Saturday, October 31, 2009

Last Day Asyraf

smlm, last day Asyraf ngan pengasuh nya...
pasni, start Isnin depan, Asyraf akan start masuk taska!
sebab apa?
sebab pasni pengasuh kesayangannya tu, akan pindah ikut anaknya ke Pajam. huhu.. sedeynya!
maunya x. Asyraf duk ngan dia since dia berusia 2 bulan tu...
membesar dpn mata pengasuhnya.
mmg sayang sgt la si Asyraf ni kt pengasuh nya tu.
bila lama skit x antar, mula la disebut2 nama pengasuhnya tu (Asyraf panggil, Opah!).
camner la pengasuhnya ni x berat hati nk tinggalkan Asyraf.
tp nk wat camner, kan? keadaan x mengizinkan..

* makcik, terima kasih atas segalanya, ye.. jaga Asyraf dgn baik skali mcm cucu sendiri... maafkan kami jugak klau ada kekurangan. nanti bila2 senang, insya Allah kami akan bawak Asyraf jumpa makcik bila2 rindu tu terasa, k? huhu.. (waa..!! nape tetiba mata aku lak yg bergenangan masa menaip entri ni? huhu.. sedey, siot!)

Friday, October 30, 2009

YEA..!! abis juga akhirnya..



akhirnya...!
exam PTK TK3 2009 yg menyeksakan selesai pun sudah ptg td.. alhamdulillah.. lega!!

nasib baik adik Asyraf ni good girl (opss..!), dgr ckp mamanya suh duk diam2 dlm tu, jgn kuar lagi. (wpun dia dah start mengeras2 dlm perut ni spjg waktu exam!) saje nk kasi chan kt mamanya ni utk selesai PTK dulu. hehe.. klau x, alamatnya kena tunggu lg 1 thn aa utk ngulang... uhuk!uhuk!

opss..! blum abis 100% la.. ada lg 1 tugasan individu (40%) nk kena buat.
actually, tugasan tu spatutnya dpt 2 mgu awal, so bleh serah kt urusetia pd hari pendaftaran PTK tu. tp atas bbrp masalah teknikal, baru smlm la kami dpt.. so, kena buat n antar b4 12 Nov. nih.

hmm.. aku rasa aku kena siapkan awal skit la dari tu..
takut x sempat plak karang. mana la tau, kan?
kuang..kuang..kuang..

Wednesday, October 28, 2009

My Love of My Life

ini la my love of my life...
sekarang berdua :
En. Hubby & Asyraf.
dan insya Allah ujung bulan depan, bertiga pula! ;)
(jgn sesapa brani kaco! grrrrr.....!!!)

Monday, October 26, 2009

Main Selipar La Plak..

Asyraf ni, mmg sorang budak yg xleh duk diam.
macam2 la idea nk dibuatnya spjg hari.
salah satunya :
MAIN SELIPAR ATUK!!

gamaknya bila bleh pakai selipar org besar tu,
diri pun terasa dah besar sgt la ye, sayang!

apa2 je lah, Asyraf...
janjij kamu bahagia... hihi...


Gaya Asyraf Solat


ini lah gaya anak bujang ku bersolat.
sampai tergolek kepenatan!
sabo je la. hehe....

Sunday, October 25, 2009

Aku Dah Penin...

mesti suma org heran kan?
minah ni beria beno ckp bz nk kena stadi utk PTK next week..
tp sempat lak plak apdet blog hampir tiap2 ari.
huhu..

nk tau nape aku rajin masuk blog aku ni minggu ni?
sbb... aku dah penin!!
rasa cam dah tepu la pala otak ni plak nk stadi lagi..
klau nk tau waktu2 di mana pala otak aku xdpt berfungsi dgn baik dlm minggu ni,
adalah di waktu2 aku mengapdet blog ini lah! wakakah..!!!

can u see ALL the notes/ info I have to install in my tiny winy brain b4 this coming Tuesday??
4 helai kertas tu, baru dikira 4 tajuk kecik tau.
blum tgk lg isi kandungan fail putih keras yg tebal di blkg cover kunin "SUKATAN .... " tu.
patut kah aku meneruskan lg perjuangan ini?
waaaa...!!!
ermmm.....
dah xleh pk ni.
* sambung esok je lah, aci x? hihi...

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010 - TQVM!

"Sebagai sebuah pentadbiran yg mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sbrg pengecualian."
- petikan kata2 PM masa bentangkan bajet 2010 smlm tanpa sbrg gangguan..

setuju! setuju!

Alhamdulillah..
Najib dah tunaikan janjinya so far, selari dgn konsep Gagasan 1 Malaysia yg duk diwar2kan merata2 slama ni... (mentang2 la tajuk Gagasan 1 Malaysia nih masuk exam PTK nanti! semangat bebeno la plak citer pasal 1Malaysia :P)
personally, aku tgk byk bantu beban rakyat la dr pelbagai segi..
bagus la tu, kan?

tp as for me,
sbg penjawat awam gred 41 ke atas, of course la bayaran khas RM500 tu! hihi..
biar lah x dpt bonus pun, tp sapa la nk bagi RM500 senang2, kan?
tetap bersyukur & berterima kasih lah byk2!

Sila Release Tension Anda

yup!
salah satu cara utk release tension anda adalah :
pegi Fish Spa!!!kerana : di saat ikan2 tersebut menyerang kaki anda beramai2,
anda akan rasa TERAMAT GELI smpai xleh handle gelak.
bila dah gelak, segala mslh pun hilang begitu sahaja. hihi...


Friday, October 23, 2009

Stress Tak Elok Utk Ibu Mengandung

yup!
this week, aku stress hampir2 tahap gaban dah!
mana x nyer.. cuba hyati senarai di bawah :

  1. Isnin, dah ler x masuk opis lgsg sbb seharian kena hadap muka misi2 n doktor kt kinik tu atas pelbagai urusan (wat BSP (amik darah 4x tu yg nk tgk ada diabetes ke x), wat ultrasound smpai 2 kali (skali pagi, skali ptg) sbb doc saspek akunya uri kt bawah - nasib baik x!, urusan nk dptkan surat reference spital, urusan nk tukar checkup ke klinik Bangi (senang urusan, dekat ngan umah mak aku)).
  2. keja opis BANYAK giler nk settle - kertas kerja, minit mesyuarat, payment pembekal bla..bla..bla..
  3. minggu depan (27hb - 30hb) aku ada exam PTK --> satu habuk pun x sentuh ni! nota pun baru jumpa separuh. betul ke aku nk amik exam time2 camni ni? dah berkarat pala hotak dah ni! soalan tambahan, bleh ke aku fokus???
  4. perut ku ini dah start mengeras-ngeras dah bbrp hari kblkgn ni. smpai bleh terjaga la aku ni dr tdo tgh2 malam. huhu.. sabar sayang.. ada bbrp minggu lg. sayang membesar dulu la dgn sihat dlm rahim mama ni ye!
  5. bleh plak time camni ada sorang insan ni x pasal2 tetiba nk menambah serabut otak. aduh...
nasib baik, bak kata Kak Zainie (Mama Aqilah),
ada penawarnya yang setia menunggu di rumah setiap penghujung hari yg pjg -
En. Hubby & Asyraf
bila tgk muka mereka berdua, terutama bila bila tdo dgn gaya yg sama tu, hilang segala keserabutan ini utk seketika.
really love u guys so very much!!
MMMMUUUAAHHH...!!!

Thursday, October 22, 2009

Tak Abis Lagi Ke Jamuan Raya??

hehe..
actually, jamuan raya ni wat last Friday (16 Okt 2009).
tp la ni baru berkesempatan nk aplod gambar n citer. :D

since universiti tempat aku keja ni x wat majlis sambutan hari raya peringkat universiti spt mana tahun2 lepas, thn ni, terpulang kt jabatan masing2 la nk wat jugak ke x.

citer pasal jabatan/opis ni,
opis aku sbnrnya terdiri drpd 11 unit kecik, termasuk lah unit ku.. byk, kan?
so, nk wat jamuan raya beramai2 pun, agak leceh la skit nk planning nyer, memandangkan masing2 ada jadual keja n planning sendiri.
so, apa kami buat thn ni, unit2 ni masing2 merancang sendiri "open opis" memasing (sstgh unit yg kekurangan org, biasanya akan ajak unit lain join skali utk jadik host) n panggil la kengkawan dr unit lain dlm bangunan ni utk memeriahkan suasana "open opis" n jadik tukang perabihkan makanan. hehehe..

and jumaat lepas, adalah giliran unit ku + 3 lagi unit (gabungan 4 unit) utk menjadik host utk jamuan raya pd hari tu.
oleh krn opis kami sempit, kami wat kt bilik K-SPACE (still dlm bgnn yg sama) : bilik ni biasanya jadik tmpat kami berkumpul n brainstorm n berkongsi idea bila ada mslh or projek baru berkaitan keja.

n biasanya.. mana ada kami oder2 khas makanan dr luar.. kami potluck je.. masing2 bawak skit, n tgk2, terbanyak la plak makanan nya bila dah hidang! hehe..
ada sate.. ada spagetti.. ada laksa johor.. ada soto..ada pelbagai jenis kek.. ada pelbagai jenis buah.. ada kopok lekor.. ada pelbagai perisa aiskrim.. ada pelbagai jenis kuih raya.. ada pelbagai jenis kekacang.. ada ayam kuzi.. ada sandwich.. hmm.. apa lagi eh?
it's me & deeb & alan. ;)
nampak kuah spagetti dlm periuk yg hampir licin tu?
1st time wooo aku masak kuah spagetti byk2 camtu.
nasib baik sedap & xde sesapa komplen sakit perut.
ekekek...
hulubalang2 penjaga pintu. :)
lepaking kekenyangan smbil buang masa. hihi...aku cukup x gemar tgk diri aku dlm gambar ni. sungguh besar lg x lawa. huhu...
dah ler saje nyibuk kaco ita n faizal nk bergambar serba hitam. hihi..
gambar2 ni plak, aku x brape faham apa yg tukang amik gambar ni pk.
angle2 nya, agak pelik, kan?
kreatif kah? siap masuk gambar selipar tu! ekekek..
masa ni, masing2 duk layan video klip lama ala2 70-an yg dorg penah wat utk raya tahun dulu2.
time masing2 masih 'muda'. wargh! lawak sungguh!
uiks! abis dah gambar??
hmm.. x byk la koleksi aku ni. tp cukup la ye.. karang ada yg busan plak menengoknya.

oh! gambar last tu, gambar time duk ngemas2 after majlis.
aku x wat apa sgt pun.. saje nyibuk kt situ sbb nampak ada org nk amik gambar. hahaha...!!!


Tuesday, October 20, 2009

Checkup @ 34 Weeks

smlm gi jumpa doktor..
wat ultrasound nk tgk pekabar adik Asyraf dlm perut mamanya ni.. and then result is :

dari segi fizikal, alhamdulillah, sumanya ok.
beratnya dah mencecah anggaran 1.65kg dah!
well.. kecik skit la dr biasa, tp kan masih ada masa utk dia membesar dgn sihat lg sblm dia keluar melihat dunia. ;)

tp adik Asyraf ni aktif bebenor la.. siap buat gaya summersault berpusing lg! hihi..
kedudukan dia asyik bergerak2 gitu.
bila scan time pagi, pala nya kt belah bawah, kanan..
tp bila scan time petang pd hari yg sama, palanya dah gerak ke atas, kanan..
walhal baru last week aku ckp palanya belah atas, kiri, kan?

hrmm... doc ckp ni dah masuk bawah kategori "unstable lie" ni..
sbb bb x sepatutnya pusing dgn banyaknya smpai gitu skali dlm tempoh terdekat camni.
haiya.. adakah sbb perutku ini luas sgt utk dia? hrmm... ntah ler. kita tgk lg 2 minggu camner. masih gitu or not.
bayangkan la.. adik Asyraf dari dlm perut dah aktif gitu gaya, gamak nya klau kuar nanti, bleh lawan si abang ke? ekekekek...
doc dah pesan dah.. jgn gatai gi urut utk betulkan kedudukan baby ni sbb tali pusat adik Asyraf ni dah bersepah2 dah gara2 dia suka beno berpusing2. takut karang terbelit plak tali pusat tu. huhu..

nway, papehal pun, doc dah wat surat reference, suh dptkan appt. kt spital utk rujukan doktor2 pakar kt sana lak. nk tgk kes unstable lie adik Asyraf ni di samping nk tgk balik parut bekas czer si Asyraf dulu - kot2 aku bleh bersalin normal ke x. ERK!

Monday, October 19, 2009

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

ekekek..
realiti nya, wpun aku ni so far x penah lagi menang pape online contest anjuran kengkawan blog, aku tetap suka nk masuk,
terutama contest2 yg berkaitan ngan baby/kids --> suka benor mempromote anak bujang ku yg sorang tu. wakakah..!!
biar la org kata apa kan.. seronok apa masuk contest2 ni? hihi...

and this time, online contest anjuran SMILEYKIDZ PHOTOGRAPHY ni plak!:
Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel
tgk hadiah, menarik gak!
SEE !!

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

cara2 & syarat penyertaan nya agak panjang..
tp xde la susah spt mana yg disangka. ;)
bleh rujuk kt sini (gara2 rajin sgt nk menaip! haha..) :
http://smileykidz.blogspot.com/2009/10/online-contest-senyuman-ceria-si-comel.html
(harap2 aku lulus lah suma syarat tu ye, wahai penganjur!)

so, gambar Asyraf yg aku nk pertaruhkan kali ini adalah....
NAMA : MUHAMMAD ASYRAF MUHAIMIN
UMUR : 1 TAHUN 5 BULAN
UMUR SEMASA GAMBAR DIAMBIL : 1 TAHUN 2 BULAN

Saturday, October 17, 2009

Progressnya Rumah Kami - Okt '09

ptg tadi, di saat syawal menghampiri penghujungnya dan jadual masing2 penuh ngan segala bentuk/jenis openhouse last minute, aku, en.hubby n Asyraf berkesempatan juga la utk singgah ke openhouse, merangkap sambutan besday kecil2an kawan si Asyraf yg sama pengasuh - Chikah.
oleh kerana dorang duduk kt Acacia Park jugak (Fasa 1),
mana bleh aku lepaskan peluang nk jengok skali rumah kami yg masih dlm pembinaan tu. hii..

klau ikut surat & rekod di BBN, rumah ni dah 80% siap.
and, secara fizikalnya, betul lah tu.
aku intai td, jalan mengarah ke lorong umah ku pun dah start dirata utk ditarkan!
pagar2 rumah pun dah naik..insya Allah, klau xde aral melintang, siap lah rumah tu awal thn depan. n insya Allah juga lah kami beraya kt sini plak thn depan! YEA!!

actually, ingat nk jugak la ngintai rumah tu dgn lebih dkt, kan..
tp malangnya lorong yg aku n en.hubby slalu guna utk jalan masuk ke rumah kami tu, ikut jalan tepi desa jati tu dah ditimbun ngan tanah n brg constuctions yg lain.huhu.. xpe lah.
lenkali kan masih ada?

Friday, October 16, 2009

Penangan Gigi Geraham Baru Asyraf

yup!
Asyraf baru nk tumbuh gigi gerahamnya yg sulung..
pagi td tgk gusinya, kt area gigi geraham tu, bengkak skit.. siap merah2 lagi.
patut la Asyraf duk meragam + demam + xmo makan n minum 2, 3 ari ni.. adeh!

sblm ni, Asyraf x penah demam bila tumbuh gigi..
klau Asyraf demam pun, klau dia x lalu nk makan pun,
tp susu nak jugak dia telan.. nk jugak dia nenen (hehe.. caya atau x, aku masih BF lagi si Asyraf ni smpai saat ni)
tp kali ni, dia mmg xmo makan.. xmo minum susu.. even nenen pun x lalu..
sedih sgt tgk dia cenggini..
kurus la anak aku nanti.. wargh..!
cepat2 la sembuh ye, sayang..*gambar sekadar hiasan. ;)

Wednesday, October 14, 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway

** stickymode entry **
(normal entry, sila scroll ke bawah ye..)


arini dah masuk 19 Syawal...
tp mood raya masing2 masih terserlah!
bulan ni, asal ujung minggu jer.. wajib lah kami makan free sampai kembung perut kt open house kengkawan, di samping gigih kutip duit raya utk Asyraf. hehe..

citer pasal duit raya, sbnrnya mama si Asyraf ni teringin gak nk merasa duit raya ni.
lama giler x de org nk bagi kt kiter.. huhu..
and guess what???
tetiba mamatisya @ erynn dgn baik hatinya mengoffer diri utk anjurkan menda alah ni :
MamaTisya Duit Raya Giveaway
wah..!! syoknya!!
giveaway ni klau ikut entry kt blog mamatisya ni,
start dr 6 Okt 2009 - 14 Okt 2009.
(minggu dpn dah tutup!)

syarat-syaratnya sangat lah senang :
  1. Terbuka kepada smua blogger = OK!
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
    MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima) = OK! (caya x, ni 1st time nk cuba stickymode ni.. hopefully, jadik aa.. almaklum la.. makcik ni mmg ketinggalan skit dlm hal ehwal mencanggih-manggihkan blog ni. hehe..)
  3. Add banner di atas di sidebar blog anda = OK!
  4. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified) = OK!
  5. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG = OK! (hopefully rezeki kami lah ye! hehe..)
  6. Sila tinggalkn nama & email anda di cni = OK!
  7. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak = OK!
  8. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin = OK! (akan ku tunggu..)
  9. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti = OK!(yea..!)

ok. tu je syaratnya.. rasanya suma dah ok dah.
harap2 ada la rezeki kami ye!
~ puh! puh! ~ (tgh jampi@tiup2 erynn supaya bagi je duit raya tu kt kami! hihi..)

u alls nk join skali??
jom! jom!

Tuesday, October 13, 2009

Checkup @ 33 weeks

tadi gi monthly checkup utk pregnancy 33 minggu..

everything ok.. (berat, HB, BP, urine bla..bla..bla..)

cuma 1 je berita yg x berapa best :
misi yg cek perut aku tu kata kemungkinan besar, baby aku songsang... pala kt atas, senget kt kiri skit. adeh! dulu pala dah kt bawah.. bila masa la plak baby ni pusing ni? hmm..

TAPI dia ckp MUNGKIN je la..
since dia teka2 dgn meraba2 je perut aku & guna alat yg dgr heartbeat baby tu je.
dia ckp dia ada terasa keras bulat kt atas perut aku. dia agak tu pala baby..
dia ckp lg, biasanya klau pala baby kt bawah, heartbeat baby tu dpt trace dlm kawasan bawah pusat. tp td dia jumpa heartbeat baby tu kt atas pusat la plak... wargh!! mcm betul je..
anyway, dia mintak confirmkan ngan doktor balik since doc bleh scan n sah kan... aku ada appt. yg doc ari isnin depan ni.
hopefully suma ok la..

and hopefully klau betul pun, sempat la baby ni pusing balik on time.. huhu..

Monday, October 12, 2009

Lunch di Secret Recipe


yup!
arini aku lunch kt Secret Recipe!!
terasa hati ni berbunga2 sekejap. hehe..
almaklum la.. jarang sgt2 dpt makan kt sini kan..
kecuali la ada org belanja. :D
mahal gilos utk rakyat2 biasa taraf aku ni!

orang belanja???
siapa kah insan yang baik hati itu??
ekekeh...

my Lil' Sis la..
a.k.a Acu si Asyraf.
since dia dah keja ni (ada la dlm 3 bln, gitu..), pemurah betul dia part2 belanja nih. hihi.. untung kt ibu ngandung yg sorang ni la.. ekekek..

TQVM, DARLING!
sedap! sedap!
leh aa banje lagi next time, ek!
mmuuaahhh...!
ni la insan yg comel lagi baik hati lagi pemurah tu!
bersama2 ngan air kami :
Ice Blended Chocolate with witted cream (lil' sis punyer) &
Strawberry Milkshake (aku punyer aa..)
sedap woo strawberry milkshake nih! :P

lil' sis order ni.. Japanese Soba.
dia ckp mee ni, mee organik.. bukan cam mee biasa yg wat dr tepung tu.wat dr apa ntah! x ingat dah! (short term memory lost betul la aku ni. hihi...)
sedap & sgt elok utk kesihatan. yup! yup!

aku nyer menu yg ini.. Pan Grilled Dory with Lobster Sauce.
ini pun SANGAT SEDAP.
x aku x berjaya melicinkan sayur2 itu sbb baru pas makan nasik 2 jam b4 lunch time tu. ekekek... (aci ke alasan gitu? hmm..)

kami dua beradik.
beria try nk amik gambar ngan makanan/minuman..
tp x berjaya. hahaha..!

i yev yu..!

ekekek..
since Asyraf dah pandai mengajuk cakap orang,
aku suka sgt ngajar dia perkataan2 baru setiap hari.

perkataan baru utk hari ini:
I LOVE YOU!!

aku sebut line ni bbrp kali je kt dia b4 kami kuar umah pagi ni..
and guess what?
spjg perjalanan gi spital (arini Asyraf ada appt. amik darah kt sana..),
sibuk la dia dgn eksaited nya skali menyebut :

i yev yu! (i love you!)
i yev yu! (i love you!)
i yev yu! (i love you!)

ekekek..
bijak nya anak mama nih!

"mama.. diddi..!! mama.. diddi..!!
i yev yu..!! i yev yu..!!


wargh!!
camner la aku x terjatuh cinta kt anak sendiri??
hmm..

Friday, October 9, 2009

sob.. sob..

adeh!
susah betul la jadi mama ni..
tgk anak nangis pd 1st day kena tinggal kt taska pun, bleh ngalir air mata.
isk! sabo je la..

arini 1st time si Asyraf kena antar ke taska..
sbb pasni pengasuh Asyraf x dpt jaga Asyraf dah..
and aku x tau la sama ada si anak yg lebih rasa susah kena tinggal
or si mama yg lebih rasa susah meninggalkan anak 1st time kt taska..
aiyark!

x sabarnya rasanya nk balik keja petang ni.
nk cepat2 gi tgk Asyraf!

Thursday, October 8, 2009

Dentist Baru Fak.Pergigian

yezzaa..
semalam aku seharian kt KL.
ada majlis perasmian dentist baru Fakulti Pergigian kt universiti tmpat aku keja nih.
canggih woo..
dlm 1 dewan besar tu, ada 30++ station persendirian utk student2 fakulti tu wat praktikal.
terasa jakun kejap la aku ni tgk peralatan2 yg dasyat2 student2 ni guna utk belajar.
(hmm.. aku ni manjang je la jakun bila ada menda baru. ekekek..)
untung bebudak skrg kan?
suma menda dah canggih2 dah skrg..
nape la dulu aku amik degree yg xde kaitan dgn sains, ha?
x merasa la aku guna peralatan pelik2 cam dorang ni.

jawapannya adalah kerana :
aku mana amik subjek bio/fizik/kimia time skolah dulu.
aku budak sains sosial, maa..!!
hahaha..!
(mula la cakap mengarut, aku nih! hihi... otak x brape btul la bbrp hari ni. :D)

Wednesday, October 7, 2009

aduh.. aduh.. aduh..


aduuhhh..!!
aduuhhh..!!
aduuhhh..!!

hmmm..
kenapa ber 'aduh' tu?
ada sesapa sakit ke?

hihi.. si Asyraf ni ha..
tgh ngomel2 marah sbb menan block2 baru dia ni asyik nk jatuh bila dah tinggi. hihi..
dah x stabil, jatuh la dia, sayang oii... ;)

Asyraf ni.. sangat lah suka dgn menan baru dia tu.
caya @ x, Asyraf bleh ngadap menda alah tu smpai 45 minit tanpa toleh kiri @ kanan tau!
sangat bagus utk perkembangan kreativiti n skill kinetik (penggunaan tangan/jari2) nya.

SEE..!!!
(serius sungguh muka org tgh konsentret wat keja ni. huhu..)
dlm masa 1 ari saje, Asyraf dah pandai susun blok2nya dgn tinggi skali. hihi..
usaha lagi ye, sayang!!

Sunday, October 4, 2009

Mari Belajar Bahasa Asyraf

arini, genap usia Asyraf 1 thn 5 bln..
wpun Asyraf blum secara rasminya bleh bercakap/borak,
vocabulary nya sentiasa bertambah dari sehari ke sehari, wpun pelat skit.
dah pandai tunjuk / bgtau apa yg dia nak.
kekadang, even dia x reti nk sebut sstu benda, tp dia paham klau org bg arahan kt dia
- tlg carik barang (remote tv/beg/dsbnya).. amik baju/seluar/pempes dia.. kutip/simpan balik brg yg dia dah sepahkan.. meh cium mama/daddy/adik (dlm perut).. salam ngan orang..

so, mari kita belajar skit antara bahasa2 Asyraf :

mama - mama
diddi - daddy
athuk - atuk
mpah - opah
acu - acu
tatak - kakak
tutu - susu
ni../tu.. - (smbil tunjuk apa yg dia nak ngan jari telunjuk dia)
tibi - tv
nah/bak - (smbil bg/nk barang kt/dari kita)
appu - lampu
atuh - jatuh
auw/adu..ii - (nk bgtau dianya sakit.. terlanggar or terjatuh)
eeaiyo - (nursery rhyme favorite dia - Old McDonald h0ad a farm.. E.I.E.I.O)
mmuk - nyamuk (nk bgtau dia gatal kena gigit nyamuk. ;))
no,no,no - (smbil geleng kepala - nk bgtau dia xnak sstu benda tu)
aiyo - hello
abeh - habis

air - air

well.. selain yg kat atas tu, byk lg perkataan yg Asyraf suka ajuk tiap kali dia dgr. tp setakat ajuk je la.. without faham/guna scr khusus perkataan tu balik bila dia nk.

so, pengajaran yg aku dpt bljr is :
Asyraf sedang dlm proses nk install segala menda yg dia nampak/dengar/pelajari setiap hari. so, kena la berhati2 dlm setiap tutur kata/ perbuatan kita..
nanti dia ikut!

dia bukan tau suma menda tu elok ke tak, kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails