Thursday, April 30, 2009

kidnap tag preggy dr blog bonda!!

tag ni aku jumpa kt blog bonda...
wpun dia x secara rasminya meng'tag' aku,
aku saje gatai nk jugak jawab tag ni.
memandangkan ada kaitan ngan aku yg tgh preggy skrg ni. hehe...


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
~ yup! mmg dlm usaha preggy, since dah sethn setgh kawen, tp lum ada rezeki. (suma org dah start bising!!)

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
~ Aisyah

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
~ hepi! hepi! hepi!

4. HOW OLD WERE YOU?
~ 28 thn

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
~ demam. time tu dah rasa ada perubahan dlm badan. tp xmo cek awal2, takut frust. bila lewat je 3 ari, test, terus confirm. :)

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
~ en. hubby la.. subuh2 lagi kejut dia tunjuk test pen tu kt dia. hehe..

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
~ yup. actually, hoping sgt baby girl, sbb anak2 buah ku suma boy. tp en. hubby hoping sgt baby boy, sbb anak2 buah dia suma girl. last2 time 5 month, tgk2, jelas la bhw dia boy. hehe..

8. DUE DATE?
~ due, 25 mei 2008.

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
~ yup. smpai 4 bulan stgh, baru leh makan scr normal. huhu..

10. WHAT DID YOU CRAVE?
~ ntah la. x pasan lak. tp suka sgt menda2 manis. hehe..

11. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
~ it's a boy!!

12. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
~ 20 kg!!!! hahaha... caya x? b4 peknen, 55 kg je.. smpai penghujung pregnancy, cecah 75 kg. nasib baik time berpantang, berjaya turunkan semula berat badan kembali kpd asal. cuma potongan body tu je x berjaya kembali kpd asal. waa...!!!

13. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
~ xde, alhamdulillah...

14. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
~ spital putrajaya.

15. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
~ 3 hari. aci x? jumaat malam, start licking air ketuban dgn byknya.. gi spital, dr. cek dah 1 cm. and ada contraction (tp aku x prasan lak contraction tu! hehe..) so, dorang tahan wad. smpai ari ketiga, haram ada progress yg memberansangkan, doc start induce. after 2nd induce, bukak 3 cm, baru bawak turun ke labor room. tunggu dlm labor room 12 jam, jalan bukak smpai 7 cm je. tp bila doc tgk chart dia kata "klau ikut contraction, u patut dah lama bersalin!! dan tiap 2 minit ni! dah lama camtu." (warghh!!!) so, doc try bukakkan jalan guna jari dia, try tgk ada progress ke x. tp after 1 hour lps dia wat gitu, dia tgk camtu jugak, hari ke4 tu, trus doc decide czer.

16. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
~ en. hubby la..

17. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
~ doc & misi2. en. hubby kena tunggu kt luar sbb operate. huhu..

18. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
~ czer

19. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
~ time contraction tu, just sedut gas kat kepala katil tu je..

20. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
~ 3.0 kg

21. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
~ 20 hari awal : 5 mei 2008

22. WHAT DID YOU NAME HIM?
~ Muhammad Asyraf Muhaimin

23. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
~ lagi 5 hari, masuk 1 thn!!

24. WOULD YOU DO IT AGAIN?
~ tgh peknen la ni.. huhu...

oleh kerana aku kidnap tag ni dari blog orang, so, x brani la nk tag org lain lak.
tp klau ada sesapa baik hati nk buat, bleh je.. :D

1st maternity check up

pagi tadi, setelah main tolak2 ngan en.hubby hubby utk bbrp lama..
akhirnya berjaya jugak en. hubby pujuk aku gi maternity check up
kt klinik kesihatan nilai.

kenapa main tolak2 ngan en.hubby?
sebab aku malas nk tanggu risiko kena dera
tunggu lama2 dlm keadaan morning sickness ku yg melampau ni.
x dpt la ku bayangkan..
pulak tu, asalnya dia xmo tunggu lak tu. buang masa dia kot.
alasannya : "tu kan klinik.. klau awak pengsan skali pun, tu kan klinik.. ada doktor.. ada misi.. saya xde pun xpe.."
pulak dah gitu??
mana leh jadik?? karang misi tanya "suami awak mana?" camner nk jawab?
tp akhirnya, dia tunggu jugak.. hehe... saje je nk usik bini dia ni!!

tp betul apa?? time interview nk isi buku pink tu,
misi mintak salinan ic suami & kad nikah kami.
nk confirmkan aku ni ngandungkan anak yg sah kot!
wpun ni 2nd pregnancy..
nasib baik la en. hubby tunggu, leh gi lari, fotostat jap. hehe..

tp yg paling aku sadis time check up tu,
bila tgk keadaan unit ibu & anak, klinik kesihatan nilai tu.
mmg menyedihkan!
usang.. ngan sempitnya... ngan panasnya.. ngan toiletnya yg "klau ada pilihan, confirm x masuk punya".. keadaan makmal dia depan toilet rosak td yg besarnya ala2 cam kiosk2 je..

jauh sgt bezanya masa aku check up maternity time asyraf dulu.
sbb dulu aku check up kt klinik kesihatan bdr baru bangi..
selesa giler... bersih.. kemas... gaya2 cam spital putraya punya cantik!
ruang menunggu yg luas.. beraircond... siap ada bilik menyusukan anak yg selesa lagi!
but since aku dah jadik org nilai skrg, tu yg ingat nk gi check up kt nilai je..
tp betul sedih aa.. tetiba terfikir nk lari balik kt klinik kesihatan bbbangi tu je. huhu..

bila smpai turn aku jumpa misi..
biasa lah.. kena bebel ngan misi..
sbb jarak anak dekat.. (baru nk masuk 1 thn minggu dpn) n ada sejarah bersalin czer..
hmm.. aku cakap la bukannya nak sgt.. rasa cam dah jaga leklok dah..
tp dah "ter" nk wat camner???
panjang syarahan misi tu. x daya aku nk kutip satu2 apa yg dia ckp.
time tu, pala otak aku tgh kontrol badan aku dari muntah depan dia.
hehe.. bebel la pjg2 kt org yg tgh mabuk ni! hahaha..!!
nasib baik x muntah. hihi...

klau dah ketagih tu...

haha..
orang kata, klau dah ketagih sstu,
memang payah nk tinggal..
walau apa jua rintangan yg melanda.
walau x dpt banyak, skit pun jadik la.
janji hilang rasa ketagih tu.
betul x??

dan.. kali ini ia khusus merujuk kepada diri AKU la.
KLAU DAH KETAGIH BERBLOG TU..
MABUK PEKNEN CAMNER SKALI PUN..
MESTI NK INTAI JUGAK SKIT2
BLOG KESAYANGAN NI!


almaklum la..
ini yg membahagiakan aku!
bleh lupa jap perasaan mabuk & stress, apa?
hehe..

Tuesday, April 21, 2009

Siaran Tergendala Sebentar..

Memula nk mintak maap..
sebab aku terpaksa mengendalakan sebentar siaran blogku ini untuk beberapa minggu..
atas faktor kesihatan yg x brape mengizinkan.
(mabuk teruk, siot!!)

bila aku dah ok dah, insya Allah aku akan aktif kembali ke udara, wokeh!!

C ya..!!!

Thursday, April 16, 2009

Family Day En.Hubby

ari sabtu lepas,
opis en.hubby (seksyen elektrik, unit pmbangunan)
ada anjurkan family day dorang..

dan dlm masa yg sama,
opis aku jugak buat bowling day..

tp oleh kerana aku ni isteri yg baik,
(ye ke? ekekek..)
aku pun lepaskan aktiviti opis aku & ikut en.hubby ke family day dia..
:D

oleh kerana en.hubby ketua organizer majlis tu,
dia la insan yg paling sibuk!
awal pagi dah heret kami ke Wet World Pedas, N9.

ini la muka en.hubby & mat noh yg setia menanti kehadiran peserta.
Asyraf lak, saje nk sibuk gak! hehe..

bila aku belek2 gambar2 famili day,
baru aku pasan yg gambar aku time tu, ada yg ni je..
sedey nya!!

en.hubby menunjuk skill menjadi MC x bertauliah. :)

santai..
antara game yg dorang organize..
aku, oleh kerana aku berbadan dua,
en.hubby x bagi aku nyibuk ngan game2 dorang.
dia bagi aku masuk tournament congkak je - sebab game tu duduk je. huhu..
x kisah la.. janji dpt hamper besar! adiah tempat ke3. hihi..

Asyraf ni lak sibuk nk amik kamera kt tangan mamanya. :P

famili day selesai dlm kul 2 -3 ptg.

ni la adiah yg kami bawak balik :
hamper 3rd place congkak,
hamper famous amos (doorgift - suma org dapat),
dan tuala muka chop "Hari Keluarga...."

Gathering Mini Girls ex-SEMESTA96ers

ni citer lama..
dah 2 minggu dah..
tp nk citer gak! hehe...


pada 5 April 2009 lepas,
kami ada gathering mini untuk girls ex-SEMESTA96ers
(girls batch SPM 1996, sek.men.sains.tg.abdullah)
dan konon2nya sempena umo kami cecah 30 thn.
(uhuk! uhuk! tua dah kami ni.. huhu..)

planning dah lama dah.. ada la dlm sbulan yg lalu.
tp biasa lah perempuan ni..
byk beno halangan (terutama yg dah kawen).
so, akhirnya drpd 40 orang girls batch kami, 8 je yg berjaya turn up.
(wakakakahh..!!)

kami berkumpul kt restoran seri melaka, amcorp mall, pj.
ezni dah book 1 private room utk kami bising. hehe..
oleh kerana ini gathering girls,
aku saje nk ada quality time utk diri sendiri, so, aku x bawak la Asyraf..
ada je kawan2 yg bawak anak..
tp bagi aku - kasi chan la mama, ye sayang! ekekek..

3 jam berkumpul ngan kawan2 lama ni,
mmg x terasa laju nye masa berlalu.
nway, konklusinya, we really had a great time.
hihi..

ok, enjoy the pics!

dari kiri: sherry, emi & aku..

ezni & aidah bz memilih oder..
anak ezni kebosanan menunggu ibunya. hihi..

dari kiri: emi, aku, nani & anak nani (afiq kot, namanya - haha.. lupa dah makcik!)

makanan pun sampai.. sedap woo..!!

emileen melayan karenah anak2 daranya dgn doorgift memasing
- sabrina (si kecil) & sofea (si kakak baju putih)

sungguh xde keja dorang nih! hahaha..


nani, tukang sponsor kek, a.k.a, tukang potong kek jugak! :D

dari kiri bawah : aidah, emileen, rahimah, nani.
dari kiri atas : ezni, aku, sherry, emi

Wednesday, April 15, 2009

longlainya badan...

longlainya badan ku ini..
(klau bukan sbb ptg ni ada meeting JPICT, confirm aku dah MC! wah...)

kenapa longlai? sbb...

1. morning sickness + sakit gastrik yg teruk!!!
- ini lah masalah biasa utk aku tiap kali preggy.
siap bleh gigil2, muntah2, & kuar peluh sejuk. huhu...
tp kini lebih skit maybe sbb even dah preggy, aku still bfeed si Asyraf kot..
so, abis segala zat dlm badan aku utk baby dlm perut & Asyraf.

2. Asyraf demam panas
- meragam je spjg malam.
memula bagi je ubat demam sedia ada dlm peti ais tu.
tp bila tgh malam, tgk2 bdn dia melampau panas,
terpaksa bawak Asyraf gi kinik terus.
cek2, 4oc! terpaksa masuk ubat ikut punggung. huhu..

3. bz giler ngan keja opis.
- sbb petang ni ada mesyuarat JPICT.
pengerusinya, dato naib canselor sendiri.
and ahli2nya, pegawai2 kanan universiti..
so, xleh main2..
byk giler perkara nk kena prepare dlm seminggu dua ni.

(chop!! nk gi muntah jap!!)

Wednesday, April 8, 2009

Patut la Demam Tak Kebah2..


patut la aku & hubby x kebah2 demam 2 minggu ni...
Asyraf bakal jadik abang long lah..!!
hehe..

Tuesday, April 7, 2009

Nasib Gincu Ku!


inilah nasib gincuku dikerjakan oleh anakanda kesayangan aku.
pantang leka skit, tengok2, dah jadik camni.
huhu...

alahai, Muhammad Asyraf Muhaimin. :P

Nite At The Funfair

skrg ni, kt Nilai ada Funfair!!
oleh kerana lama bebeno x gi funfair ni,
(last time aku gi funfair ada la darjah 2 kot! hehe..)
so, lepas dinner, aku saje gatai ajak en.hubby singgah jap.
nk tgk apa yg ada kt situ.


sampai kt sana, kami round, round, round dan round smpai 10 minit,
tanpa buat pape.
tgk gaya dr game yg naik2 tu, nmpak cam best.
tp maybe sbb dah lama, menan2 tu suma, bila gerak, duk bunyik..
krek...krok... krek.. krok...
aku lak yg takut.
maklum la.. byk bebeno citer eksiden2 kt funfair yg aku duk dengar. huhu..
so, x jadi la bawak Asyraf naik menan pape.
hehe..
En.Hubby memula cam x minat langsung hal ehwal game kt funfair ni.
Tp oleh ketereran aku memujuk (chewah!),
En. Hubby beli la token skit..
sesaje nk mujuk bini & anak dia yg comel ni.
hihi..
sebab dah aku dah mula berangan nk bear besar2 yg duk gantung tu.
x pun, dpt tv besar pun jadik aa.
hahahaha..!

tp hampeh!
tangan en.hubby panas aa.. dpt adiah tecik2 je. huhu..

in the mean time.. Asyraf dah ngantuk!
dah nguap brape kali dah.
tp dia good boy, x meragam langsung!
(leka bebeno duk perati menda2 pelik sekeliling dia! hehe..)

Friday, April 3, 2009

Najib - PM Malaysia ke6


Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam
KUALA LUMPUR 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.
Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.
Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.
Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama
source : www.bernama.com

semoga beliau akan menjadi pemimpin yang terhebat,
sepertimana ayahanda beliau,-- Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-2,
merangkap Bapa Pembangunan Negara kita.. Amin..

Thursday, April 2, 2009

WAAAA.....!!!!!!!

arini aku x gi keja..
sbb badan x brape sihat
demam sbnrnya... huhu..
kekononnya nk rehat kt umah.

dekat2 tghari, dpt sms dr en.hubby,
mintak tolong masak samosa & nugget sbb dia nk balik jap tghari nanti.

so, dgn rela hati, aku pun gi la masak samosa tu...
oleh kerana tempat mesin basuh & tempat sidai kain aku tu
di luar tingkap dapur je,
tengah2 goreng samosa tu, mesin basuh tu berbunyi.
aku pun gi la cek kejap, tgk dah setel ke or ada masalah mesin basuh tu.

tetiba angin bertiup dgn kuat.
dgn segera pintu dapur tu tertutup.
DUMMMMM....!!!!!
aku dgn segera la try bukak pintu tu balik.
wah..!
PINTU TERKUNCI...!!!!!!!!!!

waaaaaa......!!!!!!!!!!!!!!
camner ni????
cuak giler aku. bersungguh2 aku try bukak, tp xleh.
nk masuk umah ikut pintu lain, umah aku ni apartment!
nk suh aku panjat dinding cam dlm citer spiderman tu ke??
try kopak tingkap pun x berjaya.
(camner la pencuri2 kopak pintu & tingkap umah org dgn mudah ha???)

nak mintak tolong jiran2, suma bekerja.
kelibat sorang pun x nampak!

dlm saspen tu, aku nampak samosa aku atas dapur tu dah start hangus n berasap.
aku dah mula nangis ketakutan.
mampus la aku klau pape jadik!!

aku pun bersungguh2 berdoa lagi dan lagi dan lagi
agar en. hubby yg kata nk balik tu, segera la balik.
Allah makbulkan doa aku - x lama pastu, en.hubby pun balik.
(dlm tempoh brape minit pun aku x pasan. cuak x hilang lagi time tu)
terkejut dia nampak aku nangis2 kt beranda tempat sidai kain tu.
cepat2 aku suh dia masuk umah, selamatkan dapur & jugak aku.
nasib baik x sempat jadi pape yg x elok.
cuma samosa aku dah hitam aa.. huhu...

so, apa lagi.
mula la en.hubby bebel2 marah kt bini dia ni.
cuai, katanya.
aku lak kata, sapa suh pintu tu terkunci sendiri! :P

pengajaran dr kisah ini,
jgn la tinggalkan dapur klau tgh masak,
walau sesaat pun..
kita x tau apa kan jadi pastu.
huhuhu...
TOBAT..!!!

Kena Tag lagi..

wakakakah...

makcik kena tag lagi, dek BONDA
kali pasal GAMBAR NO.6
hmm...

The Rules..

1) You just go to your photo folder in your computer..
aiyark! Ann ada 3 folder gambar.
xpe la ye..
aku amik folder My Pictures la ye? bleh? hehe..

2) Then go to the 6th folder of photos..
3) Then go to the 6th picture in that folder..
4) Put the picture on your blog n description of it.

ok. gambar nya adalah :
ni gambar masa Ann peknen kan si Asyraf. time tu usia pregnancy ku 7 bulan.
tp besarnya perut cam dah cukup bulan plak. hahaha..
time ni memang saje wat sesi bergambar pregnancy
sbb experience 1st pregnancy xkan berulang.
pregnancy ke2, ke3 dan seterusnnya xkan sama dgn yg 1st.
betul kan??

5) Invite 6 friends to join the challenge.

H.Sadi
RezaNani
Ajasuakeem
erynnn
neeza

6) Link them in your blog n let them know they have been challenged.

makan2 di opis!

ari isnin lepas (30 Mac 2009),
big bos ku dgn murah hatinya
belanja kami suma satu opis makan special!!
kenapa dia banje?
rahsia!
(s/u dia x bagi cakap - tp aku tau nape. hahahaha..!!)

Antara menunya :
nasi putih
daging masak black pepper (sedap giler!)
gulai ayam
petola & so'on masak air
ulam2an
buah tembikai
air fruitpunch (best2!)
2 kek secret resipe - choc indulgencee & cheese cake terbaru dorang
(cheese cake tu ada rasa2 epal gitu - sedap woo..!)

antara menu yg smpat aku snap.
yg lain dah kena rembat dek insan2 yg kelaparan..

gaya wanita2 melayu terakhir memakan kek dgn lahap nya!

antara staf yg tgh bz makan, x pandang kiri kanan dah!

peace! suma org dah balik kekenyangan, kecuali kami.
-- second round, plzz..!!! hehe...

1st Time Berpisah ngan Asyraf

kita sambung balik ye citer bengkel aritu..
sori lmbat skit sbb bbrp hari ni aku x brape sihat la..
maybe sbb cuaca x menentu kot bbrp hari ni.

ok.
even though Asyraf ada bersama ku pada malam pertama & pagi hari kedua,
tp tghari hari kedua tu,
Asyraf terpaksa dibawa balik oleh mak abah ku ke bangi
sbb en. hubby kena keja.. lil sis ku, kena balik uitm sbb ada keja urgent...
n mak lak ada hal pagi ahad tu...
xde org yg bleh stay utk babysit dia sementara aku berbengkel.
so, terpaksa la aku surrender... lepaskan asyraf kpd dorang..

sedih wooo...
aku rasa, sesapa yg dah biasa, maybe la x rasa pape.
tp sesapa yg 1st berpisah ngan anak, confirm akan rasa cenggini lah!
lain siot rasa bila malam2 xde sape nk rangkul n merengek2 sblh kita ..
pagi2 bangun, xde pun wajah yg comel tu...

so, akibatnya, terpaksa la laporan disampaikan kt aku dari semasa ke semasa.
hehehe...
BERGUNA SUNGGUH TEKNOLOGI MMS NI KAN?? hihi..

1st laporan, oleh my mum (28 mac, 2.33pm) :
(Mama im ok. Main ngan oph. Atok ada det)

2nd laporan, oleh my mum (28 mac, 5.36 pm) :
(Acap tengh mkn ni. Baru 6 sudu.)

3rd & 4th laporan, oleh my mum lagi (29 mac, 7.14 am) :
(I m ok mum. Janji ada atuk yg dh bg walletnxe kat acap)

(Atuk bg acp duit. sebelh tgn ada rm50. kaye acap janji x nangih. Mama nangih ke)
--- mau nye x!

5th laporan, oleh my dad (29 mac, 9.56 am)
(Acap tido umah makngah)
-- mak ngah ni kakak abah aku...

6th laporan, oleh my lil bro (29 mac, 12.19 pm) :
(uncle, mama mane?)

huhu..
nasib baik bengkel tu abis awal dr perancangan.
aku balik ngan kawan.
sampai umah nilai, kul 2.30 pm.
bila tepon abahku,
dorang bawak Asyraf gi kenduri sedara kt Teluk Panglima Garang.
so, terpaksa la aku tunggu en.hubby balik umah.

balik je en.hubby ke umah, dlm kami mandi2 n trus gi bangi.
bila Asyraf nampak je kelibat aku,
terus dia terdiam & matanya membesar.
bbrp saat pastu, baru terdengar :
eeemmmmmm......mmmmaaaaa.....!!!
(bunyinya, 'emak!')
terus dia hulur tgn kt aku nk dukung.
gomol2 aku gaya ala2 jejak kasih gitu!!!
huahuahua...!!!

lepas tu spjg hari dia xmo renggang langsung ngan aku. peluk aku erat2.
even aku nk letak dia nk bukak baju dia nk mandi pun dia jerit2 xmo.
rindu bebeno dia kt aku gamaknya!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails