Wednesday, January 26, 2011

psstt... nk kenal aku tak?


di tag dek syariza.. ;)

terima kasih byk2 lah sbb sudi tag aku yg kerdil ini..
ada juga org yg nk tau pasal aku rupanya. Hehe..

ok lah.


25 perkara pasal aku adalah (opss.. huraiannya panjang skit.. takpe ye..) :

  1. Nama aku, ANN.. dengan sebutan “AN”, bukan “N”.. tapi family panggil INA je.. nama ANN  ni, sbnrnya diberi dek kakak senior aku zaman skolah menengah (SBP) sbb ramai sgt gadis2 comel kt skolah aku tu guna nama INA.
  2. Anak ke-2 dari 4 beradik.. (nama ANN tu, sbnrnya singkatan dari nama ANGAH la sbnrnya.. hehe.)
  3. Kawen ngan en.hubby masa umo dah 27 tahun.  Dulu, masa muda2 dulu slalu berangan “aku nk kawen, paling lewat umo 26 thn.”  Tapi tersasar la plak 1 tahun. Hehe..
  4. En.hubby ku ada lah bestfriend ku since blajar matrikulasi – penat je aku bercinta n frust bercinta dgn org lain.. last2 rupa2nya jodoh dah kt depan mata dah lama.. aku je tak nampak. hehe..
  5. Melahirkan anak sulung ku secara czer pada usia 29 thn.
  6. Anak dah 2 org.. sorg lelaki, sorg ppuan. Alhamdulillah dah sepasang..  wpun x dirancang.. ;)
  7. Agak panas baran sbnrnya.. tp sgt cepat sejuk juga.. ;)
  8. Cepat tersentuh @ sedih sekiranya tgk citer @ baca berita pasal anak.. (aku kan seorang MAMA..)
  9. Dulu, sangat sangat sangat suka warna BIRU. Even theme time kawen pun, biru. Pulak tu anak sulung, lelaki.. maka nya, aku byk pakaikan dia dgn baju biru. Tapi since dpt anak 2nd ni.. perempuan la plak.. secara majik nya minatku in tertukar plak ke warna PINK. Haha..!!
  10. Suka bercerita.. tapi sgt segan & akan jadi pendiam sekiranya bersama dgn orang yg tak kenal @ tak biasa.
  11. Sentiasa ada kamera dlm handbeg. Pentingnya umpama purse. Huhu..
  12. Merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang.
  13. DULU masa skolah, sgt kuat main sukan. Stamina, superb! Penah jadi setiausaha rumah sukan, merangkap penolong kepada timbalan ketua rumah sukan.  Boleh lari keliling skolah + padang + area asrama tu 5, 6 round, sekali harung, tiap2 petang tanpa masalah. Penah wakil skolah main bola baling peringkat daerah.  TAPI SKRG, hampeh! Sgt xde masa (alasan semata je tu..) utk bersukan.  Naik turun tangga pun dah bleh mengah. Hahaha..!! hish. Takleh jadi ni.. AZAM TAHUN BARU AKU YG BARU : NAK AKTIF BERSUKAN KEMBALI. Yeay!!
  14. Caya tak korg klau aku cakap aku penah wakil skolah masuk pertandingan tarian tradisional peringkat daerah? Hehe.. percaya lah! Serius tak tipu ni. (aku sendiri pun smpai skrg still tak caya. Hihi..)
  15. Takleh minum Nescafe. Confirm akan pening lepas tu..
  16. Sgt suka bunga gerbera daisy & bunga ros.. tapi jarang sgt2 dapat.. huhu..
  17. Sgt suka tengok  menda2 cantik wpun sedar bahawasanya diri sendiri TAK KREATIP. Tu la pasal aku suka TIRU. Hihi..
  18. SGT SUKA PEGI BERCUTI @ TRAVEL.  tapi selalu tak kesampaian sbb masalah kewangan dan juga masa..  maka nya, selalu berangan je lah “kalau2 lah ada sesapa yg baik hati nk bagi adiah pakej percutian kt mana2.. alangkah bahagianya hidup ini!”
  19. Terasa cam tersalah pilih kerjaya sbb aku sbnrnya tak brape suka karang mengarang (minit mesyuarat @ kertas kerja) ni.. aku lebih suka kira2 @ matematik.  Tapi since di sini tempatku mencari rezeki yg halal.. maka nya, akan ku asah minat ku itu & teruskan jua dgn sepenuh hati. ;)
  20. Tak suka masak. Tapi since dah jadi isteri & mama ni… ansur2 lah belajar ye! ;)
  21. Suka tgk kartun. Bagus utk hilangkan stress.. ;)
  22. Suka makan kek, jagung, coklat, aiskrim & any sweet deserts. Yummy!!
  23. Dari semasa ke semasa (maybe 2 bulan skali ke..), aku & en.hubby akan sama2 amik cuti time hari bekerja so bleh letak the kids kt taska & pegi dating berdua. ;)
  24. Seorang insan yg SGT SETIA. Tak penah main kayu tiga ngan mana2 ex-bf ataupun en.hubby sendiri.. bila dah tetap dgn sstu, sgt payah nk ubah (aku penah guna softlan kuning dari zaman skolah (1995 kot..) smpai lah tahun 2004. Tak penah tukar wpun jenama softlan jugak, tp kaler lain skali pun.) à tu la pasal kenapa aku sgt susah nk tukar layout blog @ wallpaper blog aku once aku dah suka gaya cenggitu. Confirm akan patah balik ke gaya gitu tu jugak. Huhu..
  25. PELUPA tahap kronik. Aduyai..

Lastly kena la tag pada 25 orang pula.
tapi klau tak cukup 25 org, takpe ye!

err.. nk tag warga Nilai ni lah! 
hihi..


u all buat lah ye..
nak jugak kenal lebih dekat u all ni..
^__^

5 comments:

Anonymous said...

cekgu bg keje skola erkk???hehehe..

Anonymous said...

ooo ada gk tgk pasai nie.tp 25 cm byk.huhu..yg same tuh tang bab aku lupa...huhu..takde lak yg tag.hikhik

Hot Mummy said...

suke yang no.23 sebab same jugak ngn akak. amik cuti time keje nk g dating.

Faina Arisya said...

alamak kena tag... hehehhe.. nasib baik Ann msg kat chatbox.. baru perasan bila online kat umah.. kat opis dah kena block..

ada masa nanti.. akak buat yer.. seminggu cuti.. ada masa nak karang mengarang.. ehhehe..

syariza09 said...

kelakar pula yg no 4 tu..dh jodoh kann :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails