aku yg ikut warisi LELAH aku ni. 

p.s : pala otak dah start berdenyut2 balik dah ni.. huhu..

Tuesday, February 16, 2010

Wedding 14.02.2010

cuti raya cina kali ni, sangat lah panjang :  4 HARI
sabtu, ahad, isnin & selasa
so, confirm la ramai gilos manusia kt Malaysia ni yg amik kesempatan balik kampung. dan wajib la menyebabkan laluan trafik di mana2 jem berkilo2 meter.

and bg kes aku, xde la punya!! 
sebab kampung aku (umah parents) kt Bangi je.. 30 minit dr Nilai. hahaha.. teruk kan? suka benar gelakkan org yg kampung jauh. x baik tau.. :P

apa da.. dah mengarut2 dah aku ni.

aku sbnrnya nk citer pasal journey aku ke Melaka untuk wedding kazen En.Hubby. hiiee...
tuan punya badan : Dr. Aziman (warga Klantan).. alkisahnya jumpa jodoh ngan Dr. Diyana (warga Melaka)
 Ayra : TIDO (x kisah keliling, kompang bingit pun wat derk je)
tp, spt biasa, kena kaco dek si Abang Asyraf yg dengki
aku, kemaruk nk bergambar kt pelamin. 
warna pepel tu!! sama warna ngan tema wedding aku dulu. ekekek..
(tetiba terimbas kenangan silam. wakakah..!)
Asyraf nk lari ye?? x bleh! 
meh mama nk dera bergambar kt pelamin dulu! :P
 hantaran..
(nampak x nilai nombor kt cek tu? hehe..)
aku & Cik Su Asyraf (adik bongsu En.Hubby)
(darah manis ni : nk kawen dah Maulidur Rasul nanti ni..)
kami bertiga..
(Ayra xde sbb kena kidnap ngan Cik Ngah dia (wife si abang kpd En.Hubby..)
 
haa...
ni la penculik Ayra tu.
En.Hubby menunjuk skill nyanyinya. 
nasib baik x hujan. hihi..
 
akhirnya.. slps suma org balik, baru sempat bergambar ngan pengantin.
(sangat BENCI gambar ini. wat aku nampak gemuk. huhu..)


dah setel suma, BALIK!!
stop jap kt hentian Ayer Keroh..
tukar baju Ayra suma.. Asyraf? selamat dah tdo. zzzzz....

Wednesday, February 10, 2010

Akhirnya Rumah Itu Milikku..

yezza..!!
selepas pelbagai rintangan, akhirnya rumah itu telah secara rasminya menjadi milikku.. apabila kunci rumah & CF, diserah kpd kami oleh pemaju last week.

AKU : dah mcm2 design ID dah bermain2 dah dlm pala otak nih! mana satu nk pilih, ye??
EN.HUBBY : sibuk wat inspection utk report defects rumah tu (bleh tahan byk jugak ler..)
AYRA : releks je.. tdo lagi best. hihi..
ASYRAF : TAK NAK BALIK!! TAK NAK BALIK!!

hahaha...
semalam kami singgah rumah baru kami tu lepas keja. saje gatai x sabar nk nengok rumah sendiri. and Asyraf sgt la suka ngan rumah tu. siap menari2 lg kt 1 bilik kt tingkat atas (gamaknya dia suka bilik tu kot.. bleh aa jadikan bilik dia nanti) tp bila ajak balik, dia start menjerit2 x nak balik.
adeh! parah ni! (tau ler umah kita skrg kecik bebeno, Asyraf ooii..)

  
  
 

Tuesday, February 9, 2010

Tetiba Je Sampai Kat Sini..

ha.. tu la nyer.
ntah camner, ari ahad lepas leh tetiba je smpai kat Sogo KL nih. En.Hubby punya keja la ni. dia tetiba je suh aku n the kids bersiap. ingat nk gi beli barang ke Giant Nilai. so, pakai sempoi giler aaa.. tetiba, tengok2, dia masuk simpang lain. hahaha...!
 
  

En.Hubby dah kidnap kami.. so, apa lagi?
aku pun rompak la plak dia. hahaha..

hasil rompakan aku : 
 
3 helai tshirt baru + 1 purse BUM (genuine leather)
(sila gelak lagi : hahaha...!!!)


model bergaya ngan tshirt baru. ahaks!

hehehe.. and for the kids :
(mana bley lupa maa...)

Asyraf & Ayra

ini lah hobi aku masa tgh bosan2 lepak kt umah time ujung minggu :
 amik gambar anak2. hehe..

 
  
  
  
  
  
  
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails