masa aku kt spital, bawak Ayra g jumpa doc ENT (pakar telinga, tekak, mulut - yg ni, aku citer in next entry) tetiba je dpt call dr staf yg sama2 antar anak kt sana bgtau yg pihak taska call dia suh amik anak sbb ada kes HFMD kt situ. so, taska kena tutup seminggu.
aiyok! tetiba mula la timbul perasaan panik di kalangan parents suma duk pk kesihatan anak masing2 + "mana la nk antar bebudak ni selama seminggu ni ye?"
mula2, mmg nk marah parents yg bawak penyakit tu ke taska.. tp nk wat camner? menda mmg dah nk jadi.. dengar citer, smpai 8 budak kena skali gus! huh! dasyat sungguh! so, segera la aku n en.hubby bawak Ayra & Asyraf gi kinik, mintak doc cek n sahkan klau2 dorg pun terkena. and alhamdulillah, dorg 2 org sihat.. fuh! lega seh...
akibatnya, semalam terpaksa la aku amik cuti kecemasan... mana sempat nk carik orang or tempat nk antar dah smlm.. huhu..
tp, yg paling kesian.. doc kt klinik yg aku gi bawak Asyraf n Ayra cek up tu citer.. since taska opis dah tutup, ada parents salah sorg budak dr taska opis kami tu gi antar anak dia transit kt taska luar kt area dekat2 ni jugak la.. (nama taska, doc tu x ingat). maybe sbb dia x dpt cuti n terdesak.. akibatnya, budak2 kt taska luar tu pulak la terkena.. doc tu tau sbb parents budak taska luar yg terkena tu, bawak anak dia jumpa dia. sangat kesian, kan? huhu.. and.. baru la aku tau.. SANGAT CEPAT simpton2 HFMD ni menampakkan diri rupanya.. budak transit tu dtg pagi.. ptg, budak lain dah terkena & wujud dgn jelas simpton2nya.. huhu..
so, aku seru la kt para parents kt luar sana..
klau anak2 ada nampak gaya cam simptom2 HFMD .. ataupun taska tempat anak2 kena tutup gara2 ada kes HFMD, terus la bawak anak tu gi klinik & spital utk dptkan rawatan terlebih dahulu sblm berfikir mana anak2 tu dah diletakkan gara2 sbb keja.. sbb..
1. kesian kt budak tu..
2. kesian kt budak2 lain skali klau2 terjangkit.
and.. ni ada skit info pasal HFMD ni utk rujukan para ibu bapa yg kurang pengetahuan tentang penyakit ni.. sumber dari http://www.myhealth.gov.my
Apakah Penyakit tangan, kaki dan mulut?
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
- Demam
- Sakit Tekak
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
- Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
- Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
- Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
- Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
- Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
- Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
2 comments:
kena tingkatkan antibodi si kecil dengan amalkan Roselle.. Insya Allah
emran penah kena gk hfmd ni dulu....tp dia xdok taska lg time tuh...dok umah jek...pun leh kena gak...anyway, time tu, emy slalu pastikan air liur dia sentiasa dilap...then xbg dia kutip sebarangan...dia nye blister2 tu kena tgk bg xteruk sgt...alhamdulillah ok emran time tuh...jap jek dh baik...
Post a Comment