Friday, November 12, 2010

biar anak menangis, byk kesan negetif, tau..


wah.. baru tau weii..

bahawasanya :

"membiarkan baby menangis akan tinggalkan kesan negetif 
pade baby utk jangka masa pendek dan panjang"


bila baca entri ni kt blog akish.
(mintak izin ye..!!)

korang baca la ni.. 



Pakar sains pakar sains menjumpai kandungan hormon cortisol atau lebih dikenali sebagai hormon stress yang tinggi di dalam kandungan air liur bayi yang sering dibiarkan menangis. Pelbagai kesan telah dikenal pasti sekiranya perkara ini berlaku iaitu :

1. Sering lupa dan boleh menjadi gila sekiranya semakin parah.

2.  hormon ini merosakkan sambungan saraf yang berfungsi membentuk otak bayi.

3. apabila otak bayi menerima stimulasi berlebihan terhadap stress dan apabila otak yang menerima input fizikal dan emosi diabaikan (iaitu dengan membiarkan bayi menangis sendirian berulang kali), bayi berpotensi menghadapi Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD) 10 kali ganda berbanding bayi biasa.

4. Kajian juga mendapati kesihatan intelektual dan sosial bayi tidak berkembang dengan sihat.

5. Ahli neurobiology pula mendapati hormon ini dapat mempengaruhi perkembangan IQ dan EQ bayi.

6. Dr. Rao dan rakan-rakannya di National Institutes of Health membuktikan bayi yang menangis berpanjangan bukan disebabkan kolik di dalam 3 bulan pertama, mempunyai tahap IQ 9 mata kurang berbanding kanak-kanak lain pada usia 5 tahun. Mereka juga mempunyai tahap perkembangan sistem motor yang lemah.

7. Para pengkaji di Pennsylvania State dan Arizona State Universities mendapati bayi seperti ini sukar mengawal emosi dan semakin sukar untuk dipujuk semasa berusia 10 bulan.

8. Bayi yang dibiarkan menangis dan tidak diberi perhatian juga akan mengalami panik dan berasa tidak selamat menyebabkan mereka tidak boleh dibiarkan sendirian dan lambat untuk berdikari.

9.  bayi yang menangis berterusan meningkatkan tekanan darah dalam otak, menghalang aliran darah dari otak dan mengurangkan kandungan oksigen ke otak.

10. Bayi yang dibiarkan menangis akan berhenti menangis dan akan menjadi semakin kurang menangis bukan kerana dilatih tetapi kerana mula berputus asa dengan ibu bapa sendiri.

11. Kajian juga menunjukkan tekanan darah dan degupan jantung bayi mungkin ke tahap maksima dan menyebabkan sawan/sawan tangis atau kolik yang turut dikenali sebagai kembung perut

12. Sikap bayi akan turut terpengaruh dengan :
a. Sukar mendengar kata
b. Terasa diabaikan
c. Menjadi pemarah
d. Menjadi stress dan trauma
e. Tidak tahu menunjukkan atau memberitahu emosi sebenar
f. Rasa tidak selamat dan mudah resah walaupun dengan kehadiran ibu bapa.

seriously..
sapa tak sayang anak, kan?
sapa sanggup/sampai hati tengok/dengar anak nangis lama2...?

tapi klau anak tu mmg MANJA KEDEDEH..
skit2 nangis.. skit2 nangis..
tinggal kejap, even sbb mama nk pegi buang air skali pun, dia duk nangis..
tegur skit plak, meraung macam kena dera?
nk wat camner tu?
hmm..

p/s : mulut Ayra & mulut Asyraf, klau nangis, sama, kan?? 
hihi..

10 comments:

Arissa Zoela said...

lah yeke?huhuh..kdg2 kalau anak nangis2 je sampai nak tuka maknye nak tuka baju pun tak dpt, saya biar je dia nangis..hehehe.jahatnye mak ni...pasni taleh biar lame2 la eh..

i follow u k ;)

cik puan akish said...

hah...itu pasal dtg kejinye perangai bonda...sampai nak p kenceng berak pon dia sakan menages..hah...nanges la ko kat situ..yg penting..hajat terlepas...agagagagag

ibu_Arifa said...

tak pernah tahu pun fakta mcm ni. thanks sudi kongsi bersama :)

Fieza79 said...

tahu..penah dgr fakta ni..mmg tk elok biar anak menangis berlarutan...

Diamilikku said...

agak2 sama tak ngan mulut mama diorang kalau nangis....tetttttttttt..hahahahhaha....untuk baby je ka? kalau toddler macam alesha tu?

Anonymous said...

kesian kan kalu biar lama2..merah padam mukanya..

Anonymous said...

aiyak..an an pon ssh sgt nak bg mama die gie mana2..asik nak bekepit aje..

♥♥Watie♥♥ said...

info baek nie.. pas nie kalau ada anak ..hish mesti cube elak buat dier nangis...

Slamat berkenalan...

singgah2 lah...
http://watiestich84.blogspot.com

ann @ hatiberbunga said...

arissa > tu la nyer. tu yg kekadang dibiarkan je. hehe.. tp takde la lama mana. kang pening plak pala nya nangis lama2. lagi haru!

akish > hahaha.. tu yg kekadang bleh ter bantut 'hasrat' tu kekadang. hahaha..

ibu_arifa > hehe.. sama2. ^__^

fieza > yup. tp berpada2 la kan.. ;) kekadang dibiarkan sekejap supaya tau dia ada buat salah pun ok.. takde la ingat dia je betul. betul tak? betul tak?

ann @ hatiberbunga said...

su > teeeetttt...!!! tak penah scan diri sendiri time nangis. hahahaha..!!!

hezrina > aah. marah betul dia tu. :P

reen > tu namanya manja kededeh. agak penat jgak la melayan. hihi..

watie > hokey! good luck. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails