Friday, December 31, 2010

song for today : The Duck Song


 Song for today :
THE DUCK SONG


may this song stuck in your head for the coming hours
as i did each time i played it for my kids!
hehehe..

lagu feveret my kids ni! ;)

Khairul Fahmi - tempiasnya smpai lah ke blog awek nya


Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010!!
yahoo..!!

aku ni yg tak penah nk layan bola pun boleh terlayan time game Malaysia-Indon kelmarin.
sebab pe?
sebab masa mula2 tengok 1st half tu,
terkedu bila incik Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) ni berjaya tepis penalty kick dari team Indonesia dengan selamba nya..

akibatnya, terus aku terkedu depan tv sampai ke akhirnya sesorang smbil ditemani the kids.
en.hubby takde sbb kena keja, as usual.

tapi mmg tabik spring la kt mamat ni.
mmg terer la dia.
(en.hubby mmg suka bangat ngan dia nih - since KFCM tu kan sama negeri dgn dia.. hihi..)

akibatnya ketereran dia ni lagi,
nama dia terus melonjak2, mencanak2 naik.
blog Elia (awek dia) pun secara automatiknya menjadi tempias.
semalam intai, follower 1000++..
pagi ni aku intai skali lagi, follower dah 5000++!!!!
gilos!!!
(bila la blog aku nk glamer cam tu eh? hihi..)

tp honestly, 
aku mmg suka baca blog si Elia ni..
sgt2 sweet.. plus bila dia citer pasal relationship dengan jejaka idaman malaya tu.
good fo her. ;)

again,
TAHNIAH buat Malaysia!
TAHNIAH buat KFCM!
TAHNIAH buat Elia!

** mesti ada yg ckp "eleh.. org dah tau dah dr semalam.. ko je yg tertinggal ketapi!"
- err.. semalam aku BZ la wei.. x dan nk bukak blog. entri2 smlm pun autopublish sajork! :P


Thursday, December 30, 2010

bionic!


mesti korang penah tengok menda alah ni kan?

skali naik RM2 je..
kat Giant, Nilai.

meh layan aksi dua beradik ni main meh.
lagak takmo senyum langsung!
macam kena paksa je naik..
tapi bila ajak balik, beria duk keras2 kan badan takmo balik & nak naik lagi. hehe..
 memula Ayra je yg naik.. (menda alah ni bergerak tau! tak duk statik je..)
si Asyraf sibuk nk main kt playground kt sebelah tu.
tapi spt biasa..
apa yg Ayra main, harus la si abang nak main juga.
contoh terdekat :
menatang lain punya la banyak..
nak jugak menatang merah yg adiknya naik tu.. hehe..
oleh kerana tu, terpaksa la bawak lari Ayra utk naik menatang lain.
utk pengetahuan, menatang2 ni je yg saiz kecik.. sesuai utk dorg.. yg lain2 besar2..
layan kan je la..

dah cukup 5 minit, menatang ni akan benti dgn sendirinya.
tp Asyraf x puas.. 
kesian punya pasal tengok muka Asyraf yg sedey tu, kakak yg jaga booth tu, bagi Asyraf naik yang besar ni plak. paling best, yg ni FREE..!! (agak2nya dia jatuh cinta ngan muka2 comel anak2 mama ni kot! hahaha..!)
 adik join!!! yezza..!!
ok. dah.
jom pegi beli barang rumah plak jom! :)

tudung saji pun bleh jadi mainan tau..


klau dah namanya budak2 kan..
tudung saji pun, bleh dijadikan mainan, kan!

hehe..

aku beria la letak bantal tu kt situ..
takut Ayra jatuh terlentang..
tapi last2, dia terlentang jugak kt lantai.. x kena pun bantal tu.
nasib baik dia terlentang versi perlahan. hihi...

abg Asyraf naik join jugak!



(aduuyai.. kualiti gambar sgt lah menyediakan.. hmmm...)

Wednesday, December 29, 2010

pemancar laser goalkeaper Indon dah dikenalpasti...!!!


kecoh betul org duk pertikaikan isu pancar2 laser kt penjaga gol Indon
masa game bola Malaysia Indonesia, 
ari ahad lepas.


siasat punya siasat,
sekarang kita dah tau siapa punya angkara..!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AWAS!! 
hihi..

:)

mana Asyraf?


cuba tgk gambar ni betul2..
korang nampak tak Asyraf??


hehe..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ya!!

itu dia!!
dalam lah kotak! ;)

hehe..

Tuesday, December 28, 2010

sampai hatimu, wahai anak..


Asyraf : MAMA BELON!
Aku : huh? mama belon???
Asyraf : aah. MAMA BELON..
Aku : mana ada mama belon.. mama cantik la..
Asyraf : tak.. MAMA TAK CANTIK..!! MAMA TAK CANTIK!! MAMA BELON..!!
Aku : (waaaa...!!!)

maafkan ku, kawan...


memula aku mohon ampun dan maaf kepada semua 
sebab 2, 3 minggu ni aku tak dapat nk melawat blog2 kengkawan scara serius. hanya dapat terjah ke bbrp blog je..

atas alasan, BIZI. 
bizi kt opis toksah cakap la.. mmg hampir2 tak menang tangan.

then, bila balik rumah, 
1. confirm takleh bukak lappy time the kids masih berjaga.. mau jahanam lappy kesayangan ni dibelasah dek dua beradik tu. huhu..
2. badan dah macam tenaga solar.. bila budak2 tdo je, dgn mama mama nya skali harus hilang. penat la konon.. ;)

blog pun, kekadang apdet... kekadang tak..
tapi bila apdet pun, kebanyakannya AUTOPUBLISH je. hehe..

plus, sejak dua menjak network kt opis aku tetiba ter jadi HEAVY TRAFFIC atas pelbagai sebab,
pihak IT dah block segala jenis macam website social networking, including la blog.
bila otak dah tepu time keja, kekadang, teringin jugak intai blog kengkawan.. bleh gak release tahap ketepuan otak itu, wpun hanya 5 @ 10 minit, kan! tapi bila dpt bukak blog2 pun, byk function kt blog2 takleh guna. yg paling sedih la, KOMEN TAKLEH KT KOTAK KOMEN (tu yg aku rajin komen kt shoutbox kengkawan je skrg tu. hehe..)

maka nya, 
maafkan la aku...

majlis Cukur Jambul Anak Kazen


Tarikh : 25 Disember 2010 - Hari Krismas
Tempat : Tg.Malim, Perak

ari sabtu aritu kami pegi kenduri sempena Majlis Cukur Jambul Firas (my kazen's 2nd boy)..
majlis patut start kul 9 pagi..
but since kami dari Nilai pagi tu,
dengan tambahan2 rintangan yg ada..
kami smpai lewat skit.. dlm kul 11 pagi.

time tu, majlis dah abis dah..
tp sempat snap gak gambar team marhaban ni..
serba biru!
team marhaban ni sama lah ngan team marhaban time kami wat Majlis Cukur Jambul Asyraf dulu..

(selingan jap gambar sekitar majlis Asyraf dulu! hihi..
nk terang gambar, sila la klik utk tumbesaran ye!)


aku suka sesangat team ni..
lagu dorg sangat lah best!
baby2 yg dengar pun, diam je.. stim oo.. melayan lagu2 dorg ni. ;)

ok. back to the majls..
perkenalkan, baby Firas!!
sgt ensem berbaju melayu biru.
(mata tgh stim duk layan lagu marhaban. hehe..)

Ayra with Acu & Mak Iti & abg Haziq

suka sgt muka Asyraf time ni.
mood tgh baik nak senyum manis utk kamera,
wpun tudung aku sendiri berterabur. :P

comel tak Ayra bertudung? ;)

laju.. laju..
buai ku laju..

last but not least,
ni la tuan rumah nya!!
my Mak Ngah with my Mom
(mak! jgn lupa letak gambar ni kt Facebook ye! 
ramai kawan lama dok rindu tu! hihi..)

  

food heaven!


kt opis aku ni, ada 1 kafe baru nk buka..
utk kemudahan student2 kt kolej kediaman dorg yg baru..
maka nya, 
utk pilih pembekal makanan,
of course la kena ada sesi test2 makanan ni kan! (food testing)
semalam la al-kisahnya..
ketua-ketua jabatan, diberi mandat utk jadik penilai.
aku ni.. biasa la..
harus menjadi wakil kpd bos bila bos bz. hehe..
tambahan lg bila part makan free ni : WAJIB PEGI ooo! :P
(tak baik ooo.. tolak rezeki.. hahaha..!!)

time food testing ni, 
ada 28 pembekal yg datang.
yg masing2 bawak 3 @ 4 jenis makanan.
so, korang bayangkan la..
harus lah ia menjadi HEAVEN utk kami mamam. :P


aku ni.. bukan ler diet, ok!
cuma terpaksa amik portion kecik tu sbb :
1. aku bekfes berat giler pagi tu. (till kul 12 pm tu, perut still kenyang)
2. giler apa nk makan 1 pinggan besar dari 28 kaunter? (ingat perut aku ni tong drum? ekekek..)

antara makanan yg ada time food testing tu :
nasi beriayani, nasi ayam, nasi tomato, nasi lemak, nasi arab, nasi campur (+ macam2 lauk yg.. fuh..!!), mee goreng, mehun goreng, soto, mehun sup, kuihmuih, kebab, roti bun, laksa johor, laksa penang, nasi pataya.. err.. apa lg? hehe..

apa yg dinilai?
HARGA
RASA
KEBERSIHAN
PRESENTATION

komen aku :
HARGA, harap dpt nego balik aa.. since target groupnya student, kan.. sian dorg nanti..
 RASA, semua nya best2 belaka! maklum la.. dah namanya food testing kan.. mesti la diberi yg terbaik.
KEBERSIHAN, so far aku tgk, bersih. siap pakai sarung tangan gitu. harap2 kekal la bila dah terpilih nanti..
PRESENTATION, err.. pada padangan aku, utk jual kt student, portionnya takyah la BESAR sangat atau CANGGIH sangat macam nk bagi isteri PM makan.. ataupun ciput kedekut bak siput sedut.. ikut yg logik akal, cukup la..


sapa terpilih?
wallahualam.
organizer cakap, insya Allah arini..
papehal pun, 
tahniah & good luck kpd yg berjaya.
mohon halal la ye semua yg dah masuk dlm perut kami ni. ;)

Monday, December 27, 2010

gambar the kids plak!


dah puas layan gambar aktiviti aksi 20 minit kami tu,
jom layan gambar our (me & Aida) kids plak. 
hehe..

hero Aida, Aleef & heroin aku, Ayra..

opss..!! terlepas plak tangan gadis sunti ni..


kecik2.. boleh la ye, Aleef!
besar2 nanti, dah tak boleh dah usik2 tangan gadis sunti Auntie ni sesuka hati. hihi..

ok. penat dah sengih!

abang2 join bergambar skali...

ala..
Ayra je ke, bunga kt kelompok kumbang2 ni?
lari lah!
hehe..

hish!
mak2 dara ni.. klau x mencelah, mmg tak sah! ;)

ok..
dah dekat maghrib ni sayang..
jom balik!

Sunday, December 26, 2010

aksi 20 minit!


hehe..
(sengih dulu!)

tengok org duk amik2 gmbar kt bukit2 cam broga tu,
aduyai.. 
teringin nya hati nk bergambar cenggitu gak.
sangat2 suka dengan viewnya itew..
tapi nk pegi broga nya tu, ntah zaman bila, blum bleh tau.

tapi, kan..
daripada mengkagumi tempat orang,
lebih baik la mengkagumi tempat sendiri dulu, kan!

maka nya, 
meh tengok usaha 2 'gadis pingitan' ini berposing
di mana sesi ini kami amik masa 20 minit je
menggunakan kamera cikai ku itew dgn bantuan tripod je.. ahaks!
lepas waktu keja (sempat tukar baju tu!) & before amik our kids kt taska. 
hihi..

oh! btw,
tempat beraksi :
kawasan opis kami je! ;)

intro dulu:
kereta merah utk gadis merah,
kereta putih utk gadis putih (+ biru!).. :D

testing.. testing..


cubaan melompat yg x boleh blah!

kekononnya xmo tengok kamera la tu!
 

tukar tempat plak!
wahai geng2 seopis ku yg rajin baca blog ku ini..!
korang tau tak tasik yg indah ini di mana, dalam kawasan opis kita tu?


gambar ni.. 
si Aida beria bising sbb amik gambar dia nampak longkang..
tapi aku rasa longkang tu la penambah perisa kpd gambar ini.
betul tak? betul tak?
sapa setuju dgn ku, sila angkat tangan!



nampak tak bunga2 lalang kt blkg tu?
sangat teringin nk panjat n bergambar kt situ.
tp since sbb dah kul 6.30 pm,
terpaksa cergas sbb nk jemput the kids dari taska.
maybe next time!

gambar last.. 
nk jugak amik kt celah2 lalang, wpun di pinggiran. hihi..

ok. 
tu je wat masa ni.
ada masa, ada rezeki,
insya Allah akan ada cubaan kedua utk sesi posing spt ini. :)

tunggu..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails