Friday, December 31, 2010

Khairul Fahmi - tempiasnya smpai lah ke blog awek nya


Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010!!
yahoo..!!

aku ni yg tak penah nk layan bola pun boleh terlayan time game Malaysia-Indon kelmarin.
sebab pe?
sebab masa mula2 tengok 1st half tu,
terkedu bila incik Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) ni berjaya tepis penalty kick dari team Indonesia dengan selamba nya..

akibatnya, terus aku terkedu depan tv sampai ke akhirnya sesorang smbil ditemani the kids.
en.hubby takde sbb kena keja, as usual.

tapi mmg tabik spring la kt mamat ni.
mmg terer la dia.
(en.hubby mmg suka bangat ngan dia nih - since KFCM tu kan sama negeri dgn dia.. hihi..)

akibatnya ketereran dia ni lagi,
nama dia terus melonjak2, mencanak2 naik.
blog Elia (awek dia) pun secara automatiknya menjadi tempias.
semalam intai, follower 1000++..
pagi ni aku intai skali lagi, follower dah 5000++!!!!
gilos!!!
(bila la blog aku nk glamer cam tu eh? hihi..)

tp honestly, 
aku mmg suka baca blog si Elia ni..
sgt2 sweet.. plus bila dia citer pasal relationship dengan jejaka idaman malaya tu.
good fo her. ;)

again,
TAHNIAH buat Malaysia!
TAHNIAH buat KFCM!
TAHNIAH buat Elia!

** mesti ada yg ckp "eleh.. org dah tau dah dr semalam.. ko je yg tertinggal ketapi!"
- err.. semalam aku BZ la wei.. x dan nk bukak blog. entri2 smlm pun autopublish sajork! :P


1 comment:

alinac lover said...

pandai dia karang blog dia kan?

hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails