Friday, November 19, 2010

korban buat Ayra..


raya AidilAdha tahun ni, alhamdulillah..
dengan lebihan rezeki yg dilimpahiNya,
dapat jua aku & en.hubby buat korban, khas utk Ayra..

semoga Ayra peroleh kesihatan yg baik dan rezeki yg murah..

tahun ni.. sama gak cam tahun lepas,
kami buat korban kt kampung mama ku kt perak.
mintak tolong pakngah (abang mamaku) carikkan..
terima kasih, Pak Ngah!

berbeza tahun lepas,
tahun ni aku nyibuk skali nak tengok masa proses sembelihan tu.
(last time aku tgk aktiviti sembelih2 ni, masa skolah rendah. tobat kejap sbb byk sgt darah. dah tua ni, baru berani nk pegi tgk lagi. hehe..)
the kids, oleh kerana tgh tdo, aku parking kan kejap kt umah Pak Ngah.

masa kami smpai, lembu dah jatuh dah..
so, en.hubby trus join pegang utk bantu.


Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar..
bertakbir masa si lembu nk disembelih.
(nasib baik kali ni lembu ni pandang belah sana.. so, tak byk sgt la nampak darahnya. lalalala..)

mau 5-10 minit jugak la tunggu si lembu ni mati..

dah confirm diam,
baru start la aktiviti menyiat kulit... start ngan pangkal keempat2 kaki...
 baru separuh jalan proses siat kulit, hujan turun..
makanya aku pun lari ke bawah khemah..
aku pun bukan watpe pun. tukang sibuk je lebih. hihi..

gotong-royong.
setiap bahagian, kami dpt 3 kilo.
baki, kami sedekah.

oleh kerana syarat sedekah kena solid daging,
maka nya tulang2 suma, termasuk gearbox yg glamer itew dibahagi kt sesiapa yg membantu tu yang nak..

so, ini lah hasil korban utk Ayra yg kami bawak balik.
(tulang je banyak tu.. hihi..)
bahagi2 kt famili semua..
alamatnya, 2, 3 hari ni, makan daging lembu la kami.. hehe..

3 comments:

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

alhamdulilah..moga murah rezeji ann sekelurga...

::Kak Sambal:: said...

mak ejan pun buat korban tuk lyna, dapatler daging lembu...

syariza09 said...

alhamdulillah

ada rezeki leh wat lg utk thn dpn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails