Saturday, July 31, 2010

apa la salahnya banje staf sesekali, kan?


actually ahad lepas, besday salah sorang staf aku.
tp sbb bz bebeno aku ni, baru smlm berkesempatan nk membelanja kt secret recipe, nilai...  

liza.. baru masuk umo 25 thn, tahun ni.
jejaka2 kt luar tu, sila jgn kaco dia ye...
sbb besday girl ni, wpun umo muda lg, tp dah kawen n dah ada anak sorang tau!!
karang x pasal je kena smackdown ngan en.suaminya karang.
ekekek..!!

hmm.. tetiba aku terpk.. di mana kah aku pada umo 25 thn ye? hmmm...
aku rasa time ni, aku still joli katak lagi. wakakah..!!
lum jumpa hala tuju hidup yg sbnrnya.
tp nasib baik, 6 thn lepas tu, aku selamat jadik isteri & mama kpd 2 org anak. hehe..

ok. kembali kpd tujuan asal entry ni.

kita layan gambar la eh!

ha.. perkenalkan.. ini la 2 org staf aku yg setia membantu aku seharian kt opis.. 
liza & nini.
gamaknya klau dorg 2 org ni xde, bleh patah gak la kaki aku ni. huhu..
oh! btw.. besday girlnya yg tudung biru tu ye!
LIZA.

aku & liza.

aku pun x tau nostalgia apa yg aku dok pk kan time ni. hehe..

nini yg bahagia dpt makan spegetti.
makanan feveret dia since preggy ni. ahaks!

akhir skali.. gambar makanan.
yum! yum!

lasaknya si Ayra tdo...!


adeh la. 
Ayra ni.. sejak dua menjak dia dah guling2 & merangkak & 
meniti & dah cuba lepas2 tangan nk berdiri, 
tdo nya pun dah makin lasak ya amat.

see..!!

tdo guling2 smpai terperosok bawah sofa L kami.
nasib baik la sofa L tu ada kt situ, klau x, gamaknya dah tergolek atas lantai dah dia ni. 
dah ler siap terbukak 1 butang smpai nampai perut. hihi..

Ayra.. Ayra.. :P

Friday, July 30, 2010

Asyraf Juara Imam Muda!!


tahniah! tahniah!
Asyraf Juara Imam Muda Astro Oasis!!

 NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya


baru selesai tgk Kemuncak Imam Muda kt Astro Oasis tadi.


bila tgk Asyraf dinobatkan sbg Imam Muda Unggul mcm tu, tetiba terasa cam tersentuh giler.. 
klau lah Asyraf ku ini..

juga bakal membesar menjadi muslim unggul sptnya.. 
alangkah sejuknya perutku ini yg kena czer sbb melahirkannya dulu. huhuu....


Tazkirah : Risalah


just nk kongsi kisah ni di pagi Jumaat yang nyaman.. :)

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah ber sedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Ber sedi a untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak ber sedi a hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedi h. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Thursday, July 29, 2010

AYU LITTLE COTTAGE GIVEAWAY

special giveaway..
sbb ditag dek diamilikku
contest ni sbnrnya anjuran AYURUHAIZA
 details, kt SINI ye..

syarat nk masuk, kena jawab soklan..
tetiba terasa cam nk amik exam PTK. ekekek..

1) Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?

hmm.. x dpt nk agak besar mana beg ni sbnrnya berdasarkan gambar tu. 

tp klau besar, harus dijadikan travelling beg anak2.. a.k.a  suma menda disumbatkan kt dalam tu such as diaper, extra baju budak2, susu, menan, kain napkin.

klau kecik sket, jadi beg telekung pun ok. sbb wat masa ni, klau aku bawak telekung ke mana2  pun, guna beg kertas je. ekekek... sgt teruk, kan?


2) kena tag orang untuk join...hmm.. nk tag sape eh?


ok.. 3 org, cukup x? hehe...

I Smell Food Giveaway by Ibu Emir



join, jom! klik SINI ye..

Baby BIRU contest


contest lagi, ye... hehe..
kali ni anjuran Mrs.Hilmy


gambar yg dipertaruhkan, adalah ini!

NAMA : ASYRAF MUHAIMIN
UMUR : 2 TAHUN

nk join! klik SINI ye!

MAMALYNA'S GIVEAWAY : "KETUK-KETUK RAMADHAN"




nk join? jom klik SINI..!
tarikh tutup : 10 ogos 2010. 
yeay!

Tuesday, July 27, 2010

ini tandanya TERUS. bukan NAIK ATAS ye!!


klau korang la kan..
nampak signage ni..
terutama bila diletakkan btul2 di sebelah eskelator,
korang akan faham dia suh pegi TERUS KE DEPAN
atau NAIK KE ATAS IKUT ESKELATOR INI?


aku & the geng faham NAIK.

akibatnya, memang SESAT BARAT la kami ptg tadi kt  
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
nasib baik terjumpa pejabat pentadbiran masjid. dorg la lead kami kt JALAN YANG LURUS. hehe..

adeh la..
nampak sgt x penah masuk masjid ni kan?
1st time jejak kaki kt sini.
tu pun sbb ada meeting kt dewan sheikh daud al-fathoni tu...
ada nk wat pameran kt sini awal bulan depan.

pengajaran dari cerita ni :  
rajin2 la jejak kaki kt masjid2 ye, tuan2 & puan2. hihi..

cop!
nk interprem jap gambar sendiri & opismet yg sempat posing dlm kwsn masjid.
siap ada air pancut gitu.
hihi..

byk lg gambo masjid yg super cantik ni yg aku amik, sbnrnya..
tp tetiba terasa cam ngantuk.
harus tdo dulu.
xmo bangun kul 7 lagi camni pagi td. hihi..

tgk la kot2 rajin aku wat special entry, lenkali, wokeh!

Friday, July 23, 2010

Season 4 - Cute Funny Eating Baby


contest ni anjuran bersama 

walaupun aku terasa2 kami takkan menang punya, 
tapi aku tetap nk pertaruhkan gambar Asyraf yang ini. hihi..
NAMA : ASYRAF MUHAIMIN
UMUR : 2 TAHUN

bersemangat sungguh Asyraf duk ngadap aiskirm mini cornetto tu smpai bermisai coklat dia! ahaks!
nk join? jom terjah SINI.

adiah, super best!

GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 
3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 
70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM

pneumococcal vaccine?? is it the best choice?

pala otak tgh sgt2 ceranai...

anak2 ku ni sejak dua menjak duduk taska ni, sgt2 kerap demam @ selsema @ batuk dan sakit2 yg seangkatan dgnnya..
kekadang semacam bergilir plak.
bila Ayra baru baik demam selsemanya..
Asyraf akan menyusul plak demam selsemanya..
dan juga sebaliknya.
rotate gitu je lah.
bleh kira ngan jari brape hari dlm sebulan tu my kids ni sihat betul2.
sgt sedey, ok.. Allah je tau hatiku ini di kala melihat anak2 sakit camtu.
dan juga penat.

then bila wujud sesi luahan perasaan kt kengkawan opis,
lecturer2 kt sini rata2 syorkan, selain drpd amik suppliment vitamin, dorg amik pneumococcal vaccine ni.. since dorg pun amik vaksin ni utk anak2 dorang.

selidik punya selidik, antara artikel yg aku jumpa adalah ni :



PnD mudah berjangkit
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

Kanak-kanak boleh menjadi ejen pembawa serta penyebar bakteria yang berkesan

EMPAT penyakit berbeza — bakteremia (jangkitan bakteria dalam darah), sepsis (keracunan darah), meningitis (jangkitan selaput saraf tunjang atau otak) dan pneumonia (jangkitan paru-paru) — mempunyai satu persamaan, iaitu semuanya disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae.

Penyakit disenaraikan di atas adalah pecahan penyakit pneumokokal (PnD) yang membimbangkan pakar perubatan kerana ia dikelaskan sebagai pembunuh nombor satu kanak-kanak, terutama pesakit kecil di bawah umur lima tahun.

Walaupun bakteria pneumokokus turut menjangkiti orang dewasa, kesannya lebih ketara dan teruk pada kanak-kanak kecil. Sehingga kini, dianggarkan 1.6 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat jangkitan pneumokokus dan daripada jumlah ini, antara 700 hingga satu juta adalah kanak-kanak berumur kurang lima tahun.

PnD disahkan antara penyakit pembawa maut paling mudah berjangkit. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006, lebih separuh kes PnD berlaku di negara rantau Asia Pasifik, terutama di Bangladesh, China, India, Indonesia dan Pakistan.

Pada 2005, WHO melaporkan, daripada 133 juta kes pneumonia di seluruh dunia, 44 juta kes berlaku di India dan 18 juta kes di China. Setiap jam dianggarkan antara 80 hingga 112 kanak-kanak meninggal dunia akibat PnD dan secara purata seramai 1,900 hingga 2,700 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari.

Antara punca utama kematian kanak-kanak di seluruh dunia ialah pneumonia (19 peratus), cirit-birit (17 peratus), lahir tidak cukup bulan (10 peratus), jangkitan ketika dilahirkan (sembilan peratus), mati lemas ketika dilahirkan (asfiksia, lapan peratus), malaria (tujuh peratus), HIV/Aids (tiga peratus) dan tidak cukup zat (50 peratus).

Menurut Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit Paediatrik Dunia, Profesor Ron Dagan, hampir semua kanak-kanak berisiko mendapat jangkitan bakteria pneumokokus. Kanak-kanak di bawah umur dua tahun mempunyai risiko paling tinggi mendapat jangkitan kerana ketika ini sistem pertahanan sangat lemah.

Kanak-kanak, terutama yang dihantar ke pusat jagaan harian, terdedah kepada jangkitan pneumokokus dan boleh menjadi ejen pembawa serta penyebar bakteria yang berkesan. Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak prasekolah menjadi pembawa bakteria pneumokokus dan berpotensi tinggi menyebarkannya kepada rakan sebaya tanpa disedari.

“Sehingga kini kajian mendapati ada lebih 90 jenis bakteria pneumokokus, tetapi jumlah yang boleh menyebabkan penyakit pneumokokal serius adalah kecil. Bakteria pneumokokus biasanya ditemui dalam hidung dan tekak kanak-kanak serta orang dewasa yang sihat.

“Dari hidung, bakteria berpindah ke bahagian badan lain melalui aliran darah dan mula menyebabkan masalah kesihatan. Jangkitan bakteria pneumokokus boleh berlaku pada darah dan menyebabkan keracunan darah (sepsis atau bakteremia), keradangan selaput saraf tunjang atau otak (meningitis), keradangan paru-paru (pneumonia) atau jangkitan telinga tengah (otitis media). Namun penyakit paling banyak direkodkan penyebab kematian kanak-kanak ialah pneumonia.

“Catatan kes PnD di Asia jauh lebih tinggi daripada Eropah dan Amerika Latin. Lebih membimbangkan, kebanyakan kes jangkitan berlaku di negara sedang membangun yang kurang kemudahan perubatan, khususnya program perlindungan melalui imunisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Simposium Pertama Vaksinasi Pneumokokal di Rantau Asia Pasifik di Seoul, Korea anjuran bersama Institut Vaksin Antarabangsa (IVI), Persekutuan Vaksinasi dan Imunisasi Global (GAVI) dan Institut Vaksin Sabin.

Tujuh negara yang mencatat kes pneumonia paling tinggi di dunia ialah India (44 juta), China (18 juta), Nigeria (tujuh juta), Pakistan (tujuh juta), Bangladesh (enam juta), Indonesia (enam juta) dan Brazil (empat juta).

Bagaimanapun, sehingga kini masih ramai pengamal perubatan dan ibu bapa di seluruh dunia tidak sedar mengenai penyakit pneumokokal kerana gejala penyakit ditunjukkan berbeza-beza mengikut jenis dan bahagian badan dijangkiti.

Jangkitan dan faktor risiko

Bakteria pneumokokus boleh berjangkit melalui sentuhan, batuk dan bersin. Bukan semua individu yang ada bakteria ini mengalami gejala penyakit kerana pneumokokus didapati ada pada individu sihat. Kumpulan ini dipanggil pembawa dan mereka mungkin membawa empat jenis (serotip) bakteria berbeza pada satu masa.

Apabila bersin atau batuk, bakteria ini dilepaskan ke udara bersama titisan air liur dan menjangkiti orang lain. Kebanyakan kanak-kanak kecil didapati ada bakteria ini dalam hidung mereka dan ia dianggap biasa.

Yang dibimbangkan ialah apabila bakteria ini menyerang dan menyebabkan masalah kesihatan, terutama kepada kanak-kanak di bawah umur dua tahun, kerana badan mereka belum ada antibodi untuk melawan jangkitan pneumokokus.

Dalam pembentangan kertas kerjanya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kesihatan Global Croatia, Profesor Igor Rudan, berkata insiden pneumonia lebih tinggi di negara membangun (satu kes bagi setiap tiga hingga empat kanak-kanak) berbanding negara maju (satu kes bagi 20 kanak-kanak).

Ini bermakna ada kira-kira 155 juta kes baru setiap tahun dan 150 juta kes berlaku di negara membangun. Daripada jumlah ini 15 juta kes dikategorikan sebagai kes serius yang memaksa kanak-kanak ditahan di hospital dan sedihnya lebih dua juta kes berakhir dengan kematian.

Pengarah Eksekutif GAVI, Dr Orin Levine, berkata kurang pengetahuan mengenai bahaya jangkitan pneumokokus menyebabkan kebanyakan ibu bapa hanya membawa anak mendapatkan rawatan apabila penyakit makin teruk dan sedihnya, ada yang tidak dapat diselamatkan. Ini kerana kematian boleh berlaku dalam masa lima hari jika pesakit kanak-kanak tidak mendapat rawatan sewajarnya.

“Masih ramai tidak tahu mengenai pneumokokal kerana ia tiada tanda khusus yang jelas, walaupun ada banyak gejala. Bagaimanapun, ada cara untuk melindungi kanak-kanak, iaitu melalui pemberian vaksin. Namun kebanyakan negara belum memasukkannya dalam program imunisasi kebangsaan, meskipun mendapat saranan WHO,” katanya.

Kajian di Afrika Selatan mendapati, kanak-kanak HIV/Aids mempunyai kebarangkalian 40 kali lebih tinggi mendapat jangkitan pneumokokus berbanding yang sihat. Golongan ini mempunyai manfaat 15 kali lebih tinggi jika diberi vaksin pneumokokal konjugat (yang memberi perlindungan kepada beberapa jenis bakteria pneumokokus) berbanding kanak-kanak tanpa HIV/Aids.

Jangkitan pneumokokal semakin sukar dirawat kerana bakteria berupaya menentang antibiotik yang biasa digunakan. Penggunaan antibiotik yang berlebihan meningkatkan daya penentangan bakteria terhadap rawatan.

Namun berita baiknya, kini ada vaksin pneumokokal konjugat salarida (PCV-7) untuk memberi perlindungan kepada tujuh jenis bakteria pneumokokus (4, 6B, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F) yang didapati bertanggungjawab terhadap lebih 80 peratus penyakit pneumokokal serius pada kanak-kanak di bawah enam tahun di Amerika Syarikat dan Eropah.

Malah, PCV-7 bukan saja mampu memberi perlindungan kepada bayi berusia kurang 24 bulan, tetapi turut melindungi kanak-kanak sehingga sembilan tahun. Pemberian vaksin pneumokokal terbukti mengurangkan jumlah kes dan kematian akibat penyakit pneumokokal yang secara tidak langsung merendahkan beban rawatan.

Di Amerika Syarikat contohnya yang memasukkan vaksin ini dalam program imunisasi kebangsaan, berlaku penurunan 30,000 kes jangkitan pneumokokus yang teruk dan keputusan positif juga ditunjukkan di Australia.Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi vaksin penuh mempunyai minda lebih cerdas dan pencapaian pelajaran yang baik kerana jarang ponteng sekolah akibat sakit. Namun cabaran utama dihadapi sekarang ialah memastikan semua kanak-kanak mendapat vaksin ini dan kesinambungan program imunisasi, terutama di negara miskin, kerana kosnya mahal.

Menurut Ketua Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Hussain Imam Muhammad Ismail, ketika membentangkan kertas kerjanya, penyakit pneumokokal menyebabkan 20 peratus kematian di kalangan kanak-kanak di negara ini dengan 40 peratus mengalami pelbagai masalah seperti terencat akal, perkembangan kemahiran terbantut, sawan dan kehilangan pendengaran.

Pun begitu, catatan kes di negara ini tidak banyak iaitu hanya 258 kes meningitis (16 kematian) pada 2000 dan 340 kes dengan 21 kematian pada 2005; manakala 8,573 kes pneumoia dengan 104 kematian pada 2000 dan 8,207 kes dengan 128 kematian pada 2005. Bagaimanapun, sukar menentukan sama ada semua masalah ini disebabkan bakteria pneumokokus kerana kurang ujian pengesahan dijalankan.

Masalah utama untuk memasukkan vaksin pneumokokal konjugat ke dalam program imunisasi kebangsaan ialah kos kerana kini kerajaan memperuntukkan RM35 juta untuk memberi perlindungan kepada 450,000 kanak-kanak setiap tahun yang akan bertambah 10 kali ganda (RM405 juta setahun) jika dilaksanakan.

Pun begitu, ibu bapa tidak harus bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada anak masing-masing. Justeru, setiap pasangan perlu memasukkan pelan ekonomi, khususnya untuk rawatan dan perubatan dalam perancangan keluarga.

Vaksin konjugat ini ada di Malaysia sejak 2006 dan boleh didapati di hospital swasta pada harga RM225 satu suntikan. Setiap kanak-kanak memerlukan tiga hingga empat suntikan untuk mendapat perlindungan terbaik daripada jangkitan pneumokokal. Vaksin ini boleh diberi serentak bersama program imunisasi kebangsaan sedia ada ketika anak berusia dua, empat dan enam bulan.

Gejala
  • Bakteremia — Demam panas dan beberapa tanda penyakit lain yang tidak khusus.
  • Meningitis — Demam, sakit kepala yang teruk, loya, muntah, tegang urat leher, mata menjadi sangat sensitif pada cahaya (fotofobia).
  • Pneumonia — Menggigil dengan tiba-tiba, sejuk, batuk, demam dan sesak dada.
  • Otitis media akut — Sakit telinga, demam, pendengaran terjejas (tidak jelas).
  • Sinusitis — Demam sedikit, hidung berair dan batuk.

Risiko pneumonia
  • Masalah kekurangan zat.
  • Kurang berat badan ketika dilahirkan (kurang daripada 2.5 kilogram).
  • Kekurangan imunisasi demam campak.
  • Kurang penyusuan susu badan.
  • Isi rumah terlalu padat (lebih lima orang).

sumber : susuibu.com


tapi 1 downside vaksin ni adalah sebab : ia agak mahal.. aritu aku try tanya kt klinik area sini, RM250 skali cucuk. pulak tu, kena cucuk bbrp kali plak tu.  maybe sbb tu kot ia x termasuk dlm program imunisasi kebangsaan yg wajib tu..

tapi aku fikir, aku nk pujuk jugak lah en.hubby utk amik vaksin ni utk the kids..
mmg mahal sket.. harus kami kumpul skit2 @ korek kt mana2 duit kami yg cukup2 makan ni klau plan nk amik vaksin ni..
tp sapa sanggup tgk anak2 sentiasa sakit camni, kan?
tambahan lg, aku yg jaga dorg tiap kali sakit...
smpai muntah2 bagai. ngalir air mata aku...

or.. is it the best choice?? hmm..

Thursday, July 22, 2010

Ayra : Demam Campak Keladi??


siaran langsung dari umah.
sbb terpaksa meng'EL'kan diri.
sbb stlh 3 ari demam & pastu kuar bintik2 kecik2 yg merah2,
akhirnya pada ari selasa lepas, 
Ayra disahkan doktor bahawasanya dia kena demam campak!


tp bukan demam campak yg bijik2 besar tu tau..
yang halus2 ala2 cam ruam2 tp SATU BADAN.
kawan kata "campak keladi".
(view peha chubby anak dara aku yg penuh ngan bintik2 halus tu. nampak x?  time ni bintik2 tu dah x brape merah. dah letak ubat. masa bawak klinik aritu, kulit Ayra sgt2 merah menyala. rasa cam nk nangis je tgk dia gitu)

mula2 ingat demam biasa je.. jangkit ngan daddy dia yg baru baik demam aritu.
tp bila timbul2 ruam2 tu 1 badan, musyil la jadiknya.
malam yg pasan naik ruam tu, trus bawak gi jumpa doktor.
tp doktor cakap demam ruam biasa je. viral biasa.
dia bagi ubat demam n ubat sapu je.
tp lepas 2 ari, makin byk plak naiknya, hati x sedap, pegi jumpa doktor lain plak.
akhirnya doktor ni la yg sahkan ayra kena demam campak. huhu..
ciannya anak mama kecik2 dah kena demam campak.

nway, arini, bintik2 merah ala2 ruam tu dah susut dah.. 
kt muka dah x nampak dah ruam2nya tu. 
hati sgt2 hepi, ok! wpun demamnya still ada time malam. 

Ayra, cepat baik ye sayang!
    mama nk pegi keja ni. hehe..    

Friday, July 16, 2010

entry peram --> besday Bonda di ICEROOM


bff aku, si Bonda ni.. besdaynya 11 Julai (ahad) lepas..

aku ni plak, menjadi bff yg sangat2 bertuah la kan..
x sempat la nk carik adiah utk dia nya ni.. 
(sbnrnya byk giler perancangan aku utk dia ni.. tp atas faktor2 yg x dpt dielakkan, semua itu terpaksa la kekal di tahap perancangan shj. huhu..)

so, apa aku buat, akhirnya?
belanja MAKAN lah!
apa lagi?
hehehe..

keesokan hari nya (isnin), kami lunch kt ICEROOM, Nilai.

percaya tak klau aku cakap ni 1st time aku menjejakkan kaki kt iceroom ni?
hehe.. org lain smpai dah x heran ngan iceroom ni, aku ni je yg dgn muka blur2 nya terkedek2 masuk pintu ijau iceroom tu. nampak sgt x penah dtg. hehe..

ha.. ni la besday girl nya!
"girl" la sgt kan.. sweet 13 la kata kan.. hehe..  (opss..!! sori.. terpecah rahsia.)

pose melekat, eceknya.. tp sbb kat sudut L, kan.. 
so dah jadik lain macam plak pose aku nih.
 time ni baru perasan baju aku sama plak ngan tema iceroom ni. ekekek..

nk oder, punya la lama pk.
nasib baik x smpai ke malam budak waiter tu duk tunggu. adeh la..

dah oder, 
makanan 1st yg smpai, adalah ini :
aiskrim blueberry snow ice (betul ke namanya ni eh?)
rupa SANGAT TAK SAMA ngan buku menu.
nasib baik SEDAP. hiii..!!

panjang, kan sudu aiskrim tu?
panjang n chumil. i like!

besdey girl oder mihun tomyam.
mangkuknya, ya rabbi..!!
sebesar BESEN. 
--> bonda, SILA HABIS, KAN. OK? hehe..
nampak air epal + asamboi tu?
sedap.. tp maybe pekat sgt dorg buat.. 
so, agak sukar gak ler nk ditelannya. hehe..

lain2 makanan yg dioder :
AKUnya : blackpepper chicken chop
ADIK BONDA nya : chicken chop noodle
rasanya : sedap!
(hahaha.. manjang je sedap aku ni ye? hahaha...!!)

dalam masa 20 minit, dah licin segala! hahaha..!

maka.. dgn gambar ini.. terbukti la cik besday girl berpuashati dgn pembelanjaan & adiah besdaynya ini.. dari aku, dgn seikhlas hati..
alhamdulillah.. 

next time, dah gaji, kita pegi lagi eh!
=P

GCB : beger baru McD.. sedap!


GCB : Great Chicken Burger
beger baru McD.. baru lauching semalam..


korang dah rasa??
korang dah rasa??

aku dah rasa dah!
semalam.
sedap! sedap!
i like!

tapi 1 jer yg kureng..
agak kecik skit utk perutku yg sentiasa lapar ni. hahahaha..!!

Thursday, July 15, 2010

operasi mencari buah kelapa muda


en.hubby kan demam.. sian kt dia.. 
last time aku perasan dia demam camni, masa mula2 aku preggy kan si Ayra.. 
yakni setahun lebih yg lalu. gila lama!

so, pagi tadi bawak dia pegi la klinik..
doktor beria suh en.hubby minum air kelapa muda (4 bijik!)
 sbb katanya doktor tu, leh turunkan panas badan.
wajib minum air kelapa smpai 4 bijik arini jugak.
klau esok demam lg, harus pegi cek darah plak.. takut2 denggi.  
(erk! teruk betul doktor tu duk takut2 org gitu. huhu..)

aku ni plak, nama je dah duk Nilai ni 2 thn lebih.
tp tempat jual air kelapa muda pun haram tau kt mana.
nasib baik berpandukan guide dr staf aku, jumpa gak kedai buah ni..
dekat dgn shell kt Taman Semarak, Nilai.
(10 minit je dari umah aku rupanya. ekekek..)

bersungguh plak aku perati org kedai tu tolong potongkan buah kelapa.
kena la potong.. mana aku larat nk angkut n potong sendiri 4 bijik kelapa itew. hehe..
x caya? cuba tgk saiz badan aku & dibandingkan dgn saiz buah kelapa tersebut. aiyoo..!!
 

hasil belahan jiwa orang kedai tu :
ok. bayar sudah.. 
mission accomplish! hehe..

gambar buah2an tempatan..
sekadar mencuci mata. ;)

Wednesday, July 14, 2010

budak oren & bebelan aku di ptg hari..


pala otak serabut..
sbb en.hubby demam arini.. 
so, nk balik cepat lah arini. sian kt en.hubby tau.. tergolek je kt umah tu.

sehubungan itu, sila layan gambar budak baju oren ni dulu yerk!
ada kah comel??
hihi..



tiba2 terasa cam badan aku dah sama besar ngan Ayra. 
aku dah super kering! dah tahap gaya org sakit je dah ni. huhu...
harus segera carik extra vitamin saplimen!
wargh..!!

"daddy tengok tv ke tdo, Asyraf?"


aku : Asyraf.. daddy mana?
Asyraf : diddi depan.. (kt ruang tamu la tu..)


aku : daddy wat apa, Asyraf? tengok TV ke tido?
Asyraf : tido


aku : tido ke tengok TV?
Asyraf : tengok TV


aku : betul2 la Asyraf.. daddy tengok TV ke tido?
Asyraf : tido


aku : ok. mama tanya sekali lagi ni. daddy tido ke tengok TV?
Asyraf : tengok TV


aku : err... (sah2 dia petik perkataan last aku. hehe..)

Tuesday, July 13, 2010

terer?? cuba teka apa Asyraf duk cakap ni..


ni ha.. si Asyraf ni..

cakapnya , ya rabbi.. super pelat, ok! hehe..
slalu jugak la famili & frenz duk tanya kami "apa yg Asyraf duk cakap tu?" hihi..
n slalu jugak la kami sendiri x paham yg dia duk cakap. iya kan aje! hihi..

ok lah.
klau korang terer, cuba teka apa maksud perkataan2 ni :
(opss..!! adiah, xde la ye.. hihi..)


1. tapetapetet
2. popopepet
3. eya tepiyah
4. tuyeh
5. butan
6. chimaus
7. dugong
8. hap! titatak
9. papeyu
10. kebayek
11. payang @ payong






jawapan, di bawah ye..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok.
JAWAPANNYA ADALAH.. :

1. tapetapetet - monkey (merujuk kpd lagu nursery rhyme "5 little monkeys".. klau kt ujung lirik lagu tu kan ada "no more monkey jumping on the bed".. so, singkatannya jadik la "TAPETAPETET" hahaha...!)

2. popopepet - spongebob squarepants

3. eya tepiyah - Ayra Safiyyah (adik Asyraf)

4. tuyeh - pensil @ pen

5. butan - bukan

6. chimaus - mickey mouse (katun feveret Asyraf. dia sgt obses ngan katun ni. penah skali tu nampak gambar anak patung chimaus ni kt surat khabar. beria suh aku koyakkan sbb dia nk pegang gambar chimaus dia tu.  hehe..)

7. dugong - tudung

8. hap! titatak - "hap! lalu ditangkap" (merujuk kpd lagu budak2 "cicak di dinding")

9. papeyu - huruf "W". hehe..

10. kebayek - terbalik

11. payang @ payong - pak lang @ pak long

Monday, July 12, 2010

Bestest Blog Award dr Kak Ayu


ha..award lagi, you!
yang ni plak dari Kak Ayu (HadifHadifah)
tetiba terasa best yang amat sangat sbb ada je kengkawan yg sudi bagi award kt kiter.. hehe..



ANDA MESTI BERI PUJIAN KEPADA PEMBERI AWARD NI
tima kasih bebanyak, kak ayu...
you've been a very good blogger friend to me.

masuk award yg ni, dah 2 dah award khas dr kak ayu yg saya dapat. 
sgt2 terharu, ok!! 


SILA BERI AWARD KEPADA 10 BLOGER YANG LAIN
err.. award yg ini nk kasi kt BONDA je.. aci x? hehe..


ANDA MESTI MEMBERITAHU 10 BLOGGER NI
akan ku beritahu...


BAGAIMANA ANDA BOLEH DIGELAR YANG BEST N GREAT
err... tak penah ngaku diri yang best & great..
sbb agak susah jugak la nk menilai diri kita spt mana orang luar nilai kita..
maknanya, klau ada pihak yg rasa aku best & great, maka ia benar2 lah belaka. hehe..
blog aku ni, biasa2 je.. 
 
xde pun aku ni blogger tegar. blogging, sekadar suka2..
supaya friends n famili tetap dpt ikuti perkembangan aku & famili kecilku, wpun dari kejauhan.. n jadi silent reader je.

utk kawan2 baru, aku sgt2 hargai penyinggahan korang itu, terima kasih ye!
rajin2, singgah2 la lagi. hik!hik!hik!




Penguat HatiKu


sesungguhnya..
dikala diriku terlalu rasa down yang amat sgt..
hati duk berbunga2 kering je..
ini lah yang menjadi penawar buatku..

hilang segala kesusahan..
hilang segala kekusutan..
hilang segala masalah tiap kali memandang wajah inesen ini..

sesungguhnya mama sayang kamu sgt2, Ayra..

Cute Blogger Award dr Mummy KD


yeay!
dapat award..!! warna pink gitu. hehe..
kali ni dari Mummy KD


tp sebab award bersyarat kan.. so, here it goes..

1.Apa nama blog dan knape letak name tu?
Voice of My Heart. - hmm.. dulu masa muda2 dulu, sebenar-benarnya aku seorg manusia yg sgt aktif & takleh duduk diam. ada je aktivitinya & citer yg harus diceritakan. tapi sejak dua menjak dah keja kt sini & anak pun dah ada ni kan.. pergerakan agak terhad & dah makin jarang jumpa kengkawan utk sesi luahan hati & perasaan. maka, blog ini lah dijadikan alternatif nya... lgpun, simpan sstu dlm hati lama2 sgt x elok utk kesihatan tau... harus diluahkan. hehe..

2. Jelaskan knape bagaimana anda boleh dapat idea nk letak nama URL blog anda?
http://hatiberbunga.blogspot.com
- dulu.. masa blajar dulu, kami suka benor guna ayat "hati berbunga-bunga", tiap kali diri sendiri @ kawan2 rasa diawang-awangan a.k.a tgh jiwang karat gitew. hehe..

3. Bila blog anda mula beroperasi?
hujung bulan November 2008..

4. Siapa follower pertama anda?
Hmmm...rsanya bonda. since dia la yg berjaya mempengaruhi aku menjerumuskan diri dlm dunia blogging ni.. hehe..


5. Ucapan kpd si pemberi award
tQ, tQ, tQ
jgn lupa tag ann lg ek...hehe....

6. Tag 9 org yg anda rsa patut terima award ni. :)
 err.. 4 org je dulu, bleh tak? hehe..
- diana
- fieza79
- oya 
- soclose

Friday, July 9, 2010

Asyraf's Obsession


yup!! 
it's true.
Asyraf is totally obsess with Mickey Mouse.

see..!!
even when i bought this t-shirt for myself last week,
he claimed that the t-shirt is his.
JUST BECAUSE OF THE MICKEY CARTOON ON THE T-SHIRT.
adeh la..
he even force me to put it on him.

and of course.. usually, when we buy something (such as t-shirts) for him, we always buy 2. (1 for him, 1 for Ayra) so, of course, he force me to put another t-shirt (which secara kebetulan, i bought two), on his dear lil' sister.
aaawwww... how he love his lil' sis very much!



oh, how i love you both!


lalalala..
sila ampunkan bahasa inggeris aku yg super berterabur ini. dlm proses nk asah kaw2 balik ni. dah berkarat, seh..!! lama giler tak guna. hahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails