Saturday, March 26, 2011

abahku & "Coronary Stenting"

alhamdulillah, berkat doa semua,
abah ku arini telah selamat pulang ke rumah selepas jalani prosedur stenting semalam..
so, lepas ni, just bagi masa & ruang je utk abah agar dpt rehat leklok supaya bleh kembali cergas spt sediakala.

abah, mak & my lil sis masa sesi perbincangan ahli keluarga dgn Dr. kt spital,
utk decide kaedah rawatan yg nk dibuat utk abah..

untuk kawan2 yg dah ada pengalaman ahli keluarga yg ada sakit jantung, maybe dah familiar dgn "coronary stenting" ni.. tp untuk x penah dgr, rasa2nya bleh la kot aku citer serba sedikit, pasal prosedur ni (well.. sbnrnya sblm ni, aku pun harem tau apakebenda nya tu. x penah terfikir nk amik tau pun. :P)

well.. stenting ni, actually, salah satu kaedah rawatan kpd sesiapa yg ada mslh jantung, selain rawatan scr ubat-ubatan & pembedahan pintasan jantung (bypass). (sbnrnya masa memula kami sekeluarga jumpa Dr., Dr mmg dah suggest wat bypass je.. tp bila dah bincang2 suma, akhirnya kami decide wat stenting. sbb risiko komplikasi bypass ni jauh lebih tinggi & scary)

berdasarkan Dr. kt HUKM (well.. skrg dah dipanggil PPUKM (Pusat Perubatan UKM)) STENT tu kiranya sejenis rerelung dawai logam. Saluran sempit atau tersumbat tu dirawat dengan belon khas dan diikuti dengan stent, untuk memastikan saluran darah itu terbuka luas untuk membawa nutrien dan oksigen ke bahagian jantung yang berkenaan. klau saluran pembuluh darah itu tidak sesuai dirawat dengan angioplasti, selalunya jika melibatkan banyak tempat ataupun saluran yang kritikal, pembedahan pintasan koronari akan disarankan. - alhamdulillah salur darah abah sesuai..

Stent dilekatkan pada kateter belon dan di bawa ke tempat yang dikehendaki oleh kateter tu.. sampai di lokasi, belon tu dikembangkan dan serentak mengembangkan juga stent tu skali. Belon & kaheter ditarik keluar, meninggalkan stent di tempat yang dikehendaki di arteri koronari dan akan membuat salur darah ini kembang secara mekanikal. Kaedah ini boleh mengurangkan insiden penyempitan semula (restenosis) dalam 15-30 peratus kes (BERNAMA)

di bawah, ada lah video animasi bgmn prosedur tu dilakukan..


harapnya info ni berguna lah kt u all.. byk untung nya klau ilmu byk di dada, kan?

ermm.. x sabar nk menunggu hari siang, nk gi jenguk abah kt rumah nya..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2 comments:

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah..
mmg ayah ann kena byk berahat skrg ni..

good info..ohh..baru tau..sbbnya skrg ni pun mcm2 jenis kaedah rawatan utk jntung kan.

Anonymous said...

comelnye ur lil sis. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails