Friday, April 30, 2010

Hasil Terjahan

ingat entry ku pasal Scholl Dah Sampai Nilai aritu?
ha.. kan aku janji akan ku terjah itew butik?
skrg saksikan lah hasil terjahan aku ini.
jeng.. jeng.. jeng..


kami rembat DUA..
1. warna merah - aku punya!

1st time aku beli kasut@selipar@sandle warna merah.
tetiba dah bosan ngan warna hitam & putih. hehe..

2. selipar massage - en.hubby punya!
akhirnya "selipar oren" en.hubby itew bleh lah dicampak jauh2. hehe.. 
(sgt sakit mata tgk selipar oren kesayangan nya itew. huhu..)
scholl for kids?
lum sampai. hahaha..!!

wah.. jurnal lama aku tu wei!

aku jumpa jurnal lama aku balik!!
see..!!
(gambar depan tu, aku yg lukis sendiri tu tau 
~ x ingat dah camner TANGAN KERAS ni bleh menjadik lukisannya time tu. ahaks!)
psssttt...!!! ros merah kering tu, ex-bf yang bagi time berchenta dulu. hihi..

actually my mom terjumpa masa dia duk bongkar2 almari lama (almari lama tu nk dihapuskira) kt umah parents aku... belek punya belek, boleh aku gelak sorang2 baca suma2 entry kt dlm jurnal lama aku tu. wakakah..!! macam2 ada wooo... mengimbas la balik kenangan silam sekejap. ekekek.. last entry, bulan Mac 2002. zaman remaja tu. hihi...

~ t.e.t.i.b.a r.a.s.a d.i.r.i d.i.a.w.a.n.g.-.a.w.a.n.g.a.n. ~

Thursday, April 29, 2010

nak jugak...

lama dah sbnrnya dgr nama lensaMama ni..
tp pagi ni baru berkesempatan nk intai2..

dan.. sesungguhnya aku sangat sangat sangat lah suka tgk gambar2 yg Zaza capture ni.
mula la berangan nk mintak zaza photoshoot gambar kami sekeluarga.
tapi...
CONFIRM EN.HUBBY TAK BAGI.
atas faktor bajet & atas faktor my lil'sis dah ada kamera DSLR.
(lain tangan, lain hasilnya la, bang.. mana sama..)
hmmm... aduyai.. berangan dari jauh je la aku ni..
tapi.. cuba la tgk gambar2 kt bawah ni..
sapa x geram?
sangat cantik, ok??
(zaza.. i pinjam gambar2 you ni ye.. hihi..)


Wednesday, April 28, 2010

Toing.. Toing.. Prakk..!!

tgk la apa dah jadi ngan cermin mata kesayangan ku ini..
patah... dah jadik 2 pieces.. 
hasil kreativiti anak bujang ku itu.

x smpai setahun nasib si cermin mata ini.. sian dia..
aku beli masa awal2 preggy kan si Ayra tau..
sangat2 lah sayang spek ni, ok?
tp nk wat camner?
dah nk jadik, kan..? hmm..
seronok sgt Asyraf main spek ni bila terjumpa kt atas tilam
(aku baru la nk rehat2 kejap balik dr keja. huhu..)  
sbb spek aku ni berspring. 

toing! 
..
toing! 
..
toing! 
..
toing! 
..
toing! 
..
toing!

akhirnya bunyi PRAAKKK...!!! 
aiyok! 
sian kt Asyraf.. 
sian jugak kt si cermin mata LEVI'S aku itew...

tapi yg pasti..
SALAH AKU.
SAPA SUH LETAK CERMIN MATA KESAYANGAN TU RATA-RATA??
PADAN LA NGAN MUKA AKU. 
HUHU..

Hari Award Sedunia

hahaha..! memang xleh blah punya tajuk.
masuk yg ini, maka jumlah kseluruhan award blog utk hari ini sahaja dah 3 bijik. 
gila award! (sila baca dgn nada iklan 'gila kentang' itu ye. hahaha..!)
kali ni, dpt award Mommies Blogger Award plak.. 
dari UNAI.
TQ, DEAR..!!

award khas utk semua kaum hawa yg dah bertitle ibu@mama@bonda@ummi dan seangkatan dengannya yg suka berblog cam aku ni. hihi..

tp award bersyarat ni, kena letak gambar mommies tu dgn the kids.
hmmm... aku try bongkar2 kamera n pc aku ni..
carik punya carik, x jumpa gambar aku bertiga dgn the kids (me + the 2 angels)
byk gambar daddy & the kids je. 
(ni mesti gara2 aku la yg tukang amik gambar ni)  
akibatnya, hampeh xde gambar ber3. klau ada pun, buruk. huhu..
xpun, gambar ber2 dgn salah sorg anak2 aku.
xpe la ye.. aku combine kan jadik 1 gambar camni ye.. bleh la ye..
(maka.. ada alasan utk wat photoshoot lagi..!! 
acu, sila standby dgn kamera mahal mu itu, k! hehehe..)

dah tempek..
maka.. wajib lah dikongsi bersama.
meh la.. kawan2 yg bertitle mak2 nih.. yg blum dpt award ni.. 
meh la amik.. kita kongsi ramai2, k! 
*wink!* *wink!*

Award Warna Pink!

award lg..!!
sejak dua menjak blog aku dah jadik warna PINK, byk beno menda2 pink yg aku jumpa. hehehe..
antaranya award ni.. 1 lagi award dari AYU

i like! sweet gitu..

kali ni award tanpa pengeras.
so. aku dgn berbesar hati nk bagi kt SEMUA FOLLOWER aku yg sudi jengah blog aku ni..
tanda ingatan dan terima kasih SEBAB tanpa you all, siapa lah aku ini. chewah! 
*wink!* *wink!*

pagi2 dah kena bebel

adeh! camner la bleh kena bebel ngan en.hubby pagi2 tadi??
sebab apa??
SEBAB PUNCH CARD AKU MERAH!!
aku punya yg merah tau.. bukan dia punya yg merah..
wargh!

antara nyanyian2 syair en.hubby yg merdu itu :
"camner la bleh makin dekat rumah dgn opis, lg lambat gi keja ni?"
"x kan nk bagi alasan 'anak meragam' @ 'mesin punch card rosak' je manjang?"
"apa yg awak buat pagi2? kata bangun awal??"

byk betul question mark dia. huhu..
tp aku x kuasa nk jawab. diam je la..
karang menjawab, jadi lagi panjang plak bebelan dia.
wat serabut otak je pepagi ni. huhu..

tp sbnrnya, sesungguhnya betul la anak meragam & mesin punch card tu rosak..
x tipu tau! sumpah!!
sejak dua menjak anak dara kesayangan aku tu tdo lmbat (kul 3 - 5 pagi baru tdo), timing tdo aku mmg dah super lari. aiyoo...
pulak tu, mesin punch card kt opis tu bleh plak hang pagi tadi!
nk proses aktiviti punch card ssorg tu je amik masa 30 - 45 saat. (mesin canggih bebeno!)
walhal masa aku smpai kt mesin tu, baru 7.59 AM. hehe..
lgpun, gi opis hubby dulu, punch card dia dulu..
tu yg jadik masa rasmi aku tu 08:02:43 AM

p/s : abang.. bulan ni baru SEKALI ayang MERAH tau.. mana leh guna perkataan "selalu". adeh!

Tuesday, April 27, 2010

Award dari Kawan Baru - AYU

sukanya hati..!!
arini, dlm keadaan kelam kabut keja kt opis, sempat gak intai blog. hihi..
and guess what? 
aku dapat AWARD seh..!!

dari kawan blogger aku yg baru : AYU (hadifhadifah)
AWARD BEAUTIFUL BLOGGER tu..!
(cantikkah aku? ekekek..)
nway, tqvm, dear!
i love u too. hihi..

tp biasa la.. mana ada menda free dlm dunia ni, kan?
wajib ada pengeras skit :

1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda) - DONE!
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut - DONE!
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award -

hmm.. siapa ye?

9. unai
12. ida

ok, dah!
ha.. apa lg girls?? sila.. sila..
ambil lah.. jgn segan2.. ;)

Monday, April 26, 2010

pagi ke.. petang tu?

sesungguhnya jam ini menunjukkan pukul 4.
dan sesungguhnya pukul 4 itu adalah pukul 4 PAGI.
ye.. tuan2 dan puan2..!
4 PAGI ye..! BUKAN pukul 4 PETANG.
PAGI.

dgn gambar2 bukti di bawah, maka tau lah kenapa muka aku arini kt opis mmg sangat2 x bleh blah. huhu...
sgt tinggi kan punggung anak dara ku ini?
hahaha..!!

ini la aktiviti Ayra setiap malam di kala semua org sibuk tdo.
terutama dlm seminggu dua ni.
sibuk ajak mama dia main.
sengih2.. gelak2..
aduyai sayang... mama ngantuk ni.. erk!

klau semua nk tau.. 
malam tadi Ayra akhirnya tdo pukul
5.30 PAGI.
pastu kul 6 lebih, si abang plak bangun. 
hehe.. sgt bahagia diri aku ini! ;)

Dress Feveret Ayra

ni la dress feveret Ayra..
a.k.a dress feveret yg aku suka pakaikan kt Ayra. hehe...
bila tengok Ayra pakai baju putih suci camni, sejuk mata memandang, tau...

Sesi Memanjakan Diri

kekadang, best jugak melarikan diri dari dunia sebenar wat sementara waktu & memanjakan diri kt Spa mana2, kan? lagi best, klau siap urut, scrub badan, mandi susu, sauna, semua2 tu.
tp oleh kerana masa terlalu la dengki ngan aku & Bonda..
(pegi time rehat jumaat je..)
maka sempat wat facial je la..
hahaha..

yg terletak kt kuaters KLIA.. dekat2 area Nilai ni jugak je..
nk pegi jauh2, ntah bila la kan.. hehe..

tp aku suka sangat2 Spa si yanie ni.
tema pepel.. salah satu feveret kaler aku. hihi..
layanan pun tiptop.
Yanie ni, kawan2 sesama PCM dulu.
(skrg aku sgt JARANG masuk PCM. bz! uhuk!uhuk!)

sampai2 je, kaki kan direndam ngan air garam suam..
pastu diurut2 ngan minyak lavender.
sgt la best! hihi..

minah kontrol cun. ahaks!

yanie start ngan aku dulu.. sebab aku nk wat facial resdung..

smbil diiringi ngan alunan jeritan anak2 yanie yg sangat hensem lg peramah :
Danish & Farish.
dengan aku2 skali si Danish nk wrestling. hahaha..!!
*love*

pastu turn aida lak..
ini la bilik treatment tu..
sgt selesa, ok! hihi..
(sila abaikan katil yg berselerak itu.. aku 'sangat rajin' utk kemas balik lepas treatment aku. hehe..)

akhir skali, ini ruang utk pegi ke bilik2 sauna dsbnya. 
sgt cantik, kan? 
konklusinya, aku sgt puas hati dgn 1st trip ini.
klau xde aral, bleh la pegi lagi. 
(tp lepas gaji aa.. lalalala...)

p/s : tetiba tgk gambar kejap clear, kejap blur, kejap clear, kejap blur.. --> bleh plak bateri kamera nk kong plak time tu. sabo je la. hehe..

Terjamin Sudah Masa Depan Ayra..

dengan sampainya kad medical Prudential BSN-Takaful ini, 
maka dengan rasminya 
terjamin sudah masa depan Ayra..
alhamdulillah...

Thursday, April 22, 2010

Sila Makan Tauge, ye..

Kengkawan suka TAUGE??

aku suka! 
tp dah dipaksa pantang dek bidan yg urut aku time bersalin aritu, 
klau planning nk jarak kan anak.. 
atas alasan ini. hihi.. :
"Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan."
lain2 khasiat tauge (berdasarkan emel dr seorg kawan ni..) :
  • bleh melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar & pankreas.
  • bleh meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta cegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
  • utk wanita : hindar dari kanser payudara, PMS, simptom menopaus & gangguan akibat menopaus.
  • bleh menghalau "lemak jahat" LDL.. elok utk mereka yg berisiko penyakit strok & serangan jantung.
  • antioksida kuat yg menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA (leh wat awet muda, you! hihi..)
  • bantu buang kotoran dlm usus besar.

sehubungan itu, apa lagi??
SILA MAKAN TAUGE, YE..
hehe...

aiyoo.. kena tanggung keja ke?


adeh la..
baru dpt call dari org HR..
mintak aku tanggung kerja salah seorg pegawai yg baru bersalin..  
(filzah, tahniah ye..!! dapat baby boy. ;))
patut gumbira? or patut serabut otak?

aku ni.. mmg jenis yg x brape gemar nk berkira atau nk membantah arahan keja dari sesapa pun sebenarnya.. dengan diri aku yg baru je naik keja lepas 2 bulan cuti bersalin ni (baru ke.. anak dah nk masuk 5 bulan dah ni. hehe..), bila org mintak tolong camni.. kesian jugak.. sbb dulu kita cuti bersalin, org lain jugak yg tanggung keja kita kan..? sangat lah sedar diri, okey...

tp tu la. mslhnya aku sendiri jaga 4 jabatan. dgn bantuan 2 kerani je.. so, klau campur jabatan baru yg bakal ditanggung ni, makanya jadi 5 jabatan lah bawah seliaan aku. (a.k.a : 5 bos! hehe..) mampu ke aku ni??

xpe.. xpe..
anggap je tambahan tugas ni sbg CABARAN buat aku.
bak kata Dato Naib Canselor ku masa perhimpunan bulan April lepas :
Allah pernah berfirman :
"Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya" 
Al Baqarah : 286
dalam erti kata lain, Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yg mampu ditanggung oleh hambaNya. pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya. 

and.. elaun memangku itu sebagai bonus untuk masuk umah baru nanti. hehe...
yahoo..!!!

Wednesday, April 21, 2010

Pesal La Kamu ni Terlebih Bijak, Asyraf oi..

orang biasa kan.. klau bagi air kotak.. dia minum, kan?

Asyraf.. anak ku yang bertuah ini, pk lebih daripada tu tau...
sbb.. air kotak.. klau ditekan.. airnya akan keluar dr straw itu..
tambahan pulak.. klau air tu, air ribena.
confirm berwarna pepel cantik!
tambahan lagi.. klau air berwarna pepel cantik itu jatuh atas kapet berwarna cerah.
mesti cantik corak2 yg terhasil kan???

sekali fikir --> mmg bleh hangin 1 badan.
ingat senang nk cuci air manis berwarna tu klau dah kena kapet? wajib la semut dtg nanti.
tp.. 2 kali fikir --> bijak & kreatif anak aku ni!
bleh think out of the box. ;)

huhu.. mmg x leh kata apa la...
kecuali ini :
"astaghfirullah hal azim..!!"
"apa Asyraf buat apa tu??"
"nape Asyraf wat camtu?"
"abis la kapet mama ni, sayang.."
"lap balik. amik kain ni, lap."
(and the bebelan goes on and on and on... bla bla bla..)

dan Asyraf, menjadi anak yang baik, amik jugak kain buruk yg aku hulur and lap kapet buruk ku yang dah tercedera tu sambil wat muka sedey.. wpun aku tau, usahanya tu xde menghilangkan pun kesan kecederaan yang dah berlaku tu. hehe...

lepas selesai lap, dgn air mata yg lum kering, perlahan2 dia gi kt pintu rumah, nk bukak pintu sambil sebut "didi..didi.. (daddy.. daddy..)" (daddy nya xde time tu.. kuar gi kedai jap)
--> dah pandai nk ngadu ngan daddy yg mama ni garang...! erk!

sian anak kesayangan mama ni.. (kejam kah aku ini?) huhu.

ini la air kotak durjana itu..
*cortesy of mr.google*
pengajaran : daddy.. jgn beli kan lagi lah air kotak.. air lain lah yg dia xleh tekan2 lagi. hehe..

Ayra vs Playmat


ini playmat Asyraf..
Acu bagi adiah Asyraf masa Asyraf baby dulu.. (tq, dear!)
tp Asyraf ni.. haram nk duk n main2 kt playmat tu dulu..
byk sgt menda lain yg menarik perhatian dia. hihi..
so, skrg Asyraf dah ada adik..
makanya mama bagi lah adik Asyraf utk main plak.

Ayra lak, x macam abangnya, Asyraf...
dia sangat suka main2 kt playmat ni tau! yeay!
  • suka tgk menda2 yg gantung2 tu gerak2 tiap kali klau Ayra tendang @ pegang tiang dia..
  • suka nk capai menda2 gantung tu..
  • gigit2 & lanyak2 menda2 kt lapiknya yg leh kuar mcm2 bunyik. hihi..

tp biasa la.. Asyraf, bila adiknya main kt situ, baru la sibuk nk mencelah.
tp klau si Ayra x main kt situ, pandang sebelah mata pun Asyraf bertuah ni xmo.
sabo je la, kan??

p/s : gambo x lawa la plak.. amik ngan enfon ku yg cikai itu. kamera kena pinjam ngan lil' sis. huhu..

Tuesday, April 20, 2010

pabila otak * blank! *

bila dah xde sangat idea nk apdet blog, 
tapi hati meronta2 nk perabih kan masa gak kt internet, 
so apa yg aku buat??

antaranya adalah :
jejalan kt blog kengkawan..

lepas perasaan kt facebook..

install google desktop ni kt desktop..

dan.. perabih duit kt sini..
(hahaha.. en.hubby, sila jgn marah aa.. *wink*) 

memang dasar hobi men internet. 
so, hadap la ye! 
hahahaha...!!

Monday, April 19, 2010

Status Terkini : *Ngantuk* + Penat

pala otak tgh weng...
sbb badan sgt2 penat & ngantuk..
sbb melayan tuan puteri ku itu yg tido kul 4.15 pagi malam tadi.
adeh! apa mslh adik ni ye?
dah seminggu dah tdo lambat camni.
siap nangis xmo letak. harus didukung tegak smbil dibawak jejalan keliling rumah dari kul 11 mlm smpai la dia terlelap dgn sendirinya dlm kul 1 - 4 pg.
ada sesapa kaco adik ke ni?

harus ku carik ustaz2 kt sini yg bleh tolong..
sian adik.. and.. sian jugak kt mama ni..
huhu...

Saturday, April 17, 2010

Selamat Malam - Faizal Tahir

love this song..
love him too! hihi...



Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Friday, April 16, 2010

Jawapan Teka-teki Hari Jumaat

Jawapan Teka-teki Hari Jumaat adalah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
TADA..!!
betul..!!
10 markah utk MAI yg dapat jawab dgn tepat sekali. hehe..
(warga Nilai yg ada anak kecik & rajin beli kt kedai ANAKKU, Giant tu mesti lah tau, kan! hehe..)

org kedai ANAKKU tu ckp beg plastik dorg dah abis & tgh tunggu oder stok baru x sampai2.. 
terpaksa pinjam beg plastik jiran sebelah. 
apa da.. sungguh x professional. hihi...

Teka-teki Hari Jumaat

cuba teka apa yg aku beli dlm beg plastik ini?


hehe..

Tazkirah : Doa Untuk Anak

dapat emel ni dari kawan.. maybe bleh jadik panduan & ingatan utk semua (diri aku sendiri, sila ambil perhatian, ok!)




1) Bacakan doa di atas kepala anak, hembus di kepalanya, ubun-ubunnya atau jantungnya insyaallah anak tidak degil.

2) Al-Fatihah sebagai satu senjata utk merangsang daripada melakukan sebarang masalah.

3) Ayat Qursi utk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca utk menghindarkan anasir negatif yg masuk ke dlm badan anak yg menyebabkan mereka degil.

4)Surah Alam Nasyrah. Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati & mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati.

5) Surah Adh-Dhuhaa 1-5. Untuk anak yg malas sembahyang, degil, suka bergaduh & tension. Inilah surah utk anak menjadi solehah & soleh, lembut hati & dengar nasihat.

6) Doa Nabi Daud, "Ya Allah lembutkan bagi (nama anak) hati sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud".

7) Surah Al-Anbiyaa ayat 69. Utk anak2 yg susah hendak sembahyang & liat sangat, doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud " Ya Allah jadikan aku & anak-anakku org yg mendirikan solat".

8) Doa Manzzill - kombinasi ayat Al-Quran yg telah diajar nabi pada para sahabat kemudian ditulis oleh ulama.

9) Doa inilah sebagai senjata paling berkesan yg akan mengukuhkan iltizam kita & mudah menarik rahmat serta hidayat Allah supaya anak2 kita menjadi hebat.







Thursday, April 15, 2010

Berlinangan Air Mata Ku..


terjumpa link ke blog MUMMY BAYA ni kt blog AYIEN..

lum sempat abis baca entry2 nya itu, dah meleleh2 dah air mataku ini, menangis! sangat sedih, ok!
aku seolah2 sgt2 dapat rasakan apa yg Mummy Baya lalui.. --> aku juga seorang ibu!

tiba teringat kat Asyraf & Ayra yang kerap demam sejak dua menjak kena antar ke taska ni..
moga2 mereka dilindungi Allah.. amin..

Wednesday, April 14, 2010

TCB 1st Giveaway



saya patut menerima giveaway dari TCB ini sebab :
  aku yang antar ko ke klia time nk pegi Dubai aritu. hahaha... 
dah jadik cita2 aku dari dulu lagi nk gi Dubai ni.. nk tdo kt hotel yg SUPER GLAMER sebab SUPER CANTIK & SUPER MAHAL tu. hahaha.. lgpun nk tunggu The Kampeni antar aku ke luar negara cam bonda ni, terasa cam jauh panggang dari api je.. lgpun lagi, mana la tau kot2 berkat aura adiah giveaway bonda ni, The Kampeni ternampak keterampilan aku plak.. mana la tau, ye tak? hihi..

(huh! sungguh panjang alasan itew. hihi..)

detail giveaway ni, leh refer kt SINI.

Tuesday, April 13, 2010

Aku Ada Gold Card..!

aritu saje gatai mohon kedit kad Bank Islam..
sbb ramai org kata ia xde interest.. maklum la.. islamic, kan..?
saje je la wat standby kot2 kes emergency 
(kekononnya la.. ekekek..)

sekali, hambik ko!
dia bagi GOLD CARD terus!
(nasib baik x bagi platinum. mau aku pengsan sekejap. haha..!)

diorg ni.. apa la.. saje je nk suruh aku shopping lebih2 tau..
huahuahua..!!

Bubut Kena Langgar!

bubut, kucing kesayangan my lil' sis, kena langgar keta semalam..
sgt sedey, ok.. bila dpt berita dr my lil' sis ni.
nk nangis, bleh? hmm..

alkisahnya bubut kena langgar ngan keta parent anak murid tusyen my mom, tatkala me'reverse' ketanya kuar dr parking depan umah. si bubut ni dah ler memang suka sibuk tiap kali kami suma nk kuar keta. aduyai.
nasib baik nyawa kucing itam bulu panjang lagi manja itew masih panjang.
kakinya aje yg tercedera. tergolek dok je kt umah, x bergerak2.

doktor ver yg cek bubut tu lepas raba2 je kaki bubut.. xde wat xray pun.. pastu senang2 je dia wat konklusi xde pape.. maybe kaki bubut terkena libas je. adeh la..
so, dia bagi bubut balik umah. cuma dia pesan klau dlm 3, 4 ari ni kaki dia xde progress yg cun, dia mintak bawak balik klinik utk wat xray.

hmm.. hopefully, bubut recover la cepat2 ye..
jgn wat tuan kamu susah hati ye..

apdet 16 April 2010 : bubut dah bleh jalan balik dah! so, no worries anymore. ;)

Terasa Cam Nak Buat Contest La..

melihatkan ramai kengkawan rajin menbuat contest & giveaway..
dan diri aku yg juga rajin masuk contest & giveaway..
(wpun x penah menang. wakakah..!!)
mula la timbul hasrat nk wat contest @ giveaway gak.
saje suka2 di smping tambah kenalan. ;)

dah lama sesangat sbnrnya aku duk berkira2 nk wat menda alah ni..
dr awal thn 2010 ni lagi sbnrnya..
tp takut xde orang yg sudi nk join.
maklum ler.. kita ni bukan la blogger tegar cam kengkawan lain. hihi..

2nd besday Asyraf dah makin dekat.
lagi bbrp minggu je lagi.. : 5 Mei 2010
so, ingat nk buat la satu smpena besday dia..

ermm.. korang sudi ke nk join??
and.. klau aku buat.. korang2 nk adiah yg camner??

Monday, April 12, 2010

Site Visit Si Kontraktor Kabinet

ahad lepas, si kontraktor kabinet rumah kami dtg nengok umah kami yang SUPER KOSONG tu. 
hehe.. best nya! 
terasa angan2 ku dah hampir sgt2 nk jadik kenyataan. 
wpun en.hubby kata kabinet2 ni akan jadik perkara terakhir after grill / wiring / lampu dsbnya.. hati ni tetap rasa berbunga2. ;)
hmmm... bila la en.hubby kesayangan aku ni nk benti merokok ye? 
mcm x lut je kerajaan abis berjuta RM duk wat kempen "berhenti merokok". haram ada kesan kt dia. adoi la..
(tetiba lak tertukar topik. hahaha..!)

jejaka gebu baju kelabu tu abang din (opismate en.hubby)..
dia pun tgh dlm proses nk renovate umah dia. tu yg duk nyibuk skali tu. nak kidnap idea design kabinet kami ke, abg din? hehe..

apa kes la aku amik gambar blkg org je, kan?
hehe.. sebab.. gambar ni aku snap dr dlm keta... x kuar sebab ini :
tuan puteri kelaparan da.. hihi...

Scholl Dah Sampai Nilai!

wahai peminat2 kasut jenama Scholl..
(aku ler tu.. hihi..)
mohon perhatian bahawa Scholl dah smpai Nilai dah!!

smlm masa saje nk buang masa round2 area parking kt Giant Nilai,
(mmg sah org ni weng gi buang masa cenggitu. ahaks!)
sesungguh nya aku terperasan BUTIK BARU SCHOLL ini!!
lokasinya kt ujung row kedai baru bukak kt parking Giant tu. 

eksaitednya aku bila nampak butik ni, en.hubby je yg tau. sanggup pusing balik tu nk amik gambar nk wat laporan kt blog punya pasal tu. hahaha..!!
aku ni mmg peminat tegar kasut2 Scholl dari zaman dulu kala lagi.
(sesungguhnya kasut Scholl la yg setia ngadap kaki2 gemoks aku masa aku preggy 2 kali. hihi..)
tp skrg ni susah nk jumpa kedai2 yg jual design2 baru Scholl nih, kan?
nak sgt singgah smlm tu.. 
tp sbb keadaan tu x brape mengizinkan.. (mcm2 hal!)
n butik Scholl ni pun, esok masih ada kt situ lg..
terpaksa la aku hold tu hasrat murni aku tu.

xpe.. xpe.. tunggu la.. 
harus aku terjah engkau x lama lg. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails