Friday, February 5, 2010

Semangat Asyraf Yang Hilang..

aduyai.. camner ye nk citer?
hmm.. aku kan baru masuk keja balik minggu ni after cuti 2 bulan sbb bersalinkan si Ayra.. Ayra, mmg kami plan awal2 nk antar dia ke taska kt tempat keja aku nih bila aku dah start keja balik. and, memandangkan si adik dah antar situ, Asyraf pun kami antar la skali kt situ. kira senang lah sikit.. 1 arah & kekononnya si abang bleh la tgk2 kan si adik. sblm ni, Asyraf, kami antar taska kt area perumahan depan tempat keja kami tu.

sehingga semalam, dah 4 ari dah aku masuk keja..
meaning : dah 4 ari kami antar 2 beradik tu ke taska baru tu..
Ayra, so far, ok la.. xde masalah yg xleh dorg selesaikan..
tp Asyraf.. aduyai.. dah 4 ari dah dia nangis tiap kali kena tinggal kt situ. nampak je taska tu, trus nangis.
asalnya kami pk, maybe sbb baru kot.. dia lum biasa.. maybe lama2 ok la tu.
tp sungguh la.. Asyraf spjg minggu ni, tdo malam asyik ngigau2. nangis2 dlm tdo.
since adiknya ada, kami mmg tdo asing : Asyraf ngan daddy dia kt ruang tamu, Ayra ngan aku kt dlm bilik. so far, ok jer. tp dlm minggu ni, dia terbangun2 dr tdo n kekadang, lari carik aku kt bilik tgh2 malam.

tp semalam mmg kemuncak la..
siap peluk2 kaki aku xmo kena tinggal masa antar pagi tu. nk wat camner? aku ni dah la br masuk keja.. kt tempat baru plak tu.
bila kami amik masa ptg lak, nampak je daddy dia, trus dia lari ke daddy dia mintak dukung. kami tutup je pintu keta, trus dia melalak beria2. nape ni, Asyraf?? dia x ckp pape langsung. just nangis n nangis n nangis. smpai umah, baring atas lantai, smbung lg nangis. aku nk amik, nk dukung, dia xmo. semcm tunjuk perasaan. en.hubby trus dukung Asyraf, bawak jejalan kt bawah rumah. kebetulan, atuknya smpai. saje nk melawat cucu. trus dia dukung peluk atuk dia erat2 smbil nangis2. atuknya nk letak dia kt sblh sekejap sbb nk minum air, pun xleh. pujuk bagi air n mkn sedap pun xmo. mcm2 gaya dah kami pujuk pun x lut. sedey siot tgk dia camtu.

last2 kami decide esoknya Asyraf xyah la pegi taska. ikut je atuk balik ke Bangi ptg tu n duduk ngan atuk & opahnya utk sehari. ptg esoknya baru kami jemput dia balik. my mom citer, mlm td, bila smpai rumah atuknya tu, dah x nangis dah. tp diam seribu bahasa. x mcm Asyraf yg kami suma kenal yg suka bebel x berenti. kucing si Bubut tu, kawan baik dia tu pun dia pandang ngan ekor mata je... semacam budak hilang semangat. dorg lumurkan Asyraf ngan air zam2, baca2, jampi2 suma.. akhirnya dpt la tdo smpai pagi.

bangun pagi tadi, si atuk video call kami. baru la nampak Asyraf tersenyum, tersengih balik.. bebel2 borak ngan Bubut. alhamdulillah.. kami dah dapat balik dah Asyraf kami yg sbnr.. Atuk trus decide amik cuti arini, nk bawak Asyraf gi jejalan. apa2 je la, atuk.. asalnya anak kami tu bahagia. btul2 sedey siot tgk anak sedey cenggitu.

nape dia leh jadi camtu ye?
sebab..
1. dia dah 2 bln bercuti, x pegi taska & duk berkepit ngan kami ke..?
2. badan dia rasa x sihat ke..?
3. dia ada mslh kt taska ke..? (tp org taska tu ckp "dia ok je.." adoi!)

tp, papehal pun, kami lega sgt2 dpt Asyraf kami semula.

Asyraf jgn sedey2 lg ye.. kami suma akan double sedey klau Asyraf sedey tau, sayang..

4 comments:

aja@osaranomise said...

salam kak, saya rasa sbb dier daha lama manja ngan akak masa akak cuti bersalin..
pastu dier kene gi hantar kt taska maybe dier terasa ditinggalkan..
anak kecil kan macam tu..sedih mmg sedih...

b.O.n.d.a said...

ilang smangat sebab nangis lama sangat kotttttt..and suasana baru taska yang buatkan dia sedih sbb 2 bulan maa 'cuti' ;)

and sbb dia blom puas nak manja2..
;)

hatiberbunga said...

tu la nyer.. akak pun rasa mcm tu, ja.. tp nk wat camner? dah keja.. bukan gi hu-ha. ingat esok nk pujuk hubby bawak dia gi jejalan la.. biar dia happy balik..

hatiberbunga said...

bonda.. Asyraf tu mmg extra manja ngan Ann pun.. dia x paham nape mama dia tinggalkan dia kt tempat tu kot.. huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails