Monday, August 16, 2010

keletah nya si Asyraf

ini budak aa...


sgt keletah, wokey...
mulut tak benti bercakap. cam bertih jagung  je kekadang. hehe..
antara keletah2nya yg aku ingat wat masa ni adalah :

---------------------------------------

SITUASI 1 :

(aku tgh angkat tilam dia ke balkoni rumah.. nk jemur..)
Asyraf : mama.. apa tu? (mama.. wat apa tu?)
Aku : mama nk jemur tilam Asyraf ni.. tilam Asyraf kotor..
Asyraf : jemur tiyam Acap? tiyam kotor?
Aku : ye.. jemur tilam Asyraf.. 
(lepas sangkutkan tilam tu kt balkoni, aku pun tutup pintu & grill balkoni tu)
Asyraf : babai  tiyam..!! babai tiyam..!! (sambil lambai2 tangannya kt tilam tu.)
(hihi.. ada ke nk dibabainya tilam tu? hmmm...)


---------------------------------------

SITUASI 2 :

(tengah2 belek flyers tourism Malaysia kt umah.. tiba2 Asyraf tunjuk gambar scuba diver tgh bagi ikan makan dlm laut)
Asyraf : mama.. otomen (smbil tunjuk2 kt scuba diver tu)
Aku : otomen? mana otomen?
Asyraf : otomen.. otomen (ultraman) 
Aku : ooo.. bukan otomen la Asyraf.. scuba diver tu.. dia tgh bagi ikan tu makan..
Asyraf : otomen aa! otomen makan pokok...
(wah.. sgt lari tajuk ni. mana la datangnya pokok weh...)

---------------------------------------

SITUASI 3 :

(di rumah parents aku.. tgh pujuk Asyraf ajak balik Nilai)
En.Hubby : Asyraf.. jom! kita balik jom.
Asyraf : tanak!
Aku : jom la balik, Asyraf.. lenkali kita datang rumah atuk lg ye..
Asyraf : tanak..! tanak kawan mama!
(aik?? bleh plak xmo kawan aku??)
Aku : mana boleh tanak kawan mama? esok mama ngan daddy ngan adik nak pegi jalan2.. kalau Asyraf tinggal, camner nk pegi jalan2?
Asyraf : JALAN NGAN ATUK.
(adeh!)

---------------------------------------

SITUASI 4 :

En.Hubby : sepahnya rumah.. sapa sepahkan ni??
Asyraf : adik uwat... (smbil teleng skit pala dia.. dgn muka penuh inesen)
(hish! pandai ngelat dah anak aku ni. huhu..)

7 comments:

Diamilikku said...

alesha pun dah selalu dah buat dialoq tak kawan ummi..tak nak kawan papa...tapi only one at one time lah..dia tak leh kata tak nak kawan dua2...

z i e s y a said...

alahai..comelny anak akak...
geram. geram!
=)

mamalieyna said...

hikhik...bijak bercakap yeh! ^_^ dan bijak menjawab!

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Salam kak Ann,
jom singgah tengok tungku moden kat blog saya

http://bintanghatiummi.blogspot.com/2010/08/tungku-panas.html

Elin said...

heheheh..tomei jer asyraf. Lion yg di gigit tu cam wina punyer..hehe.

Mayiskandar said...

cutenye....geram jerkan bile anak dah petah berckp nih...kengkdg x terlayan pertanyaan derang tuh...

ann @ hatiberbunga said...

diamilikku > ha.. tu la nyer. skit2, "tanak kawan mama" skit2, "tanak kawan daddy". abis tu, klau xnak kawan kami, nk kawan sapa? adik? hihi..

ziesya > hik!hik! diri sendiri pun geram ngan anak sendiri kekadang. ahaks!

mamalieyna > mmg bijak bebeno menjawab. kekadang kita sendiri bleh mati akal. hehe..

cik yah > ok. roger! ;)

elin > uiks! ye ke? tu la nyer. tgh berkira2 nk beli satu lg utk ayra plak. manjang berebut lion yg satu tu. =)

mai > fuh! agak2nya perturun dari daddy dia yg mmg byk cakap tu kot! hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails